17 Jun 2008

Kemana Kita?

Itulah persoalan yang diajukan oleh seorang ahli Puteri yang saya temui di Tebrau hari Ahad yang lepas. Ternyata,tajuk ceramah saya pada pagi itu dilontarkan semula kepada saya dengan ikhlas dari seorang anak muda awal 20an yang mendekati saya sebaik Program tamat. Saya merenung anak mata gadis yang menyoal. Ada perasaan cemas yang tergambar. Saya memahami,beliau bimbang tentang masadepan parti yang baru dianggotainya sejak dua tahun yang lalu.

Jika kita yang baru setahun jagung dalam perjuangan ini berasa bimbang dengan senario semasa,apatah lagi dengan mereka yang telah lama. Kebanyakan dari mereka yang telah berpuluh tahun dalam UMNO mengakui bahawa kemelut yang berlaku hari ini adalah yang tersukar pernah dialami sejak Parti yang pernah dikatakan keramat ini ditubuhkan pada tahun 1946.

Sebentar tadi,seorang rakan yang juga merupakan wartawan sebuah akhbar harian ternama menghantar sms yang kononnya esok parti komponen SAPP dari Sabah akan buat sidang akhbar tergempar untuk umumkan kejutan besar bagi politik Malaysia. Tak tahulah samada ianya benar atau hanya rekaan semata-mata. Sama-sama kita tunggu esok.

Namun,inilah perkara utama yang sedang hangat diperkatakan.Keadaan politik yang kurang stabil ditambah dengan pelbagai kontroversi yang tercetus 2,3 hari kebelakangan ini,membuatkan ramai yang mula hilang keyakinan. Bagaimana hendak kita kembalikan keyakinan rakyat semula? Nampaknya pengisytiharan 'peralihan kuasa' juga tidak dapat menenangkan suasana.Pembayaran rebat tunai subsidi minyak juga,ada yang tidak puashati.Seorang teman saya yang bekerja di Pejabat Pos di Kuantan,menceritakan bagaimana ramai yang datang menuntut rebat tetapi masih lagi tidak puashati dengan kerajaan. Ada benarnyalah apa yang dikatakan MB Pahang,bahawa apa sahaja tindakan kita buat sekarang,sentiasa salah dimata orang.

Artikel ini ditulis hanyalah sekadar memberikan sedikit gambaran tentang perasaan kebanyakan orang yang saya temui. Saya harap rakan-rakan maya dapat memberikan pandangan serta cadangan yang membena dan positif bagaimana kita semua dapat mempertahankan kerajaan hari ini yang sudah pastilah diterajui UMNO. Bagaimana kita dapat meneruskan kelansungan kuasa umno? Saya sangat berharap agar perbincangan yang dibuka ini berjalan dengan berhemah dan menunjukkan kematangan kita. Berilah pandangan yang jujur dan ikhlas untuk sama-sama kita cari formula yang terbaik.Ibarat menarik rambut dari tepung,rambut tak putus,tepung tak berterabur.

InsyaAllah,hasil perbincangan ini nanti dapat kita rumuskan untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan.Apa yang penting,siapapun kita,apapun jawatan kita,kita mestilah terus bertekad untuk meneruskan tradisi UMNO,membela rakyat khususnya memastikan teras serta asas perjuangan yang terkandung dalam Perlembagaan Negara akan terus menjadi agenda utama.

Dengan ini,saya buka forum ini untuk selama 3 hari sebelum saya mengulas dan merumuskannya nanti.Wassalam.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

At last, ada jugak Dato Punya post.. lama sudah kutunggu..
Well, susah dah kita ni.... antara kita pon ramai yang tak bersemangat..
buat macamana sekalipun... Pembangkang jugak yang yang dapat nama. Tapi, kalau boleh saya menyeru pada semua pemimpin UMNo tolong buat kerja..teruskan sahaja usaha utk menarik kepercayaan rakyat...Turun Padang (esp.Wakil Rakyat).. Sabar selalu..

Macam kita nak amik hati bakal mak mentualah...kita nak tackle anak dia... jadi apa jugak tohmahan, hinaan dan cercaan kita kenalah bersabar dan kena terus berusaha memikat hati mak mentua kita...

lambat laun.. bakal mak mentua kita tuh mesti tersedar bahawa kitalah calon menantu nya yang terbaik.....
(cuma aku jelah yang rugi..mak n bapak mertua awal2 lagi dah takde...sebelum aku sempat tackle anak dia).
Buat sume korang orang UMNO..aku menyokong apa jua usaha yang korang buat... Cuma jangan jadi kacang lupakan kulit udahlah...

