15 Februari 2009

Hentikan budaya derhaka.



Orang berkata, biarlah mencegah daripada berubat, kerana mencegah itu lebih baik.

Sebenarnya, dalam konteks kata-kata ini, mencegah bukan sahaja terhad kepada penyakit. Ia juga perlu dalam mencegah sikap dan tindak-tanduk dalam masyarakat.

Apabila sesuatu sikap atau tindak tanduk yang buruk tidak dicegah sejak dari mula, seperti juga penyakit, ia boleh berubah menjadi lebih parah atau menjadi barah.

Apabila sudah menjadi barah, maka peluang untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi lebih sukar atau mungkin tidak boleh dilakukan lagi.

Ia akan mula menghancurkan nilai-nilai murni yang wujud dalam sesuatu masyarakat itu selama ini.

Saya hendak mengaitkan analogi ini dengan apa yang berlaku sekarang dalam institusi beraja di Perak secara khusus yang perlu juga dilihat secara umum.

Dalam sejarah ratusan tahun ketamadunan bangsa Melayu, institusi beraja kita kini berhadapan dengan kemungkinan disaman di mahkamah oleh rakyat biasa.

Tindakan menyaman ini pula bukan atas asas yang kukuh tetapi lebih bermotifkan keuntungan politik satu pihak.

Perbuatan menyaman seorang raja nyata menentang budaya dan kelaziman dalam tamadun bangsa kita.

Persoalannya, adakah perkara seperti ini wajar dibiarkan berlaku?

Andai ia tidak disekat dari sekarang, atau dalam erti yang lebih tepat dicegah dari sekarang, tidakkah ia boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih buruk di masa hadapan.

Saya sangat bimbang jika perbuatan menyaman ini tidak dicegah hari ini, maka ia menjadi satu isyarat kononnya raja Melayu boleh dibawa ke mahkamah sesuka hati oleh sesiapa sahaja.

Takut nanti pasal benda-benda kecil pun hendak libatkan seorang raja atau sultan ke mahkamah. Ini sangat tidak elok.

Kuasa raja sudah pun terhad kini, dan jika mereka hendak diheret naik turun mahkamah, maka apa peranan raja-raja Melayu ini yang salah silah keturunan mereka menjadi nadi serta tonggak sejarah umat Melayu di atas muka bumi ini.

Apakah suatu hari nanti, selepas menyaman sultan dan raja menjadi perkara biasa, maka ada pula pihak yang akan berjuang untuk memastikan raja-raja Melayu tidak lagi wujud?

Kemungkinan seperti ini tidak boleh ditolak.

Jika mencegah lebih baik dari berubat, maka tindakan pertama untuk menyaman seorang raja itu perlu dihentikan segera.

Itu sahaja jawapannya pada pandangan saya. Jangan biarkan benih-benih derhaka berkembang di negara ini.

4 ulasan:

Syed @ Don berkata...

Bukanlah saya tidak menghormati institusi beraja tetapi saya rasa demonstrasi-demonstrasi jalanan yang dilakukan adalah sedikit keterlaluan. Respon daripada pelbagai pihak juga agak keterlaluan untuk satu statement ringkas yang dikeluarkan karpal singh.

"baru terantuk, disangka gempa"

Tanpa Nama berkata...

semua demonstrasi yang dijalankan diseluruh malaysia sehinggakan lebih 60 laporan polis dibuat atas penderhakaan yang dibuat oleh karpal terhadap tuanku sultan perak.



ini menunjukkan rakyat malaysia terutamanya kaum melayu masih lagi mengerti nilai-nilai sejarah tanah melayu.jadi tidak heranlah ramai yang marah atas tindakan karpal.

Tanpa Nama berkata...

Budaya derhaka wujud apabila orang tak hormat kat kita lagi... Ya laaa nak hormat macammana, kita lemah, tak berdaya, tak mampu nak buat apa-apa...Tengok jer, karenah mereka.... Si Karpal buat apa-apa pun tak kisah setakat siasat, siasat diam..... dengar ugutan Karpal terbeliak semua bijik mata... hahahah..... Kita lebih terikut-ikut rentak mainan PR, aplagi, naik toncang lah mereka tu...

Tanpa Nama berkata...

YB,
Jangan lupa bahawa BN lah yang mengurangkan imuniti Sultan Melayu.Punca kepada kekurang ajaran Karpal dan lain-lain adalah disebabkan oleh apa yang telah BN lakukan pada 1993. Bukankah Annuar Musa yang menabalkan 'sultan kelantan' haram di bawah pokok? Sejarah tidak pernah berbohong, YB!