17 September 2014

Kembara ke Tanah Suci

Tak tergambar dengan kata-kata kembaraku kali ini..walaupun sebelum ini dah 3 kali menjejakkan kaki ke tanah suci mekah..tapi kembara kali ini berbeza..memang terasa sangat bezanya..ianya kembara untuk menunaikan rukun islam yang ke 5..kembara yg penuh emosi.

Sewaktu mendapat panggilan dari tabung haji sebulan yg lepas,ketika itu dlm perjalanan ke kuala lumpur..hati melonjak riang penuh kesyukuran..airmata menitis tanda syukur yang teramat sangat..dah lama aku menantikan saat itu.Lantas meminta Ja yg memandu untuk berpatah balik ke Temerloh, iaitu ke Pejabat Tabung Haji berdekatan. Surat tawaran diterima dan terus tanpa berfikir panjang menyatakan persetujuan untuk pergi melalui muassasah tabung haji. Perjalanan ke Kuala Lumpur dua jam berikutnya terasa singkat sekali dek kerana keterujaan.        

Allah menentukan hari ini 16hb Sept 2014 aku memulakan kembara ku ketanah suci bersama suami dan sahabat yg ku anggap seperti adikku sendiri, YB Mas Ermiyatie dan suaminya. Kembara yg kali ini terasa sayu dan pilu bila meninggalkan mak,ayah dan anak-anak tercinta untuk satu tempoh yg agak lama.

Perjalanan dari Chenor ke Kelana Jaya terasa begitu singkat.mungkin ianya di permudahkan Allah..begitu juga semua urusan dari Kelana Jaya ke Klia begitu mudah sekali..Alhamdulillah..teringat kata-kata Prof Muhaya, "kalau kita selalu bantu orang,permudahkan orang lain,insyaaAllah akn ada orang lain yg membantu mempermudahkan urusan kita." Moga Allah taala membalas kebaikan kepada layanan baik para petugas Tabung Haji terutama Tn Hj Khairul pembantu khas kepada Dato Kamarudin CEO Tabung Haji yang telah menguruskan kami dan mengiringi kami hingga dalam perut pesawat. Tidak pernah termimpi mendapat layanan baik sebegini..syukur ya Allah.

Airmata saya sekali lagi berderai tak dapat di tahan bila rider yg mengiringi bas kami sampai ke klia, berkumpul di persimpangan masuk ke hangar klia melambai-lambai kpd kami.Begitu juga para pekerja MAB yg ada di hangar tersebut semuanya melambai kami.Lambaian mereka menusuk ke hati dan saya terus mengucapkan syukur berasa sungguh bertuah di lahirkan Muslim di bumi yang bertuah ini. Ya Allah,selamatkan lah Malaysia..tanahairku tercinta. 

Catatan ini saya tulis sewaktu merentasi laut Arab, menghanpiri semenanjung tanah Arab. Ada 3 jam lagi masa menuju ke destinasi. Teruja,sayu dan hiba bercampur baur..terasa sungguh kerdil dan kembara ku kali ini membuat ku rasa gementar untuk menjadi Tetamu Nya. Terimalah kembaraku ini ya Allah..aku berserah kepadamu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.