07 Februari 2009

Di mana saya tanpa rakyat

Bukan hendak membangga diri, apatah lagi hendak sombong atau meriak, tetapi saya sebenarnya sangat-sangat terharu dan gembira membaca komen dalam entry Datuk Nasaruddin..wira atau sebaliknya? oleh seorang penulis blog yang mengelar dirinya Rentaka.

Inilah sebahagian komen beliau...

YB Dato,

Terima kasih atas respon YB Dato' terhadap ulasan saya sebelum ini. YB Dato' memang seorang yang cepat respon terhadap sesuatu isu.

Melalui perbualan seharian dengan rakyat DUN Kuala Sentul, YB Dato' memang dikenali sebagai YB yang mudah didekati, mesra dan cepat respon. Malah ada ahli PR juga yang menyenangi sikap YB Dato'. Kami di akar umbi amat berharap sikap sebegini diteruskan terutamanya apabila YB Dato', jika diizin Allah, menjadi Ketua Puteri Malaysia.


Alhamdulillah... saya rasa komen penulis blog ini ikhlas. Terima Kasih.

Apa yang saya buat sebagai ADUN adalah kerana pengundi di kawasan saya memberikan saya amanah penting untuk dilaksanakan melalui pilihan raya umum yang lalu. Sebagaimana jika saudara melihat saya mudah untuk didekati, maka yakinlah saya juga seorang yang mudah untuk menerima teguran yang negatif juga selagi mana ia disampaikan menggunakan bahasa yang elok dan tepat. Saya tidak akan marah dan akan cuba bersikap terbuka serta berusaha memperbaiki apa yang kurang. Komen positif seperti di atas ini menambahkan lagi azam saya untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Sekali lagi, terima kasih.

7 ulasan:

red rooster berkata...

Salam YB Dato',
Kami sangat mengharapkan supaya kepimpinan memperbaiki sebaik mungkin keadaan dalam BN dan Umno khasnya. Isu berkaitan kepentingan perubahan dalam style kepimpinan ini telah byk dibincangkan oleh bloggers. Namun kami tidak pasti tahap 'awareness' diperingkat kepimpinan.
Ini dapat kami lihat dari kesilapan2 yang terus-menerus dilakukan diperingkat kepimpinan. Lebih memburukkan keadaan, tanpa disedari, kesilapan2 ini dipaparkan pula di media prima, w'pun tujuan asalnya utk memberi mileage kpd politician tertentu. Kadang2 cuba nak tunjukkan sesuatu kebaikan pun boleh jadi kesilapan apabila dimanipulasi oleh pihak2 yg lebih bijak. Kalau berterusan macam ni, penatlah. For the sake of Umno, grouses from the roots should been given a proper attention. Jemput lawati blog saya.

Tk.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin seperti juga artis @ public figure, ada yg suka ada yg benci. Buatlah yg terbaik untuk kepenting ramai bukan kroni. Jauhi berbuat salah dan untuk kepentingan diri - Tuhan melihat tetapi menunggu, manusia melihat tetapi membalasnya didunia.

Saya yakin Dato' tidak spt kebanyakan, insyallah akan selamat. Jika tidak akan hanyut dan dihanyutkan.

Rentaka, berkata...

Salam YB Dato',

Saya juga terharu dan berterima kasih apabila menerima respon sebegini daripada YB Dato'. Nampaknya YB Dato' masih melihat rumput di bumi walaupun kini berada di puncak awan...

Minta maaf YB Dato' jika apa yang cuba saya sampaikan mengguris hati YB Dato'. Secara peribadi, suatu masa dahulu, saya kurang setuju (bukan tidak setuju) apabila YB Dato' bertanding untuk jawatan Ketua Puteri. Bukan menidakkan kepimpinan YB Dato', tetapi kami bimbang akan kehilangan seorang YB ADUN yang sentiasa berada di kawasan dan mudah bertemu dengan rakyat. Ini kerana selepas ini, YB Dato' pasti perlu bergerak ke seluruh Malaysia bertemu Puteri UMNO. Di peringkat DUN Kuala Sentul, rakyat kini lebih gemar bertemu sendiri YB Dato' dalam apa jua permasalahan dan aktiviti, berbanding jika YB Dato' menghantar wakil.

Selepas membaca posting-posting YB Dato' dalam blog ini, jelaslah, saya juga perlu berpijak di bumi nyata. Sebagai ahli politik, YB Dato' perlu melangkah lebih tinggi dalam hireraki politik demi kelansungan politik YB Dato'. Oleh itu, keputusan YB Dato' untuk bertanding semestinya YB Dato' telah pertimbangkan sebaiknya. Kami di akar umbi akan menyokong YB Dato' dan saya secara peribadi akan memberi sokongan kepada pencalonan YB Dato' dan mendoakan moga dengan izin Allah, YB Dato' akan berjaya dalam pemilihan Mac ini.

Dan, yang pasti, kami di DUN Kuala Sentul mengharapkan YB Dato' dapat membahagikan masa dengan adil antara DUN dan Puteri Malaysia. Sebagai pemimpin yang mudah didekati, cepat respon dan mesra rakyat, diharap sikap sebegini akan berterusan sebagai nadi kepimpinan YB Dato'.

Bukanlah niat saya ingin mengajar YB Dato' dalam berpolitik, tetapi anggaplah ini hanya luahan rasa seorang penyokong YB Dato' yang berada di saluran 3, dan akan terus berjuang bersama-sama YB Dato'.

YB Dato', teruskan perjuangan !!!

-rentaka.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam semua..
Baguslah kalau ada kesedaran dalam berpolitik supaya dapat bela ugama bangsa dan tanahair. Itu semua kalau BN terus memerentah. Kalau tidak? Keadaan sekarang memang tidak menyebelahi BN, rakyat menolak kita secara total, cuma pemimpin umno sebagai tonggak kekuasaan buat-buat dakk jer.. Kalau PRU ke 13 keadaan semacam ni jer,,, BN dapat perentah 1 negeri pun kira ok laa. Tak percaya?? tengok laa.. Nanti PR dun Serawak, tunggu.. Jumpa di sana disana

Pink Ants berkata...

Apapun..dalam setiap apa yang kita lakukan,wajib ikhlas dan jangan sesekali lupa asal-usul kita...InsyaAllah,amanah yang diberikan ini,tidak akan saya persiakan..Mudah-mudahan Allah memberkati perjuangan kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Belum sampai ke DUN Serawak, nammpaknya di takdirkan Tuhan kita bertemu pulak di Parlimen Bukit Gantang, PERAK dan DUN Bukit Selambau, KEDAH.

Kita tidak mau dengar pemimpin besar kita bercakap seperti di Terengganu yang kita ada harapan untuk menang, tapi kita mesti berkata bahawa kerusi ini akan kembali kepada kita dengan yakin. Kita tidak boleh terlalu defensive, sebab ini Negeri Kita dulu, kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

bagus la YB dato diterima oleh rakyat DUN kuala sentul. dato memang murah dengan senyuman dan perwatakan yang mudah didampingi. cuma manusia ni kadang-kadang tak dapat sembunyikan riak wajah bila terjumpa dengan orang yang kita tak suka hehehe terpancar jelas di wajah. berenang dalam lautan politik ni memang kena pandai berlakon.

tahniah pada YB dato kerana berusaha untuk memperbaiki apa yang kurang. yela kita ni manusia, tak sempurna.
kalau YB dato ditakdirkan menang jawatan ketua pu3 malaysia, harapan saya kekalkan la pendekatan sebagai ADUN ni kepada umat pu3. harap ada perubahan.