25 Januari 2009

Pengkhianat Yang Bernama Nasarudin Hashim

(Petikan : http://malaysia-instinct.com/english)

Oleh SHARIFAH ANAMARHAEN

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini adalah satu bentuk penipuan dan pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan

Ia memperlihatkan kepada rakyat tentang keikhlasan sesetengah orang yang mendakwa mereka adalah pemimpin.

Keyakinan kepada perjuangan parti sebenarnya tidak ada pada diri pemimpin jenis ini.

Yang wujud cuma kecenderungan untuk melihat politik tidak lebih sebagai alat bagi menjayakan kepentingan peribadi.

Nasaruddin baru-baru ini tidak disambung kontrak sebagai Pengerusi FELCRA serta tewas dan pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 beliau diturunkan bertanding kawasan Dewan Undangan Negeri Bota.

Tindakan Nasarudin yang mengkhianati UMNO dam BN perlu dijadikan satu keazaman untuk membuktikan bahawa UMNO dan BN adalah institusi politik yang tidak memberi tempat kepada golongan yang tidak setia.

Penulis percaya rakyat akan menolak pemimpin yang bergiat semata-mata untuk keuntungan sendiri.

Pemimpin seperti itu bukan sahaja tidak dapat diterima tetapi tanda tanya kini timbul mengenai matlamat sebenar penglibatan mereka dalam politik selama ini.

Rakyat harus memahami bahawa pucuk pimpinan BN tidak dapat memuaskan hati semua orang. Ini adalah lumrah.

Namun, mana-mana wakil rakyat yang bertanding dengan menggunakan tiket BN dan kemudian melompat ke parti lain, itu perbuatan yang mengkhianati BN

Nasarudin perlu sedar bahawa faktor kemenangannya dalam pilihan raya lalu kerana bertanding dengan menggunakan tiket BN.

Disebabkan itu, tindakan 'melompat' ke parti lawan itu bukan sahaja mengecewakan BN, malah rakyat yang memilih dirinya.

Lompat parti adalah satu perbuatan berpaling tadah - mulanya menyokong sesebuah parti politik dan kemudian sokongan tersebut bertukar arah dan lebih parah lagi, menentang parti asal.

Sekiranya ramai ahli parti bertukar arah, maka dibimbangi jumlah majoriti mengecil atau langsung hilang.

Akibatnya ialah, sesebuah parti politik itu akan hilang jumlah majoriti, yang seterusnya akan mengakibatkan kehilangan mandat atau kepercayaan di dalam Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri

Tindakan melompat parti setelah memenangi pilihan raya bukan sesuatu yang sihat dan patut disokong.

Ini kerana seseorang yang telah dipilih oleh rakyat bukan semuanya atas kapasiti individu tersebut, tetapi sebahagian besar memenangi kerusi tersebut atas kepercayaan atau mandat rakyat terhadap parti politik yang diwakilinya.

Tiket yang diberikan oleh rakyat untuk mewakili mereka tidak harus dipindah milik secara sewenang-wenangnya tanpa persetujuan rakyat.

Walaupun mungkin Parlimen tidak dapat menghalang perbuatan lompat parti, ia merupakan satu pengkhianatan atau pembelotan terhadap rakyat dan satu perbuatan tidak bermaruah.

Yang pasti, Nasarudin perlu jawab di atas segala bentuk pengkhinatan ini!

24 Januari 2009

SiKudung Mendapat Cincin

Antara yang menjadi perhatian dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini ialah PKR membidas Lim Guan Eng yang tidak berunding terlebih dahulu dengan rakan-rakan pembangkang sebelum mengisi jawatan penting dalam anak syarikat Kerajaan Negeri dan pengakuan Khalid Ibrahim MB Selangor yang menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli 46 ekor lembu korban bagi kawasan parlimennya Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Nampak sangat DAP tidak hormat lansung kepada rakan-rakannya sendiri.kalau kita benarkan mereka ini memerintah Negara,pelbagai kecelaruan akan timbul.Itu belum lagi dengan Karpal Singh yang akan bermatian menentang hasrat PAS untuk laksanakan hukum hudud.Saya percaya PR di Selangor pasti bengang kerana duit Kerajaan Negeri digunakan untuk kawasan Parlimen di Negeri lain.Nampak gayanya mereka ini umpama sikudung mendapat cincin.

Apa yang Kerajaan BN buat,semuanya dianggap tidak betul.Di Felda,adalagi segelintir yang tidak puashati dengan Felda.Sedangkan Felda telah terbukti berjaya membawa keluar beribu-ribu keluarga Melayu dari paras kemiskinan.Bukan nak mengungkit,tetapi sebagai cucu kepada peneroka felda,saya melihat sendiri usaha felda membantu dengan tidak pernah jemu.Kini,sebagai wakil rakyat kepada lebih 5000 keluarga peneroka,saya terlibat secara lansung dengan pehak pengurusan felda untuk mempastikan para peneroka berjaya.Tetapi masih ada juga lagi yang menganggap felda umpama Israel yang menzalimi mereka.Kalau Felda sudah diumpamakan sebagai Israel,bermakna sudah tiada lagi perasaan syukur dalam diri mereka.Eloknya mereka keluar dari tanah rancangan Felda dan beri peluang kepada lebih ramai generasi muda menjadi peneroka.Mereka yang tidak bersyukur ini juga bolehla disamakan umpama kudung mendapat cincin juga.Tidak tahu menghargai apa yang mereka ada.

Sememangnyalah adat dunia,kita hanya akan menyedari sesuatu itu amat berharga apabila kita telah kehilangannya.

21 Januari 2009

UMNO Perlu Berubah



Banyak pihak kini bercerita mengenai UMNO perlu berubah.

Baiklah, kita terima hakikat bahawa UMNO perlu berubah.

Tetapi, mula sekali, saya ingin meminta kepada pembaca atau pihak yang berkata UMNO perlu berubah, tolonglah juga gariskan beberapa jawapan akan apakah perubahan yang diperlukan itu.

Setakat ini, perubahan yang telah pasti adalah perubahan kepimpinan tertinggi UMNO. Usaha-usaha menangani politik wang juga sedang dilakukan.

Namun, usaha itu agak perlahan, saya akui. Lembaga Disiplin perlu dimantapkan lagi.

UMNO sombong, ini memang perlu sekali diperbaiki. Namun, bukan semua ahli atau pemimpin UMNO bersikap demikian, itu juga harus diakui.

Ramai juga kata UMNO tidak releven di jiwa pengundi muda. Adakah ini benar? Jika benar, UMNO perlu mengorak langkah untuk menarik golongan muda kepada dirinya.

Banyak lagi rasanya kelemahan yang wujud dalam parti ini dan perlu diperbincangkan.

Namun, yang pertama sekali kini ialah kita ini perlu mengakui kewujudan semua masalah-masalah ini dan masalah lain.

Penafian tidak akan membawa ke mana. Umpama kita memegang seekor kucing kurab, tetapi bila orang menegur, kita marah, kita menafikan dengan berkata kucing itu cantik, bulunya lebat, comel, manja dan sebagainya.

Maka, dengan sikap itu tidak akan ada penyelesaian. Kita perlu mengakui kucing itu kucing kurap, selepas itu kita bawa ia bertemu doktor haiwan untuk berubat dan kita jaga ia sehingga ia pulih. Barulah masalah kita akan selesai.

Saya tidak menyaman parti UMNO keramat ini dengan kucing kurap, harus diingat. Apa yang saya berikan itu adalah contoh untuk memahami situasi yang kita berada kini.

Kita harus akui UMNO ada kelemahannya yang mungkin benar atau mungkin persepsi sahaja diwujudkan oleh pembangkang. Ia perlu dikaji secara mendalam

Berbalik kepada apa yang saya kata awal tadi, pihak yang bercakap mengenai keperluaan berubah juga mesti memberikan penyelesaian, jangan hanya bercakap dan mengkritik sahaja.

Ini juga tidak akan memberikan sebarang penyelesaian.

18 Januari 2009

Jangan dikenang apa yang sudah berlalu.

Untuk entry ini, saya ingin meminjam sebaris kata daripada seorang blogger yang berbunyi, "macam mana pun kita orang Islam, arah dan kiblat kita tetap sama walaupun bendera parti kita mungkin berbeza".

Sangat mendalam kata-kata ini sebenarnya dan memang tepat sekali mesejnya.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu sudah pun berakhir dan berlangsung dengan aman dan baik serta lancar.

Apa pun, Kuala Terengganu memperlihatkan majoriti penduduk orang Melayu sebelum ini berpecah kepada dua kumpulan iaitu penyokong UMNO dan PAS.

Saya berharap, perpecahan ini hanya bersifat sementara dan hanya dalam bidang politik sahaja.

Jika ada yang mana-mana pihak yang terguris atau termakan hati, marilah kita bersama bermaaf-maafan antara satu sama lain. Rapatkan Silaturahim kita kembali.

Cukuplah dengan poltik, hubungan kekeluargaan dan hubungan sesama manusia yang lebih afdal untuk dijaga.

Tidak ada gunanya jika sebarang rasa tidak puas hati politik hendak di simpan lama-lama.

Selaku salah seorang yang turut terbabit dalam kempen pilihan raya bagi pihak UMNO, saya pun sedih dengan hasil keputusan semalam.

Namun, biarlah. Itu adalah kehendak penduduk di Kuala Terengganu. Kita hormati hak mereka.

Cuma di pihak UMNO, saya rasa kita perlu melakukan post mortem yang benar-bear terbuka untuk mengetahui apakah punca sebenar kekalahan itu.

Apakah UMNO semakin ditolak orang Melayu walaupun ia berusaha untuk berubah, jika ya, apakah perubahan yang perlu dilakukan lagi?

Penyelesaian punca itu perlu dibincangkan secara terbuka dan tanpa berselindung sama sekali.

Saya yakin, masyarakat Melayu bukan menolak UMNO sepenuhnya. Mungkin ada beberapa kesilapan atau penyakit dalam parti ini yang mereka tidak gemarkan. Mungkin mereka mahu mendera UMNO ke satu peringkat bagi melihatnya berubah.

Justeru, marilah kita lihat, perhati, amati dan dengar apa yang mereka hendak itu.

Insya-Allah kita mungkin akan menemui penawarnya nanti.

13 Januari 2009

merekalah pejuang sejati!


saya sebenarnya agak terharu dengan kesungguhan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang dan berjuang bersama-sama jentera Barisan Nasional (BN)dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini

walaupun menduduki hirarki tinggi dalam kerajaan dan juga parti, namun beliau tidak pernah ambil mudah atau hanya duduk di kerusi selesanya di Putrajaya dalam menghadapi pilihan raya yang sengit ini

semalam sebaik saja selesai berucap di parlimen dan selepas merasmikan sebuah persidangan di ibu negara, Najib bergegas pula ke Terengganu dan menyampaikan pidato ulungnya di hadapan beribu penyokong kuat UMNO dan BN

justeru itu saya terfikir sendiri, sekiranya insan seperti Najib dan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sanggup turun ke bawah bersama-sama anak buah mereka, saya tidak nampak alasan mengapa ada di antara kita yang mengambil mudah atau bersenang-lenang di kawasan atau bahagian masing-masing

berdasarkan kesungguhan Najib dan Pak Lah, saya tidak hairan bagaimana mereka berdua boleh berada sehingga ke tahap sekarang, saya tidak hairan bagaimana mereka boleh sampai ke peringkat begini.

Merekalah pejuang sejati!