05 Oktober 2008

Alahai Hindraf, janganlah melampau...

Setelah agak lama tidak membuat kecoh, kumpulan Hindraf yang pernah menggemparkan negara dengan tindakan menunjuk perasaan dan merusuh terhadap anggota polis di tengah-tengah ibu negara kembali buat hal namun kali ini bagi saya lebih kurang ajar.
Bayangkan pada hari pertama aidilfitri, kumpulan ini berani membuat kacau dimajlis sambutan hari raya Aidilfitri yang diadakan di PWTC. Hari tersebut merupakan hari yang sangat bermakna bagi umat Islam dalam erti kata lain ia merupakan hati kemenangan dan kegembiraan bagi kita semua setelah sebulan menjalani ibadat puasa. Saya sangat tidak boleh menerima tindakan kumpulan ini cuba menggangu kemeriahan hari lebaran bagi umat Islam ini dan saya sangat berasa terganggu dan marah dengan tindakan mereka.

Malahan untuk menulis artikel ini pun saya masih berasa sangat marah dan tidak boleh menerima bagaimana mereka tergamak merosakkan majlis yang diadakan pada hari yang mulia ini. Namun saya perlu bersikap profesional dan tidak terburu emosi walaupun sebagai seorang yang beragama Islam dan berbangsa melayu agak sukar bagi saya menerima perbuatan mereka ini.

Kalau diikutkan hati tak tau apa yang saya akan tulis dan hamburkan kepada mereka dalam penulisan ini.

Bagaimanapun saya sangat bersetuju dengan saranan Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada Hindraf supaya tidak menjadikan toleransi antara agama dan kaum di negara ini sebagai satu bahan uji kaji. Ujar beliau, tindakan mereka menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet beragama Islam tempoh hari adalah satu bentuk provokasi yang melampau, menakutkan dan melampaui batas.

Beliau turut mengingatkan penyokong Hindraf supaya tidak menyalahkan orang lain sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka kerana perbuatan itu sangat bertentangan dengan tata susila dan toleransi agama yang diamalkan dinegara ini. Yang pastinya mereka tidak sensitif dengan agama orang lain malah tindakan mereka bukan sebahagian dari ajaran agama Hindu.

Saya merasakan anggota Hindraf perlu diambil tindakan tegas sebelum anggota pertubuhan haram itu menjadi kumpulan militan ekoran tindakan keterlaluan mereka selama ini. Kerajaan perlu melakukan sesuatu sebelum kumpulan itu bertindak lebih agresif. Kita tidak perlu bertolak ansur dengan mereka memandangkan ia sebuah kumpulan haram yang bergerak atas dasar perkauman sempit dan membuat pelbagai dakwaan tidak berasas serta memperlihatkan kecenderungan untuk memusuhi pihak-pihak lain dan sikap ini pastinya tidak sesuai dengan masyarakat majmuk di negara ini.

Mereka menganggap apa yang dilakukan pertubuhan itu semuanya betul tanpa memikirkan kaum lain juga mempunyai pengalaman yang lebih teruk daripada apa yang dialami oleh masyarakat India. Saya takut tindakan mereka ini akhirnya akan hanya merugikan kaum mereka sendiri serta menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara.

Sesungguhnya banyak lagi mekanisme lain yang boleh digunakan jika benar terdapat ketidakpuasan hati dalam perkara-perkara yang dinyatakan mereka tetapi tidak perlulah mereka bertindak melulu sehingga tidak menghormati perasaan bangsa lain yang tinggal di negara ini. Jika sesuatu perkara itu dilakukan secara membabi buta dan melampaui batas pastinya ia akan menimbulkan kemarahan dan ketidakstabilan di dalam negara.

Oleh itu sudah jelas kenapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperlukan di negara ini dan ia pastinya akan terus digunakan bagi membendung masalah sebegini dari berterusan berlaku dan berulang. Jika nak dikira beberapa kerat bangsa India yang ditahan ISA seperti yang mereka perjuangkan, menurut maklumat yang saya terima orang melayu merupakan bangsa yang teramai ditahan ISA berbanding India 7 orang dan Cina 6 orang. Alhamdulillah orang kita tidak bertindak sebegini dan jelas kita masih lagi menghormati orang lain walaupun kita merupakan golongan majoriti di negara ini. Namun kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan tindakan orang yang seolah-olah tidak cukup akal dan berpelajaran ini dari berterusan..... Fikir-fikirkanlah.....

2 ulasan:

Awanama berkata...

agak-agak antara ceroboh majlis PM dengan Kurung Keluarga mereka tanpa bicara..mana yang lebih kurang ajar?

nur_hisha berkata...

ntah apa yang diorang tak puas hati..kalau duk kat negara lain.. belum tentu dpt istimewa mcm malaysia nih...ntah laa...sedar lah sikit wahai HINDRAF