28 Disember 2010

Linda calon BN Dun Tenang?

Makin dekat dengan tarikh penamaan calun,maka banyak spekulasi dibuat tentang calun BN di Dun Tenang. Bukanlah sengaja nak menambah spekulasi tetapi saya pasti nama Ketua Wanita Bahagian Labis juga turut disebut-sebut. Linda,bukan nama asing dikalangan ahli-ahli Puteri Umno di seluruh negara walaupun beliau adalah seorang Ketua Wanita Bahagian. Beliau sebelum ini adalah Ketua Puteri Bahagian dan juga Setiausaha Kerja Puteri UMNO Malaysia sewaktu dibawah kepimpinan YB Datuk Noraini Ahmad.

Linda pastinya berpeluang kali ini untuk dinilai oleh pucuk pimpinan parti tetapi semuanya bergantung kepada nasib dan ketentuan ilahi. Sekiranya terpilih,Linda saya yakin mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana beliau telah terbukti mempunyai ketahanan dan komitmen yang tinggi dalam perjuangan parti.Wanita muda yang terasuh dibawah kepimpinan Puteri ini mampu menyaingi rakan-rakan seperjungan malah meninggalkan calun Pembangkang dibelakang.

Apapun,ini hanyalah pandangan peribadi saya tentang Linda.Pucuk pimpinan pastinya akan memilih calun yang benar-benar layak setelah mengambilkira pelbagai faktor. Sebagai seorang sahabat,saya mendoakan kejayaan Linda dan pastinya jika pun beliau tidak terpilih sebagai calun,saya akan tetap turun ke PRK Dun Tenang untuk membantu beliau.

5 ulasan:

zino berkata...

dah mula kempen ni hehe

WARIS PAHANG berkata...

Cantiknya blog dato', tahniah...selamat berblog kembali...

bRAVEhEART berkata...

Salam, dari luar blog dh nampak mantap dan cantik, blog ini juga sudah di linkkan di blog aggregator Penggabung Suara http://nasionalis1946.blogspot.com/ bagi menarik lebih ramai lagi pembaca. Syabas! YB memang boleh!

abadi romeo berkata...

Wanita tetap wanita...what u give u get back

Pink Ants berkata...

zino: hehehe..saja provoke je

AWP: tkasih...selalu2 la komen ye

Braveheart: tq Bro..u inspired me

abadi romeo: hehehe..wanita mmg tetap wanita...dan jangan lupa,tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia..