Hmm..bukanlah niat saya hendak campurtangan dalam isu Pemuda UMNO dengan keris panca warisan.Tetapi sebagai rakan seperjuangan,saya terpanggil juga untuk memperkatakan isu ini. Peristiwa Datuk Sri Hisham menghunus dan mengucup keris sewaktu persidangan agung pemuda umno 2 tahun yang lalu telah menjadi isu hangat sebelum dan semasa PRU 12 yang lalu.
Entah apa yang disensitifkan sangat,saya pun tak faham.Rakan-rakan dalam MCA begitu sensitif dan kaum Cina menjadikan salah satu alasan untuk tidak menyokong BN kali ini. Yang untungnya geng pembangkang jugak. Isu keris tidak sepatutnya diperbesarkan.salahkah kita memuliakan simbol adat resam dan perjuangan orang Melayu? Perlukah Datuk Hisham diletakkan kesalahan hanya kerana mengucup sebilah keris yang menjadi lambang kepada kuasa orang Melayu?Seolah-olah Datuk Hisham telah melakukan satu dosa besar kepada bangsa sehingga terpaksa pula semalam meminta maaf secara terbuka?
Saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib hari ini...'sebenarnya maruah orang melayu bukan terletak pada keris,sebaliknya ia akan terbela jika orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang'. Secara peribadi,saya berpendapat Datuk Hisham tidak perlu meminta maaf.Tidak ada salahnya menghormati adat resam dan budaya kita kerana sudah termaktub dalam kontrak sosial sebelum merdeka bahawa semua kaum berhak menjalankan adat resam dan budaya kaum masing-masing. Mereka yang tidak faham dengan budaya Melayulah yang perlu meminta maaf kerana memperbesarkan perkara ini. Kita begitu bertolak ansur dan tidak pernah mempertikaikan adat resam dan budaya kaum lain..kenapa pula isu kecil mengucup keris,perlu dijadikan alasan kebencian kepada pemimpin UMNO.
Kita tidak pernah mengatakan bahawa keujudan Sekolah cina akan merosakkan perpaduan kaum.Kita sentiasa berusaha kearah membena kesepakatan dan perpaduan antara kaum tetapi kita tetap dituduh sebagai perkauman dan hanya memperjuangkan hak-hak orang Melayu.Lim Guan Eng memuji permohonan maaf Datuk Hisham tetapi bagi saya pujian itu ada udang disebalik mee....DAP hanya mahu kita tunduk kepada mereka tetapi lihatlah bagaimana Karpal Singh menentang PAS daripada menjadi parti tunjang kepada Pakatan Rakyat. Siapa kata kita parti perkauman?Lupakah mereka kerana sifat tolak ansur orang Melayulah mereka semua mendapat hak kerakyatan di bumi yang pernah digelar Semenanjung Tanah Melayu ini?Kita bukan mengungkit,tetapi kita mahukan rakan-rakan bangsa lain turut bertolak ansur dan tidak memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya. Jangan pula nanti upacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Undangan Negeri,Rakyat dan Negara yang dimulakan dengan ucapan Bismillah oleh mereka yang muslim turut dipertikai dan dianggap menghina penganut agama lain.....
27 April 2008
Kalau Roboh Kota Melaka
Kalau roboh Kota Melaka
papan di Jawa kami dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga kami korbankan
Agaknya begitulah juga semangat juang dalam diri Puteri-puteri Kota Melaka.Berbeza dengan kunjungan saya ke Kedah tempohari,kunjungan saya ke Kota Melaka memenuhi jemputan Puteri Kota Melaka disambut dengan wajah-wajah ceria Puteri-puteri yang berpakaian tema pink dan putih.Majlis dibuat di tengah-tengah bandar Melaka,ala-ala garden party menunjukkan betapa berbezanya program yang dibuat ditempat yang mana kita memegang kuasanya.
Sebelum itu,sewaktu tiba di tol air keroh,saya diberi kejutan sambutan yang sungguh mengharukan.20 biji motor berkuasa besar dari Persatuan Big Bikers Melaka mengiringi saya hingga ke tempat program..hmm..ala-ala menteri la pulak..he he he....segan pula saya kerana hanya datang dengan sebuah kereta. Rasa penat yang tak terhingga kerana perjalanan jauh dari Pahang,terus hilang berganti dengan perasaan teruja. Maklumlah,pulang sahaja dari Kedah,subuh-subuh semalam sudah pulang ke kawasan merasmikan Seminar Keibubapaan anjuran BTN dan PIBG S.K Kuala Sentol,kemudian singgah sekejap di rumah ibu bapa saya di Chenor.Orang tua saya nak ke Mekah,buat kenduri doa selamat,tapi anaknya ni,dapat singgah sekejap sahaja...nasib baiklah diaorang faham dan tidak berkecil hati.Dengar kabarnya Dato Noraini bersama beberapa rakan exco yang lain berada di Pekan,tapi tak sempat saya nak bersama kerana sudah berjanji dengan Puteri di Kota Melaka.
Apa yang menarik perhatian saya selain dari sambutan dan majlis yang diatur meriah ialah ucapan Ketua Puteri Bahagian dan Ketua Puteri Negeri yang masih lagi bersemangat dan peka dengan perkembangan politik semasa. Mereka nampaknya tidaklah berasa complacent dengan kemenangan dan telahpun mengatur dan merancang strategi untuk terus memperkukuhkan parti. Penghargaan kepada ahli-ahli Puteri yang pada tahun ini akan berhijrah ke wanita,memang patut dipuji.Sekurang-kurangnya,selepas ini,jikapun mereka tidak berpeluang untuk aktif lagi tetapi mereka tahu bahawa UMNO khususnya Puteri tetap menghargai peranan serta sumbangan yang telah diberikan.
Syabas kepada Yati dan Emi...terutamanya Yati yang baru mendapat tawaran menjadi Pegawai Parlimen kepada Dato Sri Syed Hamid Albar...jalankan tugas sebaik-baiknya dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan..All the best my dear!
Keseluruhannya,meriah dan berjaya,walaupun Ketua Bahagian sampai lewat,dan saya hanya dapat bergerak pulang pada jam 12.30 malam..saya rasa gembira kerana ketua Bahagian dan Ketua Pemuda juga telah berjanji akan terus bersama-sama membantu Puteri di Kota Melaka.Cuma ada sedikit kecacatan...lagu yang saya sumbangkan..memanglah sumbang dan sumbing,sorry ye...

26 April 2008
Bila bumi dipijak milik orang
Semalam saya sempat mengikuti program Puteri Warisan Serikandi Bangsa anjuran Biro Penerangan Puteri UMNO Kedah.Syabas kepada Puteri UMNO Kedah khususnya kepada Ketuanya Shahanim dan Hisham Ketua Penerangan yang bertindak selaku Pengerusi Program dan penggerak utama program. Uniknya Puteri Kedah,walaupun mereka telah kini berada dibawah pemerintahan kerajaan negeri pembangkang tetapi saya lihat lebih 1200 orang jentera pilihanrayanya masih lagi kuat semangat dan berhimpun berikrar untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS.
Kehadiran ramai exco-exco yang kabarnya mengiringi Dato Noraini pada sesi tengahari sedikit sebanyak menyuntik lebih semangat kepada rakan-rakan di Kedah,namun ada juga suara-suara nakal yang kedengaran musykil kerana katanya dalam sejarah,tak pernah seramai itu exco Puteri datang berkunjung?Mungkin kerana pemilihan tak lama lagi kot..he he he..apapun,bersangka baiklah sesama kita...rakan-rakan exco yang hadir memang benar-benar ikhlas untuk bersama-sama dengan kita semasa kita susah.
Kehadiran saya di airport Sultan Abdul Halim disambut oleh beberapa rakan Ketua Puteri Bahagian.Wajah mereka yang berseri-seri dan kejernihan airmuka mereka,meyakinkan saya bahawa masih ada harapan untuk UMNO merampas kembali Kedah. Banyak perkara yang kami dibualkan sewaktu dalam perjalanan ke tempat program..antaranya bagaimana peritnya kali ini mereka mahu menganjurkan program.Maklumlah dulu segala kemudahan ada,tetapi kini mereka kabarnya terpaksa beberapa kali menukar tempat kerana tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.
Dewan Pusat Matrikulasi di Kubang Pasu menjadi destinasi kami,kabarnya dua hari sebelum program,dewan penuh dengan sampah sarap,kerusi yang tidak tersusun dan rakan-rakan dari biro penerangan Puteri Kedah terpaksa bergotong-royong untuk membuat persiapan..dulu ada orang lain akan bantu,tetapi kini,terpaksa buat sendiri..namun bagi saya,ia hanya secebis dari satu episod apabila kuasa telah tiada ditangan kita. Moga-moga,pengalaman ini memberi makna yang sangat berharga kepada mereka.
Program berjalan dengan baik,ucapan Hisham selaku Pengerusi program,mempunyai content yang kemas tetapi cara penyampaian perlu ada improvement lagi. Shahanim dalam ucapannya banyak memberi semangat kepada anak-anak buahnya dan berjanji akan meneruskan perjuangan. Tok Det selaku Pengerusi Perhubungan juga berucap dengan nada yang sama tetapi lebih realistik dalam memperkatakan tentang keadaan Negeri Kedah selepas tewas ketangan Pembangkang.Optimis dan positif serta mahukan Puteri mula mendekati rakyat dari sekarang.Namun,pada pendapat peribadi saya,Puteri Kedah perlu juga mendekati golongan muda cerdik pandai diluar sana selain pendekatan kebajikan terhadap ibu tunggal dan anak-anak nelayan. Kawan-kawan kita dari golongan profesyenal juga mahu suara dan idea mereka didengar.Jangan jadikan UMNO kelab ekslusif yang hanya sepertimana kata Tok Dek menganjurkan program syok sendiri.Masa telah berubah dan kita kena berani untuk berdepan dengan perubahan ini.
Diakhir program,lagu warisan yang pernah didendangkan oleh Arwah Sudirman dinyanyikan beramai-ramai..ada yang menitiskan airmata terharu...saya cuma berharap,agar titisan airmata itu adalah titisan penawar yang akan bercambah menjadi satu kekuatan kepada mereka. Banyak perkara yang perlu dilakukan kalau mahu melihat UMNO masih lagi relevan. Puteri UMNO perlu dari sekarang melakukan satu transformasi dan kembali kepada acuan kita yang asal.....
Salam Perjuangan buat rakan-rakan di Kedah, walaupun kita bukan perwira yang gagah menghunus senjata..tapi kita rela berjuang demi cinta kepada pertiwi...

24 April 2008
'Am I a serving leader or a self serving leader?'
Very interesting topic to discuss huh? Actually a very good friend of mine asked me to question myself wether i am a serving leader or a self serving leader. Well,before anyone of us could answer those question,we should first ask 'Why am i leading?' Finally i got a guidance from a book written by Ken Blanchard ;'The Secret". According to him,if we are leading with the intention to serve our people and organisation,we will behave in fundamentally different way than if our motivation is self serving.Furthermore,those who selected us as a leader must thought that we had a servant heart. I choose to be a serving leader eventhough i know that i have to sacrifice a lot of thing...i still remember when my husband hugged me after i won the election..with teary eyes he told me that from now on..he got to share me with my people..how sad but its my destiny and i believe with his trust and love..i could be a great leader one day...however,great leaders dont become great in a moment or in a month or a year. They become great leaders one day at a time throughout their lifetimes..
23 April 2008
Apa ada bawah selimut?
Ada apa bawah selimut? Macam-macam ada... yang kita takutkan kalau ada kalajengking ke,ular ke..lipan ke...bisa..bisa.. Hari ni,seekor ular hitam dah pun keluar dari selimut BN. Dulu ada kawan dah ingatkan yang Setiausaha Agung Gerakan tu,musuh dalam selimut tapi entah kenapa,semua orang tak dengar.Sekarang bila DAP dah memerintah Pulau Pinang,diapun isytihar keluar diri dari Parti dan terima macam-macam jawatan dari DAP. Memang sah pengkhianat! Entah-entah memang sengajalah dimenangkan DAP untuk pastikan BN lemah.Bila BN lemah,bangsa lain tak rugi..yang rugi bangsa kita.Orang Melayu jugalah yang akan terus terpinggir di Pulau Pinang.
Inilah yang dikatakan..nenek moyang kaya raya...tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesama kita...maka bumi yang dipijak milik orang...

20 April 2008
Reminder To All UMNO Leaders
YOU MUST GAIN THE TRUST OF YOUR PEOPLE.IF Y OU DONT HAVE THEIR TRUST,YOU'LL NEVER BE A GOOD LEADER
S-SERVE
E-ENGAGE AND DEVELOPE OTHERS
R-REINVENT CONTINOUSLY
V-VALUE RESULTS AND RELATIONSHIP
E-EMBODY THE VALUES
SO..LETS SERVE THE NATION FOR OUR BETTER FUTURE!
Pencen Umur 60?
Pencen pada usia 60 adalah antara 5 tuntutan cuepacs kepada kerajaan. Bagi diri saya,ianya tuntutan yang tidak rasional. Jika dibenarkan,makinlah ramai yang kat bawah tu terpaksa menunggu masa yang lama untuk kenaikan pangkat.Sudahlah jenerasi muda hari ini sukar mendapat peluang pekerjaan,yang sedang berkhidmat pula terpaksa menunggu warga emas ini melepaskan kerusi empuk mereka. Masa sudah berubah, Hari ini,jenerasi muda perlu diberi lebih ruang dan peluang untuk memacu negara kearah kecemerlangan. Dalam keadaan dunia yang semakin terdesak beban kewangannya,kita memahami masalah kakitangan awam tetapi janganlah sehingga melupakan pucuk-pucuk yang baru hendak bertunas ni. Harga minyak dunia telah naik hingga RM367 setong. Alamatnya,esok lusa barang akan melambung naik lagi. Kita tenguklah macamana pemimpin kita mencari formula yang terbaik. Kita selama ini telah mengorbankan berbilion ringgit memberi subsidi minyak kepada rakyat. Pakatan Rakyat pula kononnya ada formula untuk menurunkan harga minyak...kita tunggulah,kot kita yang kat pahang ni boleh pegi selangor,perak,kedah dan kelantan untuk isi minyak dengan harga yang murah? Takut yang ditunggu tak kunjung tiba...kuasa kita juga yang makin terhakis dan tergadai.
Sekadar renungan di hari Ahad
" People will not give you their hand until they can see your heart" -John Maxwell
Suruhanjaya Kehakiman
Akhirnya Tun Salleh Abas dimaafkan. Peristiwa lebih 20 tahun lalu diungkit kembali atas dasar kebebasan kehakiman. Apa rasionalnya menjadi tandatanya orang awam. Namun, Suruhanjaya Kehakiman akhirnya diwujudkan untuk menjamin kebebasan institusi kehakiman. Ada teman seorang Peguam Melayu melahirkan kekecewaanya kerana Suruhanjaya ini menurutnya kelak akan menafikan kredibiliti para hakim Melayu untuk mejawat jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman. Apapun,rakan-rakan dalam institusi kehakiman dan perundangan harus mengambil positif dan memastikan jati diri mereka tetap utuh,meningkatkan integriti agar mereka dapat mendominasi sistem kehakiman. Saya bukan mahu bersikap perkauman tetapi kita mesti pertahankan apa yang menjadi hak kita. Saya sedang membaca buku tulisan Leon Comber tentang peristiwa 13 Mei,yang insyaallah akan saya kongsi bersama anda nanti,
18 April 2008
Ucapan Ketua Pemuda DAP dalam Perhimpunan Rakyat di IPOH
Ketua Pemuda DAP..Nga Kor Ming dengan kurang ajarnya melaungkan: "UMNO dan BN boleh masuk kubur,negara Malaysia untuk semua,ini negara cina, negara melayu dan negara India.Kita tidak bicara tentang ketuanan Melayu tetapi ketuanan rakyat"...cuba perhati..dia sebut negara cina dulu..angkuhnya..nasib baiklah di Perak dan Selangor masih ada Raja Melayu, kalau tidak,MB nya mesti cina..yang sedihnya ramai jugak Melayu yang mendengar ucapan cina biadap ni bertepuk sorak... Nasib baiklah ramai lagi kawan-kawan kita dalam MCA tu masih ingat sejarah tapi harap-haraplah mereka tidak mendiamkan diri sebaliknya bersama-sama dengan kita mendekati serta memberi kefahaman kepada jenerasi muda.
Generasi muda Melayu sudah mula lupa agaknya bahawa banyak keistimewaan yang kita kecapi sejak merdeka akan hilang begitu sahaja jika kontrak sosial ini dihapuskan....tiada lagi biasiswa,MRSM,UITM dan macam-macam lagi..janganlah terpedaya dengan DAP tu...sampai bila-bila pun mereka tu tak ikhlas,kita akan jadi macam Melayu Singapura kalau biarkan mereka ni berkuasa. Kawan-kawan yang dalam PKR dan PAS,sedarlah bahawa mereka ni hanya gunakan anda untuk merampas kuasa,jika mereka ikhlas,Pakatan Rakyat sepatutya di tunjangi oleh PAS parti yang paling berpengaruh jika dibandingkan dengan PKR dan DAP.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Selamat bertemu kembali
Terlebih dahulu saya mintak maaflah dengan kawan-kawan yang mengikuti blog ini kerana sejak terpilih sebagai calon BN dalam pilihanraya umum yang lalu,saya tidak berpeluang untuk update blog ini. Terlalu banyak perkara dan kejutan yang berlaku kepada diri saya. Kebetulan pula di kawasan tempat saya bertanding masih tidak mempunyai kemudahan laluan internet. Sehingga kini masih belum ada dan saya telah meminta TM untuk menyediakan kemudahan streamyx dikawasan saya yang terletak dikawasan pedalaman di Negeri Pahang Darul Makmur.
Tidak menduga akan jadi calon,saya sebenarnya masih lagi terkejut dan masih dalam proses menyesuaikan diri menjadi seorang wakil rakyat setelah diberi mandat oleh pengundi di kawasan dewan Undangan negeri Kuala Sentul,8hb Mac yang lalu dengan majoriti sejumlah 2967 mengalahkan calon dari PKR. Namun, saya tidaklah begitu gembira dengan kemenangan tersebut kerana 5 negeri di semenanjung jatuh ke tangan pembangkang.
Selepas PRU 12, terlalu banyak peristiwa berlaku. Kekalahan BN menjadi topik utama perbualan semua pehak. Mengejutkan dan dianggap tsunami politik. Pembangkang juga terkejut dan tidak sangkan akan menang. Banyak pengajaran dan bgi saya terlalu mahal pengalaman yang saya sebagai pemimpin muda perolehi dari Pilihanraya kali ini.
Seorang rakan melalui SMS bertanya kepada saya..."Seronok jadi YB?"..Jawapan saya,seronok kerana dapat membantu rakyat tetapi saya musykil kenapa ramai orang sanggup melakukan apa sahaja untuk jadi wakil rakyat. Sejak jadi wakil rakyat sehingga hari ini,saya belum lagi bercuti rehat. Jadual sangat padat. Setiap minggu,hari isnin dan selasa saya khaskan untuk berada di Pusat Khidmat. Hari-hari yang lain dipenuhi dengan mesyuarat dan program.Nasib baiklah suami dan keluarga memahami bahawa sekarang ini mereka terpaksa berkongsi diri saya dengan masyarakat.
Ramai orang bertanggapan hidup sebagai wakil rakyat akan jadi senang-lenang dan glamor tetapi persepsi sebeitulah yang membuatkan rakyat meluat kepada wakil rakyat BN sebelum ini. Sebenarnya kehidupan wakil rakyat tidaklah seperti yang disangka. Kepentingan rakyat menjadi prioriti. Menangani karenah manusi yang berbagai ragam bukanlah suatu yang mudah.
Senario politik hari ini membimbangkan saya. generasi muda jelas tidak lagi memahami serta menghayati semangat BN. Mereka lupa kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dulu. Mereka dengan lantang menolak parti yang memperjuangkan sesuatu kaum. Mereka lupa bahawa negara ini berasaskan kepada perpaduan kaum yang diikat secara persefahaman melalui Barisan Nasional. Olehkerana masa sudah berubah,kita perlu juga mengkaji apa jua bentuk perubahan minda generasi hari ini dan memastikan BN khususnya UMNO flexible dan relevan dengan arus perubahan ini.
Hari ini, saya menerima SMS dari seorang rakan sepermainan sewaktu kecil yang juga seorang pemimpin pembangkang yang menasihatkan saya supaya menjalankan tugas dan membantu rakyat sebaik-baiknya jika mahu dihargai. Saya hargai nasihat rakan saya itu walaupun berbeza ideologi jelas bahawa dia masih sayangkan UMNO dan mahu melihat saya yang mewakili UMNO menjalankan tugas sebaik-baiknya. Itulah bezanya generasi sekarang dengan generasi dulu,kita lebih terbuka dan apa yang kita mahukan ialah supaya suara kita didengar dan diberi perhatian.Mereka juga mahu diberi peluang mengambil bahagian dalam melaksanakan agenda negara. Walaupun saya seorang wanita, saya dapat melihat reaksi dan penerimaan positif golongan muda di kawasan saya. Mereka mahu bersama dan itulah yang akan saya lakukan, mengalu-alukan mereka untuk bersama- sama dengan saya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Berkenaan dengan isu politik semasa, silalah baca wawancara saya dalam Buletin Rakyat keluaran 1 Mei,2008.

Langgan:
Catatan (Atom)