24 Ogos 2008

Tiba masa tunjuk kebijaksanaan

Tinggal sehari lagi bagi pengundi-pengundi di Permatang Pauh untuk memilih siapa calon paling sesuai yang mereka inginkan untuk menjadi wakil mereka di Parlimen.

Setelah lapan hari tempoh berkempen berlangsung, terasa seolah masih belum puas saya menyelami dan mendengar keluhan dan rintihan yang dihadapi penduduk di sini.

Rata-rata penduduk telah pun membuat keputusan tentang siapa calon yang mereka inginkan.

Walaupun calon Umno Datuk Arif Shah diletakkan sebagai calon underdog, namun kebarangkalian untuk beliau menang masih tetap tinggi.

Dengan ketokohan beliau memimpin, semangat membela rakyat dan keupayaan beliau untuk bercakap dalam dialek mandarin, hokkien dan kantonis bagi menarik sokongan kaum cina pastinya harapan untuk Umno menawan kembali Parlimen Permatang Pauh dilihat sangat cerah.

Saya secara peribadi sangat berharap agar penduduk Permatang Pauh dapat membuat keputusan yang tepat dengan memilih Datuk Arif untuk mewakili mereka kali ini.

Cukuplah sudah undi simpati yang diberikan selama ini terhadap Datu Seri Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim yang sanggup menyusahkan rakyat di kawasan ini dengan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada suaminya.

Saya sangat percaya pengundi akan memilih calon seperti Datuk Arif yang benar-benar berkualiti sebagai pemimpin berbanding Anwar yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dan penuh dengan pembohongan dan retorik.

Apatah lagi dengan ketidakupayaan beliau bertindak membersihkan nama baiknya dengan melakukan sumpah laknat jika beliau benar-benar tidak bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tidak perlu mengelak dan beretorik tentang pandangan dari ulama luar negara yang menyatakan Anwar tidak perlu bersumpah untuk membersihkan dirinya.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Anwar tidak berani melakukan sumpah mubahalah untuk membenarkan dakwaan dia tidak melakukan perbuatan keji itu.

Apatah lagi tidak semena-mena Anwar dikaitkan pula bersahabat baik dengan seorang yang dikatakan cendiakawan Islam India, Ashgar Ali yang menyokong perkahwinan yang dijalankan seorang kadi wanita yang disertai empat orang saksi wanita.

Islam jenis apakah ini kalau bukan ia tergolong dalam golongan yang mengelirukan.

Islam membenarkan perubahan dilakukan jika ia difikirkan perlu namun ia perlu berlandaskan apa yang telah tertulis dalam Al Quran dan Sunah Nabi Muhammaad SAW .

Tetapi apa yang dilakukan Ashgar adalah sama sekali merosakkan kecantikan dan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam yang sememangnya telah begitu molek untuk kita ikuti.

Janganlah hanya kerana inginkan pengaruh dan kuasa kita sanggup menukar pegangan yang kita amal dan percaya selama ini. Ini kita boleh umpamakan seperti sesumpah yang boleh bertukar warna dan kulit berdasarkan berdasarkan keadaan dan kepentingan.

Namun hakikatnya inilah perwatakan sebenar Anwar yang boleh berubah apabila dia merasakan perlu berbuat demikian.

Contohnya nyata, Anwar sanggup untuk memberi kuota 10 peratus UITM kepada golongan bukan bumiputera, dia sanggup membatalkan hak ketuanan orang melayu dan bekerjasama dengan DAP yang lantang menentang ketuanan melayu.

Malah lebih malang lagi Anwar sanggup bersekongkol untuk menjadikan negara ini sebuah negara sekular seperti yang diperjuangkan DAP yang turut menjadi prinsip perjuangan PKR.

Adakah orang seperti ini yang mahu dijadikan pemimpin oleh penduduk Permatang Pauh.

Saya bukan mengeji dan mempertikaikan Anwar namun inilah hakikatnya seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Oleh itu saya yakin dan pasti penduduk Permatang Pauh sangat matang dan bijak berpolitik dan akan memilih orang yang layak dijadikan pemimpin sementelah mereka telah tiga penggal hidup di bawah kepimpinan pembangkang.

Kepada mereka yang mungkin telah membuat keputusan untuk mengundi Anwar masih belum terlambat untuk menukar pilihan. Jadilah pengundi yang matang dan bijak dalam membuat keputusan dan bukannya bersandarkan perasaan dan hati yang marah kerana dihasut oleh dakyah palsu dan omongan kosong pemimpin yang tidak mempunyai pendirian seperti Anwar.

