
30 November 2007
Jangan lupa semak senarai SPR

BERSIH VS PENYAPU?

Memang patutlah mereka ini kita tolak dari menjadi pemimpin kerana jelas mereka ini lebih kurang sahaja perangainya dengan Sir Harold McMichael si orang putih yang mempersendakan Raja-raja Melayu pada zaman penjajahan dulu. Tidakkah mereka tahu bahawa kuning adalah warna diraja dan dikira menghina institusi Raja jika ke istana atau bertemu Raja dengan berpakaian serba kuning. Bukalah semula perlembagaan persekutuan,dan apa yang tersirat disebalik warna-warna Jalur Gemilang,jangan lah pula kita terkeliru dengan identiti kita sebagai Rakyat yang merdeka yang berpijak diatas bumi bertuah yang mana Raja dan Perlembagaan menjadi tunjang. Pada hemat saya, penyapu Dato Sri Khir Toyo yang kontroversi itu, elok saja kita gunakan buat menyapu bersih mereka yang hipokrit dan tidak tahu bersyukur ini. Tapi bak kata kawan saya, zaman moden ni, orang dah tak pakai penyapu...guna vacuum cleaner lagi baguss...
Indahnya Silaturrahim

Sembang punya sembang,rupa-rupanya pasangan suami isteri yang berasal dari Semporna ini adalah sahabat baik abang saya sewaktu menuntut di al-Azhar,Mesir. Layanan kepada saya dari seorang tetamu kini bertukar lebih istemewa seperti saudara yang telah lama tidak berjumpa. Album lama dikeluar, foto bersama abang saya sewaktu di Kaherah lebih 20 tahun yang lalu,menjadi tatapan kami semua. Alangkah indahnya silaturrahim yang dianjurkan oleh agama kita,ditambah pula dengan budaya kita yang sentiasa gemar meraikan tetamu,2 hari di KK,Ustaz Abdul sekeluarga sentiasa ceria menerima kehadiran kami. Begitu juga rakan-rakan dari sabah yang datang bertemu, eryani dari kinabatangan,noraini dari penampang,saridah dari beuofort,aziah dari sepanggar dan masitah dari pensiangan. Inilah dinamakan persahabatan dan persaudaraan,sebelum pulang isteri Ustaz Abdul sempat berpesan kepada saya,jadi pemimpin,jadilah pemimpin yang sentiasa berpegang kepada alqur'an dan hadis..insyaallah keikhlasan kita akan menjadi cahaya kepada masyarakat.Terima kasih semua.
27 November 2007
Apa kata anda?

kami bukan along,kami cuma nak tolong...

Sepanjang promosi diadakan, MPEB menerima sambutan yang amat menggalakkan dari para belia. Lebih 33 ribu orang mendaftar dikaunter promosi dan juga melalui on line. Saya yang dilantik oleh YB Menteri sebagai Setiausaha,sering menerima panggilan telefon serta kiriman e mel para belia yang minat untuk berniaga. Melalui Projek Peniaga Muda,kita bantu mereka yang baru memulakan langkah pertama dalam bidang keusahawanan dengan wang tunai sebanyak RM2000. Memanglah jumlahnya kecil tetapi sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban mereka.
MPEB juga sediakan pinjaman dibawah SkimTabung Ekonomi Belia. Sesiapa yang berminat,bolehlah layari laman web www.mpeb.gov.my dan mendaftar secara on line. Tetapi jangan salah faham, olehkerana kami bukan Along, maka para Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Syarat diperlukan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan bantuan/pinjaman. Kita akan pastikan wang yang diberi benar-benar dimanfaatkan oleh siPenerima. Yang penting,kami mahu menolong belia supaya boleh menjadi usahawan yang berjaya. Ingat! No sacrifice, no victory!....
HATI MALAYA, HINDRAF, NALLA DAN SAMY

Ironinya, pada hari yang sama, Datuk Nallakarupan yang mula popular kerana dikaitkan dalam kes skandal Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, telah menghimpunkan lebih 1000 penyokongnya yang terdiri dari kaum India untuk menubuhkan sebuah parti baru yang jelas mahu membuat permohonan bernaung dibawah Barisan Nasional. Belum reda pertikaian antara Samydan Kayveas, kini seorang lagi ingin masuk gelanggang. Semua perkara yang berlaku semenjak dua menjak ini yang melibatkan rakan-rakan kita dari kaum India, mestilah agaknya ada yang tersirat disebalik yang tersurat.
Sebelum kudis menjadi nanah, sesuatu perlu dilakukan. Provokasi mereka ini seharusnya tidak mengundang kebencian yang akhirnya mencetuskan isu perkauman di Negara kita. Dalang kepada apa yang berlaku mesti dikenakan hukuman. Ini bukan masalah diskriminasi tetapi masalah keluhuran Perlembagaan yang telah dirobak rabek. Dalangnya sudah pasti seorang petualang yang seharusnya diambil tindakan dibawah Akta Hasutan. Saya percaya HINDRAF bukanlah mewakili suara majoriti kaum India di negara kita. Ianya jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawap.
Lebih menyedihkan, ada diantara mereka yang sanggup pula menggunakan kuil di Batu Cave sebagai tempat berlindung. Jelas strategi Dalang adalah untuk mengheret isu perkauman dan agama sekaligus untuk membuat kekacauan di negara kita yang aman damai ini.
Adakah mereka ini semua lupa kepada apa yang telah dicapai oleh para pemimpin kita sewaktu menuntut kemerdekaan dulu?
Filem Hati Malaya 1957 yang ditayangkan baru-baru ini telah kembali melakonkan bagaimana Tunku Tan Ceng Lock dan Tun Sambanthan bersatu hati menuntut kemerdekaan dari British. Tan Cheng Lock dan Sambanthan tidak menyesali kehadiran mereka di Malaya, begitu juga, orang Melayu tidak pula sekali-kali terfikir untuk menghalau rakan-rakan dari kaum Cina dan India sebagai salah satu formula untuk merdeka dahulu, sebaliknya, menerima mereka dengan hati terbuka dengan syarat, taat setia kepada negara ditunjukkan oleh mereka. Kita telah sama-sama berjanji untuk menjayakan Malaya merdeka. Malaysia yang gemilang menjadi wawasan ketiga pemimpin tersebut.
Tidak ada sebarang agama di dunia ini yang mengajar penganutnya menyalahkan takdir. HINDRAF bukan sepatutnya menyalahkan British tetapi salahkan diri sendiri yang lupa kepada perjuangan pemimpin mereka untuk memerdekakan mereka dari cengkaman penjajah. Pepatah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung sepatutnya menjadi pegangan mereka. Dan kerajaan Barisan Nasional juga tidak pernah mengdiskriminasikan mana-mana kaum. Peluang diberi sama rata dan saya kira sesetengah rakan-rakan dari kaum India menikmati taraf hidup yanglebih baik dari kaum lain. Yang berusaha pasti berjaya, tidak kira dia keturunan apa dan agama apa, di negara kita ini.
Kepada rakan-rakan yang terikut-ikut dengan perjuangan HINRAF ini, saya nasihatkan mereka supaya membaca sejarah secara keseluruhannya. Walaupun British bertanggungjawab membawa mereka ini ke Tanah Melayu, sebelum kita merdeka, mereka sudah tentu mempunyai pilihan untuk menjadi warganegara Malaya merdeka ataupun kembali ke negara asal mereka, India.
Tidak salah mengkagumi pengorbanan Ghandi tetapi mereka sepatutnya berterima kasih kepada Mendiang Tun Sambanthan yang telah memperjuangkan hak mereka sehingga kini mereka tidak lagi dilayan melalui kasta tetapi sebaliknya ada yang telah dimartabatkan sebagai antara orang terkaya di Malaysia.
2057 - DIMANA KITA...?

Spontan,saya menjawab ialah untuk mengekalkan kelangsungan kuasa UMNO. Ramai teman-teman saya ketika di Universiti mengkritik kenyataan tersebut.UMNO tidak ada kena mengena kata seorang teman.
YANG PENTING ADALAH PERSIAPAN MENYELURUH KE ARAH PENCAPAIAN YANG LEBIH GEMILANG PADA 50TAHUN AKAN DATANG.
Kenyataan teman saya itu membuatkan saya tersentak. Benarlah pendapat sesetengah pemimpin lama yang saya temui,bahawa generasi muda hari ini ramai yang tidak menyedari peranan yang telah dimainkan oleh UMNO dalam bukan sahaja mencapai kemerdekaan tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan yang kita kecapi setelah 50 tahun merdeka. Apabila saya mengingatkan teman saya itu tentang betapa UMNO telah secara langsung berperanan dalam mencapai kemerdekaan serta pengisiannya melalui Dasar Ekonomi Baru, teman saya tersebut dengan angkuhnya menyatakan bahawa kejayaan yang dinikmatinya hari inihanyalah kerana titik peluh dan hasil usahanya sendiri. Kejayaan anakcucunya nanti juga tidak akan ada kena mengena dengan UMNO.
Sebagai seorang yang telah mencapai kejayaan dalam kerjaya, rakan saya itu adalah contoh terbaik seorang Melayu yang mudah lupa. Dia lupa bahawa setiap apa yang dua nikmati sebelum ini adalah hasil perjuangan parapemimpin UMNO terdahulu. Memang benar, kejayaan yang dicapai olehseseorang individu itu adalah secara langsung hasil usahanya sendiri tetapi ianya turut dimangkinkan oleh faktor-faktor lain iaitu prasarana yang disediakan oleh Kerajaan dan pemimpin yangbertanggungjawab.
Dalam hal ini, ramai generasi muda hari ini lupa bahawa selama 50 tahun yang lalu, kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO lah yang telah meletakkan diri mereka dipuncak kejayaan hari ini. Dibumi bertuah ini, apa sahaja yang kita impikan, pasti akan menjadi kenyataan.
Apabila Pak Lah meletakkan 2057 sebagai satu lagi misi untuk kita tingkatkan kecemerlangan, sudah pastilah UMNO juga mesti bersiap sedia untuk menjadi parti yang terus relevan bagi mencapainya. Agenda membela rakyat yang semestinya menjadi keutamaan sejak lebih 61 tahun yang lalu perlu lebih diperluaskan lagi dengan merealisasikanpembangunan modal insan yang menjadi teras kejayaan sebuah negara bangsa.
Para pemimpin muda hari ini perlu benar-benar memahami apakahhasrat pimpinan tertinggi dan sama-sama bekerja keras untuk merealisasikannya. Bukan sekadar berkata-kata tetapi secara proaktif melaksanakannya. Bermula dari diri sendiri, keluarga sendiri dan bahagian yang dipimpin masing-masing, program kearah melahirkan insan berpersonaliti unggul harus dilipatgandakan.
Bukan sekadar memberi pengisian ilmu tetapi juga memberi kesedaran tentang asal usul dimana kita bermula supaya generasi yang akan mewarisi negara ini,tidak menjadi kacang lupakan kulit. Mereka mesti sentiasa bersedia. Bak Kata Pak Lah, bersedia menghadapi kejayaan,bersedia menghadapi kegagalan...Dalam ertikata lain, generasi akan datang mestilah generasi yang tahan lasak.
Mampukah kita menjayakannya? 2057 memang masih jauh lagi perjalanannya. Bagaimana keadaan ketika itu, tak terjangkau dek pemikiran sesetengah orang. namun, sebagai pemimpin pelapis kita mesti mampu memikirkan sesuatu yang mungkin mustahil pada sesetengah orang. Sewaktu saya kecil dulu, kebanyakan orang tak mungkin terfikir tentang telefon bimbit yang kini dimiliki oleh hampir semua rakyat Malaysia tanpa mengenal usia. Dengan adanya teknologi canggih, masa semakin singkat begitu jugalah dengan usia kita semua.
Hari ini meneroka angkasa,tidak mustahil 50 tahun lagi akan ada dikalangan anak cucu kita yang menjadikan ruang angkasa sebagai tempat berkerjaya dan mungkin akan ada bandar angkasa yang menjadi kediaman sesetengah penduduk dunia. Jika diizinkan Allah, tidak ada suatu yang mustahil kan berlaku.
Namun, dimanakah kita orang Melayu pada ketika itu? Masihkah kita menguasai kerajaan sepertimana hari ini? Adakah anak-anak kita mampu untuk merentasi cabaran waktu yang semakin pantas berlalu? Sudah sampailah masanya, kita semua menjadi agen kepada pembangunan modal insan. Anak-anak muda kita kalau terus dihanyutkan dengan keselesaan dan disogokkan dengan segala macam bentuk hiburan, sudah tentu akan terus ketinggalan dalam mencapai kejayaan di era siber dan globalisasi ini. Kita bukan sahaja perlu mewariskan kuasa memerintah kepada mereka tetapi yang lebih penting, kuasa untuk berubah. Kuasa inilah yang sebenarnya akan menjamin kelangsungan kuasa UMNO.
Perubahan hidup orang Melayu diluarbandar adalah hasil dari misi dan visi Almarhum Tun Razak. Perubahan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia adalah hasil dari misi dan visi Tun Mahathir dan perubahan minda serta personaliti rakyat yang lebih positif dan berdaya saing adalah misi dan visi yang sedang diusahakan oleh PakLah. Moga 2057 nanti, kita masih disini.
26 November 2007
PUTERI MESTI TAHAN KRITIKAN

