27 November 2007

kami bukan along,kami cuma nak tolong...

Iklan diatas yang disiarkan melalui media massa,telah berjaya mencetuskan satu fenomena. Pada mulanya,ramai yang beranggapan ianya satu iklan anti along tetapi rupa-rupanya ia adalah iklan promosi Majlis Penggalakan Ekonomi Belia yang ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan genap setahun yang lalu. Antara objektif penubuhan ialah untuk galakkan para belia menjadi usahawan.

Sepanjang promosi diadakan, MPEB menerima sambutan yang amat menggalakkan dari para belia. Lebih 33 ribu orang mendaftar dikaunter promosi dan juga melalui on line. Saya yang dilantik oleh YB Menteri sebagai Setiausaha,sering menerima panggilan telefon serta kiriman e mel para belia yang minat untuk berniaga. Melalui Projek Peniaga Muda,kita bantu mereka yang baru memulakan langkah pertama dalam bidang keusahawanan dengan wang tunai sebanyak RM2000. Memanglah jumlahnya kecil tetapi sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban mereka.

MPEB juga sediakan pinjaman dibawah SkimTabung Ekonomi Belia. Sesiapa yang berminat,bolehlah layari laman web www.mpeb.gov.my dan mendaftar secara on line. Tetapi jangan salah faham, olehkerana kami bukan Along, maka para Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Syarat diperlukan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan bantuan/pinjaman. Kita akan pastikan wang yang diberi benar-benar dimanfaatkan oleh siPenerima. Yang penting,kami mahu menolong belia supaya boleh menjadi usahawan yang berjaya. Ingat! No sacrifice, no victory!....

Tiada ulasan: