02 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya, khususnya penduduk kaum Cina di Sungai Jerik. Kepada semua, saya berharap kita semua dapat menghayati makna tersirat dalam perayaan ini apatah lagi kita hidup dalam lingkungan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Bagi anak-anak perantauan yang akan pulang ke kampung halaman (terutamanya kampung-kampung dan Felda-Felda di dalam Dun Kuala Sentul), saya mengucapkan selamat kembali kepada keluarga masing-masing dan gunakanlah cuti ini bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Gunakanlah peluang kembali ke kampung halaman ini bagi mencurahkan idea bagi terus memajukan kampung halaman sendiri.

Bagi yang akan pergi bercuti, hati-hati dijalanraya semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju. Selamat Bercuti !

4 ulasan:

Semut Hitam berkata...

Kong xi...Kong xi lei...

Ratu mawar berkata...

comel pulak dato' pakai cheong sam...bagus dato'..pesanan yang baik untuk semua gen 2

Unknown berkata...

slm ziarah
blog yg hebat
harap dpt link dan follow blog saya kembali


http://panggungopera.blogspot.com/

d berkata...

Saya Perjuangan YB..

SAYA amat tertarik dengan penulisan blog YB yang ternyata ada kualiti yang tersendiri.

Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.

SYABAS saya ucapkan buat YB kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.

Saya telah linkkan blog YB dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan YB.


Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/