30 Disember 2010

Aids, Bola Dan Tok Empat

Salam semua..

Jangan terkejut membaca tajuk di atas..sebenarnya ia merupakan tiga agenda pertama saya pada hari semalam. Walaupun ianya tidak ada kena mengena antara satu sama lain tetapi jika diperhalusi kembali,ketiga-tiganya mungkin juga boleh jadi ada kaitannya.Ye lah, kita semua tahu Aids dan Hiv kini menjadi salah satu pembunuh utama rakyat kita.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekang penularan penyakit aids dan hiv. Peranan semua pihak termasuk Tok Empat di kampung-kampung sangat penting. Penting untuk pastikan masyarakat kita sama-sama mengambil tanggungjawab dan menggalakkan anak-anak muda menyertai pelbagai aktiviti berfaedan seperti bermain Bola agar terhindar dari aktiviti yang boleh menjerumuskan mereka kearah penyalahgunaan dadah.

Semalam saya tlah dijemput oleh Pejabat Kesihatan Daerah Maran untuk merasmikan Hari Aids Peringkat Daerah Maran di Dewan Orang Ramai Jengka 3. Boleh tahan juga sambutan yang diberikan.Paling menarik ialah sesi pengakuan dari seorang penagih tegar berusia 50 tahun yang kini sedang menjalani terapi metadon. Encik Osman (bukan identiti sebenar) telah menjadi penagih selama 30 tahun. Pelbagai usaha telah diambil untuk pulih tetapi gagal. Keberanian beliau untuk naik ke pentas dan menceritakan kisah hidupnya selaku Penagih amat menyentuh hati saya. Sekurang-kurangnya beliau dapat memberi kesedaran kepada anak-anak muda supaya jangan sekali-kali mencuba.

Malamnya saya bersama dengan anak-anak bersorak riang di hadapan Skrin Besar di Dewan yang sama.Memang seronok menonton bola beramai-ramai ni... syabas kepada JKKK dan Belia Jengka 3 yang menganjurkan acara sebegini... sekurang-kurangnya pelbagai lapisan masyarakat dapat berkumpul bersama dalam kemeriahan perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia semalam.

Memang meriah...especially bila wisel penamat ditiup, gegak gempita Dewan tu dibuatnya... semua lepas tu pakat balik dengan senyum puas...

Tapi saya tak boleh balik lagi..ada satu lagi perkara nak diselesaikan.... maklumlah... semua Tok Empat akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31hb Disember,2010... hmmmm.... pening.... pelbagai sudut, pelbagai pandangan perlu dipertimbangkan.. mudah2an Allah beri saya petunjuk dan hidayah dalam membuat keputusan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Setelah selesai satu sesi perbincangan di rumah seorang tok empat, akhirnya jam 1 pagi baru saya sampai semula ke rumah. Anak-anak yang saya hantar pulang terlebih dulu setelah selesai menonton bola tadi,semuanya dah lena dibuai mimpi....

3 ulasan:

abadi romeo berkata...

Salam...Selamat Datang ke dunia blogger..nice blog..

Layar Skrin besar kene publish kat umum.Luar Dewan....supaya ramai tak segan silu...macam kedai mamak..

HIV & dadah dah sebati dengan masyarakat FELDA.Masih banyak ruang untuk mengurangkan ke tahap minimun kalaupun tidak menghapuskan secara total.

Selamat Maju Jaya

zino berkata...

selamat tahun baru Dato... semuga tahun 2011 Malaysia akan lebih aman damai, ekonomi berkembang maju, rakyat hidup lebih harmoni, pemimpin malaysia terus memberi khidmat yg memberi manafaat kepada rakyat jelata, rasuah di benteras habis2an, nama malaysia terus di julang di persada dunia..

Pink Ants berkata...

abadi romeo: idea yang baik..lps ni buat kat padang lak..hehehe
saya setuju..kena pelbagaikan lgi usaha benteras dadah n HIV ni.

Zino: mudah2an