15 Disember 2008

Alfatihah Untuk Allahyarham Dato Lah

Dato Haji Abdullah Rahmat,Setiausaha Kerja UMNO Negeri Pahang,telah kembali kerahmatullah pada 10hb Disember baru ni...Arwah dengan 2 rakan yang lain terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebuh Raya Pantai Timur..sewaktu melalui Lanchang dalam perjalanan dari Kuantan ke KL.Sebak sungguh rasa mendengar berita pemergian Arwah.Baru setahun yang lepas,Arwah kehilangan isteri tercinta akibat penyakit kanser.Kini,tinggallah 7 orang anak mereka yatim piatu.Besar sungguh dugaan mereka. Mudah-mudahan mereka tabah melaluinya.

Pemergian arwah satu kehilangan besar kepada UMNO Negeri Pahang. Banyak sekali jasa beliau kepada saya khususnya sewaktu awal penubuhan Puteri UMNO dahulu. Tanpa kerjasama dan bimbingan beliau,tak mungkin Puteri UMNO Negeri Pahang dapat ditubuhkan dengan jayanya pada tahun 2001 dulu.Sebenarnya terlalu banyak yang hendak saya ceritakan tentang kebaikan arwah tetapi saya rasa sungguh sebak hingga tak sampai hati hendak menulisnya.Saya doakan arwah ditempatkan bersama mereka yang saleh disisiNya.Al fatihah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah..kenangan bersama arwah akan tetap dikenang oleh semua Pergerakan Puteri UMNO Pahang......

Tanpa Nama berkata...

Al Fatihah..Walaupun kami x sempat untuk mengenali arwah secara rapat tapi arwah mudah mesra dengan sesiapa pun yang berada disekelilingnya. Kehilangannya sgt dirasai.Takziah buat anak2 & semua ahli keluarga arwah.Kuatkan hati menghadapi dugaan ini.Semoga arwah ditempatkan bersama insan-insan yang soleh disisiNYA.

Pink Ants berkata...

Esok,18 disember,pada jam 6 ptg,akan diadakan tahlil dan kenduri arwah untuk Allahyarham Dato Lah dikediaman rasmi MB Pahang..kepada sesiapa yang berkesempatan,sudilah hadir...