04 Jun 2008

Istimewakah Kita

Banyak sekali perkembangan yang membimbangkan hati perut kita akhir-akhir ini. Ramai yang makin confuse dan sudah ada yang dah malas untuk memikirkan tentang apakah yang nak jadi dengan kita. Belum reda akar umbi dikejutkan dengan kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Adil (Ezam) kedalam UMNO,yang mendapat teguran dari Tan Sri Muhyidin supaya bukan menjadi hadiah kuda trojan,kita juga melihat bagaimana Ahli-ahli Parlimen kita bertelagah sesama sendiri dan berkemungkinan akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Keadaan semakin huru-hara dan rakyat semakin muak dan meluat.

Sebagai seorang pemimpin muda dalam UMNO,saya pun secara peribadi mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kita mula membuat tindakan menampakkan kita dalam keadaan yang terdesak untuk mendapatkan sokongan 'orang lain'. Seorang rakan baik saya berpendapat bahawa,sebenarnya,rakyat malaysia yang ada keistimewaan paling tinggi ialah orang bukan melayu yang kita terima dan iktiraf sebagai warganegara.Katanya lagi,cuba kita tarikbalik kewarganegaraan dan hanya beri mereka kebenaran untuk tinggal dan mencari makan di negara kita,agaknya apa reaksi mereka?

Tetapi nampaknya kita yang semakin hilang keistimewaannya. Biasiswa sudah diputuskan akan menjadi milik Bukan Bumiputera sebanyak 45%. Esok lusa kita tak tahulah apa lagi keistimewaan yang kita kecapi hari ini akan menjadi milik orang lain. Subsidi Petrol dan Disel nanti juga akan hanya diberi kepada yang tertentu sahaja,harap-harap ianya diformulakan tanpa mengenepikan hak istimewa orang Melayu. Kita bukan mahu mengamalkan diskriminasi tetapi apa yang 'hak' wajib kita pertahankan.

22 ulasan:

puterisoft berkata...

Hakikatnya orang melayu sekarang patut juga di beri kesedaran. kita selama ini umpama menunggu je orang menyuap nasi ke mulut kita. nasi dah disediakan depan mata pun masih malas nak menyuap dengan tangan sendiri.
Kita generasi muda sekarang jgn lagi asyik nak menuding jari ke arah kerajaan. Bangkit dan perjuangkan hak orang melayu untuk 10 tahun lae ke, 20 tahun lae ke, atau mungkin lae 50 tahun lae ke. Ape yang 'mereka' buat itu betul, mereka perjuangankan dan mendapatkan hak mereka. Kita orang melayu leka diulit mimpi je.

Tapi perjuangan kena la tulus, jgan pulak jadi cakap tak serupa bikin. Pemimpin generasi muda harus merubah adat resam 'cakap tak serupa bikin' yang ada antara segelintir pemimpin kita ni.

Jangan sebelum dapat 'benda ini' cakap lain, bila dah dapat 'benda itu' cakap lain pula. Itu bukan pemimpin, penipu masa depan.

Pemimpin kita ni masih tak sedar, ALLAH turunkan 'bala' sebagai peringatan. Sebagai pemimpin, Agama dan Bangsa adalah amanat Tuhan.

anis ahmad berkata...

kita sudah sampai di lereng paling indah
dibawah pelangi dalam ufuk yang masih mencabar...dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah..tenang dalam segala uji cabar dan debar..
kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekat hidup, mengerti dan berbudi

kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh
dalam gelora dan tangan tak tercalar
tekad kita kerana kemerdekaan
pengaruh kita bersuara sopan..yakin menyanggah musoh tulus menambah kawan..inti tunggak dan menara kebahagiaan... (A.Samad Said) (YB,renung-renungkan)

Manis berkata...

Kita ada baca cakap2 Tok Guru Nik Aziz kat paper..yang perlu diperjuangkan adalah hak orang Islam..lantaran besok di akhirat yang ditanya adalah amalan bukannya hak ketuanan! Melayu bukan keutaamaan ..lebih2 lagi Melayu hanya Islam kerana kebetulan. Orang Cina yang Islam dan adalah lebih baik dari sesetengan Melayu Islam yang hanya nama aje Melayu tapi agama..hancussss..

arip berkata...

Salam to manis, Agreed 100%!

arip berkata...

Salam YB,

I am really shocked when I read your last posting. How could you wrote such as 'berat sebelah' punya article?
You must always keep in your mind that your victory in PRU12 came from voters not only from Malays. You are not reperesenting for them only. You won on BN ticket lah!

Like non Malay people say, sudah menang you cakap ini macam ka? Apa pasat talak cakap ini macam masa you kempen dulu?

This is what we will be facing when a leader owns many 'faces'. As a ADUN elected in PRU, you cannot judge issues as personal issue. You are representing all people in your constituency, no matter they voted for you or not, no matter 'who' they are. I believe this is your promise to the people.
Keep your words lah YB!

So and so...taking the fact your 'first time' as an ADUN, i hope you will learn a lesson from this. Otherwise, people will look to you as a leader with a personal agenda, not people's agenda.

Plezz...clarify this matter YB. Or you yourself have to read again the article Why Leaders Fail? that you yourself posted in your blog.

gambino berkata...

salam.
di sini saya melihat dari 2 sudut, pertama sebgi ahli UMNO dan kedua sebgi pemilih PRU12..sebagai ahli UMNO, kebenarannya memang ada pergelokan dalam parti yang semakin hampir dengan pemilihan telah menjadikan parti yang menjadi payung org melayu telah bocor, semakin goyah ibarat retak menunggu belah..sedikit sebanyak saya sudah merasa gempa yang melanda kepimpinan parti akan bertambah parah sekiranya tidak diselesaikan dgn segera.menjadi persoalan adakan kepimpinan di peringkat tertinggi sudah ketandusan idea pemulihan atau ini sahaja tahap kepandaian dan kebijaksanaan mereka dalam menangani permasalahan parti??? fikirkan.. kedua kalau sekiranya masalah parti tidak dpt di selesaikan manakala kebanyakan pemimpin kita menjadi menteri dan memerintah negara tambahan harga minyak dah naik harapan kita untuk merampas kembali dan mengekalkan negeri yg kita perintah sbg bermimpi di siang hari...kekalahan kita melalui saluran muda dan mereka inilah yg juga akn membuat keputusan PRU13,jadi renungkan.. kpd YB Dato', sy menyarankan bertindaklah laksanakan program yang boleh mengembalikan kita seperti dulu, teutama golongan muda untuk bersama UMNO,khususnya puteri dalam memperkasa bangsa dan agama kita..

anak raja memikul kayu
mari dibuat titi-titian
kita ramai pemimpin melayu
tapi hidup dengki-dengkian

wasalam..

anis ahmad berkata...

semua cakap tak serupa bikin...kata sekarang ni lebih baik bercakap secara telus dan terbuka memberi pandangan dan pendapat kerana itu lebih baik dari beralas cakap. Maksud kena lebih jelas dan terang agar masa yang ada tak terbuang tetapi HAMPEH!! macam mana nak di realisasikan masyarakat minda kelas pertama kalau sesuatu isu yang diangkat untuk dirungkaikan permasalahan disekat dengan ledakan pemikiran yang tidak matang? katanya nak menyusuri arus globalisasi..mana mungkin saudara dan saudari yang memberi komen disini nak capai hasrat tu kalau respond kepada tulisan YB yang masih baru ni dihentam dengan emosi...relek aaar..sepatutnya kalau arif & manis ni orang yang berpengalaman dalam aspek kepimpinan seorang yang bergelar Wakil Rakyat kena lah tunjuk caranye..yek..ni pandangan saya budak yang baru nak belajar dalam arus politik kepimpinan perdana...LU FIKIR LAH SENDIRI!!!

Pink Ants berkata...

Terimkasih atas respon kawan-kawan..Kepada arip,its true that i won this seat on Bn's ticket and i got supported from our friends from mca and mic during the PRU 12.Inilah yang kebanyakan dari kita hari ni kurang faham.Saya tidak menafikan hak rakan-rakan dari kaum Cina dan India di kawasan saya. Apa yang menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat,saya jalankan tanpa mengamalkan diskriminasi kaum mahu pun ideologi politik.Namun,cuba kaji semula sejarah kemerdekaan negara.Apa itu kontrak sosial yang telah dicapai dan dipersetujui oleh Almarhum Tunku,Mendiang Ceng Lock dan Mendiang Sambanthan. Masing-masing kaum dinegara kita telah diakui keistimewaan masing-masing.Dan DEB yang diperkenalkan selepas Peristiwa 13 Mei adalah formula pengagihan kuasa politik dan ekonomi yang terbaik dan terbukti kejayaannya selama ini.Hari ini,secara keseluruhannya orang Melayu masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain...dalam bidang professional,contohnya 'peguam' dan 'doktor'..jumlah kita masih kurang..ekonomi orang kita masih dibelakang..bukan kerana DEB gagal tetapi ya,kerana kita masih mahu disuap nasi ke mulut.Hari ini,orang Melayu hanya tinggal kuasa politik,dan kuasa politik ini melalui semangat BN iaitu semangat kerjasama dengan kaum lain,telah terbukti membawa kejayaan kepada kita for the past 50 years.

Pink Ants berkata...

Salam kepada cik manis...PAS memang suka mengelirukan fikiran kita.Kita mengakui bahawa ramai juga orang cina Islam yang lebih baik daripada orang melayu yang islam secara kebetulan.Dan kita difahamkan diseluruh negara ada lebih kurang 60 ribu orang muallaf.Mereka tidak pernah dipinggir dan didiskriminasi.

lelaki melayu terakhir berkata...

Salam...to arip,we must accept 1 important fact that way back in early 50's malay leaders have agreed to give most expensive invaluable special concession to non malays to remain here and conferred citizenship. go to all over the world if u can find a country that u can easily get the citizenship.Go to the western countries or far east like Japan and Korea. If at all u got the citizenship,that's only serve u protection from being deported frm that counrty and u have to follow all mainstreams sustem of that country including politic,economy,culture and what not? No where in this world migrants have what they have they've here. If u dont believe,please go to Thailand,Philiphine,Indonesia or Australia,u have to join the mainstream!no subgroup! u can freely doing anything in that country but subject mainstreams system n culture!No subsystem or subculture.Non malays are the one who enjoy special rights to remain here,not malays.Malays gave them special right.Pls study history,if u say historical facts n events have to be kept in museum only not 4 our referance n guidance then it's just like we dont recognise our origin.Just like we dont give a damn when someone say we r anak haram.Facts is facts.

arip berkata...

To : YB Dato',

Why didn't you say about this during your PRU campaingn? Becoz you need support from non Malay voters, right?

Why did you keep this 50 years emotion, and now you eagerly highlighted this in your blog? Becoz it is all about Umno election, right?

Come on...people are clever enough to judge lah.

One more thing, if Malay lack of this peguam and doktor as you mentioned, it is nothing to do with bangsa lain. It is all about Malay attitude towards education. Entertainment No 1, Education No 2. It is nothing to do with social contract, DEB and whatsoever. Don't put the blame to others. Like lelaki melayu terakhir said, fact is fact. So, admittance is the best sign of judicious. No shame on that.

To : anis ahmad (@ qalam berbisa?)

Kita mencari hanya yg tulen dan jati.. this verse from your A.Samad Said sajak.
Meaning, in the process of cari, the truth must prevail. So, if i exhort to YB by telling the truth, doesn't that count me in the box of tulen n jati?
Or, you are going to define tulen n jati as what you (@ qalamberbisa?) always wrote good things about YB until YB doesnt realise she is wrong? Or are you going to say that when a person elected on BN ticket and wrote a berat sebelah article is tulen n jati?
Go back, read your sajak more, then you can understand about the sajak.

To : lelaki melayu terakhir

Due to your gender lah, we are in a very chaotic situation. Fighting for top posts. The top posts are egotist. Arrogant. Thinking that men are the best makhluk..kononnya. Easily seeing women in campus, why can you all fighting badly to be as university students? Fight for this first, then make a claim.

For me, i dont feel ashame becoz arip is a Saudari!

To all, salam....

Pink Ants berkata...

Saudari arip.... dalam siri kempen saya dikawasan saya,saya tidak pernah lupa untuk bercakap tentang 'kontrak sosial' ini kepada pengundi-pengundi cina dan india yang seramai 500 orang tu. Facts is facts.Itulah juga yang saya mahu mereka faham.Dan,alhamdulillah mereka faham.This is nothing to do with umno election or not. I am very consistent on this issue.In my constituency,everybody is equal.I do respect other races TAPI..tidaklah pula kerana desperatekan undi mereka,hingga saya terpaksa tunduk kepada sebarang tekanan yang tidak memberi faedah kepada orang lain.

However,i'm glad u r here to express whatever ur opinion.. i respect urs and eventhough we have different way of thinking but i dearly believe that both of us are doing this for the same interest..to protect our nation and our future generation...

arip berkata...

To : YB Dato'

I do realise that with have differences in the way of thinking. But, it is hardly for me to believe that both of us are doing this for the same interest.

pak andak berkata...

Alaaa Arip kata org putih " talk is cheap " , kata org Melayu " cuma gerakkan gigi dgn lidah aje dah boleh bercakap " , nak 'kondem' org memang senang yaaa... tambahan pulak kalau orang itu ada masalah sikit ... cuma masalahnya kalau masalah tu terkena atas diri sendiri ....aaaa ... masa tu barulah tau ... mcm kata si Nabil (RL2)...LUU FIKIRLAH SENDIRIII!!...
yaa Ariiip ...

mak andak kau berkata...

pak andak...hang dok tang rumah ajalah. nampak mcm hang tak tau apa pun ni. Org dok bercakap benda lain, hang dok kalut benda lain. Pastu mcm budak2 hang ni...tagline lapuk pun hang guna jugak.
Balik je la...buat malu yb je hang ni. habaq kat yb hang sokong cara lain no..benda ni hang tak payah campuq. tp mntk yb jgn 'lupa' kat hang...mcm biasa. Dah, jom balik rumah..malu kat orang kampung.

mintak maaf ye yb...pak andak memang begitu.

pak andak berkata...

Salaam semuaa ,
alaa yb , toksah risau le pasal maka andak tu , dia ni memang ada angin kus-kus sikit , terutamanya bila orang tak nak dengar apa yang dia cakap sbb dia perasan sentiasa betul agaknya , gii le balik mak andak weeeh .... orang tak nak dengar cakap awak tak pe... bukak blog sendiri ler lagi bagus ... boleh tengok saper nak sokong @ soal awak yaaa ... amacam ada berani kerrr ? hehehe

mak andak kau berkata...

Tu la dia pak andak kau kalau hangpa nak kenai...tak ubah perangai dari menikah dulu. asyik nak membodek yb aja keja dia. mai yb baru, dia pun tinggai yg lama. mak andak dia sendiri pun dia tak mahu dengak dah...dia suruh mak andak dia pulak bukak blog sendiri. ish,ish,ish...pak andak, hang sendiri ada blog ka? kalu nak bodek yb pun, jgn lupa balik rumah nooo... sat lagi sapa nak bagi hang makan? hang bukan ada keja apa pun.

qalamberbisa berkata...

salam,

nampak gayanyer ada yang mengaitkan aku dengan seseorang yang nyata beliau bukan aku...

cik arip..aku ni bukan anis ahmad..aku adalah aku..sapa aku? biar hanya aku yang tahu..

pak andak berkata...

Salaam semua ,
Alaaa mak andak "kata dulang paku serpih , kata orang awak yang lebihh " , kalau nak sokong si arip tu sokong laaa , bukak laa blog untuk dia , yang kamu dok emosi kat sini buat apaaa .... si arip tu pun satu ,penakut nak tegur penyokong dia yang emosi dan penakut nak bukak blog sendiriii , apalagi arip ??? tak paham paham lagi kee ?? Bila dah bukak log sendiri baru la kamu tau sapa nak sokong atau nak merepek-repek emosi kat blog kamu tuuu... sekali lagi pak andak cakap
... TAK PAHAM PAHAM KEEE ???

pu3 terpilih berkata...

To: Arip

Cakap org putih berbuih - buih,otak 0....x menda yg ade...x boleh pakai.....pi balik bukak buku sejarah. x pun g daftar sekolah semula.....

pak andak berkata...

Salaaam buat semua ,
alaaa 'berkecuali'(dlm tajuk 'MINYAK NAIK KITA PUN NAIK MINYAK' ) biasa laa tu dalam memberi pendapat dan menerima pendapat , cuma kena tambah sikit ayat kamu tu dgn...
"BEZA ANTARA BERANI DAN PENAKUT MENONJOLKAN DIRI @ BUAT BLOG SENDIRI"
kalau setakat nak "baling batu sembunyi tangan" tak 'gentleman' lah.TAMATKAH CERITA INI ?.

tebuan tanah berkata...

kalau nak lepas geram @ lepas angin dsb , silalah datang ke blog nih...

http://su-kj.blogspot.com

kat sana semua ada... UMNO PAS PKR.