12 Disember 2011

IMG03793-20111212-1125.jpg

Sidang Dun Pahang yang terakhir bagi tahun 2012

Alhamdulillah..hari ini berakhirlah persidangan ketiga penggal ke empat dun pahang yang ke 12. Sidang yang bermula pada 5hb Dis 2011 telah dimulakan dengan pembentangan bajet 2012 oleh YAB Dato Sri Diraja Menteri Besar Pahang.

15 November 2011

One of my best moments

Undescribed feelings when i first set my eyes on The Grand Canyon... So grand..so fascinated...awesome! Will never ever forget this excitement moments..Thanx Allah for giving me the opportunity....

14 November 2011

Bila Pagar Tidak Lagi Boleh Diharap Menjaga Padi

Pepatah orang lama..harapkan pagar,pagar makan padi..membawa maksud,orang yang diharapkan menjaga sesuatu amanah itu,kemudiannya telah mengkhianati amanah tersebut. Dek kerana sikap ini lah,iaitu sikap yang tidak amanah dan bertanggungjawap segelintir pegawai/pemimpin maka berlakulah pelbagai perkara yang merosakkan sesuatu institusi.

Dulu,sebelum saya jadi wakil rakyat,selalu juga saya dengar dan lihat orang-orang atau pegawai YB merosakkan imej dan nama baik YB dengan sikap tidak amanah mereka. Ada juga yang cuba lebih sudu dari kuah.Hari pertama jadi wakil rakyat,ramai yang mengingatkan saya tentang ini. Saya diminta berhati-hati dengan mereka disekeliling dan sentiasa memantau. Walaubagaimanapun,ianya sangatlah subjektif. Apa pula perasaan anak buah jika mereka merasakan kita kurang mempercayai mereka? Memang dalam hal ini,kadang-kadang saya rasa ditelan mati emak,diluah,mati ayah. Cuma apa yang boleh saya buat,sentiasa nasehatkan mereka agar sentiasa berlaku amanah dan jujur kerana kita mahu beri khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Siang tadi,di Pusat Khidmat saya dikunjungi beberapa orang penduduk sebuah kampung yang merungut mereka selalu ketinggalan dari segi bantuan oleh kerana 'ketua' mereka bersikap pilih kasih. Nak berjumpa saya,mesti minta kebenaran dulu dari 'ketua'. Mereka sudah mula muak dan rasa terpinggir. Lalu mereka beranikan diri untuk bertemu saya sendiri. Ternyata banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Perkara yang selama ini tidak dimaklumkan kepada saya mungkin kerana agenda tertentu. Lalu saya maklumkan kepada mereka,saya bukanlah seorang yang terlalu protokol.Sesiapa sahaja dikalangan rakyat boleh berjumpa atau hubungi saya bila-bila masa sahaja. Semua orang boleh telefon,sms atau berinteraksi melalui facebook dengan saya. Saya suka kalau rakyat berhubung terus dengan saya,maklum sahaja terus jika ada orang sakit,kematian atau kenduri-kendara. InsyaAllah jika tiada halangan,saya akan sebolehnya hadir. Maklumkan juga jika ada sebarang masalah di kampung masing-masing,insyaAllah saya akan bantu sedaya upaya saya.

Pengajaran bagi saya hari ini...masih lagi ada diluar sana yang menganggap wakil rakyat sukar didekati,hanya disebabkan ada orang lain yang terlalu menjaga protokol. Dan jika perkara ini tidak dibetulkan segera,yang rugi adalah Barisan Nasional itu sendiri.

Akhirnya saya berharap tulisan saya ini tidak akan mencetuskan konflik kepada mana-mana pihak. Nukilan ini hanyalah satu peringatan kepada diri saya sebenarnya..sebelum terlewat,saya akan buat sesuatu untuk membetulkan keadaan dalamasa terdekat. Yang pasti,yang tercicir dari senarai,akan disenaraikan semula,yang benar-benar memerlukan akan dihulurkan bantuan,yang sakit akan terus diziarahi dan amanah serta perjuangan akan terus saya laksanakan...terimakasih kepada semua pegawai,pembantu,ketua kampung,ketua cawangan dan semua yang memahami aspirasi dan cara saya bekerja...yakinlah bahawa selagi kita ikhlas dan melakukan dengan penuh penghayatan...apa yang dicita,pasti menjadi nyata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You have received a YouTube video!

http://www.youtube.com/watch?v=4b-YijAn6GY&sns=em


Sent from my iPhone

Anugerah Terindah

Dalam kehidupan kita didunia yang sementara ini,kadang-kadang kita sedikitpun tidak perasan dengan Anugerah yang bukan sedikit bilangannya kita perolehi.

Kita hanya tahu mengeluh,mencari kesilapan dan kelemahan dan sentiasa pula menyalahkan orang lain bila berlaku sesuatu musibah kepada diri kita.

Begitu lah kebanyakan dari kita. Always take thing for granted. Gagal untuk bukan sahaja menganalisa sesuatu perkara malah sengaja tidak mahu mengakui kesilapan apatah lagi memperbaikinya. Apa yang saya perkatakan ini adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan kepada kita semua termasuklah diri kita.

Adakalanya kuman diseberang laut kita nampak,tetapi gajah didepan mata kita tak pandang. Hak orang lain kita agungkan tetapi yang kita sendiri kita bukan takat tak pandang sebelah mata tetapi tak perasan pun kewujudannya...

Kita suka mengharapkan padi di seberang..sedangkan menjadi atau tidaknya belum tentu lagi...kita lupa bahawa apa yang ada disekeliling kita juga adalah Anugerah...setiap yang hadir dalam hidup kita pasti ada peranan serta hikmahnya...hargailah mereka...Anugerah yang terindah....

P/s dikesempatan ini ingin saya ucapkan tahniah kepada Mas emiyati Ketua Puteri Umno Melaka yang baru sahaja dianugerahkan cahayamata yg ke 4 pada 11/11/11 yang lalu..don't give up to try for a girl,babe!

08 November 2011

Menghayati Atau Mengkhianati?

Alhamdulillah hari ni merupakan hari ketiga umat islam diseluruh dunia mengerjakan ibadah korban. Ibadah yang dituntut bagi mensucikan jiwa dan membuktikan keihklasan umatNya terhadap PenciptaNya. Syukur di negara kita,ramai sekali yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah ini...disana-sini orang menyembelih kambing,kerbau dan lembu. Sungguh meriah suasana di Masjid dan Surau umat islam bergotong royong bersama. Daging di agih kepada penduduk kampung dan selebihnya dibuat kenduri kampung.

Namun begitu,berapa ramaikan dikalangan kita yang menghayati hikmahnya ibadah tersebut. Berapa ramai memahami peristiwa korban yang pertama yang diperintahkan kepada Nabi Allah Ibrahim AS? Ada diantara kita tidak lagi mengerjakannya dengan sifat tawadhuk kepada Allah.Ibadah yang seharusnya membawa rasa keinsafan sebaliknya ada yang telah membawa kepada sifat riak dan berlebihan.

Trend terkini,ia di peralat pihak-pihak tertentu. Terpana juga saya melihat gambar YB Tian Chua melapah daging korban dan gambar YB Teresa Kok mengagihkan daging korban kepada para muslimin dengan beliau berpakaian kebaya nyonya yang jarang dan ketat. Lalu saya terfikir..adakah kita menghayati atau mengkhianati?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 November 2011

Bergotong royong bersama penduduk sg jerik dan jabatan2 kerajaan dlm daerah.jpg

Pada 2hb nov telah diadakan gotong royong perdana dun kuala sentul di Pekan Sg Jerik dan Pusat Rekreasi Lubuk Jed dgn disertai lebih 300 org peserta. Sambutan diluar dugaan. InsyaAllah saya bercadang agar ianya dijadikan acara tahunan selepas ini. Terimakasih atas inisiatif Majlis Daerah Maran yang menganjurkannya.

27 Oktober 2011

Jom makan tosei.jpg

Sambutan Deepavali Di Sg Jerik
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Oktober 2011

Nostalgia Pekan Sari Chenor

Entah kenapa semalam saya begitu teringin nak pergi ke Pekan Sari Chenor. Teringin nak makan macam-macam.Nak makan kueh pena,kueh badak kubang..ah..semuanya buat saya terliur.

Hari ni saya bangun awal..teruja nak ke Pekan Sari Chenor. Teringat masa zaman kanak-kanak,setiap kali cuti sekolah,memang tak lepas peluang ikut mak ke Pekan Sari.Kiranya hari Khamis memang ditunggu-tunggu.

Setibanya saya di Chenor tadi,saya di sapa sahabat lama,teman sepermainan masa kecil dulu yang dah berpuluh tahun tak bertemu.Seronoknya kerana kebanyakan wajah-wajah yang ditemui adalah wajah-wajah yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak dan remaja saya.

Saya pulang dengan tersenyum puas sambil menjinjit plastik ikan patin.ikan salai,kueh pena,kueh badak kubang,kueh lua dan laksam kegemaran saya...

Yang pasti,kunjungan ke Pekan Sari Chenor hari ni telah menyegarkan diri saya hari ni...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Oktober 2011

IMG03357-20111009-1246.jpg

Kunjungan ke Langkawi

Baru-baru ni saya berpeluang berkunjung ke Langkawi Pulau Lagenda bersama lebih 80 orang pemimpin masyarakat dari Dun Kuala Sentul..bukan makan angin tapi lebih kepada aktiviti teambuiilding...alhamdulillah...berjaya capai matlamat...tkasih kepada semua pihak yang membantu..
Hari terakhir kami diraikan oleh Ketua UMNO Bahagian Langkawi YB Dato Nawawi dalam majlis makan tengahari yang ringkas tapi mesra....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 September 2011

10 Ogos 2011

Majlis Penyerahan wang KWAPM Dun K.Sentul.jpg

249 murid tahun 3-6 daripada 7 buah sekolah rendah di Dun Kuala Sentul hari ni menerima wan dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin Kementerian Pelajaran Msia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masak bubur lambuk.jpg

