26 April 2008

Bila bumi dipijak milik orang

Semalam saya sempat mengikuti program Puteri Warisan Serikandi Bangsa anjuran Biro Penerangan Puteri UMNO Kedah.Syabas kepada Puteri UMNO Kedah khususnya kepada Ketuanya Shahanim dan Hisham Ketua Penerangan yang bertindak selaku Pengerusi Program dan penggerak utama program. Uniknya Puteri Kedah,walaupun mereka telah kini berada dibawah pemerintahan kerajaan negeri pembangkang tetapi saya lihat lebih 1200 orang jentera pilihanrayanya masih lagi kuat semangat dan berhimpun berikrar untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS.

Kehadiran ramai exco-exco yang kabarnya mengiringi Dato Noraini pada sesi tengahari sedikit sebanyak menyuntik lebih semangat kepada rakan-rakan di Kedah,namun ada juga suara-suara nakal yang kedengaran musykil kerana katanya dalam sejarah,tak pernah seramai itu exco Puteri datang berkunjung?Mungkin kerana pemilihan tak lama lagi kot..he he he..apapun,bersangka baiklah sesama kita...rakan-rakan exco yang hadir memang benar-benar ikhlas untuk bersama-sama dengan kita semasa kita susah.

Kehadiran saya di airport Sultan Abdul Halim disambut oleh beberapa rakan Ketua Puteri Bahagian.Wajah mereka yang berseri-seri dan kejernihan airmuka mereka,meyakinkan saya bahawa masih ada harapan untuk UMNO merampas kembali Kedah. Banyak perkara yang kami dibualkan sewaktu dalam perjalanan ke tempat program..antaranya bagaimana peritnya kali ini mereka mahu menganjurkan program.Maklumlah dulu segala kemudahan ada,tetapi kini mereka kabarnya terpaksa beberapa kali menukar tempat kerana tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.

Dewan Pusat Matrikulasi di Kubang Pasu menjadi destinasi kami,kabarnya dua hari sebelum program,dewan penuh dengan sampah sarap,kerusi yang tidak tersusun dan rakan-rakan dari biro penerangan Puteri Kedah terpaksa bergotong-royong untuk membuat persiapan..dulu ada orang lain akan bantu,tetapi kini,terpaksa buat sendiri..namun bagi saya,ia hanya secebis dari satu episod apabila kuasa telah tiada ditangan kita. Moga-moga,pengalaman ini memberi makna yang sangat berharga kepada mereka.

Program berjalan dengan baik,ucapan Hisham selaku Pengerusi program,mempunyai content yang kemas tetapi cara penyampaian perlu ada improvement lagi. Shahanim dalam ucapannya banyak memberi semangat kepada anak-anak buahnya dan berjanji akan meneruskan perjuangan. Tok Det selaku Pengerusi Perhubungan juga berucap dengan nada yang sama tetapi lebih realistik dalam memperkatakan tentang keadaan Negeri Kedah selepas tewas ketangan Pembangkang.Optimis dan positif serta mahukan Puteri mula mendekati rakyat dari sekarang.Namun,pada pendapat peribadi saya,Puteri Kedah perlu juga mendekati golongan muda cerdik pandai diluar sana selain pendekatan kebajikan terhadap ibu tunggal dan anak-anak nelayan. Kawan-kawan kita dari golongan profesyenal juga mahu suara dan idea mereka didengar.Jangan jadikan UMNO kelab ekslusif yang hanya sepertimana kata Tok Dek menganjurkan program syok sendiri.Masa telah berubah dan kita kena berani untuk berdepan dengan perubahan ini.

Diakhir program,lagu warisan yang pernah didendangkan oleh Arwah Sudirman dinyanyikan beramai-ramai..ada yang menitiskan airmata terharu...saya cuma berharap,agar titisan airmata itu adalah titisan penawar yang akan bercambah menjadi satu kekuatan kepada mereka. Banyak perkara yang perlu dilakukan kalau mahu melihat UMNO masih lagi relevan. Puteri UMNO perlu dari sekarang melakukan satu transformasi dan kembali kepada acuan kita yang asal.....

Salam Perjuangan buat rakan-rakan di Kedah, walaupun kita bukan perwira yang gagah menghunus senjata..tapi kita rela berjuang demi cinta kepada pertiwi...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita ni mudah lupa. dah terkena baru menggelabah. mcmana tak tergadai klu nk tunjuk report yg cantik je. yg buruk dan sakit taknak tunjuk, takut buat keje lebih. sapa dlm dunia ni nk buat keje lebih???