02 Februari 2009

Perak semakin menarik

Saya melihat perkembangan terbaru di Perak ini sangat menarik. Mungkin perkembangan politik paling menarik untuk tahun 2009 setakat ini.

Perkara yang menjadi persoalan kini ialah apakah kedudukan sebenar Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang).

PKR mendakwa mereka telah gugur sebagai ADUN di kawasan masing-masing berdasarkan surat akujanji parti yang ditandatangani Mac lalu. Kedua ADUN itu pula menolak kesahihan surat itu.

Setakat ini jika mengikut akta di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya, melompat parti dibenarkan. Dan sudah tentu akta SPR lebih kuat dan melebihi surat akujanji PKR.

Jika kedua calon itu sah memasuki BN, maka kerusi BN akan menjadi 29 dan Pakatan Rakyat 30. Benar-benar telur dihujung tanduk untuk PR di Perak.

Ada kemungkinan pula Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Fong juga akan melompat ke BN. Tidak boleh ditolak kemungkinan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim pun akan kembali.

Senario ini memperlihatkan BN akan kembali berkuasa di negeri itu.

Namun, saya rasa ada kemungkinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengambil tindakan membubarkan DUN di Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil seluruh negeri itu diadakan.

Mungkin mereka tidak akan memberikan kembali Perak kepada BN dengan mudah.

PR Perak pasti mahukan rakyat negeri itu memilih kembali kerajaan pilihan mereka.

Apa pun, perkembangan di Perak memang amat seronok untuk diikuti dan saya berdoa BN akan kembali berkuasa. Insya-Allah.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..bila ada adun bn lompat ke pr semuanyer salah..tp bila dolah bg tau adun pr lompat ke bn semuanyer ok..politik mende nie lagi kotor..so jgn memperbodohkan rakyat dgn kerakusannak berkuasa..moga Allah lindungi negeri Perak Darul Ridzuan..jauhi dari pemerintahan yg kejem dan buta tuli..lawan tetap lawan..takbirrrrrrrrrrrrrr

jaisidris-arapenang-menara condong-telok anson

WARIS PAHANG berkata...

Inilah masa sesuai rakyat Perak bangkit membantah segala tindak tanduk yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang terutamanya isu tanah melayu digadai.

“Kita Tidak Mahu Kerajaan Boneka DAP”

Tanpa Nama berkata...

Elok la tu,, biar kelam kabut negara di buatnya... Perak dari PR ke BN dan di N9 dari BN ke PR.. Cantik dan bagus dan kalau nak baik lagi dicadangkan dua-dua negeri tersebut bubar dewan adakan lagi Pilehan Raya lagi... hahahah. Kita jangan kerja, main pilehanraya jer, biar orang politik bermain politik, pemimpin berasak-asakan untuk menjadi calon dan RAKYAT Meluat melihat situasi ini...... Orang politik habiskan duit juta-juta tak kisah sangat... janji hati puas, perasaan rakyat tak ape sebab mereka tu mentaliti tahun 60an lagi.....

Tanpa Nama berkata...

Jai...politik memang macam tu...takde negara moden kat dunia ni yang takda politik. Satu tanda manusia zaman moden ialah sistem politik yang menetapkan ada ketua dan ada pengikut. Perebutan untuk berkuasa akan tetap berlaku. Sama ada kita pilih siapa nak sokong atau tidak sahaja yang jadi persoalan.

budakjengka berkata...

salam,,,,
kabenaran akhirnya terserlah, kerajaan perak(PR) sudah tidak mampu untuk memerintah....marilah kite ramai-ramai keluar PAKATAN masuk BARISAN

budakjengka berkata...

KEBENARAN TELAH TERBUKTI..
JANGAN TUNGGU LAGI, MARILAH RAMAI2 KELUAR PAKATAN MASUK BARISAN

Tanpa Nama berkata...

ADA YANG LAGI MENARIK YB DATO....


ketua bahagian PKR ipoh perak telah membuat akuan sumpah bahawa beliau telah ditawarkan 20juta oleh TPM untuk lompat parti.

apa yang menyedihkan beliau (fauzi muda) adalh bekas anggota polis yang di buang atas kesalahan disiplin dan membuat kenyataan yang tidak mempunyai bukti yang sahih dan nyata.

cukup la menjadi orang suruhan pada anuar ibrahim, ini semua bagi menyelirukan mengundi2 kita.

Tanpa Nama berkata...

BERAPA BANJAK AGAKNYA DUIT BERLEGAR DI PERAK BAGI MEMBELI ADUN-ADUN NI OLEH KEDUA-DUA PIHAK.

SAYA PERCAYA IANYA BUKAN PK SAHAJA DAN BN PASTI TERLIBAT SAMA. MALANGNYA JADI RAKYAT MALAYSIA NI.

Tanpa Nama berkata...

NILAI PENGUNDI ADALAH MENGIKUT WARNA. BACA SUARA PRIHATIN UMNO MENGENAI 2 CERTIA TENTANG 3 WARNA. APAKAH WARNA KITA? KITA YANG TENTUKANNYA. DAN HARGA KITA ADALAH BERGANTUNG KEPADA WARNA KITA? WHAT SAY YOU??