24 Oktober 2008

Al-Fatihah


(pix dari murai.com.my)
Ketika menuntut di UKM di awal-awal tahun 90-an dulu, irama muzik rock terutama yang berentak balada sering mendapat tempat di kalangan teman-teman sekuliah.

Saya seperti remaja lain ketika itu tidak terlepas daripada meminati irama merdu yang dinyanyikan oleh band-band tempatan dan luar negara

Bukan apa, bila buka radio dan dengar lagu-lagu yang kita minati itu, bolehlah relaks sekejap daripada menatap nota-nota kuliah dan buku perundangan yang 'tebal-tebal' tu

Dari situ nama kumpulan Lefthanded tidaklah terlalu asing bagi saya. Nama penyanyinya Nash serta gitarisnya, Man Kidal dan Samad sering saya dengar melalui dj-dj dan pembacaan dari majalah-majalah hiburan yang bersepah di asrama kami

Semalam saya mendapat tahu Samad meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Entah mengapa hati saya tiba-tiba sayu, terutama mengenangkan anak-anak dan isteri yang ditinggalkan oleh allahyarham

Dan lebih pada itu, saya sedih kerana negara kehilangan seorang lagi artis yang berbakat besar selain daripada pelakon, Rafi Husein dan Sudio Sukirman minggu lepas.

Al-Fatihah daripada saya, semoga roh mereka akan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Tiada ulasan: