27 Disember 2007

BILA MUSIBAH MELANDA

Baru-baru ini, hampir sebahagian besar negeri kelahiran saya PahangDarul Makmur dilanda banjir.Lebih 23 ribu orang telah dipindahkan kepusat-pusat pemindahan, itu belum lagi dicampur jumlah mereka yangmenjadi mangsa akibat dari terputus hubungan. Daerah Maran antaradaerah yang teruk dilanda banjir. Sewaktu bah besar tahun 1971, sayabaru berusia setahun dan menurut ibu saya,kami yang ketika itu tingaldi Temerloh, terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan. Lebih 36 tahunberlalu, inilah bah yang saya lihat sendiri menenggelamkan hampirsemua kampung-kampung tradisi pinggir Sungai Pahang. Apa yang hendaksaya kongsikan dengan pembaca kali ini ialah bagaimana reaksi dangelagat manusia apabila musibah melanda. Kebanyakan dari mereka lupabahawa sesuatu musibah itu diturunkan oleh PenciptaNya untuk mengujibukan saja kesabaran tetapi kewarasan pemikiran para hambaNya.

Pada masa inilah kita dapat melihat kebijaksanaaan para pemimpin dalammenangani krisis. Bagaimana pula mereka yang dipertanggungjawabkanuntuk melaksanakan arahan? Tidak kurang pula yang mempermainkankeikhlasan.Itu belum lagi mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.Pemimpin dicemuh dan dimaki hamun kerana gagal mengatasi masalahmereka . Salah satu peristiwa yang berlaku di depan mata sayasendiri,turut menguji kesabaran saya. Ada ke patut, dalam ketika semuaorang dilanda musibah seorang kakitangan kerajaan yang rumahnya hanyadilanda banjir kilat dan mengalami masalah ketiadaan bekalan air untukmencuci,sanggup mengaibkan pemimpin didepan khalayak ramai.

Sayabersama pemimpin tersebut dari pagi turun padang menghantar bekalanmakanan kepada penduduk pinggir sungai yang kebanyakannya hanya orangkampung yang berpendapatan rendah. Mereka lebih tahu bersyukurwalaupun ada diantara mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan rasmisebaliknya terpaksa berkhemah di bukit-bukit dek kerana kampung merekaagak jauh dan terpencil. Mereka melaluinya dengan tabah dan adadiantaranya yang menangis terharu menerima kunjungan pemimpin. Tidakseperti kakitangan kerajaan yang saya ceritakan tadi,beliau tinggal dibandar,ditaman perumahan dan masih mempunyai pelbagai ikhtiar lainuntuk menangani masalah, Tetapi biasalah,dalam keadaan begini,pemimpin dan kerajaan juga yang dipersalahkan.Namun begitu, ada juga yang mengambil kesempatan menyalahgunakanbantuan yang diberikan. Banyak bekalan 'hilang' ditengah jalan.

Kebanyakan penghantaran terpaksa dibuat dengan bot tetapi tak tahulahkemana melencongnya bot-bot tersebut. Masalah kekurangan bot jugamenganggu kerja-kerja menyelamat dan menghantar bekalan bantuan.namun, tidak dinafikan bomba,tentera dan polis memberikan kerjasamasepenuhnya dalam menangani masalah banjir di negeri Pahang. MenteriBesar juga sentiasa turun padang. Terputus jalan darat tidak menjadipenghalang, beliau sendiri memandu helicopter memantau keadaan banjir.Seluruh kepimpinan saya lihat turun padang dan sedaya upaya menghulurbantuan,tidak terkecuali parti pembangkang. tetapi lucu juga saya bilaseorang pemimpin pembangkang yang terserempak dengan saya sewaktumenghantar bantuan kepada mangsa banjir,mengadu bahawa sekolahnyatidak mendapat bekalan makanan sedangkan beliau sendiri kehulu kehilirmenghantar bantuan bagi pihak partinya. Memanglah kerajaan tidakbvoleh pilih bulu dan saya kemudiannya mendapat tahu bahawa bekalankemudiannya telahpun dihantar ke sekolah milik pemimpin pembangkangtersebut setelah masalah kenderaan penghantaran dapat diatasi.

Namun,bagaimana baiknya kerajaan pimpinan Barisan Nasional,sudah tentupincang juga dimata pembangkang.Air belum surut, timbul juga cakap-cakap bahawa pemimpin tempatan yangturun membantu mangsa banjir tidak ikhlas sebaliknya menggunakanpeluang untuk melobi. Saya sendiri pernah diberi teguran oleh seorangpemimpin veteran supaya tidak beria-ia sangat membantu mangsa banjirtakut disalaherti berangan untuk menjadi wakil rakyat. Inilahmentaliti kelas ketiga yang masih ada dalam pemikiran orang kita.

Ujian keihkhlasan sesorang bukan manusia yang dapat menentukannya.Sebab itulah ramai yang mengambil pendirian berselimut sahaja dirumahkerana takut dikata orang.Ada juga yang hanya muncul hanya ketikapemimpin besar turun melawat.Pergi register kata mereka.Bagi dirisaya, saya melakukannya kerana menunaikan tanggungjawab saya sebagaipemimpin kecil. Pegang jawatan bukan untuk menjadi terkenal atau kayaraya tetapi sebaliknya berkongsi keupayaan dan kemampuan dengan merekayang benar-benar memerlukan.Lakukan yang terbaik didalam kemampuankita. Balasan baik bukan juga manusia yang menentukannya tetapisebaliknya ia adalah janji Tuhan yang Maha Adil keatas para hambanya.Negara kita aman makmur hari ini saya percaya kerana masih ramaidiantara kita yang masih ikhlas dan amanah dalam setiap pekerjaannya.

Bila air surut, masalah mendapat bekalan air bersih dan mencuci rumahpula timbul. Kebanyakan loji air mengalami kerosakan teruk. Lumpuryang tebal ditambah lagi dengan bangkai binatang ternakan yang matilemas memburukkan lagi keadaan. Dalam keadaan sebegini, tudingmenuding jari mesti dielakkan. Semua pehak mesti bekerjasama membantumenyelesaikan masalah. Bukankah disebalik kesusahan itu pasti adakemudahan dan 'every clouds has its silver lining'?. Namun begitu,kecuaian dan sumbangan manusia terhadap pemanasan global yang menjadipuncana kepada fenomena bencana alam yang berlaku akhir-akhir initidak boleh lagi dipandang enteng. Kesedaran mesti dimulakan dariperingkat akar umbi. Harap-harap,Jabatan Alam Sekitar lebih proaktifselepas ini.

http://www.puteri.net.my/modules.php?name=gallery - Lihat foto-foto selanjutnya

08 Disember 2007

SSM Batalkan Pendaftaran HINDRAF

Pendaftaran Perniagaan HINDRAF dibatalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana didapati digunkan untuyk perkara yang menyalahi undang-undang. Ramai yang berpendapat,bukan sahaja pendaftaran dibatal tetapi kewarganegaraan mereka yang menjadi dalang, dilucutkan. Bila kesetiaan kepada Raja dan Negara sudah tiada, baik carilah sahaja negara lain untuk berlindung. Mungkin kalau pulang ke negara asal,boleh menjamin kehidupan yang lebih baik kot?

05 Disember 2007

Selamatkan Raja Munirah dan Umi

Semakin ramai anak gadis kita terutamanya yang berbangsa Melayu terpedaya dengan pujuk rayu dan kata-kata manis mendapat tawaran pekerjaan bergaji lumayan diseberang laut. Semalam Raja Munirah ditolak rayuan keputusan Mahkamah di Jepun yang telah mensabitkan beliau hukuman penjara selama 7 tahun kerana mengedar dadah. Hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang gadis bernama Umi yang ditahan di China menunggu hukuman mati kerana kesalahan yang sama. Apa sudah jadi? Adakah kah kemewahan material telah mengelabui kewarasan fikiran? Mereka yang diperdaya ini kebanyakannya terdeiri dari mereka yang terpelajar. Kenaifan dan keterujaan mereka untuk mengubah nasib keluarga telah memerangkap mereka. Yang menjadi dalang,lelaki asing kebanyakan dari arab dan afrika. Apa tindakan kita? mereka ini perlu kita selamatkan.Mereka perlu dibantu untuk mendapatkan khidmat guaman terbaik.Kerajaan termasuk NGO perlu sma-sama tampil membantu. UMNO khususnya Puteri UMNO adalah pembela bangsa Melayu yang menjadi tempat mereka ini bergantung harap.Lets do something about it!!! Kepada para peguam diluar sana,jom kita tubuhkan Badan Bertindak menangani perkara ini dengan membantu mereka yang teraniaya itu mendapat khidmat nasehat dari peguam terbaik dan juga melaksanakan kempen menangani perkara ini dari berulang lagi.

30 November 2007

Jangan lupa semak senarai SPR

Dilaporkan dalam akhbar hari ni, SPR tidak lama lagi akan keluarkan senarai pengundi untuk tujuan semakan. Oleh itu, jangan lupa ingat-ingatkan sahabat handai, saudara mara dan para pengundi untuk buat semakan takut nama kita termasuk dalam senarai yang bukan ditempat yang sepatutnya. Jangan nanti bila dah tiba hari mengundi baru nak semak,tenguk nak mengundi di kl, nama di kb....bukan ke masalah?

BERSIH VS PENYAPU?

Seorang sahabat menghantar sms yang panjang lebar tentang kebimbangannya tentang bagaimana segelintir orang kita terpengaruh dengan apa yang dikatakan sebagai gelombang kuning yang turut dinamakan BERSIH. Dilaporkan bahawa para pemimpin pembangkang seperti DSAI, Hadi Awang,dan ramai lagi adalah antara yang mengatur perhimpunan tersebut. Kononnya Baginda Yang Dipertuan Agung merestui mereka. Kesemua yang menyertai perhimpunan tersebut memakai baju kuning yang melambangkan kuasa rakyat. Nampaknya pembangkang ni dah terlalu desperate menjelang pilihanraya umum ke 12 yang semakin hangat bahangnya. Menghadapi realiti tidak mendapat sokongan rakyat, pakatan pembangkang cuba mengaitkan pula Kebawah Duli Yang diPertuan Agung. Kalau benarlah mereka ini begitu rapat dengan Baginda, tidak perlulah buat perarakan besar-besaran sehingga menyusahkan orang lain. Sudah tentulah sebagai Raja yang menduduki kedudukan yang paling tinggi dinegara kita, Baginda boleh mengaturkan perhimpunan rakyat ini dimana-mana stadium yang boleh menghimpunkan puluhan ribu orang ini tanpa mengganggu ketenteraman awam. Takkanlah Baginda hendak bertemu dengan rakyat jelata di depan pintu pagar sahaja? DSAI dan Tuan Guru Hj Hadi tak perlulah berpeluh-peluh mengarak sekeping memorandum tetapi sebaliknya boleh mengadap Baginda dengan memohon tarikh mengadap dan menyerahkan memorandum tersebut dengan lebih beradap sesuai dengan adat istiadat orang melayu.
Memang patutlah mereka ini kita tolak dari menjadi pemimpin kerana jelas mereka ini lebih kurang sahaja perangainya dengan Sir Harold McMichael si orang putih yang mempersendakan Raja-raja Melayu pada zaman penjajahan dulu. Tidakkah mereka tahu bahawa kuning adalah warna diraja dan dikira menghina institusi Raja jika ke istana atau bertemu Raja dengan berpakaian serba kuning. Bukalah semula perlembagaan persekutuan,dan apa yang tersirat disebalik warna-warna Jalur Gemilang,jangan lah pula kita terkeliru dengan identiti kita sebagai Rakyat yang merdeka yang berpijak diatas bumi bertuah yang mana Raja dan Perlembagaan menjadi tunjang. Pada hemat saya, penyapu Dato Sri Khir Toyo yang kontroversi itu, elok saja kita gunakan buat menyapu bersih mereka yang hipokrit dan tidak tahu bersyukur ini. Tapi bak kata kawan saya, zaman moden ni, orang dah tak pakai penyapu...guna vacuum cleaner lagi baguss...

Indahnya Silaturrahim

Dua hari lepas, saya ke kota kinabalu ditemani Hisham, Ketua Puteri Langkawi bagi memenuhi jemputan seorang lagi rakan kami, saudari haryati dari Kota Melaka yang membawa ahli jawatankuasa penerangan puteri melaka membuat lawatan kerja di Sabah. Ketibaan saya di Lapanganterbang Kota Kinabalu disambut oleh Ketua Puteri Kota Kinabalu,Musliati dan semua rombongan dari Melaka. Kami terus kerumah Ustaz Abdul yang menguruskan semua aturcara Puteri Melaka di Sabah untuk makan tengahari. Sambil menikmati hidangan yang enak dimasak oleh isteri Ustaz,kami berbual tentang pelbagai perkara,dari politik,kisah BERSIH, HINDRAF dan pelbagai topik semasa menjadi bahan perbualan.
Sembang punya sembang,rupa-rupanya pasangan suami isteri yang berasal dari Semporna ini adalah sahabat baik abang saya sewaktu menuntut di al-Azhar,Mesir. Layanan kepada saya dari seorang tetamu kini bertukar lebih istemewa seperti saudara yang telah lama tidak berjumpa. Album lama dikeluar, foto bersama abang saya sewaktu di Kaherah lebih 20 tahun yang lalu,menjadi tatapan kami semua. Alangkah indahnya silaturrahim yang dianjurkan oleh agama kita,ditambah pula dengan budaya kita yang sentiasa gemar meraikan tetamu,2 hari di KK,Ustaz Abdul sekeluarga sentiasa ceria menerima kehadiran kami. Begitu juga rakan-rakan dari sabah yang datang bertemu, eryani dari kinabatangan,noraini dari penampang,saridah dari beuofort,aziah dari sepanggar dan masitah dari pensiangan. Inilah dinamakan persahabatan dan persaudaraan,sebelum pulang isteri Ustaz Abdul sempat berpesan kepada saya,jadi pemimpin,jadilah pemimpin yang sentiasa berpegang kepada alqur'an dan hadis..insyaallah keikhlasan kita akan menjadi cahaya kepada masyarakat.Terima kasih semua.

27 November 2007

Apa kata anda?

Seorang sahabat lama menghubungi saya hari ini. Dari bertanya khabar, perbualan kami melarat sehingga kepada kecelaruan identiti yang melanda sesetengah orang hari ini. Ramai yang merasakan diri mereka terperangkap dengan tubuh zahiriah mereka,sedangkan naluri mereka bercanggah. Ramai juga yang kurang selesa dengan identiti mereka sendiri. Bagi diri saya, kalau kita cuba jadi orang lain,memanglah kita akan rimas dan berasa serba tak kena. Namun,sebelum memadamkan talian telefon, sahabat saya yang sering memberikan nasehat yang ikhlas itu berpesan kepada saya..."Sha..awak tu dah ada title Dato sekarang...kau kenalah sesuaikan diri...gerak-geri,cara berpakaian..mestilah sesuai...". Sebenarnya,ini bukanlah nasehat yang pertama saya terima sejak di anugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang lebih setahun yang lalu..tapi seperti juga nasehat yang saya terima sebelum ni,ianya bersifat general , celaru juga saya memikirkannya..sedangkan saya ni memang seorang yang simple dan tidak pandai bergaya..maklumlah,saya berasal dari keluarga sederhana... KEPADA RAKAN-RAKAN YANG MEMBACA..SAYA ALU-ALUKAN PANDANGAN DAN NASEHAT ANDA TENTANG PERKARA INI...YANG JUJUR YA....

kami bukan along,kami cuma nak tolong...

Iklan diatas yang disiarkan melalui media massa,telah berjaya mencetuskan satu fenomena. Pada mulanya,ramai yang beranggapan ianya satu iklan anti along tetapi rupa-rupanya ia adalah iklan promosi Majlis Penggalakan Ekonomi Belia yang ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan genap setahun yang lalu. Antara objektif penubuhan ialah untuk galakkan para belia menjadi usahawan.

Sepanjang promosi diadakan, MPEB menerima sambutan yang amat menggalakkan dari para belia. Lebih 33 ribu orang mendaftar dikaunter promosi dan juga melalui on line. Saya yang dilantik oleh YB Menteri sebagai Setiausaha,sering menerima panggilan telefon serta kiriman e mel para belia yang minat untuk berniaga. Melalui Projek Peniaga Muda,kita bantu mereka yang baru memulakan langkah pertama dalam bidang keusahawanan dengan wang tunai sebanyak RM2000. Memanglah jumlahnya kecil tetapi sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban mereka.

MPEB juga sediakan pinjaman dibawah SkimTabung Ekonomi Belia. Sesiapa yang berminat,bolehlah layari laman web www.mpeb.gov.my dan mendaftar secara on line. Tetapi jangan salah faham, olehkerana kami bukan Along, maka para Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Syarat diperlukan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan bantuan/pinjaman. Kita akan pastikan wang yang diberi benar-benar dimanfaatkan oleh siPenerima. Yang penting,kami mahu menolong belia supaya boleh menjadi usahawan yang berjaya. Ingat! No sacrifice, no victory!....

HATI MALAYA, HINDRAF, NALLA DAN SAMY

Pada ketika artikel ini sedang ditulis,enam orang anggota keselamatan sedang dilaporkan dirawat ekoran keadaan yang tidak terkawal akibat dari perhimpunan haram lebih 10,000 orang yang menggelarkan diri mereka HINDRAF. Perhimpunan yang dibuat selang dua minggu dari perhimpunan BERSIH yang turut didalangi oleh mereka yang jelas kelam kelibut hati perutnya, telah mencalar semangat meraikan 50 tahun kemerdekaan negara. 25 November, hari Ahad iaitu hari cuti am di Kuala Lumpur telah dipilih oleh HINDRAF untuk berarak ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British bagi menyampaikan petisyen untuk menyaman kerajaan British kerana telah membawa kaum India ke negara kita yang mana kononnya sehingga kini mereka ini ketinggalan dari segi taraf hidup dari lain-lain kaum di negara kita.

Ironinya, pada hari yang sama, Datuk Nallakarupan yang mula popular kerana dikaitkan dalam kes skandal Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, telah menghimpunkan lebih 1000 penyokongnya yang terdiri dari kaum India untuk menubuhkan sebuah parti baru yang jelas mahu membuat permohonan bernaung dibawah Barisan Nasional. Belum reda pertikaian antara Samydan Kayveas, kini seorang lagi ingin masuk gelanggang. Semua perkara yang berlaku semenjak dua menjak ini yang melibatkan rakan-rakan kita dari kaum India, mestilah agaknya ada yang tersirat disebalik yang tersurat.


Sebelum kudis menjadi nanah, sesuatu perlu dilakukan. Provokasi mereka ini seharusnya tidak mengundang kebencian yang akhirnya mencetuskan isu perkauman di Negara kita. Dalang kepada apa yang berlaku mesti dikenakan hukuman. Ini bukan masalah diskriminasi tetapi masalah keluhuran Perlembagaan yang telah dirobak rabek. Dalangnya sudah pasti seorang petualang yang seharusnya diambil tindakan dibawah Akta Hasutan. Saya percaya HINDRAF bukanlah mewakili suara majoriti kaum India di negara kita. Ianya jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawap.


Lebih menyedihkan, ada diantara mereka yang sanggup pula menggunakan kuil di Batu Cave sebagai tempat berlindung. Jelas strategi Dalang adalah untuk mengheret isu perkauman dan agama sekaligus untuk membuat kekacauan di negara kita yang aman damai ini.

Adakah mereka ini semua lupa kepada apa yang telah dicapai oleh para pemimpin kita sewaktu menuntut kemerdekaan dulu?


Filem Hati Malaya 1957 yang ditayangkan baru-baru ini telah kembali melakonkan bagaimana Tunku Tan Ceng Lock dan Tun Sambanthan bersatu hati menuntut kemerdekaan dari British. Tan Cheng Lock dan Sambanthan tidak menyesali kehadiran mereka di Malaya, begitu juga, orang Melayu tidak pula sekali-kali terfikir untuk menghalau rakan-rakan dari kaum Cina dan India sebagai salah satu formula untuk merdeka dahulu, sebaliknya, menerima mereka dengan hati terbuka dengan syarat, taat setia kepada negara ditunjukkan oleh mereka. Kita telah sama-sama berjanji untuk menjayakan Malaya merdeka. Malaysia yang gemilang menjadi wawasan ketiga pemimpin tersebut.


Tidak ada sebarang agama di dunia ini yang mengajar penganutnya menyalahkan takdir. HINDRAF bukan sepatutnya menyalahkan British tetapi salahkan diri sendiri yang lupa kepada perjuangan pemimpin mereka untuk memerdekakan mereka dari cengkaman penjajah. Pepatah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung sepatutnya menjadi pegangan mereka. Dan kerajaan Barisan Nasional juga tidak pernah mengdiskriminasikan mana-mana kaum. Peluang diberi sama rata dan saya kira sesetengah rakan-rakan dari kaum India menikmati taraf hidup yanglebih baik dari kaum lain. Yang berusaha pasti berjaya, tidak kira dia keturunan apa dan agama apa, di negara kita ini.


Kepada rakan-rakan yang terikut-ikut dengan perjuangan HINRAF ini, saya nasihatkan mereka supaya membaca sejarah secara keseluruhannya. Walaupun British bertanggungjawab membawa mereka ini ke Tanah Melayu, sebelum kita merdeka, mereka sudah tentu mempunyai pilihan untuk menjadi warganegara Malaya merdeka ataupun kembali ke negara asal mereka, India.


Tidak salah mengkagumi pengorbanan Ghandi tetapi mereka sepatutnya berterima kasih kepada Mendiang Tun Sambanthan yang telah memperjuangkan hak mereka sehingga kini mereka tidak lagi dilayan melalui kasta tetapi sebaliknya ada yang telah dimartabatkan sebagai antara orang terkaya di Malaysia.

2057 - DIMANA KITA...?

Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, saya telah diwawancara oleh sebuah akhbar harian tentang apakah cabaran yang bakal dilalui oleh generasi muda hari ini untuk mencapai gagasan 2057.
Spontan,saya menjawab ialah untuk mengekalkan kelangsungan kuasa UMNO. Ramai teman-teman saya ketika di Universiti mengkritik kenyataan tersebut.UMNO tidak ada kena mengena kata seorang teman.
YANG PENTING ADALAH PERSIAPAN MENYELURUH KE ARAH PENCAPAIAN YANG LEBIH GEMILANG PADA 50TAHUN AKAN DATANG.
Kenyataan teman saya itu membuatkan saya tersentak. Benarlah pendapat sesetengah pemimpin lama yang saya temui,bahawa generasi muda hari ini ramai yang tidak menyedari peranan yang telah dimainkan oleh UMNO dalam bukan sahaja mencapai kemerdekaan tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan yang kita kecapi setelah 50 tahun merdeka. Apabila saya mengingatkan teman saya itu tentang betapa UMNO telah secara langsung berperanan dalam mencapai kemerdekaan serta pengisiannya melalui Dasar Ekonomi Baru, teman saya tersebut dengan angkuhnya menyatakan bahawa kejayaan yang dinikmatinya hari inihanyalah kerana titik peluh dan hasil usahanya sendiri. Kejayaan anakcucunya nanti juga tidak akan ada kena mengena dengan UMNO.
Sebagai seorang yang telah mencapai kejayaan dalam kerjaya, rakan saya itu adalah contoh terbaik seorang Melayu yang mudah lupa. Dia lupa bahawa setiap apa yang dua nikmati sebelum ini adalah hasil perjuangan parapemimpin UMNO terdahulu. Memang benar, kejayaan yang dicapai olehseseorang individu itu adalah secara langsung hasil usahanya sendiri tetapi ianya turut dimangkinkan oleh faktor-faktor lain iaitu prasarana yang disediakan oleh Kerajaan dan pemimpin yangbertanggungjawab.
Dalam hal ini, ramai generasi muda hari ini lupa bahawa selama 50 tahun yang lalu, kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO lah yang telah meletakkan diri mereka dipuncak kejayaan hari ini. Dibumi bertuah ini, apa sahaja yang kita impikan, pasti akan menjadi kenyataan.
Apabila Pak Lah meletakkan 2057 sebagai satu lagi misi untuk kita tingkatkan kecemerlangan, sudah pastilah UMNO juga mesti bersiap sedia untuk menjadi parti yang terus relevan bagi mencapainya. Agenda membela rakyat yang semestinya menjadi keutamaan sejak lebih 61 tahun yang lalu perlu lebih diperluaskan lagi dengan merealisasikanpembangunan modal insan yang menjadi teras kejayaan sebuah negara bangsa.
Para pemimpin muda hari ini perlu benar-benar memahami apakahhasrat pimpinan tertinggi dan sama-sama bekerja keras untuk merealisasikannya. Bukan sekadar berkata-kata tetapi secara proaktif melaksanakannya. Bermula dari diri sendiri, keluarga sendiri dan bahagian yang dipimpin masing-masing, program kearah melahirkan insan berpersonaliti unggul harus dilipatgandakan.
Bukan sekadar memberi pengisian ilmu tetapi juga memberi kesedaran tentang asal usul dimana kita bermula supaya generasi yang akan mewarisi negara ini,tidak menjadi kacang lupakan kulit. Mereka mesti sentiasa bersedia. Bak Kata Pak Lah, bersedia menghadapi kejayaan,bersedia menghadapi kegagalan...Dalam ertikata lain, generasi akan datang mestilah generasi yang tahan lasak.
Mampukah kita menjayakannya? 2057 memang masih jauh lagi perjalanannya. Bagaimana keadaan ketika itu, tak terjangkau dek pemikiran sesetengah orang. namun, sebagai pemimpin pelapis kita mesti mampu memikirkan sesuatu yang mungkin mustahil pada sesetengah orang. Sewaktu saya kecil dulu, kebanyakan orang tak mungkin terfikir tentang telefon bimbit yang kini dimiliki oleh hampir semua rakyat Malaysia tanpa mengenal usia. Dengan adanya teknologi canggih, masa semakin singkat begitu jugalah dengan usia kita semua.
Hari ini meneroka angkasa,tidak mustahil 50 tahun lagi akan ada dikalangan anak cucu kita yang menjadikan ruang angkasa sebagai tempat berkerjaya dan mungkin akan ada bandar angkasa yang menjadi kediaman sesetengah penduduk dunia. Jika diizinkan Allah, tidak ada suatu yang mustahil kan berlaku.
Namun, dimanakah kita orang Melayu pada ketika itu? Masihkah kita menguasai kerajaan sepertimana hari ini? Adakah anak-anak kita mampu untuk merentasi cabaran waktu yang semakin pantas berlalu? Sudah sampailah masanya, kita semua menjadi agen kepada pembangunan modal insan. Anak-anak muda kita kalau terus dihanyutkan dengan keselesaan dan disogokkan dengan segala macam bentuk hiburan, sudah tentu akan terus ketinggalan dalam mencapai kejayaan di era siber dan globalisasi ini. Kita bukan sahaja perlu mewariskan kuasa memerintah kepada mereka tetapi yang lebih penting, kuasa untuk berubah. Kuasa inilah yang sebenarnya akan menjamin kelangsungan kuasa UMNO.
Perubahan hidup orang Melayu diluarbandar adalah hasil dari misi dan visi Almarhum Tun Razak. Perubahan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia adalah hasil dari misi dan visi Tun Mahathir dan perubahan minda serta personaliti rakyat yang lebih positif dan berdaya saing adalah misi dan visi yang sedang diusahakan oleh PakLah. Moga 2057 nanti, kita masih disini.

26 November 2007

PUTERI MESTI TAHAN KRITIKAN

Akhir-akhir ini telinga saya selalu gatal-gatal menerima kritikan tentang Puteri UMNO. Gatal bukan sebab saya seorang yang jumud hingga tidak boleh menerima sebarang kritikan dan teguran tetapi kerana rimas dek kerana yang menegur ni spesis lontar batu sembunyi tangan. Kat depan manis tapi dibelakang..tuhan sajalah yang tahu.
Kritikan memang baik untuk kita memperbaiki sebarang kelemahan tetapi yang mengkritik itu juga mestilah berani, jangan bersembunyi dibalik mee. Kalau ada yang tidak puashati, buat saja surat secara rasmi,janganlah duk sok sek sekadar di blog masing-masing atau di starbuck atau coffeebean.

Apa salahnya bersemuka, berbincang secara terhormat, yang lemah kita kuatkan, yang senget kita luruskan. Ye lah, mungkin pula ramai nanti kata saya hanya pandai berkata-kata tetapi apa salahnya kita mencuba. tetapi kita yang dikritik pulak, jangan lah cepat melenting dan melatah.. kita cermin diri, muhasabah.... kadang-kadang memang betul juga apa yang dikata orang.

Kita tidak mungkin dapat memuaskan hati orang lain, tetapi sekurang-kurangnya kita memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk berhijrah menjadi manusia yang lebih baik.

SALAM PERKENALAN

Kenapa pink-ants?
itulah soalan spontan yang terpacul dari mulut seorang teman apabila saya menyatakan hasrat ingin mempunyai blog sendiri yang dinamakan pink-ants. Sebenarnya ia adalah idea spontan sewaktu berbincang dengan adik angkat saya yang memberi idea. Pink sudah tentulah kerana saya seorang ahli Puteri dan ants membawa maksud semut-semut.

Blog ini saya dedikasikan kepada semua ahli Puteri serta bekas ahli Puteri yang telah bertanggungjawab dalam penubuhan Puteri UMNO. Bagi diri saya, walaupun akan meninggalkan Puteri kerana faktor usia, once a puteri,always a puteri.

Semut-semut yang saya maksudkan disini bukanlah penyakit kebas mengikut istilah orang kampung saya, kg chenor, maran,pahang daru makmur. Semut yang saya maksudkan adalah makhluk Allah yang dicipta dengan pelbagai keunikan.

Banyak iktibar dan panduan boleh kita dapati dengan memerhati sikap dan kitaran para Semut. Hidup berperaturan, tidak menganggu makhluk lain, taat kepada pemimpin tetapi tetap akan menggigit jika mereka diganggu dan dianiaya.

Sebagai seorang pejuang yang mewarisi perjuangan memartabatkan agama,bangsa dan negara..kita umpama semut-semut merah jambu.

Sepertimana dalam peristiwa Hijrah semut telah melindungi Rasulullah saw, begitu jugalah sepatutnya kita semua melindungi kesucian keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas serta teras kepada kestabilan dan kemakmuran negara kita.

20 Julai 2007

JAKIM TIADA KUASA HALANG KUNJUNG PUSAT HIBURAN


Menteri Dijabatan Perdana Menteri,Datuk Dr Abdullah Md Zin mendedahkan kepada Dewan Negara bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak ada kuasa untuk menghalang mana-mana orang Islam di negara ini daripada mengunjungi pusat-pusat hiburan.

Ramai pehak yang terkejut dengan kenyataan ini tetapi mengambil pendekatan rasional kerana ianya adalah hak mana-mana individu. JAKIM seharusnya menumpukan perhatian untuk bagaimana mengurangkan minat umat islam dari mencari hiburan ditempat-tempat yang membawa ke jalan maksiat daripada menyalahkan ketiadaan peruntukan undang-undang.

Dalam hal ini,Jakim harus menjalankan kajian yang lebih mendalam dan memperbanyakkan usaha memberi kesedaran kepada remaja dengan memperbanyakkan aktiviti menarik golongan remaja keluar dari permasalahan sosial yang menyelubungi mereka.

MCA PERLU LEBIH PEKA


Setiausaha Agung MCA melalui kenyataan akhbar yang disiarkan oleh NST pada 19hb Julai,2007 telah mengkritik kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan Malaysia tidak pernah menjadi negara sekular.Kenyataan Ong Kan Chua itu telah disokong oleh Presiden Majlis Peguam yang menyatakan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam.


Kenyataan mereka tersebut diatas jelas tidak peka kepada pengistiharan Malaysia sebagai negara Islam yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri.Malaysia juga diktiraf sebagai negara Islam oleh OIC. Sebagai parti komponen kepada Barisan Nasional,MCA tidak sepatutnya membuat kenyataan yang bertentangan dengan Timbalan Presiden Barisan Nasional sendiri.


Presiden MCA,Ong Ka Ting sepatutnya mengambil tindakan terhadap keceluparan anak buahnya itu dan memastikan perkara tersebut tidak berulang. Pilihanraya umum bakal menjelang,sepatutnya keharmonian perpaduan BN perlu diperkukuhkan dan tidak dicemari oleh sifat ketidakpekaan mana-mana pihak.


Jika UMNO boleh mengakui sumbangan parti-parti komponen dan memelihara kepentingan mereka,maka parti komponen sepatutnya lebih peka untuk sama-sama mempertahankan apa yang diperjuangkan oleh UMNO,parti yang menjadi tunggak kepada kekuatan Barisan Nasional.Ramai dikalangan pemimpin-pemimpin muda UMNO melahirkan perasaan tidak senang dengan tindak tanduk Ong Kan Chuan dan menggesa agar perkara ini diambil serius oleh MCA sendiri.