15 April 2009

Salam untuk rakan-rakan

Salam kepada semua rakan-rakan blog.Pertama sekali. saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis apa-apa dalam blog saya ini hinggakan ada yang menghantar komen bertanya saya menulis untuk menang sahaja ke.

Bukan niat saya untuk tidak menulis langsung.

Saya tidak pernah menulis kerana saya mahu mencari penyokong. Untuk mencari penyokong semasa pertandingan, kita lebih banyak bergerak dan berjumpa dengan ahli serta perwakilan secara peribadi, bukannya hanya dengan menulis di blog semata-mata.

Pada awalnya saya tidak menulis kerana sudah terlalu hampir dengan pemilihan dan terlalu sibuk ketika itu. Banyak yang perlu dilakukan pada saat-saat terakhir.

Kemudian saya tewas pula. Walaupun tipis, saya terima dengan hati terbuka dan menghormati pendirian para perwakilan.

Namun, menipulah saya kalau saya kata saya tidak bersedih atas kekalahan itu. Kalau saya kata saya tidak sedih, saya yakin ramai yang tidak akan percaya.

Memang saya sedih, tetapi itu sudah takdir Allah SWT. Saya harus juga terima, mungkin ada hikmah lain disebaliknya.

Kini, hari-hari untuk bersedih sudah pun berakhir. Saya berazam mahu terus ke hadapan. Saya masih ada kawasan yang telah diamanahkan untuk dijaga.

Rakyat Kuala Sentul masih memerlukan khidmat saya dan saya berjanji pada diri saya sendiri untuk membantu sebaik yang boleh selagi termampu.

Apa pun, saya harap kawan-kawan di blog ini akan terus bersama saya memberikan pandangan dan kritikan yang membina.

Terima Kasih

5 ulasan:

ROSHATIKA berkata...

Salam YB Dato',

Jangan bersedih, esok masih ada selagi dunia belum kiamat.

Adat bertanding, mesti ada yang menang dan sebaliknya tetapi perjuangan mesti diteruskan.

Yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua. Kita bertanding di dalam keluarga. Walaupun kalah masing-masing ada peranan untuk memperkasakan parti.

Di depan kita perjalanan masih berliku. Usaha keras mesti diteruskan untuk menarik generasi muda terus menyokong UMNO.

Salam Perjuangan. T. kasih.

.@blogger.com berkata...

salam dato',
merajuk pun jangan lama sangat. lupakan kekalahan itu dan teruskan perjuangan yang masih belum selesai - bERANIKAN hATI

Tanpa Nama berkata...

dh la yb..jom kita sama2 merajuk dgn umno..mari kita tinggalkan perjuangan kebangsaan umno yg sempit ini..marilah kita berjuang untuk menegakkan fitrah kita sbg manusia..iaitu islam..insyaallah

Unknown berkata...

welcome back k'sha.....saya tau k'sha orang yang tabah dan pejuang sebenar.....whatever pun, k'sha bukan orang yang kalah dimata kami.....kurang undi kerana telus, kurang undi kerana tak BOM!.....menang ler tu...secara bermaruah!!

Tanpa Nama berkata...

Semoga apa yang ditulis dikotakan...kalah menang adat pertandingan..jangan salahkan orang lain..lihat kedalam diri kita