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah berudur dan digantikan oleh pemimpin yang bagus itulah sahaja jawapan kepada kemelut parti masa kini.

Tanpa Nama berkata...

memang susah kita nie dato' nak memuaskan hati rakyat nie, aper saje yg kita buat pasti x dpt memnuhi kehendak n kepuasan hati deme nie..
pd saya kan dato', agaknyer laa rkyt nie nak sume menda free krjn bg..deme nk jdkan negara kita nie cam negara komunis, yg mana sume menda nk dibahagi sama rata..x ubah cam negara komunis..x bersyukur pon ada gak ciri2 masyarakat camnie..diberi salah x beri pon salah..sumenyer salah..aper laa lagik yg depa nak kan ???
semoga dato' akan lebih tabah menghadapi situasi rkyt di mana jua ...

Tanpa Nama berkata...

Ke mana kita?

Jawapan yang pasti kita perlu terus mara ke hadapan demi survival anak bangsa. Kemelut yang melanda BN kini perlu dilihat sebagai perbalahan diantara ketidakpuasan hati sesama sendiri. saling menuding jari mencari kesilapan oarang lain, tanpa sedar diri sendiri pun tidak menyumbang sesuatu yang positif kepada parti.

Saya melihat hanya UMNO yang konsisten memperjuang dan memertabatkan kedudukan bangsa Melayu..perlu dibaca..TANPA menidakkan hak bangsa yang lain.

Dalam pada itu parti kompenan yang menganggotai BN juga seharusnya tabah, bersatu, sabar dan perlu turut memberikan sokongan yang terbaik kepada akar umbi. Bukankah pepatah ada mengatakan "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" Malah pada saat inilah setiap parti komponen perlu menunjukkan teladan "Susah Senang Diharungi Bersama"

Perihal penolakan terhadap kepimpinan Pak Lah..bukankah beliau juga ada mengatakan "Penyerahan kuasa akan dibuat secara baik, saat pengundurannya akan tiba juga nanti.."

Buat pemimpin UMNO dan pemimpin yang lain, berusaha dan bekerjalah menunaikan amanah yang diberikan rakyat. Rakyat akan tetap memerhati, pembangkang juga sedia menanti.

Janji pembangkang ? "Berjanji itu cuma memerlukan modal airliur dan geliga otak untuk memutar belit. " dan Kuasa rakyat akan menentukan sejauhmanakah lawak tersebut dapat bertahan.

BN juga pada pendapat saya perlu ada satu barisan rangkaian pemuda/pemudi yang mantap supaya dapat menjadi mata dan telinga kepada permasalahan akar umbi. Setiap penerangan perlu dibuat secara meluas. Hmm..gunakan pendekatan yang mudah difahami. Jangan kata hari ini "begini " dan tidak sampai seminggu jadi "begitu" pula.

Pemimpin pula perlu peka kepada kehendak rakyat. Memang susah untuk memenuhi setiap kehendak tetapi sekurang2nya buatlah mereka faham..bahawa BN prihatin . Contohnya isu kenaikan harga minyak..ini adalah permasalahan global yang menimpa seluruh dunia..ajak serta serulah rakyat untuk bersama dengan kerajaan meladani permasalahan yang timbul.

Malam tadi saya melihat penerangan dan wawancara yang dibuat diantara Tan Sri Hassan Merican di NTV7 bersama wartawan The Edge Dan Bernama, berkenaan dengan Isu Petronas yang giat diperkatakan sekurang2nya penerangan yang dibuat oleh beliau memberi saya gambaran sebenar tentang permsalahan yang dihadapi..

Penerangan2 sebeginilah yang diperlukan rakyat, bawakan mereka yang benar2 berwibawa dalam membuat kupasan terhadap sesuatu permasalahan yang timbul.

Sekian, adanya...

TPJ berkata...

YB Dato'

Saya terjumpa beberapa orang ahli Puteri dari Wilayah Persekutuan di suatu majlis minggu ini dan setelah di tanya soalan yang sama dan siapakah yang terbaik untuk di ketengahkan sebagai ketua mereka selepas ini, disebutnya nama Dato'.

Jika benar dan jika Dato' bercadang untuk menerima sokongan itu, maka saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Dato'.

Sebagai perwakilan bahagian tahun lalu, saya berkesempatan melihat bagaiamana Dato' begitu mengambil berat dengan menyediakan ucapan wakil puteri sewaktu itu.

