seharian hari ni mengemaskini blog hinggakan fb saya pula agak sunyi...ada juga seorang kawan kata.. bila dah berblog nanti mesti dah tak berfb. Mungkin ada benar juga sangkaan kawan saya tu. Tapi insyaAllah,saya akan cuba bahagi masa tetapi yang paling penting,tugas saya mendahulukan rakyat, mesti diutamakan.
Kebetulan pula hari ni program saya disebelah malam, jadi,masa yang ada saya luangkan bersama-sama dengan Cikgu H (pegawai media saya), Joe dan Amir untuk sama-sama explore dunia maya sambil bertukar pandangan tentang isu-isu semasa. Anak-anak pula awal-awal lagi ikut Baba diaorang ke Temerloh untuk shopping barang sekolah.Tinggal anak saya yang sulung, Munzir dan Bibik menemani saya di rumah. Menjelang tengahari, suami saya pula join sekaki. Kali ni, siap bincang tentang lagu latar blog lagi. Nampak gayanya,semua duk pakat nak jadi blogger dah ni.. HEHEHE.. maka.. bermacam-macam nama dan idea timbul... makin meriah bila sikecik Aeen pun join duk sebuk dengan ipadnya... jangan Bibik pun buka blog lak lepas ni sudah la...hahaha
walaubagaimanapun,imej blog ini akan lebih santai. Ianya tidak akan hanya bertumpu kepada isu politik tetapi lebih kepada daily observation of my life. Hari ni, banyak juga ilmu yang saya pelajari. Kiranya hari berekspedisi juga lah. Ajaibnya, mood saya terus bertukar ceria, walaupun pagi tadi saya bangun tidur dengan rasa sungguh tak bermaya.M ungkin kerana tak berapa cukup tidur, akhir-akhir ni.
Malam ni,saya dijemput menyampaikan hadiah pertandingan Battle of the Band di Padang Awam Felda Ulu Jempol. Dalam hati,alamak... teringin nak menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia. Dengar cerita, by this hour, jalan masuk ke KL dari semua arah, dah pun mula sesak.. heee.. sesak nafas memikirnya.. baiklah menonton di rumah di depan tv atau kat big screen mana-mana kedai mamak. Jangan bergaduh-gaduh pulak sudah la. Kalau bergaduh, alamat esok ramai la kerja kontrak tertangguh dan Bibik-bibik mogok tak nak kemas rumah. Itu lah masalahnya kita ni kan,semua dah berpelajaran tinggi,mana ada lagi yang nak jadi Kuli. Saya sendiri,kalau adalah orang tempatan yang nak jadi pembantu rumah,mahu saya buat kenduri. Bibik yang ada ni pun dah nak tamat kontrak tak lama lagi. Bukan senang juga nak cari ganti.
Apapun,saya harap Malaysia menang malam ini.Malaysia Boleh!
5 ulasan:
salam, mmg dh cantik dan tidak ada lagi sarang2 semut serta labah2. Bagimanapun segala tulusan berwarna merah patut ditukarkan kewarna lain yang lebih kontras supaya mudah membacanya. Berblog sekali sehari atau dua-tiga hari sekali dah ok, pasti ada masa untuk ber-fb juga nanti ~ bRAVEhEART
Alamakkkk...dah hidup balik lah..si semut Merahjambu ni! aku ni FB tu tak berapa nak minat...kalau merepek kat blog aku suke!
zie
Tok Sha FB dan blog pi seiring nooo...nanti 2-2 lak sunyi...Malaysia pasti boleh menang mlm nih...InsyaALLAH...Mari kita berdoa agar tiada berlaku perkara2 yg tidak diingini disana... " MALAYSIA BOILEHHH "
Memang betul tu..kalau dah main blog malas dah nak berfb.Percayalah...tapi kene terjah dulu baru tahu...itu pengalaman saya.Apapun ianya mungkin perlukan masa yg panjang.Manusia sesibuk Dato'susahlah sikit.
Cikgu H...pakar IT tu
JOE @ AMIR..kecik dan besar skali
..tq..for u for allowing Mr H..,to created SP..ehee..
Catat Ulasan