05 Disember 2007
Selamatkan Raja Munirah dan Umi
Semakin ramai anak gadis kita terutamanya yang berbangsa Melayu terpedaya dengan pujuk rayu dan kata-kata manis mendapat tawaran pekerjaan bergaji lumayan diseberang laut. Semalam Raja Munirah ditolak rayuan keputusan Mahkamah di Jepun yang telah mensabitkan beliau hukuman penjara selama 7 tahun kerana mengedar dadah. Hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang gadis bernama Umi yang ditahan di China menunggu hukuman mati kerana kesalahan yang sama. Apa sudah jadi? Adakah kah kemewahan material telah mengelabui kewarasan fikiran? Mereka yang diperdaya ini kebanyakannya terdeiri dari mereka yang terpelajar. Kenaifan dan keterujaan mereka untuk mengubah nasib keluarga telah memerangkap mereka. Yang menjadi dalang,lelaki asing kebanyakan dari arab dan afrika. Apa tindakan kita? mereka ini perlu kita selamatkan.Mereka perlu dibantu untuk mendapatkan khidmat guaman terbaik.Kerajaan termasuk NGO perlu sma-sama tampil membantu. UMNO khususnya Puteri UMNO adalah pembela bangsa Melayu yang menjadi tempat mereka ini bergantung harap.Lets do something about it!!! Kepada para peguam diluar sana,jom kita tubuhkan Badan Bertindak menangani perkara ini dengan membantu mereka yang teraniaya itu mendapat khidmat nasehat dari peguam terbaik dan juga melaksanakan kempen menangani perkara ini dari berulang lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
pokok pangkalnya hati kita. nak buat atau tak nak. sapa tak nak hidup senang. duit penting untuk terus hidup. kesian, memg kesian kat mrk ni, terpedaya krn lelaki. yg pelik mrk ni berpelajaran, cmne leh kena tipu. nampaknya sijil tak menjamin apa2 klu ilmu hidup xleh nak adapt. sokong klu Puteri UMNO nk bantu, tapi biar kena tempat, byk yg kena kaji.
Catat Ulasan