06 Jun 2008

MINYAK NAIK,KITA PUN NAIK MINYAK?

Semalam,seorang teman dari utara menghantar sms kepada saya dengan ucapan sinis 'Selamat Menyambut Hari Gasoline Malaysia'. Ia pastinya ekoran dari kenaikan harga minyak yang mendadak semalam. Tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak terkejut. Sewaktu berita diterima,saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke kawasan untuk mengikuti Program Kempen Bumi Hijau yang diatur oleh Komuniti Bestari. Disepanjang jalan,stesen minyak semuanya sesak.Saya sendiri termenung,mengenangkan nasib rakyat Malaysia selepas ini. Kalau nak migrate ke negara lain pun,sama juga malah ada yang lebih tak bernasib baik dari kita.Tidak sampai 5 minit,saya mula mendapat SMS yang bertalu-talu baik dari rakan-rakan Puteri mahupun rakyat di kawasan. Seperti diduga,semuanya marah dan kecewa. Dikawasan saya,penduduk di Felda Ulu Jempol dan Jengka 2 yang sudah seminggu diduga dengan ketiadaan bekalan air akibat kerosakan Loji,lagilah bengang..kesian sungguh.Saya tidak tahu nak jawab apa..terpinga kerana tidak juga mendapat makluman awal tentang perkara ini. Saya dapat membayangkan,mesti ramai pulak yang 'naik minyak' selepas ini.

Sesampai saya di 'Rumah Rakyat' yang juga merupakan Pusat Khidmat saya, saya terus 'on line' untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kenaikan harga minyak yang terlampau ini.Rupa-rupanya langkah ini diambil kerana Kerajaan merancang untuk menggunakan subsidi (yang selama ini diperuntukkan kepada petrol dan diesel) bagi mengawal harga barang makanan pula.Harap-haraplah formula ini berjaya.Kenaikan harga minyak ini dikatakan telah dapat menjimatkan wang Kerajaan sejumlah RM13.8b..Harap-harap ia benar-benar digunakan untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun Kerajaan masih menanggung 30 sen seliter petrol dari harga yang kita bayar hari ini.Kalau ikut harga pasaran semasa,kita sepatutnya membayar RM3 seliter.

Insentif lain untuk kurangkan beban rakyat juga telah diatur. Antaranya,rebate sebanyak RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan 2000cc kebawah,apabila kita memperbaharui cukai jalan.Kepada yang telah renew roadtax pada atau selepas 1 April lepas,bolehlah dapatkan rebate secara tunai di Jabatan Pengangkutan Jalan. Motor juga dapat rebate cukai jalan. Hmm..apapun,yang pasti semua pehak termasuk diri kita sendiri mesti mengambil langkah untuk mengurangkan beban yang kita hadapi sekarang ini. Kena lebih berjimat cermat dan hemah berbelanja.

Dalam hal ini,saya bersetuju dengan Tok Nan yang mahukan Kerajaan tumpu pehatian untuk menyelesaikan isu yang membeban dan menyeksa rakyat ini daripada memberi perhatian kepada isu Video Linggam, Suruhanjaya Kehakiman dan sebagainya. Walaupun selama ini kita telah memberi subsidi yang banyak kepada bahan makanan asas tetapi peniaga tetap naikkan harga barang sewenang-wenangnya.Saya harap RM13.8b yang ditarik dari subsidi minyak ini,tidaklah menjadi sia-sia. Contohnya,sebelum ini kita bayar RM12 juta sebulan subsidi tepung tapi harga roti canai tetap juga naik.Begitu juga kita bayar subsidi RM14 bagi setong 1kg gas memasak,tetapi peniaga restoran tetap naikkan harga...jadi bagaimana?duit kerajaan terbazir,rakyat pula tetap merana.

Walaubagaimanapun,saya menyeru kita semua untuk menanam sayur sendiri dikeliling rumah,kurangkan makan nasi,gunakan kenderaan yang kurang gunakan minyak...kalau nak bergerak ke tempat yang dekat,guna basikal,boleh juga kita mencairkan lemak-lemak yang berlebihan...

Fikir-fikir balik,kita tetap lebih bertuah daripada orang dinegara lain...kita masih jauh lebih baik jika nak dibandingkan dengan jiran kita Indonesia..Bersyukurlah kita tidak sedaif mereka di Afrika,Myammar dan masih lagi dipelihara Allah taala daripada malapetaka sepertimana di China baru-baru ini....Ya Allah..Selamatkan Tanahairku Yang Tercinta...Amin.

42 ulasan:

pelangibaru berkata...

Salam YB,

saya mmg menunggu komen YB ttg harga minyak ini..

walaupun saya penyokong UMNO, saya tetap tidak bersetuju dgn keputusan kerajaan menaikkan harga minyak setinggi 78sen..tak fikir sensitiviti rakyat.. ini membuktikan kerajaan sekarang pandai ttp tetapi tak cukup bijaksana..

byk lagi cara lain yg kerajaan patut fikirkan rather than transfer all the burdens to rakyat..fikir2kan lah...

rakyat kebanyakan termasuk saya tak pernah pun dpt claim petrol mielage untuk pergi mencari rezeki..tidak spt pemimpin2 atasan..jadinya, bayangkan kesusahan rakyat selps harga petrol naik?

arip berkata...

See what i told you all be4..now YB is back talking about national issue. Where is your Malay-hearted article? Where is your claim for to non Malay to re-thinking about their parentage cradle? Cannot blame me, you were the one who wrote n posted in your blog.

Try to win back back supporters heart? That is what i always telling leaders, do not have many faces. But, of course...leaders are always right.

I agree with pelangibiru, leaders will never feel the same way like ordinary people will be affected from this minyak disaster. Simply say...leaders are protected, people are affected.

Read back your Why Leaders Fail article and plezzzz...understand enough on the warning sign no 1 i.e. a shift in focus.

Start thinking small YB?

Pink Ants berkata...

Dear Arip n pelangi baru...for ur info,semua orang terasa pahitnya kenaikan harga minyak ni,semua peringkat baik pemimpin atasan,pemimpin marhaen macam saya dan juga orang kebanyakan. Masalah ini masalah global. Jangan terlalu emosi dalam menghadapi masalah.Katalah Kerajaan memang kurang bijaksana sptmana kata Pelangi Baru tetapi saya percaya mereka sedang bertungkus lumus untuk meringanan beban rakyat. Contohnya,baru-baru ini dua kg dikawasan saya mengalami krisis bekalan air.setiap hari saya dapat penggiln telefon dan sms yang seolah-olah menganggap saya tidak peka dengan masalah mereka dan tidak berusaha apa-apa.Sedangkan,dalamasa yang sama,saya berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi penduduk dengan setiap kapasiti yang ada pada diri saya.Tahukah mereka bagaimana kontraktor bertungkus lumus membaiki loji?Yang mereka tahu,mereka hanya mahu bekalan pulih sekelip mata.Alhamdulillah,berkat keperihatinan MB,sebentar tadi saya dimaklumkan Kerajaan telah meluluskan segera bajet sejumlah RM4juta untuk kerja baikpulih loji ini.Bajet lulus hari ni,esok tak mungkin lagi loji terus dapat dibaiki,banyak proses yang perlu dilalui.

En Arip,saya tidak pernah berubah dari fokus saya membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan ideologi.Namun dalamasa yang sama,saya tetap perjuangkan apa yang telah disepakati melalui 'kontrak sosial' dan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.Inilh asas perjuangan UMNO yang saya pegang.

KUNTAKINTE berkata...

ARIP OH ARIP!
KALAU NAK DUK KT 'MALAY'SIA NI..KENALAH BELAJAR SEJARAH YE....NAK SENANG FAHAM..BACA BUKU SEJARAH RAKYAT MALAYA TERBITAN MUSIMGRAFIK...KALO X FAHAM JUGEK..PAKAT-PAKAT MIGRATE JE LA ARIP OI....SBB AKU RASA ENGKO NI SESUAI DUK KT US KE,UK KE..JERUSALEM PUN OK! HAA..SHANGHAI LAGI SESUAI KOT?

arip berkata...

To : YB Dato'

I wonder if you are really understand matters that i have said in my comments. Read again please. To take your ample time.

Seems that you are practising the escapism methodology. What is the direct connection of your comments to my direct questions? More to Macchiavelli's Methodology, right?

Unless you offer me very good answers, then the onus of proof is still on you.

Still waiting YB...

To : kuntakinte

The way you expressed your comment, i can see why kuntakinte is your name.

One more thing, who is kuntakinte to judge whether someone is suit to stay in our beloved country? Even a ex-traitor can be allowed to rejoin party lately.

Me? What i have done wrong? Saying the truth is wrong nowadays? If so, i am guilty your Lord.

Or kuntakinte is another born-pembodek pemimpin...then, it suits you! Like qalamberbisa hah?

Pink Ants berkata...

this is not a courtroom my dear arip. I can take ur comment n its up to u wether u want to accept my answer or not. We can debate but who will deliver the verdict? Lets share our opinions with others for them to also think about it. They might agree/diasgree with our opinion but at the end of the day..both of us just want our nation to be the winner..right?

arip berkata...

To : YB Dato'

I will stop this if you do one thing, only one thing YB...show me at which point i was wrong?

Becoz i just want to know, do you really understand my points?

To : kuntakinte ( @qalam..notberbisa anymore )

where are you, after arrogantly asking me out from Msia?

pak andak berkata...

Salaaam semua ,
Alaaa Arip kata org putih " talk is cheap " , kata org Melayu " cuma gerakkan gigi dgn lidah aje dah boleh bercakap " , nak 'kondem' org memang senang yaaa... tambahan pulak kalau orang itu ada masalah sikit ... cuma masalahnya kalau masalah tu terkena atas diri sendiri ....aaaa ... masa tu barulah tau ... mcm kata si Nabil (RL2)...LUU FIKIRLAH SENDIRIII!!...
yaa Ariiip ...

Pink Ants berkata...

Cik Arip... kan saya dah kata,kita tidak berada disini untuk mencari salah sesiapa.Kita disini memberi pandangan dan pendapat masing-masing.Ada akal dikurnia Tuhan,fikir sendiri.Pendapat anda saya terima dan pertimbang dengan kewarasan saya. Tiada manusia didunia ini dicipta dengan kesempurnaan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum YB..

Saya nasihatkan YB tok sah layan la sangat si Arip ni...Buat serabut kepala otak jer.. Dia memang dah rasa dia tu betul, if u cakap apa pun bukan masuk kepala....

Orang yang emosi macam ni kalau layan kita pun jadi macam dia gak... so kita abaikan je la dia ni..

Kat sini kita hanya boleh bagi pendapat jer Arip oi..orang nak terima or tak terima tu nasib la...

Ko ni Arip lain sket, ko nak semua orang sependapat ngan ko, kalau tak, mula la nak melenting tak tentu pasal..emosi sangat, tak professional langsung!!! Kalau nak marah2,or nak emosi2 g la buat drama ker, filem ker...

Pasal sejarah ketuanan Melayu ni, nama pun dah jadi sejarah, ko tak boleh nak ubah2 dah Arip oi...Bukan setakat Yb, semua orang yang baca sejarah (lain la kalau x baca )dengan hati yang terbuka dah akur dengan kontrak sosial ni..bukan orang melayu yang mintak kontrak sosial ni, kaum lain yang nak buat pertukaran barter time tu...mereka mintak kerakyatan dan mereka akur kuasa memerintah/ pentadbiran negara diberikan kepada orang Melayu (tu yang kita panggil ketuanan Melayu-Pribumi asal)..Nenek moyang kita tak kira la nenek moyang ko Melayu, India or Cina, semuanya setuju dengan Kontrak sosial pada masa tu..tu je la..Apa masalahnya??? Cuba la kita hidup aman damai sket..tak kan la orang Melayu tak boleh dapat keistimewaan sedikit di tanahair sendiri,,,,

Cuba la fikir dengan hati yang tenang dan waras...

sueraya berkata...

Saya memang setuju jugak la dengan pendapat anonymous tu....

Kat sini kita boleh bagi pendapat kita.. Pastu kita pun boleh mintak pendapat kawan2 kita kat sini, tetapi kalau depa tak mau bagi pendapat kita nak buat camana! Or depa bagi pendapat tetapi tak sokong kita, ni pun kita tak boleh nak buat apa2..

Arip,apa yang ko tak puas ati aku pun tak tau..kejap yang tu, sat lagi yang ni plak...ko ni memang celaru la..

Cuba ko cakap pelan2, terang2 supaya semua orang paham..pastu baru la depa boleh tolong ko....

Bawak2 bertenang ye Arip, takut cepat dapat darah tinggi plak..

didy berkata...

Arip, awak ni tak puas hati pasal YB cakap hak keistimewaan orang melayu tu ek!

Kalau camtu awak ni bukan orang Melayu la nampaknyerr..

penyokong arip berkata...

Salam puteri semua,

aku x nak nyibuk yer..atau nak campurkaki hal korang. Hal aku pun x settle2 g. tapi kan, bila aku baca komen2 arip, komen balas yb, pastu komen2 korang yg lain, aku naik kesian kat sdri arip. Tu yg aku menulis plak.

hangpa x paham ke apa yg si arip tu nak bgtau kat yb dgn hangpa semua? Nampak mcm xpaham je. Agaknya dia tulis BI kot.

Betullah ckp si arip tu. Yg hangpa hentam dia knp? Meh sini aku terangkan...tp kenalah open skt yer.

Dia habaq sbg wakil rakyat atas tiket BN xbolehlah tulis atau ckp secara berat sebelah. Yb hangpa tulis benda yg boleh bawak kpd pergeseran kaum. 'Org lain' tu maksudnya bukan Melayu lah. Padahal masa bertanding dulu, 'org lain' ni pun dia mntk undi.
Lg satu, patut2 dia tegur kwn dia yg cdg tarikblk wrganegara. Ikut sedap tekak je bckp. Cik Kak oi, sbnrnya ramai 'org lain' yg lebih jasa pd negara tau bandingkan dgn org kita.Pehal nak tarik2!
Jd Cik arip kita pun tegurlah yb hangpa.

Cik arip kita ada jgk beritau masalah2 yg ada pd org kita ni bukannya disbbkn org lain tu.Org kita punya salah lah.Jadi knp lak nak sebut pasai kontrak sosial ni. Patutnya tumpukan pd kontrak rakyat lah.
Jd cik arip kita pun tegurlah yb hangpa lg.

cik arip tengok yb tiket bn ni sendiri kritik decision kerajaan bn. Pastu dia suruh kita sokong bn plak. tu yg dia kata many faces tu. Hangpa paham no...
Jd cik arip kita pun tegurlah yb.

Byk lg lah kalau aku nak trgkn. Jd hangpa dah nampakkan, cik arip tu tegur benda betui, niat dia baik. tu yg dia dok tanya, tang mana aku silap? hangpa x bahas pun. hangpa susun org ramai2, pakat komen hentam dia, bodek yb sakan no... yb hangpa pun dok perasan dia betui. padahal terang2 salah!

yb hangpa pun satu hal, apalah slhnya ngaku silap yb ooi...kitaorg paham, yb pun org.
xtercabut de title yb klu ngaku silap. klu mcm ni gayanya beratlah sikit aku nak sokong tanding ketua puteri nanti. dia je yg betul nampaknya. eeii..tak kuasa ketua mcm ni!

klu aku, cik arip ni aku kwn. dia jujur, berani tegur benda slh, xde mntk gaji pun. x mcm hangpa semua, sokong tp x tau apa. ni bodek namanya tau!

Jd aku umumkan aku sokong cik arip! ( betui ka org kata hang ni lawyer jgk, kwn lama yb ni?)

pro arip berkata...

YES I AGREE! 200%... I VOTE FOR ARIP@AZLINA MEHTAB....

Tanpa Nama berkata...

Hehehehe...kesian tul Si arip ni.. dah tak leh nak wat ape2 dah. Sampai kena hire plak penyokong arip n pro arip yang kepala hotak dia sama jer...macam dok bawah tempurung....bagus sangat la Cik Puan Mehtab dapat penyokong2 macam ni...

Rupanya Mehtab yang hantar depa2 nih kat sini...hehehe...woi kawan2 kat sini, hangpa nak cakap apa pun cakap la, luahkan isi hati korang kat sini coz apa yang korang cakap nanti terus la sampai kat Ketua pu3Negeri kelahiran Pak lah ni..

Woi,,arip dan para penyokong arip...kalau ko nak sangat keadilan sejagat adil untuk semua rakyat tanpa mengira kaum kat msia ni, ko g la masuk Parti Keadilan Rakyat yang di perjuangkan oleh Brother Anwar Ibrahim... Adil untuk semua sampai dah takut sangat nak bercakap pasal hak orang Melayu dan tanah air sendiri...

Kalau macam tu la keadilan nya YB..Nanti bila Yb luluskan peruntukan buat masjid kat kawasan Yb tu Sejuta, Yb kena la bagi sejuta jugak kat orang India untuk memperindahkan kuil derang sebab derangkan sokong YB time pilihanraya dulu..

Pastu Yb, kalau ada kontrak2 kecil ke besar ke kat kawsan YB tu, Yb mana boleh mana bleh cabut undi je macam tu..kena wat open tender tau biar adil, bukak untuk semua kaum.. .biar kontraktor melayu yang baru nak merangkak ni mampuih cepat sket..biarlah 99% dari kontak tu dapat kat kaum lain sebab depa kan undi YB..lagi satu nanti si arip n d gang marah plak..
Pastu kalau ada permohonan tanah dari pengundi d kawasan YB, yb luluskan jer bagi sama rata kat semua kaum sebab depa mengundi yb kan...orang melayu ni dok kat tanah rizab jalan pun tak per, dok menumpang tanah orang pun tak per..

Satu lagi nasihat untuk Yb,,,sebab Yb adalah ahli UMNO yang dok dlam BN so Yb dah jadi wakil rakyat BN kan....apa yang Yb perlu buat ialah Yb ikut je la apa sahaja polisi kjaan BN dah tentukan..kalau ada yang tak berapa sesuai tu,,, YB jangan sesekali tegur ker, beri pendapat ker atau kritik ker..yes bos jer yer...sebab nanti arip n teh gang kata yb ni many faces la, tak sayang parti la, menongkah arus la....kita berpolitik sekarang ni mana boleh tegur menegur, ikut jer apa yang pemimpin kita nak..

Arip, ko memang tak der salah langsung,,,,ko tak yah la tanya mana salah ko kat sini...ko memang perfect, mana ada salah....

Yang banyak salah kat sini YB,,dan penyokong-penyokong Yb jer..

Pesanan terakhir untuk arip n d gang...hangpa kalau sokong sangat Mehtab tu sokong jer la...cuba habaq mai kat sini apa dia kebaikan dia ka, kelebihan dia ka, keanggunan dia ka, or kekayaan dia ka..Hangpa jangan dok mengata orang..kempen pun tak reti ka...

Satu lagi,,yang hangpa masuk ni blog Yb Dato' Shahaniza tau,,dah tentu2 nya ramai penyokong dia kat sini....yang hangpa marah sangat tu pasai apa?....

Yb, kalau arip n d gang tak sokong yb pun tak per la...kapala hotak derang ni bukan nya boleh pakai sangat, merosakkan lagi parti ada la....Yb teruskan perjuangan..dalam kita berjuang ni mesti ada cabarannya...takbir3x

didy berkata...

Bagus la awak ni anonymous...bersemangat!!!

Hidup YB Dato' Shahaniza!
Jangan putus asa...asam garam perjuangan memang macam ni..ada yang suka, ada yang tak suka..akhirnya Allah sahaja yang dapat menentukan..

pu3 confuse berkata...

Assalamualaikumm.........

Dah lama aku tak masuk blog ni...macam-macam cerita ek...

Arip, ko ni banyak sangat cakap orang putih, patut la pemikiran ko macam orang putih, ala-ala macam penjajah....jangan marah yer arip..

sueraya berkata...

YES I AGREE 300% I VOTE FOR ANONYMOUS@DATO'SHAHANIZA

arip berkata...

ARIP IS BACK...quite bz last couple of days. Dating time? No lah..

Wow...what is happening in this blog commenting carpet. Suddenly brutally design hah? But i need to point out to you all some facts:

>yb is still keeping questions in her pocket instead of spending them out! Admit guilty hah?

>i dont hire anybody...it just happen to be that they are slowly accepting my sincere points toward yb. Maybe they believe in me right.So, why should i push them out? By all means, plezzz join me. Maybe i will organise my own fan club, the only 'non-pengampu @ pembodek yb' club. Mind to join us?

>what anonymous has brought up in her comment is something relates to my points be4. These are the unfair implications which will occur when a BN YB having these in their minds. Yes, i agree that Malay is the dominant..BUT other races also need for money,contracts, education, food, wealth, etc. They are also manusia cari makan lah. Only Malay can live hah? Simply say, what anonymous said is out of Islamic leadership qualities. And for the most miserable part for me, it came from yb's supporters!

>didy,sueraya and pu3confius ( or i can say ONE PERSON WITH 3 NAMES hah?) : i suggest to you, read back my comments, try to understand things that i ask your yb to give a full consideration, just to remind her that SHE IS BN WAKIL RAKYAT. In such, do i commit a wrong here compared to anonymous who is totally racist?

> last but not least. Yes, i know Mehtab. As a puteri member, of course lah i know some pu3 leaders. BUT I DONT SPEAK FOR OTHERS kay!

Looking forward for 'sha supporters club' response...

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHA....

KESIAN KAT KO NI ARIP...TAK TAU LA KENAPA KO NI BERIA SANGAT...KO CINA EK,,,,PATUT LA KO JADI MACAM NI.....

ORANG CAKAP LAIN,,,KO PAHAM LAIN...ORANG SURUH G BACA SEJARAH MALAYSIA, TAK MAU...PADA KO DOK POT PET POT PET KAT SINI BAIK KO G WAT REVISION BALIK SEJARAH YANG KO BELAJAR DULU...SIA2 JADI LAWYER KO NIH

CUBA KO BACA BALIK SATEMENT KO NI, BOLEH BUAT ORANG TERGELAK TERGOLEK2TAU, ESPECIALLY BUDAK2 FORM FIVE SEKARANG NI YANG DOK TENGAH BELAJAR SEJARAH TUH....."Yes, i agree that Malay is the dominant..BUT other races also need for money,contracts, education, food, wealth, etc. They are also manusia cari makan lah. Only Malay can live hah?".....STATEMENT KO NI MENUNJUKKAN KETIDAK CERDIKKAN KO TAU TAK......HEHEHEH.....

YANG PALING NAK TERGELAK SEKALI, BOLEH PLAK DIA AJAK ORANG SOKONG DIA KAT SINI....HAHAHA....NAK ORGANISE MY OWN FAN CLUB KONON...BLOG KO PUN TAK DE SIAPA ZIARAH...NAK ORGANISE FAN CLUB.....ISH...ISH...ISH...KESIAN KO NI....

AKU PUN TAK NAK BUANG MASA LA LAYAN KO NI...

YB, TERUSKAN PERJUANGAN...HIDUP KPUM BARU......HEHEHEHE

penyokong arip lagi berkata...

Salaaaam semua puteri,

Salam khas utk Cik Arip no...lama x dengaq berita.
Aku makin kesian dgn arip. Drpd hari tu dia cuba tegur si yb bn ni, tp yelah kan, bila kita dah dikelilingi dgn pembodek, mana kita nak tau salah kita kan...mcm Pak Lah la ni. Asyik ingat dia betoi. Disember sok dia tau lah.

aku baca balik semua komen arip dgn komen pembodek yb ni...satu pun aku x jumpa yg teguran membina arip diterima. aku rasa depa tau yb bn depa dah salah cakap tp pasai nak jaga tempat dgn yb...dok bgtau yb betoi. La ni takpa yb sbb dah menang. tp kami geng2 puteri dok tengok je yb ni yg kami lihat payah sungguh nak ngaku salah. terang2 salah pun x mau terima, esok dah jadi kpum lg lah x boleh trima. pastu yb dok diam, hantaq pembodek jwb komen salah point. hari tu semua komen yb jwb, la ni semua komen yb pembodek jwb. betoi ka?

aku nak tanya sekali lagi aja pd yb, betoi tak arip tegur pasai kedudukan yb sbg wakil rkyt bn x boleh ckp perkauman, x boleh kritik keputusan kerajaan, x boleh lebihkan kaum sndiri?? hang tak jwb benda ni drpd dulu lg. dok kona tang ni, kona tang tu buat apa. jwb je lah.

Ni hang bg anonymous jwb merapu, perkauman, anti agama lain, negatif.

Aku nak tanya dia lah, salahkah dr sudut agama klu kita buat masjid 1 juta dan buat kuil pun 1 juta? Jwb yg ni dulu. klu dia x jwb, mmg dia ni xada pun, cuma tau ngutuk arip plus bodek yb.

aku pun x tau nak kata klu yb jd kpum nanti...teruklah pu3 jwbnya. mesti dia bwk semua kaki bodek ni sama. lepaih ni, pu3 plak ada sindrom tingkat 4. dengaq2 pun, yb ni calon kj utk kpum ye? kau tolong komen sikit ye arip pasai ni.

drpd sokong hang yg suka ditaja, baik aku sokong mehtab.

Jom kita pakat sokong arip!Kita sokong mehtab! Kita tolak org ada pengaruh kj!

selamatkan pu3!!!!

qalamberbisa berkata...

salam,

pergh! macam2 tulis kat sini..aku pun korang kaitkan yer..nak sokong tak leh nak kondem lagi lah haru..hai manusia macam2 ada..

macam ni la apa kata kalau arip@mehtab tu buka blog..aku pun nak jugak BODEK dia lah kalau itu yang dia kata aku bodek YB ni..buat nama blog macam ni "blog membodek mehtab.blogspot.com"...

kita tengok sesama..kena bodek atau kena.....? aku tak faham la bila puteri bukak blog korang hentam macam2..apa hal la korang ni?? bagi lah pendapat yang membina sket..

bodek je la yang tahu yer?

Tanpa Nama berkata...

aku rasakan si arip ni elok kita antar duk negera lain je....menyemak je....nk srh YB ikut ckp dia... boleh belah la weh......nasihat aku kt YB cukup la duk melayan org x betul mcm tu....merugikan masa dan tenaga.....

sueraya berkata...

Kesian ko ni penyokong arip lagi@arip@mehtab....isu yang ko beria sangat tak puas hati tu dah lama terjawap, ko je yang tak paham2.....

Kita tunggu je la pemilihan disember nanti.....

Manis berkata...

Salam buat semua

YB, apa yang arip kata tu pun betui juga..yang baik kita ambil sebagai teladan dan yang tak baik kita ambillah sebagai iktibar..memang itupun yang dianjurkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW.

Dan pada mereka yang dok bagi2 komen ..alangkah indah jika kita menggunakan bahasa yang elok2..bukankah Melayu kaya dengan budi bahasa dan pekerti mulia..

sueraya berkata...

hai manis la pulak!!!

Lemah lembut sangat la konon...
Time bercakap pasal budi bahasa teringat pulak kat Melayu Yer...
Kalau tak,,,,,,nasib ko la Melayu,,,,,

arip berkata...

To : qalamberbisa @ many names

At last, you are coming out but this time with your real name.

My advice to you, read back my comments to your beloved yb. Did i say anything about Mehtab? Did i? Answer me!

You are asking puteris to give comment that is "...membina sikit". Cant you see my comments from the beginning are pointing to what you are asking?
Or, should i list down again my points so that you can get a clear picture on the issue? Answer me!

Try make yourself "membina sikit" lah qalam or otherwise puteris will see you not as qalam but burung balam...

to : sueraya

Pity on you. Manis was saying good things to us but it seems that you are the one who doesnt see what is good n what is bad. And much, much more pity...you are thinking that membodek is the right thing to do!

to : manis

it is hard to disagree with you although we dont know each other. Keep on seeing the truth my friend.

pak andak berkata...

Salaam semua ,
Alaaa pro arip semuanya " baling batu sembunyi tangan " , kalau nak sokong si arip tu sokong laaa , bukak laa blog untuk dia , yang kamu semua dok emosi kat sini buat apaaa .... si arip tu pun satu ,penakut nak tegur penyokong dia yang emosi dan penakut nak bukak blog sendiriii , apalagi arip ??? tak paham paham lagi kee ?? Bila dah bukak log sendiri baru la kamu tau sapa nak sokong atau nak merepek-repek emosi kat blog kamu tuuu... sekali lagi pak andak cakap
... TAK PAHAM PAHAM KEEE ??? atau pun nak kena cakap macam ni ...
" I DARE YOU TO OPEN YOUR OWN BLOG, NO IS NOT AN OPTION TO ME "
KAPISSSH ...

jiran lama pak andak berkata...

Awat pak andak ni emosi pulak ni...dia doq bagi tau jangan emosi, dia sendighi pulak yang kita tengok dok melantun-lantun tak tentu pasai...

sbg jiran lama dia, saya dok cari jugak blog pak andak..tak jumpa pun. Laaa, dia dok jerit2 suruh org bukak blog, dia sendighi pun tak dak blog! buang tebiat ka jiran aku ni...

tak ubah2 perangai rupanya pak andak ni, dari dulu sampai la ni...macam tu jugak. dok bodek membabi buta je keje dia.

pak andak..hang bukak dulu blog hang, pastu baghu jerit kat org lain nooo..rasanya kita guna ayat dia balik..no is not an option to you pak andak ooi..

TAK PAHAM PAHAMMMM KE PAK ANDAK??

pak andak berkata...

Salaam semua ,
Alaaa si arip ni.... memang tak paham paham betul laaa ...
arip ...
mana blog kamu arip ...
arip ...
mana blog kamu arip ...
arip ...
mana blog kamu arip ...
arip ...
aku bukannya maraah...aku nasihat ,
tak payah ler nak hantar penyokong @ tukar nama samaran lain nak mengayat pak andak ni ....

kamu buka blog sendiri , hati kamu senang (mungkin le !) , hati orang lain pun senaaang ...

BERKECUALI berkata...

