Kritikan memang baik untuk kita memperbaiki sebarang kelemahan tetapi yang mengkritik itu juga mestilah berani, jangan bersembunyi dibalik mee. Kalau ada yang tidak puashati, buat saja surat secara rasmi,janganlah duk sok sek sekadar di blog masing-masing atau di starbuck atau coffeebean.
Apa salahnya bersemuka, berbincang secara terhormat, yang lemah kita kuatkan, yang senget kita luruskan. Ye lah, mungkin pula ramai nanti kata saya hanya pandai berkata-kata tetapi apa salahnya kita mencuba. tetapi kita yang dikritik pulak, jangan lah cepat melenting dan melatah.. kita cermin diri, muhasabah.... kadang-kadang memang betul juga apa yang dikata orang.
Kita tidak mungkin dapat memuaskan hati orang lain, tetapi sekurang-kurangnya kita memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk berhijrah menjadi manusia yang lebih baik.
2 ulasan:
Setuju sangat dengan pendapat Pink Ants..Puteri bukan sahaja harus tahan kritikan,jangan mudah melatah dan janganlah lupa diri.
Walaupun sayap Puteri memang telah membuktikan mereka hebat dalam pilihanraya umum lepas serta dalam beberapa pilihanraya kecil.janganlah terus tenggelam dalam glory yang lepas...
Bangun dan siapkan bala tentera Puteri untuk Pilihanraya yang bakal menjelang
setuju...setuju...
Catat Ulasan