Salam Ramadhan
Di bulan Ramadha yang mulia ini,kita semua pastinya sentiasa berlumba-lumba mencari keberkatan dan rahmat dariNya.
Hari ini sudah 10 hari umat Islam berpuasa.Syukur kita di Malaysia ini kerana masih dapat menjalani ibadah puasa dan solat sunat terawih dalam suasana aman dan sentosa.Namun,kita semua di kejutkan dengan insiden di sebuah Gereja di Selangor baru-baru ini.Cerita tentang usaha mubaligh Kristian mengkristiankan orang Islam bukan cerita baru tetapi kini ia semakin berani dilakukan. Bagi saya,soal akidah sebegini serta mempertahankan kesucian Islam perlu sama-sama kita pelihara dan perjuangkan.Ada sesetengah pihak yang terlalu liberal fahamannya mempertikaikan usaha mencegah penyebaran agama Kristian dikalangan orang Islam.Secara peribadi saya menyokong apa sahaja usaha untuk menanganinya..peristiwa 'thanksgiving dinner' di Gereja baru-baru ini yang kononnya hanyalah program berbuka puasa untuk orang Islam pada saya adalah sesuatu yang amat memalukan kita semua.Marilah kita bermuhasabah diri dan pastikan perkara sebegini tidak berulang lagi.Ramadhan semestinya menjadi bulan untuk kita memperkukuhkan ukhwah sesama kita dan mempertingkatkan iltizam kita untuk memelihara syiar Islam di Negara ini yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Ogos 2011

Selamat berbuka.jpg

Salam semua...sudah agak lama saya tidak membuat catatan diblog ini...rasanya,bulan Ramadhan yang barakah ini adalah masa yang terbaik untuk saya kembali aktif disini...insyaAllah dengan sokongan para sahabat sekalian,saya akan cuba berkongsi buah fikiran malah luahan rasa bersama anda sekali lagi...
Hari ini saya sempat berbuka puasa dengan mak dan ayah saya di kampung...menu istimewa pastilah kueh pena,kueh tradisi yang jadi kegemaran orang kampung kami...saya kongsikan disini gambar kueh tersebut...nak rasa?kena la datang berkunjung ke kampung kami...:-)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salam Ramadhan

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua....moga Ramadhan yang menjelang ini akan membawa seribu kerahmatan buat kita semua.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Julai 2011

Fwd: Demonstrasi BERSIH 2.0 - UFB - Hukum Berjuang Di Belakang AMBIGA



Regards, Shahaniza Shamsuddin, Adun Kuala Sentul

Begin forwarded message:

From: Shahaniza <shahaniza@gmail.com>
Date: 5 July 2011 04:57:14 GMT+08:00
To: Shahaniza Shamsuddin <shahaniza@gmail.com>
Subject: Demonstrasi BERSIH 2.0 - UFB - Hukum Berjuang Di Belakang AMBIGA

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=6bc4krVVcfY&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPhone

17 Jun 2011

SIAPA MENANG SIAPA KALAH

oleh Dr. Mahathir Mohamad

1. Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan jarang menghasil keputusan "Menang Menang", dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas - terdapat yang menang dan yang kalah.

2. Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas.

3. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan.

4. Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS - iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan.

5. Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal. Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.

6. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.

SUMBER ASAL

~

15 Jun 2011

Test

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aktiviti

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Majlis Persaraan Guru Besar SK Jengka 2 Cikgu Karim Manaf

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 Jun 2011

Kunjung hormat ke SPAD pada 9hb Jun 2011

Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Pengangkutan Negeri Pahang yang diketuai oleh YB Dato Ir Mohd Soffi Tan Sri Razak telah mengadakan kunjung hormat di ibu pejabat SPAD.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya, khususnya penduduk kaum Cina di Sungai Jerik. Kepada semua, saya berharap kita semua dapat menghayati makna tersirat dalam perayaan ini apatah lagi kita hidup dalam lingkungan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Bagi anak-anak perantauan yang akan pulang ke kampung halaman (terutamanya kampung-kampung dan Felda-Felda di dalam Dun Kuala Sentul), saya mengucapkan selamat kembali kepada keluarga masing-masing dan gunakanlah cuti ini bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Gunakanlah peluang kembali ke kampung halaman ini bagi mencurahkan idea bagi terus memajukan kampung halaman sendiri.

Bagi yang akan pergi bercuti, hati-hati dijalanraya semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju. Selamat Bercuti !

22 Januari 2011

Mirror on the wall

Salam ceria buat teman-teman semua..

Sudah beberapa hari saya tidak menulis diruangan ini. Banyak sekali sebenarnya yang ingin saya perkatakan dan kongsi bersama dengan anda semua... tetapi bukan kerana sekadar kekangan waktu tetapi dek kerana minda yang kepenatan memikirkan pelbagai masalah rakyat.

Setiap kali menatap wajah sendiri di cermin, saya sering teringat cerita dongeng kanak-kanak, Snow White. Ibu tiri Snow White yang kejam sering bertanya kepada cermin ajaibnya tentang siapakah yang paling cantik didunia. Tetapi lain halnya dengan saya. Saya tidak bertanya soalan yang sama. Lagipun cermin saya bukanlah cermin ajaib. Hanya sebuah cermin biasa yang kadangkala saya rasa seolah-olah mengejek saya. Setiap kali menatap wajah di cermin, hati saya akan berdetik dengan pertanyaan.. "mirror, mirror on the wall.. will I be able to put on a smile today?"

Ya, seorang wakil rakyat mesti sentiasa senyum tatkala bertemu rakyat. Tiada istilah sedih, marah, kecewa atau indikasi emosi selain ceria dan tersenyum sentiasa. Wakil rakyat semestinya seorang yang dikira boleh menyelesaikan setiap perkara, isu dan masalah hingga kadang-kadang ramai yang terlupa bahawa mereka juga insan biasa.

Setiap perkara yang dilakukan, adalah untuk rakyat. Rakyat mesti didahulukan dan keluarga sendiri perlu berkorban untuk rakyat. Sayu hati kadang-kadang bila anak-anak terpaksa saya tinggalkan demi tugas. Sampaikan si Aeen yang baru berusia 5 tahun sudah tahu komplen tentang uminya yang asyik sebuk pagi dan petang. Saya cuma berdoa agar Allah taala membalas keikhlasan saya dengan memelihara dan mengasihani anak-anak saya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ada saja yang tidak kena dimata sesetengah pihak walaupun kita telah cuba melakukan yang terbaik. Ramai yang mahukan kita mendengar kata mereka dan mengambil hati mereka tanpa memperduli dan mengambil kira keadaan kita. Kadang-kadang serba salah juga dibuatnya. Namun, saya cekalkan hati dalam terus menggalas amanah yang dipikul ini.

"Mirror.. mirror on the wall... please remind me to always be patient with them all... to be always love them with all my heart, my soul and my life."

Salam sayang untuk anda semua dimana saja anda berada...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 Januari 2011

Tempat Jatuh Lagi Dikenang...

... Inikan pula tempat belajar, bermain dan bercinta... dan pastinya apabila kita kembali menjejakkan kaki ke mana-mana tempat yang menyimpan seribu satu memori silam, kita semua akan terkenang pelbagai kisah suka dan duka.

Semalam (16/01/2011), sekali lagi saya dijemput oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Keris Mas, UKM. Kali ini untuk menutup program Karnival Siswi tahun 2011. Seperti biasa, saya jarang menolak jemputan untuk menghadiri program di UKM.. masuk kali ini, saya telah tiga kali ke Kolej Keris Mas, dua kali ke Kolej Aminudin Baki (tempat tinggal saya dari tahun 1989-1993) dan sekali ke Kolej Tun Syed Nasir. Setiap kali bersama para pelajar di sana, tiap kali itulah juga pelbagai kenangan silam menjelma.

Sememangnya zaman di kampus adalah zaman yang paling indah dalam hidup saya. Di sinilah segalanya bermula (bertemu jodoh juga...hehehe) dan saya kira adalah wajar bagi saya untuk 'memberi' semula kepada universiti yang saya cintai ini.

17 tahun telah berlalu sejak saya meninggalkan kampus. Siswi dulu dan kini agak ketara perbezaannya. Mereka kini lebih terbuka dari segi pandangan dan juga corak pergaulannya. Mereka lebih berani ke depan jika nak dibandingkan dengan masa saya dahulu. Sepetang bersama mereka semalam memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Mereka sentiasa teruja untuk mendengar ucapan saya yang dianggap sebagai salah seorang alumni yang berjaya dan saya pula sentiasa teruja untuk kembali menjejak kenangan semalam.

Program yang di penuhi dengan pelbagai persembahan menarik para pelajar termasuk cat walk busana muslimah dan nyanyian dari seorang pelajar yang berasal dari Jerantut tamat lebih kurang jam 6 petang.

Sebelum bertolak balik ke Pahang sempat pula saya pekena secawan kopi dengan seorang kawan sekampung. Kali ini saya menjejak memori zaman anak-anak lebih 30 tahun yang lalu. Dan betullah kata orang... jauh-jauh terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau. Bertemu teman sepermainan zaman anak-anak, perasaannya sama seperti pulang ke kampung laman.

Akhir kata, ingatlah kata pujangga... berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu... salam ukhwah dan salam sayang buat anda di mana jua anda berada...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 Januari 2011

Dapat ilmu baru

Salam teman-teman, malam ini saya berpeluang belajar satu lagi ilmu untuk menambahbaik kan kemahiran saya dalam berblog. Pertemuan saya dengan seorang anak muda bernama Amir telah mengajar saya bagaimana menulis blog melalui Blackberry. Selepas ini pengetahuan yang baru saya perolehi ini pasti akan memudahkan saya untuk membuat posting setiap hari.

Begitulah, setiap hari memang sepatutnya kita belajar sesuatu yang baru. Tak rugi belajar dan terus belajar kerana hanya orang yang berilmu akan dipandang mulia. Itupun jika ilmu itu digunakan untuk perkara yang bermanfaat.

Akhirnya, renungan untuk kita semua: confucius pernah berkata : "The gentleman is learned in right; the small man is learned in gain"

Salam ukhwah dan salam sayang untuk anda semua di mana saja anda berada.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

14 Januari 2011

Ngeteh sana ngeteh sini.....

Salam buat teman-teman semua...

Hari ni saya berkesempatan mendengar pelbagai keluhan rakyat sewaktu sesi mengeteh. Bersembang dengan mereka secara santai rasa lebih dekat saya dengan mereka dan dapat menghilangkan rasa segan mereka untuk bercerita dengan saya. Sebenarnya program mengeteh ni memang sudah jadi amalan saya. Di Restoran, gerai dan warung lah pelbagai maklumat dapat saya perolehi secara spontan. Lagipun ramai kaki sembang di kedai kopi ni jarang yang mahu bersama-sama dalam program rasmi yang di adakan.

Pagi tadi saya bersarapan di Felda Jengka 5..lokasi saya hari ini di sebuah restoran yang terletak di Simpang masuk ke Jengka 5... setelah memaklumkan kepada Pengurus dan Tok Empat, saya dan Ja terus bergerak dari Bandar Pusat ke Jengka 5. Sampai saya disana,saya disambut oleh seorang gadis manis bernama Wani yang menjaga Restoran tersebut.. hmmm dalam hati saya berkata,patut lah kedai ni selalu ramai orang...ramai juga yang bersarapan disitu termasuk beberapa anak muda dan pakcik2 yang bersantai sambil membaca surat khabar. Dua jam bersama mereka, sambil menikmati milo panas dan dua keping roti canai (alamak?) banyak juga yang saya dapat sembangkan bersama mereka. Dari kisah belia nak buka kolam memancing, nak buat pertandingan video game PS2 hinggalah kepada masalah lembu berkeliaran yang pernah juga melanggar kereta saya sendiri dua tahun lalu... Kalau sebut pasal kemalangan tu,saya memang rasa ngeri dan lutut kiri saya masih lagi terasa akibat dari kemalangan maut yang telah meragut nyawa lembu terbabit ( hehehe).

Pokoknya,sesi ngeteh di Jengka 5 banyak juga merungkaikan beberapa isu sebelum ini. Wak Kasmungi juga nampaknya puashati apabila saya menalipon sendiri Pegawai TNB Jengka tentang masalah bekalan letrik ke kedainya yang low voltage. Sebelum saya balik, mereka sekali lagi meminta agar diadakan Dewan Orang Ramai Jengka 5. Saya minta mereka berdoa agar permohonan melalui surat kepada YAB PM dua hari lepas mendapat kelulusan.

Allah Maha Berkuasa, mungkin hari Jumaat yang berkah, saya menerima panggilan telefon dari Pejabat PM beberapa minit setelah saya sampai di rumah menyatakan bahawa permohonan membina dewan jengka 5 telah pun diluluskan. Terus pula saya menghubungi Pengurus minta diumumkan kepada orang ramai sewaktu solat jumaat nanti dan agar mereka semua dapat bersujud syukur atas hajat yang bakal direalisasi tidak lama lagi. Saya tersenyum puas...tak boleh saya gambarkan dengan kata-kata kepuasan yang dirasai apabila dapat memenuhi kehendak rakyat. kebetulan pula hari ini juga sama tarikh dengan hari pemergian Allahyarham Tun Razak kerahmatullah... saya bacakan Alfatihah kepada beliau dan bersyukur kerana beliau diberi ilham oleh Allah untuk mewujudkan Felda.

Di sebelah petang, saya memilih Felda Ulu Jempol pula untuk menjadi destinasi mengeteh. Warung abang Raja jadi pilihan saya. Bukan apa,selama ini saya belum pernah singgah ke warung abang Raja.. selalu hanya angkat tangan sahaja bila lalu. Saya lihat ramai betul anak muda di warung tersebut. Geng Motorcross rupanya. Mereka pernah bertemu saya sedikit masa lalu mohon sokongan untuk buat trek motorcross. Sedih juga saya kerana tuan punya tanah masih lagi belum memberi kebenaran. InsyaAllah Isnin nanti saya akan hubungi pihak pengurusan berkenaan perkara ini. Pakcik-pakcik yang bersantai disitu saya sapa. Semuanya senyum ceria seronok bercerita tentang harga sawit yang agak lumayan sekarang. Takda komplen, semuanya gembira. saya pun dek kerana gembira tak sedar habis sepinggan Bistik Ayam yang dimasak oleh anak teruna abang Raja.

Jam 7 petang saya meninggalkan Felda Ulu Jempol balik ke Bandar Jengka. Selepas maghrib, saya dapat khabar bahawa imam masjid Felda Jengka 1 pula meninggal dunia. Selepas Isyak, saya terus ke sana... insaf saya melihat jenazah beliau yang wajahnya sungguh bercahaya dan tidak sedikit pun menunjukkan wajah pucat atau pudar. Subhanallah... khabarnya Arwah sewaktu hayatnya sentiasa berada dalamkeadaan wuduk. Moga kita semua juga nanti mendapat husnul khatimah sewaktu meninggalkan alam fana ini.

Akhirnya alfatihah buat Arwah Pak Hj Wan dan juga kepada Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah banyak berjasa kepada kita semua...

Salam ukhwah dan salam sayang untuk anda semua dimana saja anda berada...

13 Januari 2011

Nasib Che Su

Che Su seorang ibu tunggal yang menetap di Felda Jengka 1. Suaminya seorang peneroka telah kembali kerahmatullah beberapa tahun yang lepas. Ladang 10 ekar dan tapak rumah seluas suku ekar yang diwarisi ternyata tidak dapat mengubah hidup Che Su. Siapakah yang patut dipersalahkan akan kedaifan hidup Che Su? Adakah pihak Felda tidak ambil peduli atau tiada lansung insan yang perihatin?

Nak jadikan cerita, sewaktu mengutip buah relai di ladang beberapa minggu lepas, Che Su di serang Stroke. Saya berkesempatan untuk menziarahi Che Su tengahari tadi. Tatkala sampai ke halaman rumah beliau,hati saya tersentap kerana kenapa masih ada lagi peneroka Felda yang rumahnya daif sebegitu? Rumah Che Su didepannya masih rumah asal.. bilik pun takda... pening juga saya memikirkan macamana Che Su tinggal di rumah itu bersama dengan anak menantu. Dapurnya hanya ada dinding batu yang terbengkalai pembinaan.. atap pun takda.

Saya menoleh kepada Tuan Pengurus dan Ketua Wanita mencari jawapan tentang Che Su. Rupa-rupanya, Che Su hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana ladangnya telah dipajak oleh Arwah suami untuk 15 tahun dengan harga hanya RM 15k... sejak itu, Che Su sekeluarga hilang punca pendapatan. Bukannya jiran sekampung tak membantu tetapi Che Su seakan tidak serik.. bila beberapa tahun lalu tempoh pajakan tamat, jiran nasehatkan Che Su supaya serahkan ladang kepada Felda untuk diusahakan tetapi Che Su tak endahkan. Ladang tersebut dipajak sekali lagi kepada pihak ketiga..wang pajakan habis begitu sahaja.

Saya menasihatkan Che Su supaya selepas ini supaya serahkan Ladang untuk diusahakan Felda. Kalau ladang diusaha Felda dari dulu,tentu nasib Che Su tak jadi macam ni. Felda boleh keluarkan pinjaman untuk baiki rumah yang daif tu. Apa nak buat, itulah padahnya memajakkan ladang kepada pihak ketiga yang hanya tahu mengaut keuntungan.

Sebelum pulang,saya sempat menghulur sumbangan peribadi buat Che Su. Dan minta dia berjanji untuk bincang dengan Pengurus tentang pengambilan semula Ladang beliau dari Pemajak yang katanya akan tamat hujung tahun ini. Saya harap Che Su insaf selepas ini dan tidak lagi mensia-siakan nikmat yang telah diberi. Sempat juga saya mengambil butir peribadi Che Su untuk dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Che Su kelihatan menangis sewaktu saya melangkah turun dari tangga rumahnya yang sudah reput.

Itulah antara kisah rakyat yang saya temui hari ini. Nasib Che Su tidak sebaik jiran sebelah rumahnya yang saya ziarahi sebelum itu.

Puan Shamsiah isteri seorang peneroka menerima cek sebanyak RM 8000 dari Tabung Kebajikan Peneroka Felda kerana mengidap kanser servik. Suaminya Encik Nordin memang dari awal mengusahakan ladangnya bersama Felda. Sekarang hidupnya sudah senang dengan hasil jualan sawit yang mencecah RM700-800 se tan, rumah asal pun sudah jadi rumah batu dan anak-anak sudah keluar universiti semuanya dengan biayaan Felda.

Che Su hanyalah satu contoh ratusan Peneroka Felda yang kini masih daif bukan lah kerana mereka ditipu atau ditindas oleh mana-mana pihak tetapi oleh kejahilan dan ketamakan diri mereka sendiri. Saya akan terus meminta pihak Felda untuk memikirkan jalan terbaik dalam membantu mereka ini keluar dari kemelut kehidupan yang daif itu.

Wassalam...

Alfatihah buat Yang Gambi

Seorang blogger yang sangat aktif sebelum ni, iaitu Yang Gambi aka Melukut Senja telah kembali ke rahmatullah jam 11 malam tadi. Jenazahnya telah pun dikebumikan di Rompin, Pahang. Walaupun saya tidak kenal rapat dengan beliau tetapi saya sentiasa membaca tulisan beliau di blog dan juga posting beliau di facebook. Allahyarham yang nama sebenarnya Abd Aziz Shahrun pasti akan dikenang dikalangan para teman seperjuangan sampai bila-bila. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al fatihah.

11 Januari 2011

Mengatur Langkah

Ada orang tanya saya, semangat menulis dah pudar semula ke? Sebenarnya semangat tetap membara cuma idea tak berapa nak menjelma. Sepanjang tahun baru ni.. aktiviti bukan tak banyak tetapi agak slow.. mungkin kerana awal tahun lagi. Tapi Alhamdulillah, untuk Dun Kuala Sentul, perancangan sudah pun dibuat... Langkah sudah diatur, moga niat yang murni ini direstui Illahi.

Bila kita sebut tentang mengatur langkah ni, pastilah langkah mesti dimulakan dengan lafaz Bismillah.. iaitu dengan nama Allah... agar ianya tidak pincang atau terkucil di sepanjang perjalanan. Bila dah mula dengan nama Allah, maka niat pun mesti dipasang dengan betul. Arah langkah nak dituju juga kena jelas. Baru lah perjalanan jadi mudah dan lancar.

