27 November 2007

HATI MALAYA, HINDRAF, NALLA DAN SAMY

Pada ketika artikel ini sedang ditulis,enam orang anggota keselamatan sedang dilaporkan dirawat ekoran keadaan yang tidak terkawal akibat dari perhimpunan haram lebih 10,000 orang yang menggelarkan diri mereka HINDRAF. Perhimpunan yang dibuat selang dua minggu dari perhimpunan BERSIH yang turut didalangi oleh mereka yang jelas kelam kelibut hati perutnya, telah mencalar semangat meraikan 50 tahun kemerdekaan negara. 25 November, hari Ahad iaitu hari cuti am di Kuala Lumpur telah dipilih oleh HINDRAF untuk berarak ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British bagi menyampaikan petisyen untuk menyaman kerajaan British kerana telah membawa kaum India ke negara kita yang mana kononnya sehingga kini mereka ini ketinggalan dari segi taraf hidup dari lain-lain kaum di negara kita.

Ironinya, pada hari yang sama, Datuk Nallakarupan yang mula popular kerana dikaitkan dalam kes skandal Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, telah menghimpunkan lebih 1000 penyokongnya yang terdiri dari kaum India untuk menubuhkan sebuah parti baru yang jelas mahu membuat permohonan bernaung dibawah Barisan Nasional. Belum reda pertikaian antara Samydan Kayveas, kini seorang lagi ingin masuk gelanggang. Semua perkara yang berlaku semenjak dua menjak ini yang melibatkan rakan-rakan kita dari kaum India, mestilah agaknya ada yang tersirat disebalik yang tersurat.


Sebelum kudis menjadi nanah, sesuatu perlu dilakukan. Provokasi mereka ini seharusnya tidak mengundang kebencian yang akhirnya mencetuskan isu perkauman di Negara kita. Dalang kepada apa yang berlaku mesti dikenakan hukuman. Ini bukan masalah diskriminasi tetapi masalah keluhuran Perlembagaan yang telah dirobak rabek. Dalangnya sudah pasti seorang petualang yang seharusnya diambil tindakan dibawah Akta Hasutan. Saya percaya HINDRAF bukanlah mewakili suara majoriti kaum India di negara kita. Ianya jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawap.


Lebih menyedihkan, ada diantara mereka yang sanggup pula menggunakan kuil di Batu Cave sebagai tempat berlindung. Jelas strategi Dalang adalah untuk mengheret isu perkauman dan agama sekaligus untuk membuat kekacauan di negara kita yang aman damai ini.

Adakah mereka ini semua lupa kepada apa yang telah dicapai oleh para pemimpin kita sewaktu menuntut kemerdekaan dulu?


Filem Hati Malaya 1957 yang ditayangkan baru-baru ini telah kembali melakonkan bagaimana Tunku Tan Ceng Lock dan Tun Sambanthan bersatu hati menuntut kemerdekaan dari British. Tan Cheng Lock dan Sambanthan tidak menyesali kehadiran mereka di Malaya, begitu juga, orang Melayu tidak pula sekali-kali terfikir untuk menghalau rakan-rakan dari kaum Cina dan India sebagai salah satu formula untuk merdeka dahulu, sebaliknya, menerima mereka dengan hati terbuka dengan syarat, taat setia kepada negara ditunjukkan oleh mereka. Kita telah sama-sama berjanji untuk menjayakan Malaya merdeka. Malaysia yang gemilang menjadi wawasan ketiga pemimpin tersebut.


Tidak ada sebarang agama di dunia ini yang mengajar penganutnya menyalahkan takdir. HINDRAF bukan sepatutnya menyalahkan British tetapi salahkan diri sendiri yang lupa kepada perjuangan pemimpin mereka untuk memerdekakan mereka dari cengkaman penjajah. Pepatah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung sepatutnya menjadi pegangan mereka. Dan kerajaan Barisan Nasional juga tidak pernah mengdiskriminasikan mana-mana kaum. Peluang diberi sama rata dan saya kira sesetengah rakan-rakan dari kaum India menikmati taraf hidup yanglebih baik dari kaum lain. Yang berusaha pasti berjaya, tidak kira dia keturunan apa dan agama apa, di negara kita ini.


Kepada rakan-rakan yang terikut-ikut dengan perjuangan HINRAF ini, saya nasihatkan mereka supaya membaca sejarah secara keseluruhannya. Walaupun British bertanggungjawab membawa mereka ini ke Tanah Melayu, sebelum kita merdeka, mereka sudah tentu mempunyai pilihan untuk menjadi warganegara Malaya merdeka ataupun kembali ke negara asal mereka, India.


Tidak salah mengkagumi pengorbanan Ghandi tetapi mereka sepatutnya berterima kasih kepada Mendiang Tun Sambanthan yang telah memperjuangkan hak mereka sehingga kini mereka tidak lagi dilayan melalui kasta tetapi sebaliknya ada yang telah dimartabatkan sebagai antara orang terkaya di Malaysia.

7 ulasan:

tunteja berkata...

Filem yang patut dan wajar ditontoni dan dihayati perjuangan pemimpin terdahulu untuk generasi muda tahu dan sedar diri hasil siapa kah kita dapat senang lenang di bumi Malaysia ini...1975 Hati Malaya..

Koleksi KR berkata...

setuju...setuju...

Tanpa Nama berkata...

"Tidak salah mengkagumi pengorbanan Ghandi tetapi mereka sepatutnya berterima kasih kepada Mendiang Tun Sambanthan yang telah memperjuangkan hak mereka sehingga kini mereka tidak lagi dilayan melalui kasta tetapi sebaliknya ada yang telah dimartabatkan sebagai antara orang terkaya di Malaysia"
--ayat ini seeloknya boleh diterima pakai untuk kaum india terutamanya yang menyertai perhimpunan itu untuk difikirkan...

Pink Ants berkata...

PM hari ni keluar kenyataan kemungkinan kerajaan tahan penganjur demonstrasi jalanan dibawah ISA..SOKONG SANGAT!!!

Tanpa Nama berkata...

mrk ni nak sangat minta tolong kerajaan India supaya tgokkan India kat Malaysia ni, apa kata kita anta mrk ni balik ke negara asal. Nak sangat balik 'kampung', kita anta la. pastu lucutkan kewarganegaraan dia...baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. sian kat Tun Sambanthan, penat je air liur dia kluar berbincang dgn Tunku.
nak ke ratu Britain melayan permintaan mrk supaya byr pampasan 1juta sorg, pikir logik la!

Pink Ants berkata...

Hmm..Queen Elizabeth tu banyak lagi masalah lain nak fikir...

Tanpa Nama berkata...

YB Bunga yang Mekar dikalangan YB Lebah........

Nice to know YB likes blogging....

Hope YB terus berjuang dan mencapai tahap yang lebih baik pada masa akan datang..