09 Mac 2009

Undang-undang lindungi raja

(Saya mencadangkan kita mewujudkan undang-undang bagi melindungi kehormatan raja-raja atau Leste Majeste kerana ia lebih tepat berbanding kita cuba menghidupkan kembali imuniti...jika kita berusaha mewujudkan kembali imuniti, maka kita terpaksa mengubah sekali lagi Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda pada tahun 1993. Ia mungkin agak sukar untuk dilaksanakan kerana banyak pihak yang tidak bersetuju dan kita mengambil langkah ke belakang kembali. Namun, pada masa yang sama saya melihat kita tidak boleh membiarkan imej dan maruah Raja-raja Melayu diperkotak-katikan dengan sesuka hati oleh mana-mana pihak. Maruah raja-raja perlu kita pertahankan...berikut adalah kenyataan saya mengenai keperluan mewujudkan Leste Majeste yang keluar di akhbar Mingguan Malaysia 8 Mac)

KUALA LUMPUR 7 Mac – Satu undang-undang bagi melindungi kehormatan raja-raja atau Leste Majeste perlu diperkenalkan di negara ini sebagaimana diamalkan di beberapa negara termasuk Thailand.

Ia bagi mengelakkan imej raja-raja Melayu terus dipersenda secara meluas dan terbuka menerusi pelbagai medium termasuk laman blog.

Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsuddin berkata, pengenalan undang-undang itu merupakan langkah terbaik bagi melindungi imej raja- raja Melayu di negara ini pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh membenarkan mana-mana individu atau pihak menghina institusi raja berperlembagaan di negara kita, oleh demikian satu undang-undang khusus perlu dilaksanakan.

“Tindakan menghina raja-raja Melayu yang semakin kerap sejak kebelakangan ini perlu dihalang daripada berterusan.

“Justeru, saya mencadangkan agar undang-undang yang dikenali sebagai Leste Majeste atau undang-undang untuk melindungi kehormatan raja-raja diperkenalkan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dukacita dengan sikap sesetengah orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsa Melayu sendiri.

Baginda juga menyifatkan golongan tersebut sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja- raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

Shahaniza menjelaskan, undang- undang untuk melindungi kehormatan raja-raja bukan sesuatu yang baru tetapi sudah diwujudkan di negara seperti Brunei, Sepanyol dan Belanda.

“Contohnya, mengikut Artikel 112 undang-undang Kod Tatajenayah Thailand, mana-mana individu yang didapati menghina raja negara itu boleh dipenjarakan antara tiga hingga 15 tahun,” katanya yang juga seorang peguam.

Jelas beliau, jika undang-undang itu gagal diwujudkan, dikhuatiri imej raja-raja Melayu boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak sahaja sehingga akhirnya memusnahkan institusi tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyokong cadangan Pergerakan Puteri UMNO itu sebagai menepati senario semasa.

“Akta Hasutan sahaja tidak memadai untuk digunakan terutama dalam situasi sekarang,’’ katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pula berharap undang-undang khusus itu mampu melindungi kehormatan raja-raja Melayu dalam jangka panjang.

Presidennya, Jamaluddin Yusoff berkata, ketiadaan undang-undang khusus merupakan penyebab utama banyak pihak kini hilang hormat kepada institusi raja di negara ini.

“Tidak ada salahnya jika Malaysia mahu mewujudkan undang-undang seperti ini, banyak negara di dunia mempunyai undang-undang yang sama dan ini meningkatkan tahap kedaulatan raja mereka di mata rakyat,” katanya.

07 Mac 2009

Terimakasih Atas Ucapan Takziah

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan terimakasih kepada rakan-rakan yang telah menghantar sms ucapan takziah kembalinya ke rahmatullah bapa mertua saya pada 4 hari yang lalu. Keprihatinan rakan-rakan sangatlah saya hargai.Sesungguhnya pemergian Arwah merupakan satu kehilangan besar kepada saya selaku menantu sulung.Walaupun berbeza pandangan ideologi politik dengan saya,arwah sewaktu hayatnya sentiasa memberi nasehat kepada saya supaya menjadi pemimpin yang baik dan mengutamakan kepentingan rakyat.Masih segar dalam ingatan saya bagaimana pada subuh hari Penamaan Calon sewaktu PRU 12 yang lepas,arwah menghantar pesanan sms kepada suami supaya memastikan saya tidak silap mengisi borang pencalonan.Papa bagi saya bukan sekadar bapa mertua tetapi umpama ayah kandung yang sentiasa mempertahankan saya.Sekiranya ada perselisihan faham antara saya dengan suami,bapa mertua sentiasa menyebelahi saya..hingga ke akhir hayat papa,papa sentiasa memberi galakan dan kata semangat kepada saya...Dalam perjalanan hidup kita didunia ini,sesungguhnya restu suami dan keluarga akan membawa kepada keredhaan ilahi....Alfatihah buat papa,moga rohmu ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh...amiin...

06 Mac 2009

Eksklusif! Raja Petra Kaki Main Bontot.

(Pertama sekali mohon maaf kerana bahasa dalam rencana ini kasar sedikit. Tetapi saya lihat mesej dalam rencana ini menarik. Sebab itu saya petik rencana ini dari
http://www.malaysia-instinct.com/english/)

Oleh Lebah Kota

Ya...tajuk di atas tidak silap. Sama sekali tidak silap. Penulis memetik sumber yang sangat kuat untuk menulis rencana ini. Raja Petra adalah lelaki jenis kaki main bontot.

Perangai itu dipercayai diwarisi dan bermula sejak di bangku sekolah menengah lagi kerana beliau hanya bersekolah di sekolah budak-budak lelaki. Dari Victoria Institution hingga ke MCKK.

Di kala usia di mana keinginan seksual lelaki sedang memuncak untuk berasmara dengan perempuan, Raja Petra hanya berdepan dengan rakan-rakan lelaki yang kacak dan menawan.

Menurut sumber, nafsu yang membuak-buak diikuti dengan hanya lelaki yang ada sebagai pilihan, Raja Petra pun tergelincir.

Dalam erti kata lain menurut sumber penulis itu, disebabkan asyik dihurung lelaki sahaja, Raja Petra terjerumus ke kancah gay.

Sumber penulis sanggup bersumpah dengan nyawanya untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Walaupun Raja Petra sudah berkahwin tetapi itu hanyalah untuk cover line semata-mata. Mengaburi mata. Sumber penulis adalah amat kuat sekali dalam hal ini.

Hari ini pun ciri-ciri gaya menyerlah dalam penampilan Raja Petra.

Suka berbaju ketat dan berkepala botak sepanjang masa. Memang betul ada lelaki normal pun macam itu, tetapi lebih kerap gay yang memiliki gaya seumpama itu.

Raja Petra sememangnya suka berbaju ketat dan botak kepala.

Raja Petra ini pula, kalau bercakap dengan lelaki yang dia kenal, dia suka pegang bahu atau peluk. Cakap lembut sahaja pulak tu.

Ini beberapa ciri luaran gay yang memang tidak boleh ditolak.

Salah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang penyelidikan seksualiti manusia ialah Sigmund Freud ada membicarakan mengenai ciri-ciri lelaki gay dan kajian penulis memperlihatkan ia banyak persamaan dengan perwatakan Raja Petra.

Kawan yang sangat rapat dengan Raja Petra, walaupun keberatan pada awalnya, telah juga sudi berkongsi dan mengesahkan cerita mengenai sifat gay Raja Petra itu kepada penulis akhirnya.

Pengakuan rakan Raja Petra itu menghilangkan segala kesangsian Lebah Kota pada awalnya iaitu betulkah Raja Petra ini gay.

Memang sah...itulah yang penulis boleh cakap.

Disebabkan perangai gaynya itu, Raja Petra melalui satu MMS yang sedang tersebar secara meluas dikatakan suka membawa kembali rakan lelakinya ke rumah, dan suka menonton isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Dah gay, apa dia nak pedulik. Janji kawan dia happy, dia pun tumpang syok.

Opsssss.... stop, stop. Oklah.... sebenarnya 18 perenggan di atas ini hanyalah rekaan penulis. Hasil imiginasi liar yang digarap dalam masa hanya 15 minit pertama rencana ini ditulis.

Kalau betul Raja Petra memang gay tak tahulah kan....Dan bahagian suka "kendurikan" bini sendiri itu pun katanya betul...tak tahulah.

Semasa para pembaca membaca 18 perenggan pertama rencana ini, maka mesti ramai yang terperanjat dan terus membaca mengharapkan ada bukti yang kukuh diberikan penulis untuk menyokong kenyataan Raja Petra adalah gay.

Rasanya belum sampai penghujung 18 perenggan itu ramai yang sudah rasa ia adalah penipuan semata-mata.

"Pandai aje mamat ni menulis, mana buktinya?". Mungkin itulah yang terlintas di fikiran agaknya.

Memanglah, kalau sekali lalu aje Lebah Kota menulis, memanglah sukar untuk ia diterima akal kan?

Namun, bayangkan senario ini. Jika penulis mengambil masa yang lebih lama, rancang lebih teliti, bangunkan sebuah blog sepenuh masa, upah beberapa penulis untuk sentiasa menulis mengenai perkara di atas, wujudkan gambar palsu, menggunakan ayat-ayat yang boleh membakar sentimen pembaca, ditambah kalau ada rakan pemberita di luar negara yang menulis kembali apa yang Lebah Kota tulis itu, kemudian ada pula portal berita berpengaruh yang memetik semula apa yang akhbar luar negara itu tulis.

Lagi hebat kalau ada wartawan mat salleh dari Eropah yang menyiarkan kembali penulisan Lebah Kota bahawa Raja Petra adalah gay.

Justeru, dengan taktik seperti ini, tidakkah lama-kelamaan berita berunsur fitnah dan rekaan ini akan mula masuk ke sanubari umum?

Proses penyebaran idea rekaan secara berterusan itu akan menyebabkan ramai mulalah percaya apa yang penulis tulis itu adalah satu kebenaran, iaitu Raja Petra adalah gay.

Orang akan mula yakin. Nafikanlah macam mana pun, tetapi orang akan tetap percaya dengan penulis yang sanggup bertahun-tahun mempertahankan idea yang sama iaitu Raja Petra adalah gay.

Namun, bila tiba ke peringkat di mana idea Raja Petra adalah gay sudah boleh diterima umum, maka persoalan yang pertama sekali tadi, iaitu "mana buktinya" masih belum terjawab sebenarnya.

Tetapi disebabkan kesungguhan penulis untuk mempertahankan idea rekaan penulis itu, contohnya sehingga sanggup ditahan di bawah ISA, maka ramailah yang akan percaya.

Namun, mana buktinya Raja Petra Kamaruddin adalah gay?

Jadi sekarang, penulis hendak bertanya, sudah berapa tahun Raja Petra menulis dengan penuh keyakinan mengatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun

Razak terbabit dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu, tidakkah sampai kini idea rekaan itu pasti sudah meresap dalam jiwa sesetengah kita.

Najib cakaplah apa pun, nafilah bagaimana sekali pun, siap bersumpah dalam masjid menggunakan nama Allah SWT pun masih ramai tidak percaya.

Yang mereka percaya adalah apa yang Raja Petra tulis.

Kenapa ramai yang percaya?

Ini kerana seperti apa yang Lebah Kota nyatakan di atas, Raja Petra mempertahankan idea rekaannya melalui "rancang lebih teliti, bangunkan sebuah blog sepenuh masa, upah beberapa penulis untuk sentiasa menulis mengenai perkara yang sama, wujudkan gambar palsu, menggunakan ayat-ayat yang boleh membakar sentimen pembaca, ada rakan pemberita di luar negara yang menulis kembali apa yang ditulis Raja Petra, kemudian ada portal berita berpengaruh yang memetik semula apa yang akhbar luar negara itu tulis,".

Kena pulak ada wartawan luar negara iaitu dari Perancis...orang Eropah menulis, lagilah kita rasa nak percaya. Walaupun wartawan Perancis itu wartawan bodoh yang cuma menyalin balik tuduhan-tuduhan yang sama dengan apa disebut Raja Petra. Takda apa yang baru pun dan semua tuduhan itu sudah beratus kali diperjelaskan di negara ini, tetapi pasal dia mat salleh, orang kita dengan mentaliti terjajah pun lagilah bertambah kepercayaan mereka.

Maka fakta rekaan menjadi fakta yang kononnya kukuh.

Namun di sini, Lebah Kota hendak mengulang kembali persoalan terpenting, "Mana Buktinya"?.... Ok, "Mana Buktinya".

Berbalik kepada soalan asas ini, cuba kita fikir kembali. Jangan kita dipengaruhi dengan hal ini semata-mata kerana ia disebarkan secara teliti dan selama bertahun-tahun.

Sehingga ke saat ini, Raja Petra hanya menulis berasaskan "sumber cakap", "kawan cakap dan sebagainya", sebagaimana 18 perenggang pertama rencana ini tadi.

Jadi, mana buktinya wahai Raja Petra?

Penulis pun boleh bercakap Raja Petra kaki main bontot, Raja Petra gay. Kawan penulis cakap, sumber penulis cakap.

So apa bezanya? Raja Petra aje betul, penulis cakap tak betul pulak? Kenapa?

Raja Petra pun takda bukti, penulis pun takda bukti. Raja Petra menulis mengikut senario (Razak Baginda penasihat Najib, so Najib terbabit), penulis pun menulis ikut senario (zaman remaja Raja Petra dikelilingi jantan-jantan kacak, so Raja Petra gay).

Adil la sikit, percayalah juga bila Lebah Kota kata Raja Petra adalah gay. Jangan percaya pada Raja Petra sahaja semata-mata.

Cakap lawan cakap. His words against mine. Dua-dua orang takda bukti. Kalau Raja Petra betul, maka Lebah Kota pun betul lah jugak kan?

Kawan Raja Petra, Tian Chua gila siap boleh mereka gambar Najib sedang duduk satu meja makan dengan Altantuya bersama Razak Baginda. Dah terdesak takda bukti punya pasal.

Besok jugak penulis akan minta mana-mana rakan penulis mereka gambar Raja Petra tengah main bontot, nak bagi real siap bagi pakai kondom dengan gel pelincir sebelah katil.

Lagilah nampak real rekaan penulis. Apa penulis reka dan apa yang Raja Petra reka akan berada di satu tahap yang sama nanti.

So macam mana nak nafi bila penulis kata Raja Petra adalah gay? Cerita rekaan sama-sama kukuh.

Jadi fikirlah satu perkara, apakah kita yang berakal ini hanya mahu percaya "rakan cakap", "sumber cakap" atau kita mahu melihat bukti yang kukuh dalam hal ini?

Kalau setakat hendak percaya tanpa bukti, maka tidak adilah kita sebagai manusia yang berakal fikiran dan berperasaan kepada Najib.

04 Mac 2009

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Pergerakan Puteri UMNO amat kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang menyamakan amalan bumiputera dengan dasar aparteid.

Ini adalah kenyataan yang dangkal dan berniat jahat.

Di bawah dasar aparteid, pengasingan dibuat mengikut warna kulit.

Ramai yang percaya dasar aparteid wujud daripada sikap sombong masyarakat penjajah berkulit putih yang melihat bangsa lain terutama yang berkulit gelap sebagai lebih rendah kedudukan mereka.

Sikap ini menyebabkan mereka yang mempunyai warna kulit yang berlainan daripada masyarakat kulit putih diberikan layan kelas kedua.

Layan kelas kedua itu dilakukan secara sah melalui akta-akta dan peraturan tertentu. Ini menjadikan aparteid sebagai satu institusi.

Antara beberapa peraturan yang mencerminkan dasar aparteid ialah pengasingan kawasan tempat tinggal mengikut warna kulit, penguasaan politk terletak di tangan kaum kulit putih sacara mutlak, larangan memiliki tanah atau harta tertentu, larangan mengundi dan sebagainya.

Contoh lain ialah peraturan seperti masyarakat berkulit hitam perlu bangun dan memberikan tempat duduk kepada masyarakat kulit putih dalam bas. Kulit hitam tidak boleh makan di restauran kulit putih.

Malah, di Afrika Selatan, ketika dasar aparteid masih wujud, kawasan pantai untuk mandi pun diasingkan mengikut warna kulit.

Adakah perkara seumpama itu wujud di negara ini? Jawapannya ialah tidak.

Amalan bumiputera pula adalah dasar yang telah dipersetujui oleh semua kaum secara bersama sejak sebelum Merdeka lagi.

Kewujudannya tidak pernah dilakukan secara paksaan tetapi berdasarkan persetujuan. Ia menitik-beratkan keperluan untuk mewujukan satu masyarakat yang seimbang di negara ini. Ia mahu memastikan tidak ada satu kaum yang lebih pada kaum yang lain.

Masyarakat yang seimbang bererti masyarakat tanpa mengira warna kulit atau agama, hidup dalam kesaksamaan ekonomi, politik dan sosial.

Di sini nyata memperlihatkan perbezaan kedua perkara itu, aparteid meletakkan satu kaum di atas kaum yang lain, amalan bumiputera pula untuk mewujudkan kesaksamaan antara kaum.

Justeru, Puteri melihat kenyataan Dr. Boo itu telah mengelirukan banyak pihak dan sangat berlainan dari fakta sebenar.

Beliau diminta agar memperbetulkan kembali kenyataannya sendiri sebelum ini. Ia tidak membawa apa-apa kebaikkan kepada mana-mana pihak pun di negara ini.


DATUK SHAHANIZA SAMSUDDIN
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO.

02 Mac 2009

Hormati Pendirian Pak Lah Yang Tetap Mahu Lepaskan Kuasa Kepada Najib

Perdana Menteri mengulangi pendiriannya akan menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac ini.

Kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Hua Hin, Thailand semalam menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa akan berlaku perubahan dalam pelan peralihan kuasa pada Mac ini.

Dengan kenyataan yang buat sekian kalinya itu, bermakna semua perkara yang dipersetujui antara Abdullah dan Najib sebelum ini tidak akan berubah. Abdullah tetap berpegang pada pelan berkenaan.

Ketika tempoh peralihan semakin hampir tiba, sudah tentu akan ada sahaja pihak yang cuba menabur fitnah semata-mata mahu mengkucar-kacirkan pentadbiran negara.

Dalam mengharungi cabaran politik masa kini dan krisis ekonomi global, kestabilan negara jangan dipermain-mainkan. Ketika ini, bukan sahaja ahli-ahli UMNO malah rakyat juga was-was sama ada peralihan kuasa itu akan diteruskan seperti dirancang atau ditangguhkan.

Malah desas-desus kononnya Abdullah akan hanya menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Najib dan bukan jawatan Perdana Menteri pada Mac ini bertiup kencang dengan pelbagai teori.

Melihat pendirian Perdana Menteri itu, kita minta kepada semua pihak supaya tidak lagi menimbulkan sebarang persoalan atau khabar angin berhubung mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Segala khabar angin dan spekulasi berhubung peralihan kuasa elok dihentikan menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac ini.

Tidak perlu lagi kita bermain-main dengan teori-teori kenapa Abdullah perlu kekal menjadi Perdana Menteri.

Jangan lagi disebarkan cerita mengenai 'kenapa Abdullah mesti dipertahankan' sehingga tamat tempoh mandat Pilihan Raya Umum 2008.

Perlu diingatkan, rancangan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri adalah rancangan Abdullah sendiri. Malah beliau sanggup berkorban mempercepatkan peralihan itu daripada Jun 2010 kepada Mac ini.

Sebagai pemimpin yang bermaruah, setiap keputusan yang dibuat oleh beliau tentunya berdasarkan kepada pertimbangan yang rasional dan bijaksana. Beliau tidak sekali-kali akan mengkhianati janji yang dibuatnya.

Dalam titah ucapan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merakamkan penghargaan kepada Abdullah dan berharap peralihan kuasa itu akan berjalan lancar.

Oleh itu, kita mohon kepada semua rakyat Malaysia supaya menolak sebarang berita atau khabar angin yang cuba memperlekehkan imej Perdana Menteri. Hormati pendirian beliau.

Kepada golongan penyebar khabar angin, kita minta hentikan tindakan mereka yang hanya akan mengocakkan keadaan politik semasa dan menimbulkan senario yang tidak menentu.

Negara kita sudah 'letih' dengan pergolakan politik. Kita perlukan lebih banyak masa untuk menghadapi kemelut ekonomi dunia kerana kesannya sedang kita rasai sekarang.