27 Disember 2008

Haramkan blog yang merbahaya!



Hari ini timbul satu isu yang selama ini sebenarnya sudah banyak berlaku di internet. Sebuah blog yang kononnya milik seorang wanita Melayu yang menghina Nabi Muhammad SAW wujud.

Menurut seorang rakan, kalau di internet, perkara-perkara seperti ini banyak tersebar dan berlaku tanpa ada rasa bersalah daripada pihak yang mewujudkannya.

Soalnya, jika selama ini mekanisme seperti blog hanya digunakan untuk tujuan yang berbau perkauman, kini ia telah lebih ke hadapan lagi dengan turut mempertikaikan isu-isu keagamaan.

Jadi saya rasa sudah tiba masanya tindakan yang lebih tegas diwujudkan terutama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam membendung perkara seumpama ini daripada berterusan.

Kalau kita hendak bercakap mengenai kebebasan bersuara, saya setuju kalau kebebasan yang dimaksudkan itu berkaitan isu-isu seperti politik dan sosial, tetapi kebebasan bersuara dalam isu berkaitan kaum dan agama memang tidak boleh sama sekali.

Ini dua perkara yang sangat sensitif terutama sekali agama. Tolong jangan buat main perkara-perkara seperti ini.

Agama adalah pegangan rohani masing-masing, jadi tidak perlulah diusik sesiapa pun.

Nahas kalau benda seperti ini tidak dihiraukan. Kami masyarakat Islam ada tahap kesabarang tertentu seperti orang lain juga, tahap kesabaran ini jika dilepasi, maka kita tidak tahu di mana penghujung noktahnya nanti.

Apa jua rasa tidak puas hati berkaitan dasar kerajaan atau hak janganlah dibawa masuk kepada unsur-unsur yang berkaitan kaum atau agama.

Negara dah lebih 50 tahun merdeka, sepatutnya kita lebih bijak dan matang daripada itu bukan?

SKMM perlu buka mata sedikit dan tolonglah bertindak segera. Haram atau lupuskan sahaja blog-blog yang berkaitan perkauman dan agama.

3 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

Terima kasih Dato' kerana prihatin kepada blog-blog pahang dan menyokong gabungan suara anak pahang. Braveheart sentiasa menyokong Dato' untuk jawatan Puteri UMNO Malaysia. Harap Dato' tidak lupa kepada Ketua Puteri Gua Musang yang berhasrat menyertai Dato'. Dia sentiasa menyokong Dato'.

Tanpa Nama berkata...

impak dari ruangan globalisasi yang goblok..cabaran yang harus kita orang2 Islam hadapi dan perangi terhadap musuh Islam...peperangan memerangi musuh Islam tak kan terhenti sampai kiamat sebagaimana termaktub di dalam al-quran bahawasanya musuh Islam adalah syaitan yang berjanji dengan tuhan untuk terus memerangi anak-anak ADAM sampai kiamat...

Pink Ants berkata...

salam..moga anak-anak kita di bumi Malaysia yang bertuah ini tidak menerima nasib sebagaimana anak-anak di Palestin..marilah kita doakan keselamatan mereka.