30 Ogos 2008

BAJET mesra rakyat

Bajet 2009 kali ini sesungguhnya memberikan kelegaan kepada seluruh rakyat terutama golongan berpendapatan rendah kerana banyak insentif yang diberikan oleh kerajaan.

Ini termasuklah insentif yang mengurangkan kos pengeluaran barangan pengguna.

Kerajaan juga menunjukkan keprihatinan untuk membantu meringankan beban rakyat antaranya dengan memberikan kemudahan bagi meningkatkan keberkesanan penggangkutan awam.

Kali ini insentif yang diberikan mampu mengurangkan kos bahan-bahan pengguna seperti makanan, barangan elektrik dan barangan yang selalu digunakan oleh orang ramai dengan cara dikecualikan cukai.

Ini tentu dapat meringankan beban yang dirasai rakyat selama ini.

Pendek kata saya tidak dengar ada yang naik kecuali rokok, yang lain semua turun.

Langkah ini amat memberangsangkan dan dapat membantu rakyat menghadapi inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi global kini.

Kita seharusnya merasa lebih lega dan pastinya apa yang dilakukan oleh kerajaan ini hanyalah untuk membantu rakyat.

Dan inilah yang telah menjadi tunjang perjuangan UMNO dan kerajaan BN sejak dari dulu lagi.

11 ulasan:

MelayuDAP berkata...

Format baru BN disokong

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju bahawa BN perlukan format baru untuk menarik sokongan generasi muda.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, BN perlu mendengar suara generasi muda dan membuat perubahan untuk terus relevan.

''Ini menuntut semua dalam BN termasuk komponen menerima landskap politik bincang secara ikhlas, jujur, hormat-menghormati pegangan masing-masing,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa format dan pengisian BN perlu diolah semula bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah.

Menurut Hishammuddin, Exco Pemuda UMNO sudah pun mengumpul maklum balas daripada golongan muda sejak enam bulan yang lalu.

''Golongan yang terlibat ialah profesional muda, pekerja kilang dan pemuda motor.

''Setiap parti termasuk parti-parti dalam pakatan rakyat masih lagi berasaskan perkauman. Oleh itu BN paling sesuai. Saya yakin BN boleh,'' kata Hishammuddin.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsuddin berkata, pada masa ini wujud satu trend iaitu kononnya lebih 'hebat' jika para remaja menyokong pembangkang.

''Perkembangan ini menjadi satu halangan mental dalam menarik lebih ramai golongan muda kembali kepada BN.

''Justeru BN perlu mencari satu formula di mana golongan muda akan merasa lebih yakin dan serasi dengan BN berbanding pembangkang,'' katanya.

PerhatianMenurut Shahaniza, golongan muda merasakan suara mereka banyak mendapat perhatian pembangkang yang sentiasa berusaha menambah sokongan pada semua peringkat.

"Mereka anggap 'cool' kerana peranan mereka mendapat perhatian, suara mereka didengari terutamanya menerusi luahan di Internet.

"Oleh itu, BN perlu cari jalan bagaimana suara mereka ini dapat diluahkan dalam medium yang lebih baik dan menampakkan ia bukan sahaja diberi perhatian malah turut diambil kira dalam membuat dasar," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai bersetuju bahawa BN memerlukan format baru memandangkan golongan muda pada masa ini mempunyai aspirasi yang berbeza.

''Kerjasama di antara semua parti-parti komponen BN perlu dipertingkatkan dan dieratkan.

''Kita tidak boleh mengunakan konsep UMNO berkempen untuk kawasan Melayu, MCA di kawasan Cina dan MIC di kawasan India. BN perlu mengadakan kempen bersama,'' katanya.

Jelas Tiong Lai, parti-parti komponen BN juga perlu berhenti memainkan isu perkauman kerana rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

''Selain itu, mesyuarat BN perlu diadakan di peringkat pusat, negeri dan daerah supaya kerjasama di akar umbi sentiasa kukuh.

''Selama ini BN hanya bermesyuarat di peringkat pusat sementara parti komponen di peringkat negeri dan daerah kerjasama BN dilihat kurang mantap,'' katanya.

Sementara itu, di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah melaksanakan beberapa perubahan yang sesuai dengan kehendak golongan muda di negeri ini bagi menarik penyertaan mereka dalam BN.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak telah mengamalkan dasar tersebut menerusi pelaksanaan Dasar Gelombang Kedua yang diperkenalkan ketika pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 2006.

Menurutnya, langkah mendekati golongan muda ini dengan memberi penjelasan berhubung dasar kerajaan adalah perlu kerana mereka akan mengambil alih kepimpinan dari barisan pemimpin sedia ada.

''Sehubungan itu, kita telah mewujudkan dasar ini yang memberi peluang kepada generasi muda memahami apa yang dilaksanakan oleh pemimpin sekarang," katanya.

Abang Johari menambah, PBB menyedari akan pentingnya golongan muda ini memahami apa yang dilaksanakan kerajaan kerana pembangunan yang dibuat ini adalah untuk kebaikan mereka di masa hadapan.

komen saya :
YB..kami golongan muda dh bosan dengan media arus perdana...kami lebih suka membaca blog2 untuk dapatkan maklumat baru..itu jaa yg YB kena paham...benda yg tersirat lebih menghiburkan dr yg tersurat...saya x hairan kenapa blog2 pemimpin umno x mendapat sambutan...sampai nak kena promot dalam media..kadang2 saya kesian..dulu menuduh bloggers ni dengan mcm2..penyebar fitnah laa..penganggur laa..sekarang dh jadi sebahagian darinya..umno sepatutnya belajar dari pemompin2 PR...blog adalah suara mereka..kalau dh kenyataan YB senang2 je leh kua kat utusan...saya rasa x payah laa YB nak menulis blog ni...YB jugak bleh nasihatkan rakan2 YB mcm dato ali rustam tu supaya berhenti dr menulis tulisan2 ampu2 ni...amat kesian sampaikan x sanggup approve komen yg mengkritik...sampaikan kena buat blog palsu pulak...

Pink Ants berkata...

Tkasih atas pandangan saudara melayudap. Dari pemerhatian saya,jauh disudut hati saudara sebenarnya sangat mengambil berat dan sayangkan UMNO. Jika tidak,saudara tidak akan berkunjung ke blog saya ini dan sangat peka dengan kenyataan-kenyataan yang saya keluarkan.Saudara semestinya lebih arif bahawa sebagai pemimpin,suara kita mesti didengar oleh semua golongan. Untuk itu,kita mesti gunakan semua medium yang ada.Bak kata saudara,orang muda hari ini sudah bosan dengan akhbar arus perdana,saya akui hakikat itu,sebab itulah saya wujudkan blog ini sejak lebih setahun yang lalu.Apa yang ditulis bukanlah untuk mengampu.Kalau nak mengampu saya boleh cakap terus kepada pemimpin atasan kerana saya ada akses kepada mereka tetapi saya memilih untuk berpolitik atas dasar perjuangan untuk membela nasib bangsa dan agama saya dan untuk itu saya yakin UMNO adalah wadahnya.

Kalau saya tidak membuka blog ini,suara hati saudara tidak mungkin dapat saya dengar bukan?Apapun,terimakasih sekali lagi,pandangan ikhlas saudara sentiasa dialu-alukan.Selamat berpuasa.

MelayuDAP berkata...

saya rasa YB boleh suarakan pendapat Yb di blog YB sendiri...adakah YB terima bulat2 semua yg diutarakan oleh Paklah??saya amat hairan melihat UMno2 yg bersih masih lagi mahu bersama dengan kepimpinan paklah...saya kunjungi blog ni sebab nak jugak saya kenal2 blog pemimpin UMNO...asyik2 blog pembangkang jaa saya pun naik muak...teringin jugak tgk isu2 yg panas kat blogger UMNO..tapi x ada..semuanya mcm merumus semula apa yg ada di arus perdana...YB..zaman dah berubah..saya paling x suka politik perkauman..kenytaan ketua umno bukit bendera yg mengatakan kaum cina hanya pendatang amat menunjukkan UMNO mempunyai ahli yang racist..apa komen YB?

dindingoren berkata...

adakah kerana UMNO memperjuangkan melayu, maka UMNO dianggap racist? adakah kerana UMNO nak memastikan bangsa melayu tak hidup melarat di hari muka maka UMNO dikatakan racist? adakah kerana UMNO nak memastikan melayu tak jadi hamba di negara sendiri maka UMNO dikatakan racist? adakah melayudap fikir parti lain terutamanya DAP tidak memperjuangkan bangsa mereka sendiri? DAP lagi racist. apa yg mereka mahukan hanyalah untuk bangsa mereka. contoh plg nyata adalah kerajaan PR di Perak yg walaupun MBnya melayu, kita tahu siapa yg jadi puppet master!

