05 Disember 2008

Wanita di mata penyair Kahlil Gibran

" Bila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa; tetapi jika seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya.

" Seorang wanita telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatu kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan.

KAHLIL GIBRAN

Celuparnya Muslim Liberalis



Setelah membaca beberapa tulisan muslim liberalis sama ada di Mesir, Indonesia mahu pun Malaysia, saya mengambil kesimpulan alngkah celuparnya mulut mereka bila bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan Islam. Asasnya justeru mereka menolak terus segala metodologi pemikiran Islam yang bersifat tradisional.

Bermula dari zaman Taha Husin di Mesir,di ikuti oleh `Ali Abdul Raziq, hingga kepada penulis semasa Mesir Hamid Nasr Abu Zaid, Sa`id Asymawi hinggalah kepada Hasa Hanafi, Jamal al-Banna (adik Hasan al-Banna) dan beberapa tokoh di Indonesia malah di Malaysia.

Atas apa alasan apa pun wajarkah mereka mempertikaikan bahawa al-Qur`an itu sebagai mukjizat da wahyu daripada Allah. Mereka mengatakan al-Qur`an hanyalah sebuah teks bahasa biasa. Wahyu itu menurut mereka makna dan maksud daripada Allah melalui malaikat kepada Muhammad sahaja, ada pun ungkapan berbahasa Arab berdasarkan keupayaan Muhammad. Maksudnya bahasa itu bersifat manusiawi.

Lalu mahu ditafsirkan semula al-Qur`an dengan bahasa dan budaya masa kini. Muhammad bagi mereka bukan seorang nabi. Dia adalah seorang tokoh politik yag pintar. Malah dia sudah mengalihIslam yang damai kepada Islam yang ”berperang” apabila melancarkan peperangan dalam perang Badar apalagi perang Hudaibiah ke atas musyrikin.

Banyak lagi perkara yang mungkin Akan diperincikan dalam makalah yang lain.

Pandangan serong terhadap Islam oleh kaum muslim kiri ini (asal mereka marxis) mula berkembang selari dengan awal kebangkitan Islam pada tahun 70 an abad lalu. Adakah secara kebetulan atau ada perancangan?

Dalam lawatan saya ke Mesir saya diberitahu sebahagian besar anak-anak Indonesia di Kaherah berguru kepada tokoh yang disebut di atas. Kemunculan Islam liberal di Indonesia (tidak layak nama Islam dibabitkan di situ) adalah hasil wacana mereka di sana dan kembali berkembang di institusi pendidikan di Indonesia.

Justeru itu, sebelum ia merebak kuat di Malaysia, kaedah pencegahan awal harus diberikan perhatian. JAKIM nampaknya sudah mengambil langkah dan harap jabatan agama juga mengambil langkah yang cepat di Malaysia agar memberi penerangan kepada orang ramai. Paling tidak ia boleh memesong pandangan orang ramai dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.

Rentetan itu, di Malaysia sejak tahun enam puluhan sudah ada ungkapan ”...dan Tuhan sudah mati...”. Baru ini di Mesir sebuah buku berjudul ”Apabila Tuhan meletakkan Jawatan” membawa maksud, bagaimana mereka ini meremehkan Tuhan seolah-olah Tuhan itu manusia. Dalam masa yang sama mereka mentuhankan manusia.

Lebih lantang mereka mempertikaikan segala pemikiran dan amalan tradisinal, kononya manusia mengampu Tuhan dan raja kerana selalu berdoa kepada Tuhan dan raja. Jika mahu bebas, mereka mahu manusia melancarkan revolusi terhadap Tuhan dan raja. Demikian tulisan Hasan hanafi dalam bukunya Min al- `Aqidah ila al-Thawrah (Dari Akidah kepada Revolusi) dan diterjemahkan di Jakarta.

Mereka ini banyak mendapat dana asing. Bila dikemukakan soalan: Apa boleh mengambil dana asing ini? ”Ngak apa-apa” Sahut Pak Gus Dur mantan Presiden Republik Indonesia, justeru mereka banyak wang.

(dipetik dari tulisan Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid)

Wanita dan cabarannya di Malaysia



Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita adalah perlu untuk mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

Hari ini, anak-anak gadis dan wanita masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di mana wanita melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi.

Wanita-wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan.

Iltizam serta tekad yang telah diberikan oleh Malaysia terhadap kemajuan wanita-wanita dapat dilihat dengan jelas melalui program-program serta dasar-dasar yang telah dilaksanakan dalam masa dua dekad yang lepas.

Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah menyiapkan sebuah Dasar Kebangsaan untuk Wanita sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan. Dasar tersebut boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita dengan menangani cabaran-cabaran melalui pendidikan dan penghapusan kemiskinan.

Status wanita telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia ke-6 (1991 – 1995), di mana sebuah dana khas disediakan untuk perkembangan wanita dan telah menjadi satu langkah yang penting di dalam menuju ke arah keperkasaan wanita-wanita di Malaysia.

Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya masih memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk memajukan status mereka di dalam masyarakat.

Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih dahulu semasa Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia PBB untuk Wanita yang Ke-Empat (1995), Kerajaan telah berjanji untuk

1) meningkatkan jentera kebangsaan untuk kemajuan wanita;

2) meningkatkan penglibatan para wanita dalam membuat keputusan;

3) mempertahan serta melindungi hak-hak wanita kepada kesihatan, pendidikan serta kesejahteraan sosial dan

4) mengatasi segala cabaran undang-undang serta amalan-amalan yang berunsur diskriminasi terhadap gender.

Pada tahun 1995, Kerajaan juga telah memperkenalkan Konvensyen PBB yang berkaitan dengan Penghapusan Sebarang Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Pada tahun 2001, Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dengan diberikan mandat untuk mengendalikan isu-isu berkaitan dengan wanita serta mengangkat martabat wanita di negara ini.

Perlembagaan Malaysia telah digubal semula pada Ogos 2001 yang melarang sebarang bentuk diskiriminasi yang berasaskan gender di dalam mana-mana undang-undang.

Pihak Kerajaan masih terus memainkan peranan yang penting di dalam menyokong untuk mencapai lebih kesaksamaan gender dalam negara ini, dengan menyediakan persekitaran yang sihat untuk memajukan wanita-wanita dalam arena kebangsaan dan juga antarabangsa.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertanggungjawab di dalam mengetengahkan isu-isu wanita di Malaysia telah diberikan peruntukan di mana ia telah ditingkatkan daripada RM 1.8 juta (US$ 0.5 juta) pada tahun 2001 kepada RM 30.5 juta (US$ 8.6 juta) pada tahun 2005, dan ia membuktikan bahawa negara ini amat serius di dalam komitmennya terhadap isu-isu wanita.

Cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi pada masa hadapan yang patut diambil kira termasuklah:

mengetengahkan isu-isu seperti kemiskinan yang berterusan bagi rumahtangga di mana wanita merupakan ketua keluarga;

menentang keganasan terhadap wanita; meningkatkan keberkesanan strategi-strategi yang mengutamakan gender;

mengurangkan risiko daripada dijangkiti HIV; menghapuskan halangan-halangan yang disebabkan oleh sikap yang boleh membawa kesan kepada pembinaan kapasiti;

serta meningkatkan tahap penglibatan wanita di dalam pasaran buruh, perniagaan dan di dalam politik termasuklah kerajaan.

02 Disember 2008

Punca Ibu Mentua, Menantu Perempuan Berbalah

LONDON - Satu kajian terhadap beratus-ratus keluarga mendapati bahawa ibu mentua lebih cenderung berbalah dengan menantu perempuan berbanding menantu lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar psikologi, Terri Apter dari Universiti Cambridge, Britain mendapati hampir dua pertiga menantu perempuan menuduh ibu mentua mereka berasa cemburu.

Hampir dua pertiga ibu mentua turut mengadu bahawa mereka dipinggirkan apabila ada menantu perempuan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Apter menghabiskan masa selama 20 tahun mengkaji konflik antara menantu perempuan dengan ibu mentua seperti dipaparkan dalam filem Monster-in-Law yang dibintangi oleh aktres terkenal, Jane Fonda dan Jennifer Lopez.

Filem tersebut mengisahkan seorang ibu mentua lakonan Fonda yang berpendapat tiada wanita terbaik untuk anak lelakinya.

"Menantu perempuan dan ibu mentua berusaha keras bagi menjadi wanita utama keluarga dan mereka juga berasa terancam antara satu sama lain kerana cuba mendapat atau melindungi status mereka," kata Apter. - Agensi


(petikan : http://malaysia-instinct.com/)

01 Disember 2008

Kembali ke tanah air tercinta

Alhamdullilah...Akhirnya kami semua selamat pulang ke tanah air Jumaat lalu menaiki penerbangan khas untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Bangkok.

Saya begitu penat dan banyak kerja yang tergantung di sini menyebabkan saya tidak sempat untuk mengemas kini blog ini. Baru tengah hari ini saya berkesempatan sedikit.

Ramai yang menghantar sms kat saya mengucapkan selamat pulang. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang begitu prihatin dengan nasib kami. Terima kasih juga mereka yang telah berdoa akan kesejahteraan kami.

Ramai juga yang berkata saya mungkin serik akan ke bangkok, tetapi saya kata tidak. Walaupun apa yang berlaku tidak diduga langsung, namun sebenarnya ia memberikan satu
bentuk pengalaman baru jika difikirkan kembali. Agak adventure jugak sebenarnya. Cuma ia berlaku semasa Pahang mula dilanda banjir dan pemilihan dalaman parti sedang berlangsung menyebabkan saya perlu segera pulang ke tanah air.

Apa pun, marilah kita semua menumpukan kepada keadaan di tanah air kita. Buatlah apa yang boleh untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini terus terbela.