09 Mac 2009

Undang-undang lindungi raja

(Saya mencadangkan kita mewujudkan undang-undang bagi melindungi kehormatan raja-raja atau Leste Majeste kerana ia lebih tepat berbanding kita cuba menghidupkan kembali imuniti...jika kita berusaha mewujudkan kembali imuniti, maka kita terpaksa mengubah sekali lagi Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda pada tahun 1993. Ia mungkin agak sukar untuk dilaksanakan kerana banyak pihak yang tidak bersetuju dan kita mengambil langkah ke belakang kembali. Namun, pada masa yang sama saya melihat kita tidak boleh membiarkan imej dan maruah Raja-raja Melayu diperkotak-katikan dengan sesuka hati oleh mana-mana pihak. Maruah raja-raja perlu kita pertahankan...berikut adalah kenyataan saya mengenai keperluan mewujudkan Leste Majeste yang keluar di akhbar Mingguan Malaysia 8 Mac)

KUALA LUMPUR 7 Mac – Satu undang-undang bagi melindungi kehormatan raja-raja atau Leste Majeste perlu diperkenalkan di negara ini sebagaimana diamalkan di beberapa negara termasuk Thailand.

Ia bagi mengelakkan imej raja-raja Melayu terus dipersenda secara meluas dan terbuka menerusi pelbagai medium termasuk laman blog.

Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsuddin berkata, pengenalan undang-undang itu merupakan langkah terbaik bagi melindungi imej raja- raja Melayu di negara ini pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh membenarkan mana-mana individu atau pihak menghina institusi raja berperlembagaan di negara kita, oleh demikian satu undang-undang khusus perlu dilaksanakan.

“Tindakan menghina raja-raja Melayu yang semakin kerap sejak kebelakangan ini perlu dihalang daripada berterusan.

“Justeru, saya mencadangkan agar undang-undang yang dikenali sebagai Leste Majeste atau undang-undang untuk melindungi kehormatan raja-raja diperkenalkan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dukacita dengan sikap sesetengah orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsa Melayu sendiri.

Baginda juga menyifatkan golongan tersebut sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja- raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

Shahaniza menjelaskan, undang- undang untuk melindungi kehormatan raja-raja bukan sesuatu yang baru tetapi sudah diwujudkan di negara seperti Brunei, Sepanyol dan Belanda.

“Contohnya, mengikut Artikel 112 undang-undang Kod Tatajenayah Thailand, mana-mana individu yang didapati menghina raja negara itu boleh dipenjarakan antara tiga hingga 15 tahun,” katanya yang juga seorang peguam.

Jelas beliau, jika undang-undang itu gagal diwujudkan, dikhuatiri imej raja-raja Melayu boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak sahaja sehingga akhirnya memusnahkan institusi tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyokong cadangan Pergerakan Puteri UMNO itu sebagai menepati senario semasa.

“Akta Hasutan sahaja tidak memadai untuk digunakan terutama dalam situasi sekarang,’’ katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pula berharap undang-undang khusus itu mampu melindungi kehormatan raja-raja Melayu dalam jangka panjang.

Presidennya, Jamaluddin Yusoff berkata, ketiadaan undang-undang khusus merupakan penyebab utama banyak pihak kini hilang hormat kepada institusi raja di negara ini.

“Tidak ada salahnya jika Malaysia mahu mewujudkan undang-undang seperti ini, banyak negara di dunia mempunyai undang-undang yang sama dan ini meningkatkan tahap kedaulatan raja mereka di mata rakyat,” katanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahaha itulah kito.. Masa dulu umno gak yang di pimpin oleh PM TDM yang berarak kehulu ke hilir mencanangkan kepada rakyat kenapa perlu kerajaan menghadkan kekuasaaan raja-raja melayu.... Raja melayu dilondehkan semahu-mahunya...Sekarang tengoklah sendiri, apa dah jadi.....Statement ni tidak betul kan.kan..... Biasalah tu...

Itulah, jadi pemimpin MESTI BERANI MENEGOR dan BERSUARA atas kepincangan yang dibuat oleh Pemimpin tertinggi umno, jangan jadi Pak turut jer.. Mereka bukan maksum dan tidak boleh ditegor.. Cuma caranya mesti berhemah dan bijaksana.... Sebab tu ramai orang muda dan profesional yang tiada berkepentingan meninggalkan umno, sebab mereka tahu tiada tempat dalam umno utk mereka yang menyuarakan pendapat yang betentangan dengan pucuk pimpinan.. adakah kita masih tak percaya lagi... biasalah umno kan `denial syndrom'.. Tak percaya orang cakap tapi dia nak orang percaya dia cakap.. Came on la.. dunia dah berubah.. Jangan hidup dalam dunia penoh pura-pura...Pedih tapi itulah realitinya..

Saya dari dulu lagi TETAP MENYOKONG UNDANG-UNDANG MELINDUNGI RAJA KITA.

Salam.

Unknown berkata...

tahniah k'sha.....

dalam sibuk berkempen k'sha masih sempat mengambil berat tentang isu2 semasa....BIJAK dan BERANI memberi idea yang bernas dan k'sha LANTANG BERSUARA dalam isu2 begini....jadi tidak hairanlah k'sha sebagai YB tetap mempunyai masa untuk diluangkan dengan rakyat di DUN Kuala Sentul kerana k'sha bijak membahagikan masa....

dan tidak hairanlah jika k'sha memimpin Puteri nanti, k'sha tetap bersama keluarga, rakyat Kuala Sentul dan Puteri UMNO serta tetap ambil tahu pasal isu2 semasa kerana k'sha bijak membahagikan masa dan bijak menyusun strategi serta bukan bekerja sendiri....

go k'sha....kami tetap menyokong perjuangan k'sha...kami Puteri UMNO memerlukan pemimpin yang LANTANG BERSUARA dan BERANI BERTINDAK macam k'sha!!!

Tanpa Nama berkata...

bodoh umno. hang pun bodoh juga.

puteri umno takde nilai kat umno. hang tak perasan ka?

Admin berkata...

Peluang perniagaan bagi puteri UMNO untuk menjadi pengedar beauty produk dan health produk. Anda boleh Emai kami untuk keterangan lanjut Admin @enkaybeau.com layari laman web kami http://www.enkaybeau.wordpress.com atau http://www.enkaybeau.com (laman ra

Tanpa Nama berkata...

.



WHERE IS MY YB ?



.

Tanpa Nama berkata...

YB menulis utk bertanding je ke? Mana semangat setiakawan YB?