26 November 2007

SALAM PERKENALAN

Kenapa pink-ants?
itulah soalan spontan yang terpacul dari mulut seorang teman apabila saya menyatakan hasrat ingin mempunyai blog sendiri yang dinamakan pink-ants. Sebenarnya ia adalah idea spontan sewaktu berbincang dengan adik angkat saya yang memberi idea. Pink sudah tentulah kerana saya seorang ahli Puteri dan ants membawa maksud semut-semut.

Blog ini saya dedikasikan kepada semua ahli Puteri serta bekas ahli Puteri yang telah bertanggungjawab dalam penubuhan Puteri UMNO. Bagi diri saya, walaupun akan meninggalkan Puteri kerana faktor usia, once a puteri,always a puteri.

Semut-semut yang saya maksudkan disini bukanlah penyakit kebas mengikut istilah orang kampung saya, kg chenor, maran,pahang daru makmur. Semut yang saya maksudkan adalah makhluk Allah yang dicipta dengan pelbagai keunikan.

Banyak iktibar dan panduan boleh kita dapati dengan memerhati sikap dan kitaran para Semut. Hidup berperaturan, tidak menganggu makhluk lain, taat kepada pemimpin tetapi tetap akan menggigit jika mereka diganggu dan dianiaya.

Sebagai seorang pejuang yang mewarisi perjuangan memartabatkan agama,bangsa dan negara..kita umpama semut-semut merah jambu.

Sepertimana dalam peristiwa Hijrah semut telah melindungi Rasulullah saw, begitu jugalah sepatutnya kita semua melindungi kesucian keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas serta teras kepada kestabilan dan kemakmuran negara kita.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bravo Dato' Sha.. Teruskan pejuanngan Puteri UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Saya teringat surah semut yang ada di dalam Al-Quran.Uniknya ciptaan Allah ini sehingga ada termasuk cretanya dalam Al-Quran.
Harapan saya agar semangat semut menjalar ke sanubari setiap Puteri UMNO.

Koleksi KR berkata...

cuba tengok gambar di artikel tu.. kalau benar PUTERI boleh memikul tanggungjawab yg beratnya 10 kali ganda, insyaAllah makin maju lah negara kita dan makin kuatlah semangat generasi wanita muda zaman ini.

Pink Ants berkata...

Dah tiba masanya kita semua 'memperkasa jatidiri,membena generasi bestari',,,, buktikan kita tidak layu dan lesu

Tanpa Nama berkata...

Saya orang Lepeh YB tak berapa lah kalau lorat maran...

Ape ker koi benda lagi..........