07 November 2008

syabas Datuk JJ!


Melihat keberanian Ahli Parlimen Rompin, Datuk Jamaluddin Jarjis membidas pihak pembangkang mengenai isu 'double-standard' mereka terhadap media tempatan di Parlimen semalam sangat mengujakan.
Saya rasa penonton Buletin Utama TV3 semalam juga ramai yang bersetuju dengan hujah Datuk JJ yang tersiar dalam televisyen itu.
''Mereka kata pembangkang merupakan pejuang kebebasan akhbar tetapi apabila akhbar tidak selari dengan perjuangan mereka, nak hapuskan kebebasan akhbar.
''Kalau buat cerita yang tidak baik tentang ahli Parlimen pembangkang, saman akhbar tersebut, inilah yang dilakukan oleh mereka dengan menyaman Utusan Malaysia," katanya yang sempat saya lihat di kaca tv semalam.
Jamaluddin menegaskan, Barisan Nasional (BN) menghargai kebebasan akhbar dan demokrasi oleh itu pembangkang juga perlu terima perkara ini.
Syabas anak Pahang!

1 ulasan:

Awanama berkata...

Pemimpin UMNO beriya-iya cakap pasal Utusan, tapi aku dengar cita kawan2, bebudak Utusan semua underpaid, gaji nak bagi makan anak bini pun tak cukup. Jangan duk bising untuk pertahankan Utusan la kalau warganya hidup dalam serba kedaifan. UMNO kan pemegang saham terbesar Utusan, tolonglah sikit, cakap banyak buat apa