UMNO bukan parti racist! UMNO hanya meletakkan kepentingan melayu melebihi kepentingan bangsa lain kerana tanah ini tanah melayu! namanya pun MALAYsia!

saya hairanlah dgn melayu sekarang yg takde semangat melayu.. melayu sekarang yg tak sayangkan melayu.. melayu sekarang yg tak pedulikan melayu.. melayu sekarang yg pentingkan diri sendiri..

saudara/i melayudap, saya syorkan awak pergi ke PAPUA NEW GUINEA.. barulah awak akan sedar betapa pentingnya manjadi tuan di negara melayu ini! pergilah! tolonglah pergi ke sana!

Mohd Harris Jaal berkata...

Salam ...

Ya ... UMNO bukan parti RACIST .. tu pasal MAMAK pun join UMNO ...

UMNO dah tak relevan ... mana ada lagi perjuangan untuk untuk bangsa MELAYU ... UMNO hanya mementingkan golongan tertentu sahaja ... iaitu mereka yang berkepentingan.

Setiap kali perhimpuan agung .. korang melalak-lalak mengatakan ketuanan Melayu ... memperjuangkan hak Melayu ... tapi sebenarnya kosong ... habuk pun tarak ...

Ingatlah .. dalam kubur nanti malaikat akan tanya .. siapa saudara kamu? Nak jawab pe? MELAYU?

Islam way of life berkata...

sapa kata DAP tidak racist???
saya tidak tahu samada melayudap itu Islam atau tidak..kerana bkn semua melayu adalah Islam..
pada 23/8 ahli parlimen dari DAP menghentam Islam di parlimen... bkn pertama kali DAP menghemtam Islam dan melayu.. kalu benarlah melayudap ini Islam dan melayu, saya boleh katakan yg melayudap itu sebenarnya mmg tidak cerdik seperti naib presiden baru dap yg melayu tu..siapa yg senang2 hendak berikan jawatan dengan mudah tanpa perkara yg tersembunyi...kalau benarla YB pink ants memperjuangankan kebenaran, saya akan bersama2 YB..

Pink Ants berkata...

salam..
sebenarnya perjuangan UMNO telah termaktub di dalam Perlembagaan UMNO.Dan kita semua mesti ingat akan sejarah kemerdekaan negara. Ramai yang salah faham bagaimana nenek moyang kita dulu mencapai kata sepakat untuk merdeka. Kita memilih untuk mencapai kemerdekaan secara aman,tanpa pertumpahan darah sepertimana di Indonesia atau negara lain,untuk itu UMNO yang menjadi pelopor jalan kemerdekaan telah bersetuju dengan syarat British untuk bekerjasama dengan kaum India dan Cina yang telah dibawa masuk oleh British. UMNO bersepakat dengan MCA dan MIC dan persepakatan itu juga ada syarat dan peraturannya. Dua perkara dipersetujui,kita menerima kehadiran kaum Cina dan India dengan hati terbuka dan memberi mereka taraf kerakyatan dengan syarat,hak-hak orang Melayu dan Agama Islam terpelihara sepertimana yang terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan.Persepakatan inilah juga yang dikenali sebagai kontrak sosial.Telah lebih 50 tahun ketiga-tiga kaum ini hidup rukun dibumi Malaysia atas apa yang telah dipersetujui.Apa perlu diungkit lagi?Pemimpin UMNO telah membuktikan keadilan menerajui kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.Kita memang bangsa yang sangat baik dan murah hati tetapi tidaklah bermakna kita senang dipermainkan dari segi maruah.

Kita sanggup memberi pelbagai ruang kepada orang lain,tetapi adakah orang lain jika mereka berkuasa akan juga berlaku sama terhadap kita. Untuk makluman saudara melayudap,dikawasan saya hanya ada lebih kurang 1000 orang kaum india beragama hindu tetapi terdapat 2 kuil hindu yang mana salah satunya yang ke 2 terbesar selepas Batu Cave.Kita hormati mereka kerana pada pendapat mereka,tapak kuil tersebut adalah tapak yang suci menurut kepercayaan mereka dan saban tahun,kampung melayu bersebelahan menerima kunjungan ribuan kaum India yang berkunjung ke kuil tersebut tanpa sebarang rasa syak dan curiga.Dikawasan saya juga ada Ketua Kampung berbangsa tionghua tetapi kepada mereka ini saya tegaskan dan perjelaskan tentang apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan persepakatan antara Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VP Sambanthan sewaktu mahu merdeka dulu.

Mungkin ada segelintir pemimpin UMNO yang berkepentingan tetapi manusia jenis ini ada didalam mana-mana parti dan organisasi.Seorang rakan baik saya sewaktu di UKM dulu pernah bergiat aktif dan memegang jawatan tinggi dalam Keadilan diwaktu awal penubuhannya,telah bertindak keluar parti kerana tidak puas hati dengan percaturan politik dalaman yang mencantasnya dari bertanding dalam PRU 10. Jangan pandang pada yang segelintir tetapi lihatlah kepada apa yang telah dicapai dalam perjuangan UMNO selama ini....MARA,UITM dan lahirnya cendikiawan melayu hari ini adalah hasil dari perjuangan UMNO....saya sendiri agaknya kalau lahir sebelum merdeka,tak mungkin jadi seorang peguam tetapi sebaliknya menjadi seorang surirumah yang buta huruf dan terperuk di celah dapur..Agaknya keselesaan kita hari ini yang telah membuat kita mudah lupa...

melayudap berkata...

saya seorang saudara dan berbangsa melayu beragama islam...adakah islam menekankan politik bangsa??heyy..sedarkah anda kita ni pun pendatang jugak...cuma kita dtg awal sikit je dari cina dan india..masih x malu mengaku ini tanah kamu wahai diongdoren...sepatutnya kamu tgk nasib org asli di malaysia...adakah mereka terbela??takpayah laa nak sembang...kami ni melayu yang sedia bersaing...bukannay melayu yang takut...melayu hebat..

tau kenapa DAP kata islam..DAP x pernah asault islam..DAP cuma mempertikaikan apa yg x elok dibuat oleh org islam,sebagai contoh dalam isu bar council..bukankah demostrator tu boleh duduk dalam majlis tersebut..lagi satu islamx ajar kita guna kekasaran..dengan kata lain Melayu yg byk merosakkan islam...

kalau DAP anti islam..mcm mana lim guan eng tu pun boleh bercakap amal makruf nahi mungkar..saya kagum org bukan islam pun boleh nampak keindahan islam..

Tanpa Nama berkata...

buat YB..saya x sangkal UMNo berjasa...cumanya...bukan semua yg umno buat tu kita boleh terima...YB zaman sekarang kami org muda dh x kisah isu bangsa atau apa...bukankah kerajaan sendiri yg nak wujudkan bangsa malaysia...tapi hairan bila hal ini disebut ada pula pihak yg bercakap soal kontrak sosial..pada saya perjuangan org2 dahulu adalah survival mereka..dan kini tiba survival kita untuk bersaing dengan semua org tanpa mengira bangsa dan agama..YB..saya mempunyai ramai rakan bukan islam yg keliru dengan islam akibat sikap org melayu sendiri yg mengutamakan bangsa...saya nampakracial politik mc umno dah x releven..kita nak tolong melayu tapi perlu ke kita menutup ruang untuk kaum lain??

melayudap berkata...

satu lagi yg ajak saya pergi ke papua new guinea...saya rasa x perlu..tgk aje nasib org asli kat sini...

dindingoren berkata...

melayudap.. kebajikan orang asli di malaysia memang diambil berat. mereka semua mendapat pendidikan yg sama adil dgn kita semua, malah makin ramai yg mendapat tempat di ipta/ipta. dan bilangan mereka yg mempunyai pekerjaan yg baik serta berpendapatan tinggi juga semakin bertambah. di tempat saya sendiri ada orng asli yg punya rumah banglo mewah. kerajaan bn tidak pernah meminggirkan org asli. saya menyuruh encik/cik pergi ke PNG untuk melihat sendiri apa yg jadi sekiranya kita membiarkan bangsa lain menguasai ekonomi. sekiranya bangsa kita tidak bersatu dan menjadi ketam dalam bakul. sekiranya kita tidak mencintai bangsa kita sendiri dan memperjuangkan survival bangsa. Org tempatan PNG hidup melarat walaupun sudah 33 tahun merdeka. kekayaan hasil bumi dinikmati oleh bangsa asing. jangan sampai melayu jadi macam orang tempatan PNG dikemudian hari!
cik anon.. kontrak sosial dibangkitkan apabila bangsa lain mula mempersoalkan hak2 istimewa orng melayu, apabila mereka mempertikaikan ketuanan orng melayu. selama hari ni tak pernah pun kita bangkitkan kontrak sosial tersebut. dan selama hari ini tak pernah pun kita menutup peluang bangsa lain di negara kita. mereka mendapat pendidikan yg sama, peluang mencari kekayaan yg sama, smuanya samalah! malah mereka lebih kaya dari bangsa kita. apa yg kerajaan bn, umno terutamanya adalah memastikan melayu jgn ketinggalan, memastikan melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn bangsa lain, memastikan melayu turut maju seperti bangsa lain. kita bukan menidakkan hak bangsa lain, kita cuma nak melayu terus perkasa! salah ke? salah ke?