Tengahari semalam saya dihubungi Mariam,seorang wartawan dari akhbar Utusan Malaysia. Diarahkan oleh ibu pejabat Utusan di Kuala Lumpur untuk meminta komen saya tentang kemungkinan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. pada mulanya saya enggan memberi sebarang komen tetapi setelah dipujuk berkali-kali oleh Yam,saya memberikan jawapan ringkas, "Jadi calon atau tidak,bukanlah faktor untuk saya memberikan khidmat kepada masyarakat". Tak disangka pula jawapan saya yang pendek telah diulas dalam artikel khas untuk saya.
Seorang Timbalan Menteri adalah yang terawal menghantar sms kepada saya. Saya menerima pelbagai respon terhadap kenyataan saya itu. Kebanyakan yang memberi respon menganggap saya telah memberikan jawapan selamat. Walau apapun persepsi atau terjemahan yang dibuat, saya ingin menegaskan bahawa itulah jawapan yang lahir dari hati saya. Saya telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Daerah Maran sejak tahun 2000 iaitu sebelum Puteri UMNO sendiri diwujudkan. Dalam tempoh itu,saya telah memberikan komitmen dan menjalankan tanggungjawab saya dengan sebaiknya. Tidak ramai yang tahu,elaun mesyuarat pun tidak dapat menampung wang tol apatah lagi kos minyak kereta dari Kuala Lumpur ke Maran, tetapi saya menganggap itu hanyalah sumbangan kecil saya kepada masyarakat.
Bagi saya,yang penting adalah nawaitu kita. Sebab itu saya cukup tidak bersetuju jika ada sesiapa yang menganggap bahawa jadi wakil rakyat adalah segala-galanya dalam politik. Setiap dari kita mempunyai keistimewaan dan boleh memainkan peranan menurut keupayaan masing-masing. Namun, saya berharap pihak media massa menghentikan cerita tentang spekulasi calon kerana pada hemat saya ia tidak akan menguntungkan BN.
Spekulasi calon hanya akan menimbulkan polemik dalaman sedangkan kita sepatutnya pada masa ini,merancang strategi menumpaskan parti pembangkang. Sepatutnya menjelang pilihanraya, lebih banyak kesah-kesah "feel good" diketengahkan oleh pehak akhbar.Muslihat dan kelemahan pembangkang sepatutnya didedahkan.Akhir-akhir ini nampaknya kita lebih banyak bersikap defensif.
31 Januari 2008
28 Januari 2008
Puteri Jangan Melobi
Itulah pendirian konsisten Dato Noraini,Ketua Puteri UMNO Malaysia apabila ditanya oleh mana-mana pehak. Pendirian tersebut mengundang pelbagai reaksi. Namun, bagi saya secara peribadi,ia mestilah disambut baik oleh semua ahli Puteri diseluruh negara. Matlamat sebenar Puteri UMNO ditubuhkan 6 tahun yang lalu,ialah untuk menarik golongan wanita melayu muda menyertai politik. Kewujudan Puteri telah memberi impak yang sangat besar,bukan sahaja terhadap UMNO,malah kepada keseluruhan perkembangan politik tanahair. Pembangkang turut mengikut jejak Puteri,apatah lagi rakan parti komponen dengan bangga turut menjadikan warna merah jambu sebagai warna gerakan mereka.
Namun,akhir-akhir ini ramai diantara kita yang telah mula keliru dengan objektif sebenar penubuhan. Kita hanya dilihat sebagai sebuah pertubuhan popular yang diwakili oleh wanita muda yang cantik jelita. Kebijaksanaan mengatur strategi dan program yang berkesan tidak lagi menjadi keutamaan. Ramai juga yang masih keliru dengan peranan yang hendak dimainkan dalam Pilihanraya umum nanti.
Jawapan saya mudah.Tugas utama kita,ialah untuk memenangkan pilihanraya. Untuk pastikan golongan muda mengundi BN. Cara dan bagaimana untuk mencapainya,terpulang kepada strategi masing-masing. Tanggungjawab besar yang dipikul oleh kita semua bukan sekadar menjadi jentera IT di peti-peti undi tetapi memastikan sesiapa sahaja calon BN menang dalam pilihanraya.
Tidak perlu timbul spekulasi mana-mana ahli Puteri akan merajuk atau kecewa jika tidak terpilih jadi calon wakil rakyat. Kita semua masuk UMNO kerana niat yang satu,iaitu untuk memperjuangkan nasib anak bangsa. Menjadi wakil rakyat bukanlah segala-galanya. Kita perlu ukur baju dibadan sendiri samada kita layak serta mampu untuk melaksanakannya.
Pilihanraya 2004 menyaksikan 4 orang ahli Puteri ketika itu dipilih menjadi wakil rakyat. Walaupun nama saya turut disebut-sebut,namun saya bersyukur tidak terpilih pada ketika itu. Saya sudah tentu tidak dapat melaksanakan tugas saya dengan baik kerana pada ketika itu, saya mengandung 4 bulan dan masih dalam keadaan mabuk-mabuk. Ada yang menuduh saya kecewa tetapi hanya Allah jua yang tahu isi hati hambaNya. Banyak hikmah yang tersembunyi yang kita tidak ketahui. Apa yang tertulis dan ditentukan,adalah yang terbaik untuk kita semua.
walaupun tiada jawatan,saya masih berkhidmat kepada masyarakat melalui parti. satu kepuasan yanbg tidak dapat diucapkan apabila kita berjaya membantu orang lain. Fitnah memang menjadi perkara biasa,tetapi kita kena gagahkan diri dalam menempuhi apa jua kata nesta yang diberi. Menjelang Pilihanraya 2004 saya pernah ditohmah melalui surat layang yang menyatakan saya menggunakan wang tabung Puteri Pahang untuk mengubati anak saya yang ketika itu mengidap lukimia. Bukan saya sahaja yang menangis,ada seorang teman dari kalangan Ketua Pemuda Bahagian turut menangis bersama isterinya apabila membaca surat layang yang ditulis oleh orang yang tidak berperasaan itu. Sehingga kini saya tidak tahu ianya angjara siapa tetapi saya percaya orang itu mesti telahpun menerima pembalasan dari Allah taala kerana doa orang yang teraniaya itu makbul.
Kali ini,saya dtuduh sebagai orang yang akan merosakkan UMNO. Berdosa sesiapa yang mengangkat saya menjadi pemimpin. Walaupun kali ini saya tidak menangis lagi tetapi saya tetap berdoa agar orang yang menuduh saya itu,diberi petunjuk dan hidayah olehNya. Apapun, semangat dan nawaitu kita tidak boleh lari dari matlamat asal perjuangan.
Walaupun kita dilarang melobi, saya tetap melobi untuk mengekalkan tempat rakan-rakan saya yang telah bergelar Yang Berhormat. Suraya, Bibi dan Rosnah telah membanggakan seluruh pergerakan Puteri dan wajar sekiranya mereka dikekalkan bagi membolehkan mereka terus berkhidmat kepada rakyat. Kepada rakan-rakan lain, Selamat Maju Jaya,jika dipilih,muhasabahlah diri bahawa tanggungjawab itu amat berat dan laksanakan ia dengan sebaik-baiknya.Jika tidak terpilih,bersyukurlah kerana mungkin ianya adalah yang terbaik untuk kita.

Pilih Jangan Tak Pilih
Sejak tiga minggu lepas, topik yang hangat menjadi perbualan,pastilah
teka teki tentang tarikh Pilihanraya. Macam-macam teka-teki timbul.
Macam-macam ramalan muncul. Saya sendiri sentiasa diasak dengan
pertanyaan, bila pilihanraya? bertanding ke? walaupun mereka yang
bertanya tahu hakikat bahawa saya memang tiada jawapan kepada
persoalan tersebut tetapi memang itulah pertanyaan popular yang saya
dengar sejak kebelakangan ini. Saya percaya anda juga,bukan?
Rakan-rakan wartawan dari akhbar harian mula kerap menelefon
bertanyakan pendapat untuk menjadi bahan artikel mereka. Dek kerana
keghairahan dengan isu dan cuba menulis sesuatu yang lain,agaknya,
saudara Zulkifli Hamzah tersalah menulis jawatan saya dam Puteri UMNO
dalam tulisan beliau yang bertajuk 'Memancing Undi Orang Muda' yang
disiarkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 27hb Januari,2007.Namun
mesej yang ingin disampaikan beliau dalam artikel tersebut saya kira
secara keseluruhannya telah disampaikan dengan cara yang menarik dan
bersahaja. Undi orang muda tidak boleh dipandang remeh.
Saya lihat, para pemimpin yang ditugaskan membuat senarai calon juga
berdepan dengan cabaran. Maklumlah, mereka terpaksa membuat keputusan
yang terbaik dalam menentukan bukan sahaja masa depan parti tetapi
masa depan negara itu sendiri. Hari ini, dikatakan ramai pengundi
meletakkan faktor calon mengatasi faktor parti. Dan pastinya mereka
tidak mahu dipersalahkan jika memilih calon yang tidak digemari rakyat
nanti.
Yang pasti, dalam kita ternanti-nanti keputusan para juri profesyenal
ini, tugas dan tanggungjawab haruslah diteruskan. Golongan muda yang
menjadi suara penentu kepada keputusan Pilihanraya nanti,harus
menggunakan segala pertimbangan yang wajar.Ikutlah pepatah orang tua,
Jangan Ikut hati,nanti mati,Jangan ikut rasa,nanti binasa. Hakikatnya,
keharmonian dan kestabilan negara hanya dapat dicapai melalui Kerajaan
Barisan Nasional.Tidak perlulah kita ragui lagi,kerana kalau bukan BN
yang memerintah sejak 50 tahun yang lalu,mungkin kita masih
ketinggalan sepertimana anak muda di negara ketiga yang lain. Mungkin
ramai yang mencebik bila saya katakan demikian.Tetapi,cubalah kita
memuhasabah diri,adakah kejayaan yang kita kecapi hari ini,secara
totalnya hasil usaha kita sendiri?
Memang benar, ia adalah kerana takdir Allah taala tetapi bukankah
nasib sesuatu kaum itu,ditentukan oleh kaum itu sendiri? Janganlah
kita menjadi insan yang tidak tahu bersyukur dan melupakan sejarah.
Cubalah menilai kata-kata Datuk A Samad Said,"Kita tidak tiba-tiba
berada disini,ada sejarah yang mengekori kita". Tidak perlulah kita
berdemonstrasi serta mempersenda orang lain dengan kata-kata yang kita
sendiri malu hendak menyebutnya. Kalau diri sendiri tidak
betul,bagaimana kita dapat menilai tentang orang lain? Kalau hari ini
kita memaki hamun kerajaan yang telah banyak berjasa kepada kita,tidak
mustahil esok lusa kita pula akan dimaki hamun oleh orang yang kita
sendiri kasihi selama ini.
Pilih,jangan tidak pilih. Ada parti pembangkang mahu jadikan Malaysia
negara kebajikan. Bunyi macam lepas ni,kita semua jadi penghuni rumah
kebajikan. Bukankah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima?
Bukankah Allah taala menyuruh kita mencari kekayaan yang melata dimuka
bumi dan yang terpendam didasar lautan untuk menjadikan kita insan
yang lebih bersyukur? Kerajaan hari ini, memberi pelabagai kemudahan
untuk kita berusaha dan menjadi insan yang berjaya . Kita tidak mahu
rakyat menjadi insan yang hanya tahu menerima tetapi juga mampu untuk
memberi. Lagipun memberi dan menerima adalah resepi keharmonian.Jangan
kerani dapat sekali,hilang semua.

12 Januari 2008
Mencari Sharlinie
Kes Nurin belum selesai,kita kini dicabar dengan kehilangan Sharlinie. Sewaktu saya menulis ini,masih belum ada tanda Sharlinie akan ditemui. Bayangkan bagaimana susah dan remuknya hati keluarga Sharlinie melalui saat-saat yang mencemaskan ini. Apa yang mampu dilakukan,hanyalah menaruh keyakinan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Selebihnya pastilah diserahkan kepada Yang Maha Berkuasa untuk melindungi kanak-kanak malang tersebut.
Syabas kepada semua pehak yang mengambil tindakan proaktif membantu usaha mencari Sharlinie. Sahabat saya Ketua Puteri Selangor begitu komited mengedarkan poster disekitar PJS dan Taman Medan. Hakikatnya itu sahajalah yang mampu kita semua lakukan. Dalam kebingungan masyarakat dengan kes Sharlinie ini, pelbagai emosi telah dipamerkan. Kak Ijat begitu marah nampaknya.Begitu juga dengan Tan Sri Musa yang begitu berang. Agaknya mungkin itulah yang diperlukan oleh si penculik. Mungkin sekarang orang gila itu sedang tersenyum bangga menyaksikan bagaimana semua orang sedang huru-hara akibat dari perbuatannya yang tidak berhati perut itu. Sharlinie bukan sahaja menjadi pemuas nafsu serakahnya tetapi juga sebagai satu jalan untuk terus 'terkenal' dinegara ini. Itulah yang diharapkan..kehadirannya dirasai dan digeruni... diburu menjadi suatu yang didambakan dan memberi kepuasan.
Sebarkanlah poster wajah Sharlinie dan marilah kita doakan agar anak kecil ini selamat pulang kepangkuan keluarga.

09 Januari 2008
TAULADAN YANG DIPIMPIN, SEMPADAN YANG DIBINA
Ramai pemimpin hari ini menganggap apa yang mereka lakukan dalam kehidupan peribadi mereka adalah hak eksklusif mereka dan tidak sepatutnya menjadi halangan dalam mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Apa yang penting ialah apa yang mampu di lakukan oleh mereka untuk rakyat. Dalam kata lain, kehidupan peribadi mereka tidak akan mempengaruhi pemikiran dan perlaksanaan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Inilah antara topik bualan kebanyakan dari kita diawal tahun 2008 ini selain dari kesah minyak masak yang tiba-tiba berkurangan di pasaran. Walaubagaimanapun, apa yang berlaku kepada Dato Sri Dr Chua Soi Lek, harus menjadi iktibar kepada semua.
Kredibiliti Chua sebagai Menteri Kesihatan tidak pernah dipertikaikans elama ini. Seorang yang berfikiran terbuka,dekat dengan akar umbi dan tekun bekerja menjadikan beliau seorang pemimpin yang disenangi di Kementerian dan digeruni dalam diam oleh kawan dan lawan. Apabila skandal seksnya didedahkan kepada umum oleh pehak yang tidak bertanggungjawab, ianya nyata menjadi peluru berpandu scud kepada musuh politik beliau untuk menghancurkan bukan sahaja kareer politik beliau tetapi juga kehidupan keluarganya. Dr Chua mungkin boleh menghadapi akibat dari perlakuannya sendiri tetapi apakah dosa isteri serta anak-anaknya untuk menerima hukuman dipandang serong oleh masyarakat selepas ini.
Seorang teman yang menelefon saya sehari selepas perletakan jawatan Dr Chua berasa begitu terkilan kerana menurutnya Dr Chua telah berkhidmat dengan baik dan tidak sepatutnya kehidupan peribadinya mengekang beliau untuk terus berkhidmat. "Kalau isteri dan keluarganya dapat menerima, mengapa tidak kita? Mengapa masyarakat menghukum beliau sebegitu rupa?" tegas teman saya itu. Hendak buat macamana, walaupun Dr Chua diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan selama ini, beliau mesti akur bahawa masyarakat yang mengundi beliaulah yang sebenarnya telah menaruh sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menjadi pemimpin selama ini. Berapa ramai yang telah ditunjuk oleh pucuk pimpinan menjadi calon dalam pilihanraya tetapi tidak terpilih mewakili rakyat kerana rakyat tidak mempunyai sepenuh keyakinan terhadap kewibawaan sesorang itu untuk menjadi pemimpin. Rakyat sekarang bukan seperti dulu, mereka sudah tahu menilai dan pasti mahukan yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk menjadi pemimpin mereka. Oleh kerana kuasa memilih ditangan rakyat, maka kita semua tidak boleh lari dari dipandang oleh rakyat dari perspektif mereka.
Kepada teman saya itu, saya mengingatkan bahawa nilai dan moral adalah sesuatu yang subjektif untuk diterjemahkan mengikut perspektif sesorang atau sesebuah masyarakat itu. Di Barat, walaupun mereka lebih maju dan mempunyai keterbukaan dalam banyak perkara termasuk membenarkan perkahwinan golongan gay, masih lagi tidak dapat menerima pemimpin mereka yang mempunyai skandal seks. Clinton akan lebih dikenang kerana skandalnya dengan Lewinsky jika dibandingkan sumbangannya selama dua penggal menjadi Presiden Amerika, begitu jugalah halnya dengan Dr Chua, kerja kerasnya di Kementerian kini tidak lagi dipandang orang.
'Tidak adil!" tegas teman saya lagi. "Dia tak kacau sesiapapun, itu hal peribadi dia dan selagi tidak menjejaskan komitmen dan prestasinya sebagai pemimpin, kenapa kita perlu kecoh?" rungut teman saya lagi. Ada benarnya apa yang dikatakan teman saya itu tetapi majoriti masyarakat kita belum lagi boleh menerima pendapat sedemikian. Orang kita masih menganggap bahawa pemimpin adalah contoh dan teladan. Suka atau tidak, undi yang telah diberi, menjadikan seseorang pemimpin itu milik rakyat. Mereka harus mencapai piawaian sepertimana yang diharapkan oleh masyarakat. Begitulah sukarnya menjadi pemimpin. Cerdik serta pintar sahaja tidak mencukupi tetapi keperibadian serta akhlak yang terpuji masih lagi dipandang orang.
