persoalan adakah wanita bersedia untuk memegang jawatan penting sebenarnya sudah tidak lagi timbul pada masa kini.
Persoalan yang lebih relevan adalah sama ada wanita telah mempersiapkan diri mereka untuk menjadi pemimpin. Persoalan adakah wanita bersedia untuk memegang jawatan penting tidak lagi relevan memandangkan telah ramai wanita berada di peringkat kepimpinan tertinggi sama ada dalam bidang politik mahupun swasta.
Wanita juga telah lama membuktikan bahawa mereka merupakan pemimpin yang baik bukan sahaja di peringkat bawahan malah sebagai pemimpin negara. Sebagai bukti tahun 2006 ini sahaja, kemenangan dua pemimpin wanita negara telah dicapai iaitu Ellen Johnson Sirleaf, Presiden Liberia dan Michele Bachelet, pemimpin Chile.
Kedua-dua pemimpin itu tidak bersendirian di peringkat pucuk kepemimpinan di mana sehingga kini dunia telah menyaksikan banyak kejayaan besar wanita. Antaranya adalah 11 ketua negara, 23 menteri luar dan 12 menteri pertahanan.
Malah sebuah negara mundur di benua Afrika, Rwanda, telah mencipta sejarah tersendiri apabila 49 peratus kerusi parlimennya dikuasai wanita iaitu jumlah tertinggi di dunia mengatasi negara-negara maju yang lain.
Setakat ini terdapat 20 menteri ekonomi serta 45 menteri berkaitan dengan perdagangan dan industri dari kalangan kaum wanita. Wanita di sektor swasta juga memperlihatkan penguasaan yang kukuh, di mana berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sekurang-kurangnya 10 daripada 500 syarikat dimiliki oleh golongan wanita.
Selain kehebatan sebagai pemimpin, wanita juga mampu memainkan peranan sebagai agen perubahan yang berkesan dalam membawa keamanan di sesebuah negara. Contoh paling di Liberia, rakyat wanita negara itu telah keluar mengundi untuk mencari perubahan bagi negara mereka yang selama ini bergolak.
Ini jelas membuktikan bahawa mereka sedar hanya melalui kuasa kepimpinan sahaja dapat membawa perubahan yang akan dicapai melalui pembentukan undang-undang dan polisi.
Begitupun, wanita tidak boleh menjadi agen perubahan secara bersendirian kerana isu gender bukan membabitkan golongan wanita semata-mata. Sebaliknya ia adalah perkongsian kerjasama
- Dr. Noelyn Hezer, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Wanita (UNIFEM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan