14 November 2011

Bila Pagar Tidak Lagi Boleh Diharap Menjaga Padi

Pepatah orang lama..harapkan pagar,pagar makan padi..membawa maksud,orang yang diharapkan menjaga sesuatu amanah itu,kemudiannya telah mengkhianati amanah tersebut. Dek kerana sikap ini lah,iaitu sikap yang tidak amanah dan bertanggungjawap segelintir pegawai/pemimpin maka berlakulah pelbagai perkara yang merosakkan sesuatu institusi.

Dulu,sebelum saya jadi wakil rakyat,selalu juga saya dengar dan lihat orang-orang atau pegawai YB merosakkan imej dan nama baik YB dengan sikap tidak amanah mereka. Ada juga yang cuba lebih sudu dari kuah.Hari pertama jadi wakil rakyat,ramai yang mengingatkan saya tentang ini. Saya diminta berhati-hati dengan mereka disekeliling dan sentiasa memantau. Walaubagaimanapun,ianya sangatlah subjektif. Apa pula perasaan anak buah jika mereka merasakan kita kurang mempercayai mereka? Memang dalam hal ini,kadang-kadang saya rasa ditelan mati emak,diluah,mati ayah. Cuma apa yang boleh saya buat,sentiasa nasehatkan mereka agar sentiasa berlaku amanah dan jujur kerana kita mahu beri khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Siang tadi,di Pusat Khidmat saya dikunjungi beberapa orang penduduk sebuah kampung yang merungut mereka selalu ketinggalan dari segi bantuan oleh kerana 'ketua' mereka bersikap pilih kasih. Nak berjumpa saya,mesti minta kebenaran dulu dari 'ketua'. Mereka sudah mula muak dan rasa terpinggir. Lalu mereka beranikan diri untuk bertemu saya sendiri. Ternyata banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Perkara yang selama ini tidak dimaklumkan kepada saya mungkin kerana agenda tertentu. Lalu saya maklumkan kepada mereka,saya bukanlah seorang yang terlalu protokol.Sesiapa sahaja dikalangan rakyat boleh berjumpa atau hubungi saya bila-bila masa sahaja. Semua orang boleh telefon,sms atau berinteraksi melalui facebook dengan saya. Saya suka kalau rakyat berhubung terus dengan saya,maklum sahaja terus jika ada orang sakit,kematian atau kenduri-kendara. InsyaAllah jika tiada halangan,saya akan sebolehnya hadir. Maklumkan juga jika ada sebarang masalah di kampung masing-masing,insyaAllah saya akan bantu sedaya upaya saya.

Pengajaran bagi saya hari ini...masih lagi ada diluar sana yang menganggap wakil rakyat sukar didekati,hanya disebabkan ada orang lain yang terlalu menjaga protokol. Dan jika perkara ini tidak dibetulkan segera,yang rugi adalah Barisan Nasional itu sendiri.

Akhirnya saya berharap tulisan saya ini tidak akan mencetuskan konflik kepada mana-mana pihak. Nukilan ini hanyalah satu peringatan kepada diri saya sebenarnya..sebelum terlewat,saya akan buat sesuatu untuk membetulkan keadaan dalamasa terdekat. Yang pasti,yang tercicir dari senarai,akan disenaraikan semula,yang benar-benar memerlukan akan dihulurkan bantuan,yang sakit akan terus diziarahi dan amanah serta perjuangan akan terus saya laksanakan...terimakasih kepada semua pegawai,pembantu,ketua kampung,ketua cawangan dan semua yang memahami aspirasi dan cara saya bekerja...yakinlah bahawa selagi kita ikhlas dan melakukan dengan penuh penghayatan...apa yang dicita,pasti menjadi nyata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Sorry nak betulkan sikit. Sebenarnya bukan " pagar" tapi "pegar" iaitu sejenis burung yang selalunya Ada di kawasan sawah padi.