Saya ucapkan syabas.

Wasallam.

TPJ
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

MASIH RELEVAN KAH KITA????
itu persoalan yg sepatutnya setiap pemimpin umno tanyakan pd diri sendiri d hadapan cermin.. selagi kita perasan dan buat keje syok sendiri agak sukar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.. kita pun sudah kurang keyakinan pd parti dan kekutan diri sendiri makin terhakiss.. kalau tiada satu perubahan drastik yg berani serta jelas terhadap perjalanan parti maka tidak mustahil UMNO hanya akan wujud dlm buku2 sejarah dan ada d muzium..
perubahan citarasa rakyat hanyalah kerana mengikut peredaran masa. citarasa dan menu makanan kita pun sudah berubah.. dulu2 hanya tau mkn sambal belacan dan ikan masin tapi kini.. kita semua mkn burger dan pizza. kalau cara mkn n pakai pun dah berubah.. cara bekerja dan berfikir turut berubah!!
Rakyat mahu kan cara kerja dan cara tadbir parti yg lebih dinamik dan lebih segarrr.. kita memang patut menjadi Melayu yg tak lupa sejarah. Melayu yg bersyukur . Melayu yg Berterima kasih. Tetapi kita juga mahu mewujudkan Melayu sebagai satu bangsa yg kuat jiwanya, Kental semangatnya, Tajam pemikirannya dan yg paling penting Menjadi Melayu yg PERKASA di abad MILLENIUM.. Melayu sebegini tidak boleh berjalan BACKWARDS.. tetapi kita mahu MAJU ke Hadapan.
renung...renungkanlah...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum semua ,

Kita (yg mengundi)yang menentukan
ke mana nak kita tuju ...
bersama siapa ....
melalui jalan mana ...

Saya menganggap keadaan sekarang adalah PELUANG GENERASI MUDA sekarang untuk terus memahat nama di dalam sejarah politik negara Malaysia ....

Sejarah telah dirakam dalam PRU 13
bahawa banyak undi dari pengundi muda seperti kita telah menjadikan yang mustahil tidak mustahil lagi... yang tak pernah terfikir pun boleh terjadi ....

Jadi ... kesimpulannya , telah tiba masa yang tersurat dan tersirat di hadapan kita bahawa
GENERASI MUDA KINI DIBERI PELUANG OLEH ALLAH S.W.T UNTUK MEMAHAT NAMA DENGAN SELUAS-LUASNYA DI DALAM ARENA POLITIK MALAYSIA.

Cuma terpulang kepada diri kita sendiri sama ada ingin memahatnya dengan

TINTA EMAS atau
CONTENGAN ARANG DIMUKA
supaya dapat generasi akan datang menghakimi kita .

Akhir kalam ,
"Perahu sudah di air ,
Dayung pun sudah ditangan ,
cuma menunggu kata Nakhoda....

Tanpa Nama berkata...

kita perlu memastikan agar melayu terus dominan dan menjadi tuan di bumi MALAYsia ni... melihatkan senario sekarang di mana kulit cerah dan gelap sudah berani mempertikaikan ketuanan kita, saya melihat peranan UMNO adalah untuk menyedarkan dan menyatukan semua melayu tak kira apa pun ideolgi politik mereka. semua melayu UMNO, PAS dan PKR perlu tidur sebantal dan bermimpi yg sama iaitu mewujudkan kerajaan Melayu yg unggul dan perkasa. nama pun MALAYsia, maka ianya milik mutlak MALAY (melayu). tapi kulit2 lain yg dah lupa sejarah tu cuba untuk merampas bumi ni untuk kepentingan mereka sendiri. kita tidak boleh lagi mempercayai kulit2 cerah dan gelap ni.. mula2 pemimpin2 gerakan bersekongkol dgn DAP di Penang dan Selangor, kini SAPP pula nak buat undi tak percaya. mereka ini duri dalam daging yg patut dikeluarkan!

Hanya UMNO yg boleh menyatukan semua melayu di MALAYsia ni.. hanya UMNO yg betul2 berjuang untuk survival Melayu!
MELAYU untuk MELAYU!!!!

Pink Ants berkata...

Tkasih kepada teman-teman yg memberikan pandangan.Luahan perasaan diatas juga melambangkan betapa masih ada lagi generasi muda yang bukan sahaja prihatin ttg nasib bangsa dan malah masih bersemangat utk memastikan kelansungan kuasa umno itu sendiri.

Seorang teman,mengirim emelnya kepada saya.Bukan seorang ahli umno tetapi mengakui bahawa dirinya dibesarkan dalam acuan UMNO.Beliau mahu pemimpin muda melakukan sesuatu untuk kembali mendapat sokongan rakan sebaya.Namun,dia mengakui agak bimbang tentang fenomena serta situasi politik yang tidak berapa stabil sekarang.Dia tidak akan memilih PKR dan berdoa agar DSAI tidak menjadi PM.

Emelnya memberi saya satu harapan baru.Harapan bahawa UMNO masih lagi boleh lebih diperkukuh kerana rakan-rakan kita diluar sana sangat mengasihi UMNO dan mahu UMNO terus menjadi parti yang menguasai tonggak kepimpinan Negara.

Kepada saudara TPJ..tkasih atas pandangan saudara.Saya turut mengikuti blog saudara yang sangat berani pada hemat saya. InsyaAllah,jika diizinkan Allah,saya akan menerima tanggungjawab memimpin Puteri.Bagi saya,kalah atau menang,adat pertandingan..yang penting akar umbi diberi peluang memilih pemimpin yang mereka percayai dan hormati. Saya tidak akan berkecil hati sekiranya saya tewas kelak,kerana dalam perjuangan,kita mesti yakin dengan ketentuan...mesti bersedia berjuang dimana-mana posisi...Jika jadi Imam,kita jadi imam yang bertanggungjawab dan jika jadi makmum,kenalah jadi makmum yang baik.....

my-fikirr menulis berkata...

Assalamualaikum semua terutamanya kpd YB Dato',

Kembalilah kpd ajaran Agama Islam. Dengan sepenuhnya.

Pasti Umno, dan sesiapa jua akan berjaya.

Ini janji Allah swt.

Sbg hambaNYA, knp kita perlu ragui?

Tanpa Nama berkata...

mmm.... ke mana perginya Dato' kita ni yaaa ? Lama tak dengar berita...

teja72 berkata...

assalamualaikum!!

tenang sangat la blog Dato..

donia_zs berkata...

Assalamualaikum....

blog ni je yang tenang ..tapi kat luar berkecamuk...tak tau la apa nak jadi ngan Malaysia...
adakah benar seperi kata Palima Hang Tuah " Tak Melayu Hilang Di Dunia " atau Melayu akan lenyap dari dunia kalau sudah tidak ada melayu yang sayangkan bangsa Melayu.

" Hidup Melayu.." kekalkan ketuanan Melayu di Bumi Malaysia. "

Hasbullah Pit berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Entah ler...dok tunggu jugak posting Dato ni tentang banyak isu yg tengah hangat dipasaran kita sekarang ni..Dato bz ker di kawasan? abis cemana nak jadi KPUM ni? lagi le tak terjaga puteri nanti..takut harapkan naib, naib pun bz..last2 puteri lagi lesu..tak nak ler....

Tanpa Nama berkata...

Sabor je laaa Cik Markonah oiiii....

Apa nak buat , ada masa kita tunggu orang ...
ada masa orang pula kena tunggu kita..

begitu lerr adat duniaaaa....

COOBAAAAN ....

teja72 berkata...

perlu ruang untuk "bermeditasi" minda..perjuangan kite ni semakin gawat deh!!

Tanpa Nama berkata...

Bila nak tambah lagi posting ni....kalau 2 bulan sekali baru nak buat posting baru...baik tak payah la .....buang masa aje browse blog ni.....

Da Real Deal berkata...

YB Dato telah tertakluk di bawah 5.3 tataetika UMNO iaitu "Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet".

In other words, calon2 tidak boleh menerbit, menyiar atau menulis apa2risalah, majalah, makallah bla bla bla......disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet bla bla bla.......

Da Real Deal berkata...

Dato, Walaupun Dato sudah berhenti memblog tetapi saya tahu Dato masih membacanya.

Rival Dato nampaknya sudah melanggar seksyen 5.5 tataetika dengan melancarkan websitenya. Ada suami yang terdekat dengan PM pun boleh buat silap atau tidak langsung menghormati tatetika yang di sediakan. Ketua Penerangan UMNO Malaysia pun begitu juga menggunakan media dan televisyen untuk mengumumkan kesediannya menjadi Naib Presiden.

Pemimpin UMNO sememangnya ungkal. Buat undang2 lepastu melanggarnya terang2, tetapi pemimpin bawahan dihukumnya tanpa usul periksa.

Seloamat maju jaya Dato. Jangan jadi macam merkea itu.