Namun, secara peribadi saya berpendapat bahawa kita sudah pasti tidak dapat memenuhi semua kehendak orang. Kita hanya boleh buat yang terbaik dan tawarkan yang terbaik untuk berkhidmat kepada bangsa, agama dan negara. Sebagai manusia biasa, memang kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun jika sudah bergelar pemimpin tidak kira diperingkat manapun, kita bukan lagi sekadar manusia biasa tetapi insan terpilih yang mesti mengutamakan tauladan sebagai asas kepimpinan dan membena sempadan dalam setiap tindakan. Sesuatu yang sukar untuk dilakukan jika kita melakukannya hanya kerana ingin memenuhi atau mencapai tanggapan sesetengah orang tetapi mudah sekiranya kita melakukannya sebagai satu pilihan untuk berjaya didunia dan diakhirat.
Sudah tiba masanya kita bukan sahaja mengulang suara apa yang sentiasa diperkatakan oleh Pak Lah tentang modal insan tetapi berusaha menjadikan diri kita sendiri sebagai modal insan yang diperkatakan itu. Dalam sebuah negara demokrasi, setiap pemimpin adalah modal untuk dipertaruhkan oleh rakyat demi masa depan mereka, oleh yang demikian modal itu mestilah bakal memberikan keuntungan dan imbuhan yang menguntungkan rakyat itu sendiri. Kalau diberi pilihan, mestilah intan dipilih berbanding kaca namun, dalam sesetengah keadaan, mungkinkah kaca lebih berguna?
06 Januari 2008
A gift for my birthday
Semalam saya menyambut hari lahir saya yang ke 38. Pelbagai ucapan dan doa saya terima dari keluarga, rakan dan taulan. Seperti kebiasaannya,suami menghadiahkan buku kepada saya..kali ini sebuah buku yang bertajuk ' a difference maker', which i hope will guide me to become a better leader in years to come. Saya bersyukur kerana saya dianugerahkan sebuah keluarga yang bahagia. Well,life has its obtacles and challenges dan pada saya, berjaya mengatasi segala halangan dan dugaan adalah hadiah yang sangat bermakna kepada saya. Sokongan dan dorongan keluarga terutama suami pada saya lebih bermakna dari segala-galanya. Ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak semua orang dapat memberinya sepertimana juga hanya sebilangan kecil sahaja yang pernah menerimanya.
At the age of 38, saya mula memandang kehidupan ini dari sudut yang berbeza dari sebelumnya. Walaupun selama ini saya memang mengakui bahawa hidup ini adalah satu anugerah tetapi kini saya lebih memahami apa yang dikatakan bahawa setiap kehidupan itu ada tujuannya. And surprisingly,i dont feel older as i feel as fresh as ever...terimakasih kepada semua yang telah mengirimkan ucapan selamat harijadi kepada saya baik melalui emel atau sms kerana anda semualah hadiah yang sangat bermakna itu..

01 Januari 2008
selamat datang 2008
"The year is almost gone but it has also made us strong. The path was long but we walked it with a song." Itu lah antara ribuan ucapan yang saya terima melalui sms dari semalam hingga pagi ini. Dalam banyak-banyak, ucapan ini adalah antara yang menyentuh perasaan dan minda saya. Secara halus ia mengingatkan bahawa apa sahaja yang telah berlaku dalam tempoh setahun yang lalu, baik suka atau duka, telah walaubagaimanapun menjadikan kita seorang yang lebih tabah dan kuat. Tahun 2007, saya kehilangan ramai yang saya kasihi dan banyak sekali peristiwa sedih melanda keluarga saya.
Namun begitu, 2007 memang banyak mengajar saya. Sekurang-kurangnya tirai 2008 ini dibuka dengan keazaman yang lebih kental untuk merealisasikan impian saya. Impian untuk menjadi insan yang dapat membawa sinar kebahagian dan keceriaan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya.Saya ingin menjadi seorang isteri yang lebih memahami dan menyayangi,seorang ibu yang juga boleh menjadi teman yang baik kepada anak-anak saya,seorang anak yang lebih bersyukur kepada kedua ibu bapa saya, seorang adik yang lebih menghormati abang-abang saya dan menjadi seorang pemimpin yang lebih melindungi serta memayungi anak-anak buahnya.
Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua.

Langgan:
Catatan (Atom)