Selamat mengundi penduduk Permatang Pauh...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha..kalah jugaaaaaaaaaaa...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

nampaknye...rakyat permatang pauh dh tunjuk kebijaksanaan kn?

Pink Ants berkata...

Tidak semestinya apa yang zahir melambangkan apa yang tersirat. DSAI mungkin boleh menang mudah di tanah tumpah darah beliau tetapi belum tentu di tempat lain....

Tanpa Nama berkata...

saudari...mmg btol saudari ckp tu..bhw tidak semestinya yg zahir melambangkan apa yg tersirat...
n perlu diingat...tidak semestinya juga yg zahir tidak melambangkan apa yg tersirat kn??

bagaimana jika sy ckp..paklah n najib mungkin boleh menang di tanah tumpah tetapi blum tentu di tempat lain..

Tanpa Nama berkata...

Memang betul apa saudara kat atas ni cakap...kalau najib bertanding di Permatang Pauh pun dia akan kalah....tapi kena ingat jugak, kalau anwar bertanding di Pekan pun anwar akan jadi lauk....jgn haraplah boleh makan Najib kat sana....so, pokoknya tak payah nak taksublah dgn kemenangan anwar kat Permatang Pauh tu...sebab itu kubu kuat dia...kubu kuat memang payah nak dimusnahkan.

Tanpa Nama berkata...

encik anonimos yg kt ats ni...
sy xtaksub pn kt anwar..jauh sekali..

sy juz komen ape yg cik puteri(empunya blog) kita ni je..awk kene phmla ape point sy..juz komen cik puteri ni je...

xsilap sy kt pekan najib tambah undi pos kn??sj je tny...

saranan sy utk empunya blog..kluarla umno..join muslimat pas..dasar islam jelas..
xperlu taksub dgn umno..ubah mind set..jgn igt umno je layak memerintah..

Pink Ants berkata...

Terimakasih atas undangan untuk saya sertai Muslimat Pas...bukan tak sudi tetapi saya yakin dengan perjuangan saya dalam UMNO. Pas juga mungkin jelas dasar perjuangannya tetapi apa yang diperjuangkan lebihkurang sama aje dengan UMNO.Perlembagaan PAS juga dicedok dari Perlembagaan UMNO dengan sedikit pengubahsuaian kerana PAS telah diasaskan oleh HJ Moh Fuad yang asalnya UMNO tetapi keluar dan menubuhkan PAS setelah tewas bertanding jawatan Presiden UMNO.

Untuk pengetahuan saudara,saya kenal ramai pemimpin PAS secara peribadi,saya pernah bersekolah di KIK dulu dan pernah melalui sendiri ketaksuban yang tidak munasabah perjuangan mereka.Pernah juga seorang pemimpin PAS minta saya tolong rekemen dapat Dato dari Sultan..ada juga yang pernah minta tolong dapatkan projek...tapi tidaklah pula saya tidak layan,,kerana mereka juga manusia biasa...

Tanpa Nama berkata...

Datuk...kalau boleh bongkar lebih sikit pasal perangai orang2 PKR dan Pas ni......bagi penyokong tahu belang sebenar diaorang.

Tanpa Nama berkata...

tahniah datuk...
mmg perjuangan umno pas dan umno lebih krg sama..pendapat peribadi sy perjuangan pas lebih jelas dasar islamnye berbanding dgn umno..soal hak melayu pd sy xde beza pas dgn umno..yg bezanya dasar islam..alasan penubuhan pas tidak blh dijadikan sandaran bhw pas membawa kepentingan peribadi seseorang...jgn diungkit yg lama2..sy juga akn menyokong umno jika sy hidup pd tahun sblm merdeka...sy tidak tolak umno 100%..

pd sy ketaksuban segelintir tidak salah selagi mn ats dasar islam walaaupun situasi skrg lebih memerlukan rasional n sederhana..umno juga mempunyai penyokong yg taksub..

btol kata datuk mereka manusia biasa..minta projek minta itu ini..itu pd sy sesuatu yg normal..utk pengetahuan datuk ayah sy penyokong kuat umno jg byk minta yb2 n org2 kuat krjn pas kelantan rekemen utk meluluskan sesuatu projek or manfaat..dan tidak pula org2 pas ini tidak layan..

dlm soal2 lain sama sj umno atau pas..mereka manusia..yg membezakan mereka adlh matlamat perjuangan(sy tidak katakan umno menolak dasar islam)..cuma pd sy matlamat islam pas lebih jelas..sekian..

datuk ada ym??