Kritikan memang baik untuk kita memperbaiki sebarang kelemahan tetapi yang mengkritik itu juga mestilah berani, jangan bersembunyi dibalik mee. Kalau ada yang tidak puashati, buat saja surat secara rasmi,janganlah duk sok sek sekadar di blog masing-masing atau di starbuck atau coffeebean.
Apa salahnya bersemuka, berbincang secara terhormat, yang lemah kita kuatkan, yang senget kita luruskan. Ye lah, mungkin pula ramai nanti kata saya hanya pandai berkata-kata tetapi apa salahnya kita mencuba. tetapi kita yang dikritik pulak, jangan lah cepat melenting dan melatah.. kita cermin diri, muhasabah.... kadang-kadang memang betul juga apa yang dikata orang.
Kita tidak mungkin dapat memuaskan hati orang lain, tetapi sekurang-kurangnya kita memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk berhijrah menjadi manusia yang lebih baik.
SALAM PERKENALAN

itulah soalan spontan yang terpacul dari mulut seorang teman apabila saya menyatakan hasrat ingin mempunyai blog sendiri yang dinamakan pink-ants. Sebenarnya ia adalah idea spontan sewaktu berbincang dengan adik angkat saya yang memberi idea. Pink sudah tentulah kerana saya seorang ahli Puteri dan ants membawa maksud semut-semut.
Blog ini saya dedikasikan kepada semua ahli Puteri serta bekas ahli Puteri yang telah bertanggungjawab dalam penubuhan Puteri UMNO. Bagi diri saya, walaupun akan meninggalkan Puteri kerana faktor usia, once a puteri,always a puteri.
Semut-semut yang saya maksudkan disini bukanlah penyakit kebas mengikut istilah orang kampung saya, kg chenor, maran,pahang daru makmur. Semut yang saya maksudkan adalah makhluk Allah yang dicipta dengan pelbagai keunikan.
Banyak iktibar dan panduan boleh kita dapati dengan memerhati sikap dan kitaran para Semut. Hidup berperaturan, tidak menganggu makhluk lain, taat kepada pemimpin tetapi tetap akan menggigit jika mereka diganggu dan dianiaya.
Sebagai seorang pejuang yang mewarisi perjuangan memartabatkan agama,bangsa dan negara..kita umpama semut-semut merah jambu.
Sepertimana dalam peristiwa Hijrah semut telah melindungi Rasulullah saw, begitu jugalah sepatutnya kita semua melindungi kesucian keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas serta teras kepada kestabilan dan kemakmuran negara kita.
Langgan:
Catatan (Atom)