Alhamdulillah...esok sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Penggal Kedua akan bermula dengan perasmian akan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang. Hari ini kesemua ahli dewan undangan Negeri baik dari parti memerintah mahupun pembangkang sudah mula berkumpul di Kuantan. Kalau melihat kepada sambutan kepulangan PM ke Pahang khususnya di Pekan semalam,saya nampak satu harapan baru yang telah diletakkan oleh rakyat jelata kepada PM.Sesuailah juga dengan kehendak PM yang mahukan rakyat diutamakan dengan membawa konsep yang sebenarnya bukan baharu tetapi telah menjadi asas kemerdekaan dahulu iaitu konsep "satu Malaysia".
YAB Perdana Menteri juga mengingatkan kami supaya sentiasa turun padang bukan sahaja mendekati tetapi juga cuba menyelesaikan masalah rakyat.Tradisi membela rakyat harus diteruskan.Namun hubungan yang baik dengan kakitangan kerajaan juga adalah perlu demi memastikan segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan lancar.Alhamdulillah,di kawasan saya banyak masalah infrastruktur telah dapat diselesaikan.Masalah loji Ulu Jempol juga akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi kerana proses tender memilih kontraktor telah pun dimulakan.Begitu juga penantian 10 tahun penduduk kg Kuala Sentol yang mahukan Masjid Baru dibena,akan menjadi kenyataan.
Sidang Dewan kali ini akan kami manfaatkan dengan perbahasan yang baik dan bermutu dengan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
5 ulasan:
Selamat Bersidang! untung rakyat Kuala Sentol dapat ADUN cam k'sha nih......teruskanlah berkhidmat untuk rakyat.....
permintaan dari rakyat pahang....
dato tolong komen mengenai isu kerajaan negeri pahang kini telah disaman dengan jumlah yang begitu besar dan mampukah kerajaan negeri menampung jumlah saman tersebut....adakah negeri kami yang tercinta ini akan tergadai atau muflis???
kepada rakyat pahang,saya suka untuk menjelaskan bahawa kes ini kini sedang dalam proses untuk mengenepikan perintah Mahkamah yang telah dibuat.sebenarnya kes ini belum didengar lagi perbicaraan penuh..keputusan mahkamah dibuat atas masalah teknikal..kita percaya bahawa kita cukup bukti dan keterangan untuk memenangi kes ini..InsyaAllah Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan Negeri kita ini tidak akan terjejas dengan kes ini..berilah kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini.
DATO MINTA KERAJAAN NEGERI SEDIAKAN SATU TANAH KERAJAAN SETIAP DAERAH UNTUK DIJADIKAN LITAR RAKYAT.
SATU DAERAH SATU LITAR.
BAJET KITA MOHON PADA KBS.
DATO MINTA KERAJAAN NEGERI SEDIAKAN SATU TANAH KERAJAAN SETIAP DAERAH UNTUK DIJADIKAN LITAR RAKYAT.
SATU DAERAH SATU LITAR.
BAJET KITA MOHON PADA KBS.
Catat Ulasan