Langkah ni pun, banyak jenis langkah.. ada langkah adat, ada langkah makrifat, ada langkah pendekar... cuma jangan pula kita tersilap langkah.. alamatnya mengundang padah.

Apapun, sekali kaki melangkah.. akan kuterus melangkah..........

02 Januari 2011

2011 pun bermula...

Salam semua....

1111 merupakan satu tarikh yang amat menarik dan pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kepada kita semua.Ada yang mengambil kesempatan mendirikan rumahtangga, mengikat tali pertunangan, berpindah ke rumah baru dan ada juga yang mengalami peristiwa duka pada tarikh yang sama. Seorang teman fb saya pula mencatitkan perasaan leganya bercerai dengan suami yang pada satu ketika pernah menjadi insan yang istimewa dalam hidupnya. Itulah yang dinamakan suratan.. takdir dan ketentuan. Semalam juga seorang pelakon muda Allahyarham Faizal Yusop mninggal dunia secara mengejut dalam usia 33 tahun. Ternyata, serangan jantung tidak mengenal usia.

Ajal, maut, jodoh pertemuan milik Yang Maha Kuasa. Kita hanya mampu merancang, Dia juga yang menentukan. Hasrat saya untuk menziarahi bekas Ketua Kg Kuala Sentul, Tuan Hj Mohd Ali yang diberitakan nazak, tidak kesampaian apabila pagi-pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari salah seorang anaknya memaklumkan berita kembalinya beliau kerahmatullah. Saya sampai tatkala jenazah sudah dibawa ketanah perkuburan. Rezeki arwah didunia ternyata murah dengan anak dan cucu yang ramai. Pastinya doa mereka akan menerangi arwah seorang tokoh yang amat disegani di kampung, di alam barzakh. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa. Begitu jugalah arwah,yang pastinya akan dikenang oleh para penduduk kampung,saudara mara dan sahabat handai sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa. Saya ternampak juga kelibat beberapa orang ahli-ahli jkuasa Umno Bahagian Maran termasuk Ahli Parlimen dan juga Adun Luit yang turut berziarah. Al fatihah.

Dari Kuala Sentul, saya singgah di rumah Ustaz Zakaria, Ketua Cawangan UMNO Jengka 6 meraikan perkahwinan anak perempuannya, kemudiannya saya terus pula ke rumah saudara Mahasan pegawai Kilang Sawit Jengka 3 yang menerima menantu sulungnya.


Sebelah petang,saya kembali ke Jengka 3, cuaca mendung dan hujan renyai-renyai tidak menghalang 179 orang kaki pancing untuk menyertai Pesta Memancing JKKK Jengka 3. Sebenarnya inilah kali pertama saya bersama dengan geng kaki pancing ni. Saya mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan mereka. Ada yang datang dari luar kawasan saya seperti dari Jengka 20, 12 dan lain-lain tempat. Memerhati gelagat kaki pancing ni memang menyeronokkan. Tahap kesabaran mereka yang tinggi memang mengkagumkan saya. Walaupun ramai yang pulang dengan tangan kosong (agaknya ikan semua duk tidur kat dasar kolam kot?) tapi ramai juga yang bertuah membawa pulang pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah motorsikal Demak.

Ikan Patin dah bertukar jadi kipas angin,mesin basuh dan motorsikal...alangkah bertuah,kan? Saya pun dihadiahkan dengan seekor ikan Patin yang tengahari tadi jadi menu utama makan tengahari kami sekeluarga... apa lagi... Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak lah!

Jam 9 malam, saya bersama Ja (PA) dan Cikgu H (Peg Media saya) sekali lagi meredah hujan renyai menuju ke Perkampungan orang asli Sg Jempol. Di Dun saya, hanya terdapat 2 buah kg orang asli dari suku kaum Semakberi. Sewaktu saya mula-mula jadi calon PRU 2008, Kg Sg Jempol hanya dihubungkan dengan sebuah jambatan gantung yang usang dari jalan utama. Berpeluh juga saya mula-mula melangkah kaki melalui jambatan tersebut. Hari ini, sebuah jambatan dengan kos RM2 juta telahpun siap dibina. Sewaktu saya sampai semalam, kiri-kanan jalan telahpun dipenuhi dengan kereta dan motorsikal penduduk kedua-dua kampung. Kecil,besar tua muda telahpun berkumpul di halaman tadika Kemas untuk menyaksikan 15 peserta dari kedua-dua kampung beradu suara mencari Bintang Orang Asli Dun Kuala Sentul.

Ketibaan saya disambut oleh Tok Empat Kg Jara, Tok Batin Abu (Sg Jempol) dan Tok Batin Rumi (Bangas)dan ratusan masyarakat orang asli setempat. Dari jauh saya nampak isteri Batin Abu menggendong bayi kecilnya dengan kain batik, tersenyum sambil melambai-lambai gembira.

Setelah majlis penyampaian hadiah dan menyumbangkan dua set jersi kepada mereka, kami beredar hampir pukul 12 malam. Sebelum itu, kedua-dua Tok Batin sempat menyatakan hasrat mereka mohon dibina sebuah Dewan Serbaguna untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan mereka. Esok, saya akan menulis surat kepada Kementerian dan harap-harap harapan mereka ini akan terlaksana dalam tahun ini juga.

Maka, 2011 pun bermula... tugas akan tetap dilaksana... rakyat didahulukan.. pencapaian pasti diutamakan.


01 Januari 2011

Menyingkap Tabir 2011

Salam ceria di pagi Tahun Baru 2011.

Pastinya kita semua malam tadi telahpun memperbaharui azam masing-masing kan? Ye lah.. umur makin bertambah,pastinya komitmen dan tanggungjawab masing-masing juga telah bertambah. Jiwa kena lebih bersemangat dan kental untuk menghadapi hari-hari mendatang. Segala suka duka yang berlaku ditahun 2010 kita jadikan sahaja kenangan, tauladan dan sempadan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Hari terakhir di tahun 2010 (semalam) pasti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kan? saya terbaca di facebook sahabat saya Adun Sungai Tiang, Kedah (YB Suraya) membuat kelainan dengan menyambut tahun baru di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star meraikan bayi-bayi yang lahir pada detik Tahun Baru 2011.
Saya pula pada sebelah pagi,bersama suami menghantar anak kami yang ke empat Amzar Almarzuqy mendaftar di Tahun Satu SK Bandar Pusat, Jengka. Kehadiran saya di sambut Tuan Guru Besar tapi beliau kini sudah faham dengan keinginan saya untuk di layan sepertimana ibu-bapa pelajar lain setiap kali saya menghadiri program sekolah. Walaupun saya wakil rakyat,tetapi biarlah anak-anak dapat berbangga dengan kehadiran saya adalah semata-mata kerana saya ibu mereka..tiada bezanya dengan ibu orang lain. saya mahu anak-anak saya membesar dan mempunyai kenangan zaman kanak-kanak mereka sama seperti orang lain.
Sesi orientasi Amzar di sekolah berjalan lancar. Amzar nampak sangat teruja. Masuk kelas terus duduk di depan dan dilantik pula menjadi Ketua Darjah. Lega hati saya bila melihat Amzar dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan persekitaran yang baru. Di sudut hati kecil saya,saya berterimakasih kepada guru-gurunya sewaktu di tadika Kemas dulu. Mereka telah berjaya mendidik Amzar menjadi seorang anak kecil yang berani dan berkeyakinan. Amzar nampak gaya, ada peluang menyambung tradisi keluarga saya... jadi ahli politik... apa tidaknya, saya mengandungkan Amzar sewaktu saya menjadi Ketua Puteri UMNO Pahang. Walaupun saya alah teruk sewaktu mengandung,dengan perut terboyot-boyot saya menjelajah ke seluruh Negeri Pahang sewaktu kempen Pilihanraya Umum 2004. Selepas itu pula,menjelajah ke seluruh negara dalam siri kempen Pemilihan UMNO 2004, ketika itu saya menawarkan diri bertanding sebagai Naib Ketua Puteri Malaysia. Melalui kompromi,saya kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia.

Amzar dilahirkan secara caesarean di Kuantan Medical Center pada 2hb September, 2004, 3 minggu sebelum tarikh Perhimpunan Agung UMNO. Dan pada usia 21 hari, Amzar saya bawa ke PWTC untuk mengikuti Perhimpunan Agung UMNO. Semalam,saya membuka fail lama dan terjumpa keratan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan saya dan Amzar ketika itu. Tak sedar airmata saya mengalir kerana rasa sungguh terharu kerana anak kecil itu kini telah membesar dan mula bersekolah.
Tahun ini, kehidupan kami sekeluarga pastinya berubah lagi. Munzir anak yang sulong akan meneruskan persekolahan di Tingkatan 4, Sek Men Agama Kuala Lumpur.. walaupun keputusan PMR nya agak cemerlang (8A 1B) tapi saya tidak berhajat untuk menghantar dia kesekolah lain. Ammar anak kedua saya pula mendapat tawaran ke Tingkatan 1 di Sek Men Alam Shah di Putrajaya, Ateef naik ke Darjah 5, Amzar masuk Darjah 1 dan si kecil Aeen pula akan ke tadika Kemas. Anak-anak semakin membesar, dan sebagai seorang ibu, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Malam tadi, kami sekeluarga sempat berhimpun dirumah ibubapa saya di Chenor. Abang-abang saya semua pulang dengan anak isteri masing-masing. Gembira sungguh hati mak dan ayah saya kiranya kerana kesemua 3 orang anak dan 14 cucu dapat bersama. Cucu yang sulong (anak abang saya yang sulung kini pelajar perubatan di Univ Sumatera Utara) dan cucu yang bongsu pula adalah sikecil aeen. Selesai solat maghbrib dan hajat berjemaah,Ayah memberikan perutusan khas yang mengingatkan supaya kami sering mengeratkan silaturrahim. Banyak lagi pesanan Ayah yang disampaikan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan. Sesungguhnya, tidak dapat saya nafikan bahawa kejayaan kami sekeluarga adalah berkat doa dan hasil didikan Ayah dan Mak juga. Ya Allah, Kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihani aku... Ameen.