28 Ogos 2008

Mari kita wakaf al-Quran sempena Ramadan ini

Ramadan al-Mubarak akan menjelang tidak lama lagi. Marilah kita mengambil peluang ini untuk menambahkan amal kita.

Satu yang mungkin dapat kita lakukan ialah dengan menyertai Program Wakaf al-Quran.

Program ini bertujuan untuk membekalkan al-Quran kepada saudara-saudara Islam kita di negara asing yakni di negara di mana mereka menjadi minoriti dan tidak mendapat perhatian yang wajar dari kerajaan mereka.

Wang yang kita sedekahkan akan digunakan untuk membiyai al-Quran bagi kegunaan mereka.Secara tidak langsung kita membantu melakukan amalan wakaf.

Pahala amalan wakaf akan bertahan selagi mana apa yang kita wakafkan itu kekal digunakan orang ramai walaupun kita telah meninggal dunia.

Program ini dianjurkan secara bersama oleh beberapa NGO iaitu Damai dan Yayasan Restu.

Orang ramai yang berminat untuk membantu boleh menghantar sms dengan menaip WAKAF 1 untuk RM1, WAKAF 2 untuk RM2 dan seterusnya hingga WAKAF 10 untuk RM10 ke nombor 32776.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mendail 03 5511 9001/2/3 atau dengan melayari www.restu-art.com.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke Bank Islam Berhad atas nama Tabung Amanah Damai melalui nombor akuan 14041010069493.


Pada rakan-rakan blogers, tolong sebarkan perkara ini demi kebaikkan saudara Islam kita semua terutama di negara lain.

2 ulasan:

assirkami berkata...

aik takat wakaf ajer ker dato'
jomlah turun tadarus sekali kat masjid ..

Pink Ants berkata...

insyaallah..sama-sama kita bertadarus dn memperoleh keberkatan di sepanjanh Ramadhan ini.