BAGI INSAN2 YANG MELAYARI BLOG NI DAPAT MEMBEZAKAN DGN JELAS PENYOKONG YB DAN BUKAN PENYOKONG. CUBA LIHAT BAHASA,AYAT DAN GAYA BAHASA YANG DIGUNAKAN, SANGAT BERBEZA. BEZA PEMIKIRAN,BEZA PENDAPAT DAN BEZA AKHLAK.

pak andak berkata...

Salaaam buat semua ,
alaaa 'berkecuali' biasa laa tu dalam memberi pendapat dan menerima pendapat , cuma kena tambah sikit ayat kamu tu dgn...
"BEZA ANTARA BERANI DAN PENAKUT MENONJOLKAN DIRI @ BUAT BLOG SENDIRI"
kalau setakat nak "baling batu sembunyi tangan" tak 'gentleman' lah.TAMATKAH CERITA INI ?

Pink Ants berkata...

salam kepada semua...sekali lagi saya ucap tkasih pada semua yang sudi bertandang ke blog saya ni. Kritikan mahupun sokongan semuanya saya hargai.Saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung.Saya harap semua orang dapat gunakan medan ini untuk perbincangan yang sehat..yang baik jadikan teladan,yang kurang baik,jadikan sempadan.Arip da kawan-kawan,really appreciate ur teguran n kritikan..i akan jadikan panduan.To all my supporters...thanx a lot kerana menyokong..wbagaimanapun,kita kena hargai pandangan orang lain...setiap orang ada hak untuk beri pendapat,terpulang pada kita nak terima atau tidak. Biasalah,politik ni terlalu banyak persepsi..kita buat aje kerja yang baik itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Janji Allah itu pasti.Dalam keadaan sekarang,kita kena atur langkah untuk menguatkan jati diri dan memastikan nasib generasi kita yang akan datang terus terbela..

oldblogger berkata...

Salam sejahtera kepada semua,

Berdasarkan jumlah komen yang ada, bolehlah dikatakan setakat ini topik ini adalah yang paling banyak sekali komen di Pink Ants ini.

Pada perspektif media, ia suatu yang amat positif kerana pengukuran populariti media is based on numbers (circulation, audience, hits etc).

TETAPI dari suatu sudut lain, peningkatan angka itu pada blog topik ini TIDAK BANYAK memberi impak positif kerana:

-Individu yang sama berulang-kali posting komen bertalu-bertalu seterusnya menjana statistik komen.

-Individu yang ingin MENJANA imej seorang yang 'cerdik', menggunakan bahasa inggeris walaupun dia sedia maklum perbincangan di sini adalah dalam bahasa melayu. Akibatnya ada yang tak paham, dan perlu disiarkan semua dalam bahasa Melayu pula.

-Penggunaan identiti Anonymous agak banyak, memberi gambaran bahwa individu berkenaan kurang 'layak'dan kurang faham konsep 'blogging'. Mereka ini dianggap tidak 'genuine'.

-Topik "Minyak Naik" yang merupakan isu global dan intelek, bertukar menjadi 'lekeh' akibat corak komen yang menuju ke arah 'personal attack'. Sungguh tidak bijak.

-Individu yang cuba menjadi 'hero' di sini dikesan menggunakan beberapa kaedah tidak profesional seperti mewujudkan klon atau watak bayangan untuk mendokong sesuatu komen. (ia dapat dikesan dengan jarak masa sesuatu komen terlalu rapat,persamaan IP adress).

Itulah sedikit pandangan saya sekadar untuk berkongsi maklumat dan BUKAN untuk MENGAJAR sesiapa.

Bagaimanapun, syabas kepada 'q@$L@mbe#b$@ yang akhirnya 'berani'juga muncul untuk mendokong imej pengampu beliau bagi blog ini.

RENUNGAN:
Melayu TIDAK perlu berbahasa inggeris untuk menampakkan pandainya kerana ia akan menampakkan kebodohan Melayu itu sendiri- Profesor Diraja Ungku Aziz dipetik ketika membantah pengajaran Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris pada 1999.Dan kini terbukti, pengajaran subjek itu bakal dihapuskan selepas melihat produk pertama sistem itu tidak membuahkan hasil dalam PMR yang lalu.

SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT SHJ.tq

qalamberbisa berkata...

salam,

seperti biasa lah kan aku juga akan digelarkan sebagai pembodek blog ini walaupun tidak tapi susahkan kalau dah ada beranggapan begitu..terpulanglah..

aku cuma menyatakan apa yang aku rasa dan itu memang kenyataan aku secara pribadi..tapi apa bila namanya politik..itu lah yang kena hadapi..cakap secara menyindir adakala orang tak faham..redah jer...layannnnnnnn!!!!!!

intan berkata...

rasa -rasa aku la....arip,pro arip,penyokong arip dan mehtab org yg sama.......hampeh.......

oldblogger berkata...

intan,

Yes betul, itu semua bayangannya untuk menampakkan dialah 'hero' di sini.

zamrud berkata...

Ibtan & oldblogger.......

aku pun sepandapat dengan korang semua....si arip,pro arip and penyokong arip juga mentab adalah orang yang sama...dari pengematan aku memang mereka ini orang yg sama....apa tujuan mereka ni yekkk....aku pun tak paham mengapa diaorg ni duk menyibuk kt blog YB ni...klau nak bagi komen ke atau pendapat yg membina ok jgak...ni x kerjanye nk menghentam org....pelik....pelik.....

oldblogger berkata...

Zamrud,intan dan semua pembaca,

Untuk makluman, sebenarnya kempen/perang/agenda untuk pemilihan Ketua Puteri sudah pun bermula.

Itulah yang cuba dizahirkan oleh "si arip,pro arip and penyokong arip, mentab" tu sebenarnya.

daun sekentut berkata...

Yaaa betuull,
'oldblogger'

Aku sokong pendapat kamu,
semmemangnya kempen telah bermula...

jadinya ...buat ler apa yg patut dan perlu dan mampu untuk berkempen...

heheheeh.....

oldblogger berkata...

To daun sekentut:

apa ada pada nama. Yang penting khasiatnya tinggi dan rasanya sedap. Menjadi warisan tradisi kebangggaan masyarakat melayu.

Harap ia tidak lupus:

NASI ULAM DAUN SEKENTUT

600 gm nasi yang telah disejukkan
3 helai daun SEKENTUT
20 gm udang kering
20 gm ikan kering
40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
1 sudu besar kerisik (ditumbuk halus)
½ sudu teh serbuk lada
1 batang serai (diracik halus-halus)

Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering. Mayang bawang merah halus-halus. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang. Gaul hingga rata supaya ulam tidak melekat.

Selamat mencuba

Tanpa Nama berkata...

Langkah kerajaan untuk menaikkan harga minyak kerana memotong subsidi dengan tujuan untuk menggunakan subsidi untuk minyak kepada barang2 keperluan yang lebih penting iaitu makanan.. adalah kurang bijak.

Mengapa?

Cuba fikirkan sendiri, sekiranya harga minyak naik, ayam lembu kambing dan unta masih lagi naik lori untuk pergi ke pusat sembelihan dan daging2nya masih lagi naik lori untuk pergi ke pasar. Apabila tiba dipasar, para peniaga hendak membungkus daging2 yang dibeli pengguna dengan plastik dan harus diingat, plastik tidak boleh berjalan sendiri ke pasar. Plastik juga memerlukan minyak untuk dihantar sehingga kepada peniaga.

Adakah dengan mengurangkan subsidi minyak dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang makanan?

Yang pastinya harga barang ditetapkan oleh pihak kerajaan tetapi harga barang2 lain yang berkaitan dengan pemprosesan dan pembungkusan barang2 tersebut masih lagi naik kerana kos pemprosesan dan penghantaran semakin meningkat.

Persoalan saya, di mana rasionalnya alasan kerajaan bahawa penarikan subsidi adalah untuk memastikan harga barang makanan tidak naik? Selama ini pun sebelum subsidi minyak ditarik balik, adakah terdapat ura-ura harga barang makanan akan dinaikkan? Sebelum kenaikan harga minyak saya membeli taufu fa di pasar malam dengan harga RM1.00, tetapi sejak kenaikan harga minyak, harga taufu fa di pasar malam telah naik kepada RM1.20 dengan alasan bekas plastik naik harga. Barang makanan mana yg turun ataupun tidak naik berikutan kenaikan harga minyak ini?

Jangan salahkan pihak peniaga kerana mereka juga ada anak bini untuk dijaga dan mereka juga manusia seperti kita. Dan alasan bahawa harga bekas plastik naik bermakna harga taufu fa naik adalah diterima oleh pembeli. Sekiranya kita memboikot peniaga yang menaikkan harga barang, adakah peniaga akan bertindak mengurangkan untung mereka sedangkan tarif elektrik juga dinaikkan baru-baru ini.

Bagi saya peniaga kecil di Jengka dengan kutipan harian yang agak sedikit perlu membayar harga minyak yang naik dan tarif elektrik yang naik.

Sekiranya agensi atau peniaga lain mahu menaikkan harga barang, pihak kerajaan menolak dan menasihatkan supaya kami meningkatkan produktiviti. Adakah TNB terlepas daripada tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dengan meningkatkan produktiviti? Kenapa TNB diberikan kebebasan untuk menaikkan harga barang sedangkan sejak 10 tahun kebelakangan ini pun TNB mencatatkan keuntungan yang agak besar. Adakah kami peniaga kecil-kecilan yang kadangkala mengalami kerugian tidak dipandang oleh kerajaan? Sekiranya kami dimintak meningkatkan produktiviti berikutan kenaikan harga minyak, peningkatan produktiviti yang dimaksudkan adalah meningkatkan pengeluaran dengan penggunaan bahan sumber yang sedikit. Tetapi untuk meningkatkan pengeluaran, kami memerlukan bekalan elektrik. Dan sekarang tarif elektrik pula dinaikkan. Apakah yang berlaku kepada kepimpinan negara pada masa kini? Adakah TNB mengalami kerugian? Atau Petronas mengalami kerugian? Berbilion-bilion keuntungan pun masih lagi mahu meningkatkan keuntungan dengan alasan untuk kemudahan rakyat. Siapa kami ni? Pernahkan pihak kepimpinan bertanyakan kepada kami apa yang kami harapkan. Kami tidak harapkan emas seguni, cuma sedikit simpati.