04 Mac 2009

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Pergerakan Puteri UMNO amat kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang menyamakan amalan bumiputera dengan dasar aparteid.

Ini adalah kenyataan yang dangkal dan berniat jahat.

Di bawah dasar aparteid, pengasingan dibuat mengikut warna kulit.

Ramai yang percaya dasar aparteid wujud daripada sikap sombong masyarakat penjajah berkulit putih yang melihat bangsa lain terutama yang berkulit gelap sebagai lebih rendah kedudukan mereka.

Sikap ini menyebabkan mereka yang mempunyai warna kulit yang berlainan daripada masyarakat kulit putih diberikan layan kelas kedua.

Layan kelas kedua itu dilakukan secara sah melalui akta-akta dan peraturan tertentu. Ini menjadikan aparteid sebagai satu institusi.

Antara beberapa peraturan yang mencerminkan dasar aparteid ialah pengasingan kawasan tempat tinggal mengikut warna kulit, penguasaan politk terletak di tangan kaum kulit putih sacara mutlak, larangan memiliki tanah atau harta tertentu, larangan mengundi dan sebagainya.

Contoh lain ialah peraturan seperti masyarakat berkulit hitam perlu bangun dan memberikan tempat duduk kepada masyarakat kulit putih dalam bas. Kulit hitam tidak boleh makan di restauran kulit putih.

Malah, di Afrika Selatan, ketika dasar aparteid masih wujud, kawasan pantai untuk mandi pun diasingkan mengikut warna kulit.

Adakah perkara seumpama itu wujud di negara ini? Jawapannya ialah tidak.

Amalan bumiputera pula adalah dasar yang telah dipersetujui oleh semua kaum secara bersama sejak sebelum Merdeka lagi.

Kewujudannya tidak pernah dilakukan secara paksaan tetapi berdasarkan persetujuan. Ia menitik-beratkan keperluan untuk mewujukan satu masyarakat yang seimbang di negara ini. Ia mahu memastikan tidak ada satu kaum yang lebih pada kaum yang lain.

Masyarakat yang seimbang bererti masyarakat tanpa mengira warna kulit atau agama, hidup dalam kesaksamaan ekonomi, politik dan sosial.

Di sini nyata memperlihatkan perbezaan kedua perkara itu, aparteid meletakkan satu kaum di atas kaum yang lain, amalan bumiputera pula untuk mewujudkan kesaksamaan antara kaum.

Justeru, Puteri melihat kenyataan Dr. Boo itu telah mengelirukan banyak pihak dan sangat berlainan dari fakta sebenar.

Beliau diminta agar memperbetulkan kembali kenyataannya sendiri sebelum ini. Ia tidak membawa apa-apa kebaikkan kepada mana-mana pihak pun di negara ini.


DATUK SHAHANIZA SAMSUDDIN
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO.

2 ulasan:

ROSHATIKA berkata...

Salam YB,

Kenyataan YB DAP tersebut adalah seperti individu yang dangkal pemikirannya, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

T. kasih.

*Saya nak cadangkan pada YB supaya blog ni diletakkan `Follower' supaya semua artikel YB boleh terus ke dashboard saya.

T. kasih

Tanpa Nama berkata...

Hahahaa padan dah muka kita semua.. Itulah melayu ashik berbalah sesama sendiri, orang lain cuba ambil kesempatan perlekehkan kita.. Cuba chek apa kata orang melayu dalam pas dan pkr, mereka sonyap jer sebab itu rakan mereka. Entah-entah mereka tumpang gelak sekali kat kita...

Moral of the story, MELAYU MESTI BERSATU, jangan kira parti politik. Hahaha tapi MUSTAHIL tercapai, usahkan nak bersatu berlainan parti, dalam umno sendiri pun tibai menibai sampai tercabut akar-akar sekali... PEDIH TAPI REALITI