02 November 2011

Bergotong royong bersama penduduk sg jerik dan jabatan2 kerajaan dlm daerah.jpg

Pada 2hb nov telah diadakan gotong royong perdana dun kuala sentul di Pekan Sg Jerik dan Pusat Rekreasi Lubuk Jed dgn disertai lebih 300 org peserta. Sambutan diluar dugaan. InsyaAllah saya bercadang agar ianya dijadikan acara tahunan selepas ini. Terimakasih atas inisiatif Majlis Daerah Maran yang menganjurkannya.

8 ulasan:

abadi romeo berkata...

Syabas...usaha nurni anda harus diteruskan

Pink Ants berkata...

Tq Romeo

SPU berkata...

Salam,
Baguslah kalau mcm ni Dato', sekali-sekala berkenduri-kendara, sekali-sekala bergotong-royong, sekali-sekala pula bersukan-sukan...barulah ceria satu DUN. Boleh sepenggal lagi tu, Insyallah!

oldman berkata...

Biasa le dekat dengan PRU ni semuanya boleh,serta merta pemimpin besama rakyat,jamuan rakyat,suruh cuci longkang pun 'beres' masa ni lah nak tunjuk berkhidmat untuk rakyat bila dah dapat jadi calon menang pilihanraya pulak nak tenguk batang hidung pun payah..usah cerita panjang ini lah sejak dulu hinga sekarang gelagat 'orang besar UMNO'sebelum 'semuanya boleh' dah jadi YB hanya satu pekataan je yg tau 'InsyaAllah',...

sri tribuana berkata...

Salam semua,

Oldman, DS seorang yang gigih, selalu turun padang tak kira PRU ke tak PRU. Dia memang buat kerja selama ini pun. Tak percaya tanya la pengundi kawasan dia. Bukan mcm YB PR, berarak sana sini, sokong gay sana lesbie sini, spin benda bukan2. YB tu bukan cybertrooper.

Ada berani ke YB PR buat kerja amal macam ni? Tak ada, kerjanya menyalahkan BN saja. JAIS raid gereja salah BN, Kelantan ada masalah air, salah BN, kalau semua salah BN, baik tak yah jadi kerajaan, tak reti nak selesai lepas tu menyalahkan org pulak tu.

bRAVEhEART berkata...

Salam,
sy selalu juga lawat dn pantau blog2 termasuk blog YB Dato Shahaniza ni. Betul spt kata Sri Tribuana tu, YB ni buat kerja dan kuat kerja, dan dia adalah antara YB yang mesra rakyat serta mesra Media Sosial juga. Dia ada fb dan blog yang aktif. Sy tk rasa 'oldman' beri komen negatif kepada beliau sebaliknya sebagai cabaran kepada YB DS serta YB,YB yang lain juga. Rakyat melihat dan menilai apa yang YB semua lakukan selama ini. Rakyat tidak akan membiacarakan YB semua tetapi akan menghukum mereka dalam PRU akan datang. Sy percaya YB DS layak untuk sepenggal lagi....syabas YB DS, teruskan usaha.

Pink Ants berkata...

Tkasih atas komen dan teguran kawan2 semua.insyaAllah saya akan sedaya upaya mengelak untuk jadi seperti yg dikatakan oleh oldman tu...teguran,nasihat dan kritikan yang membina sangat saya hargai

Din Mun berkata...

Kome akan terus menyokong.