Memang patutlah mereka ini kita tolak dari menjadi pemimpin kerana jelas mereka ini lebih kurang sahaja perangainya dengan Sir Harold McMichael si orang putih yang mempersendakan Raja-raja Melayu pada zaman penjajahan dulu. Tidakkah mereka tahu bahawa kuning adalah warna diraja dan dikira menghina institusi Raja jika ke istana atau bertemu Raja dengan berpakaian serba kuning. Bukalah semula perlembagaan persekutuan,dan apa yang tersirat disebalik warna-warna Jalur Gemilang,jangan lah pula kita terkeliru dengan identiti kita sebagai Rakyat yang merdeka yang berpijak diatas bumi bertuah yang mana Raja dan Perlembagaan menjadi tunjang. Pada hemat saya, penyapu Dato Sri Khir Toyo yang kontroversi itu, elok saja kita gunakan buat menyapu bersih mereka yang hipokrit dan tidak tahu bersyukur ini. Tapi bak kata kawan saya, zaman moden ni, orang dah tak pakai penyapu...guna vacuum cleaner lagi baguss...
30 November 2007
BERSIH VS PENYAPU?
Seorang sahabat menghantar sms yang panjang lebar tentang kebimbangannya tentang bagaimana segelintir orang kita terpengaruh dengan apa yang dikatakan sebagai gelombang kuning yang turut dinamakan BERSIH. Dilaporkan bahawa para pemimpin pembangkang seperti DSAI, Hadi Awang,dan ramai lagi adalah antara yang mengatur perhimpunan tersebut. Kononnya Baginda Yang Dipertuan Agung merestui mereka. Kesemua yang menyertai perhimpunan tersebut memakai baju kuning yang melambangkan kuasa rakyat. Nampaknya pembangkang ni dah terlalu desperate menjelang pilihanraya umum ke 12 yang semakin hangat bahangnya. Menghadapi realiti tidak mendapat sokongan rakyat, pakatan pembangkang cuba mengaitkan pula Kebawah Duli Yang diPertuan Agung. Kalau benarlah mereka ini begitu rapat dengan Baginda, tidak perlulah buat perarakan besar-besaran sehingga menyusahkan orang lain. Sudah tentulah sebagai Raja yang menduduki kedudukan yang paling tinggi dinegara kita, Baginda boleh mengaturkan perhimpunan rakyat ini dimana-mana stadium yang boleh menghimpunkan puluhan ribu orang ini tanpa mengganggu ketenteraman awam. Takkanlah Baginda hendak bertemu dengan rakyat jelata di depan pintu pagar sahaja? DSAI dan Tuan Guru Hj Hadi tak perlulah berpeluh-peluh mengarak sekeping memorandum tetapi sebaliknya boleh mengadap Baginda dengan memohon tarikh mengadap dan menyerahkan memorandum tersebut dengan lebih beradap sesuai dengan adat istiadat orang melayu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan