02 Disember 2008

Punca Ibu Mentua, Menantu Perempuan Berbalah

LONDON - Satu kajian terhadap beratus-ratus keluarga mendapati bahawa ibu mentua lebih cenderung berbalah dengan menantu perempuan berbanding menantu lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar psikologi, Terri Apter dari Universiti Cambridge, Britain mendapati hampir dua pertiga menantu perempuan menuduh ibu mentua mereka berasa cemburu.

Hampir dua pertiga ibu mentua turut mengadu bahawa mereka dipinggirkan apabila ada menantu perempuan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Apter menghabiskan masa selama 20 tahun mengkaji konflik antara menantu perempuan dengan ibu mentua seperti dipaparkan dalam filem Monster-in-Law yang dibintangi oleh aktres terkenal, Jane Fonda dan Jennifer Lopez.

Filem tersebut mengisahkan seorang ibu mentua lakonan Fonda yang berpendapat tiada wanita terbaik untuk anak lelakinya.

"Menantu perempuan dan ibu mentua berusaha keras bagi menjadi wanita utama keluarga dan mereka juga berasa terancam antara satu sama lain kerana cuba mendapat atau melindungi status mereka," kata Apter. - Agensi


(petikan : http://malaysia-instinct.com/)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tetiba je kuar topik ni..ada apa-apa le YB Dato? berbalik kepada pengalaman Yb Dato baru-baru ini jelas lah perumpaan "hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri" tetapi baik lah di negeri sendiri boleh lah dikatakan begitu kan YB Dato?kongsi lah pengalaman YB tu klu boleh attach skali gambar2 yek!

Pink Ants berkata...

kih kih kih....takde apa-apa. Saja keluarkan berita ini pasal ini memang lumrah hidup kita yang perempuan ni. Tidak semestinya melibatkan diri kita, tetapi memang hampir dengan hidup kita. Kalau saya bercerita pasal enjin kereta macam tak berapa kena pulak kan. Pasal pengalaman di Bangkok memanglah, hujan batu di negara sendiri memang lebih baik daripada hujan emas negara orang. Negara kita adalah yang terbaik sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Mertua V Menantu

Kih..Kihh..Macam2 citer weiiiii..Boleh buat tele filem & novel..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa topik mertua vs menantu ni boleh lah dikatakan macam cite opah odah dgn akak izat hehehehe.....