27 November 2007

2057 - DIMANA KITA...?

Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, saya telah diwawancara oleh sebuah akhbar harian tentang apakah cabaran yang bakal dilalui oleh generasi muda hari ini untuk mencapai gagasan 2057.
Spontan,saya menjawab ialah untuk mengekalkan kelangsungan kuasa UMNO. Ramai teman-teman saya ketika di Universiti mengkritik kenyataan tersebut.UMNO tidak ada kena mengena kata seorang teman.
YANG PENTING ADALAH PERSIAPAN MENYELURUH KE ARAH PENCAPAIAN YANG LEBIH GEMILANG PADA 50TAHUN AKAN DATANG.
Kenyataan teman saya itu membuatkan saya tersentak. Benarlah pendapat sesetengah pemimpin lama yang saya temui,bahawa generasi muda hari ini ramai yang tidak menyedari peranan yang telah dimainkan oleh UMNO dalam bukan sahaja mencapai kemerdekaan tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan yang kita kecapi setelah 50 tahun merdeka. Apabila saya mengingatkan teman saya itu tentang betapa UMNO telah secara langsung berperanan dalam mencapai kemerdekaan serta pengisiannya melalui Dasar Ekonomi Baru, teman saya tersebut dengan angkuhnya menyatakan bahawa kejayaan yang dinikmatinya hari inihanyalah kerana titik peluh dan hasil usahanya sendiri. Kejayaan anakcucunya nanti juga tidak akan ada kena mengena dengan UMNO.
Sebagai seorang yang telah mencapai kejayaan dalam kerjaya, rakan saya itu adalah contoh terbaik seorang Melayu yang mudah lupa. Dia lupa bahawa setiap apa yang dua nikmati sebelum ini adalah hasil perjuangan parapemimpin UMNO terdahulu. Memang benar, kejayaan yang dicapai olehseseorang individu itu adalah secara langsung hasil usahanya sendiri tetapi ianya turut dimangkinkan oleh faktor-faktor lain iaitu prasarana yang disediakan oleh Kerajaan dan pemimpin yangbertanggungjawab.
Dalam hal ini, ramai generasi muda hari ini lupa bahawa selama 50 tahun yang lalu, kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO lah yang telah meletakkan diri mereka dipuncak kejayaan hari ini. Dibumi bertuah ini, apa sahaja yang kita impikan, pasti akan menjadi kenyataan.
Apabila Pak Lah meletakkan 2057 sebagai satu lagi misi untuk kita tingkatkan kecemerlangan, sudah pastilah UMNO juga mesti bersiap sedia untuk menjadi parti yang terus relevan bagi mencapainya. Agenda membela rakyat yang semestinya menjadi keutamaan sejak lebih 61 tahun yang lalu perlu lebih diperluaskan lagi dengan merealisasikanpembangunan modal insan yang menjadi teras kejayaan sebuah negara bangsa.
Para pemimpin muda hari ini perlu benar-benar memahami apakahhasrat pimpinan tertinggi dan sama-sama bekerja keras untuk merealisasikannya. Bukan sekadar berkata-kata tetapi secara proaktif melaksanakannya. Bermula dari diri sendiri, keluarga sendiri dan bahagian yang dipimpin masing-masing, program kearah melahirkan insan berpersonaliti unggul harus dilipatgandakan.
Bukan sekadar memberi pengisian ilmu tetapi juga memberi kesedaran tentang asal usul dimana kita bermula supaya generasi yang akan mewarisi negara ini,tidak menjadi kacang lupakan kulit. Mereka mesti sentiasa bersedia. Bak Kata Pak Lah, bersedia menghadapi kejayaan,bersedia menghadapi kegagalan...Dalam ertikata lain, generasi akan datang mestilah generasi yang tahan lasak.
Mampukah kita menjayakannya? 2057 memang masih jauh lagi perjalanannya. Bagaimana keadaan ketika itu, tak terjangkau dek pemikiran sesetengah orang. namun, sebagai pemimpin pelapis kita mesti mampu memikirkan sesuatu yang mungkin mustahil pada sesetengah orang. Sewaktu saya kecil dulu, kebanyakan orang tak mungkin terfikir tentang telefon bimbit yang kini dimiliki oleh hampir semua rakyat Malaysia tanpa mengenal usia. Dengan adanya teknologi canggih, masa semakin singkat begitu jugalah dengan usia kita semua.
Hari ini meneroka angkasa,tidak mustahil 50 tahun lagi akan ada dikalangan anak cucu kita yang menjadikan ruang angkasa sebagai tempat berkerjaya dan mungkin akan ada bandar angkasa yang menjadi kediaman sesetengah penduduk dunia. Jika diizinkan Allah, tidak ada suatu yang mustahil kan berlaku.
Namun, dimanakah kita orang Melayu pada ketika itu? Masihkah kita menguasai kerajaan sepertimana hari ini? Adakah anak-anak kita mampu untuk merentasi cabaran waktu yang semakin pantas berlalu? Sudah sampailah masanya, kita semua menjadi agen kepada pembangunan modal insan. Anak-anak muda kita kalau terus dihanyutkan dengan keselesaan dan disogokkan dengan segala macam bentuk hiburan, sudah tentu akan terus ketinggalan dalam mencapai kejayaan di era siber dan globalisasi ini. Kita bukan sahaja perlu mewariskan kuasa memerintah kepada mereka tetapi yang lebih penting, kuasa untuk berubah. Kuasa inilah yang sebenarnya akan menjamin kelangsungan kuasa UMNO.
Perubahan hidup orang Melayu diluarbandar adalah hasil dari misi dan visi Almarhum Tun Razak. Perubahan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia adalah hasil dari misi dan visi Tun Mahathir dan perubahan minda serta personaliti rakyat yang lebih positif dan berdaya saing adalah misi dan visi yang sedang diusahakan oleh PakLah. Moga 2057 nanti, kita masih disini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sbg org muda sy merasakan UMNO perlu dijadikan sebagai institusi yang dapat membela dan menyatukan melayu dari semua sudut tidak tertumpu hanya kepada bidang politik. Kita yang berbangsa MELAYU harus bersyukur kerana UMNO lah yang telah menggerakkan tercapainya kemerdekaan. Jangan kerana kepentingan peribadi untuk diri sendiri, melayu sanggup gadai apa saja yang dia ada tapi itulah yang berlaku sekarang.apapun tepuk dada tanya selera.