25 Disember 2010

Kembali

Assalamualaikum wa rahmatullah,salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Agak lama juga saya meninggalkan blog ini sunyi tanpa bicara. Gesaan teman-teman untuk kembali berkarya sering saya diamkan begitu sahaja. Bukan sudah hilang minat atau sengaja untuk membisu seribu bahasa tetapi mungkin terlalu banyak perkara yang telah memudarkan semangat saya.Namun,pertemuan saya dengan seorang blogger bernama Braveheart telah mengembalikan keterujaan saya untuk kembali berkarya.Siapa sangka,laman yang telah lama saya abaikan ini,masih lagi menjadi perhatian orang lebih-lebih lagi seorang yang dikira otai dalam dunia Blog.Dua kali beliau menegur tentang betapa banyak nya semak dan sawang dilaman ini,membuatkan saya kembali ke sini..kembali untuk bukan sahaja berkongsi suara hati tetapi kembali untuk menemui diri saya sendiri.Bukanlah pula maksud saya bahawa selama ini saya telah hilang jati diri tetapi mungkin kesibukan sebagai wakil rakyat yang pastinya sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran membuatkan saya lupa bahawa diri sendiri juga perlukan perhatian dari saya.

Saya ingin kembali menjadikan laman ini sebagai tempat saya berbicara dari hati dan minda. Menjadi diri saya yang sebenarnya,dari sudut kemanusiaan dan ehsan seorang insan. Saya harap,pembaca laman ini dapat menerima saya,pandangan dan perkongsian saya bukan dari sudut politik semata-mata.Laman ini akan saya jadikan ruang seperti yang saya katakan diatas tadi,sebagai curahan rasa dan minda untuk dijadikan terapi kepada kepenatan tugas sehari-hari.

InsyaAllah,Laman ini akan dijenamakan semula. Sedang memikirkan nama dan tema yang lebih sesuai.Saya memilih hari ini untuk kembali bukan kerana ada apa-apa tetapi kerana saya tidak mahu bertangguh walau sesaatpun lagi.

Kepada semua yang masih sudi bertandang,terimalah salam sayang seikhlas hati dari saya.

8 ulasan:

shahbandarmalakat berkata...

Tahniah...kalau tukar pink-panther...

sri tribuana berkata...

syabas dato',

welcome back.

Apache berkata...

Welkam back dato'

Tanpa Nama berkata...

Dah online tuh.. jangan tak tulis.
Email Blogging pon boleh..hari hari update!!

Regards

Dr Azrin
http://www.azrin.info

zino berkata...

tahniah Dato kerana berjaya menyapu segala sawang yg ada kat sini.. selamat kembali berkarya..

bRAVEhEART berkata...

Salamat Kembali dan syabas Dato'. Kita akan bersama dalam satu saf berada dibarisan hadapan di medan perjuangan demi agama, bangsa dan negara

emy berkata...

welkam back sista.....
bersama kita berblog kembali.....

Pink Ants berkata...

thanx guys...sory lambat reply comments..hehehe..rupanya ter set kena approve dulu..baru terperasan..n dah setting semula pun..insyaAllah dengan semangat yg kwn2 semua berikan,saya kan cuba terus berkongsi suka duka saya disini.