Setiausaha Agung MCA melalui kenyataan akhbar yang disiarkan oleh NST pada 19hb Julai,2007 telah mengkritik kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan Malaysia tidak pernah menjadi negara sekular.Kenyataan Ong Kan Chua itu telah disokong oleh Presiden Majlis Peguam yang menyatakan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam.
Kenyataan mereka tersebut diatas jelas tidak peka kepada pengistiharan Malaysia sebagai negara Islam yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri.Malaysia juga diktiraf sebagai negara Islam oleh OIC. Sebagai parti komponen kepada Barisan Nasional,MCA tidak sepatutnya membuat kenyataan yang bertentangan dengan Timbalan Presiden Barisan Nasional sendiri.
Presiden MCA,Ong Ka Ting sepatutnya mengambil tindakan terhadap keceluparan anak buahnya itu dan memastikan perkara tersebut tidak berulang. Pilihanraya umum bakal menjelang,sepatutnya keharmonian perpaduan BN perlu diperkukuhkan dan tidak dicemari oleh sifat ketidakpekaan mana-mana pihak.
Jika UMNO boleh mengakui sumbangan parti-parti komponen dan memelihara kepentingan mereka,maka parti komponen sepatutnya lebih peka untuk sama-sama mempertahankan apa yang diperjuangkan oleh UMNO,parti yang menjadi tunggak kepada kekuatan Barisan Nasional.Ramai dikalangan pemimpin-pemimpin muda UMNO melahirkan perasaan tidak senang dengan tindak tanduk Ong Kan Chuan dan menggesa agar perkara ini diambil serius oleh MCA sendiri.
1 ulasan:
dato'!
Malaysia ni Yang mana satu?
1) Negara Islam
2) Negara Umat Islam
3) Negara berkerajaan Islam
pilih la satu pilihan kalbu
Catat Ulasan