Tajuk diatas adalah tajuk sebuah buku tulisan Dr Shayuty Abd Manas yang akan diterbitkan olehPTS Publications & Distibutors Sdn Bhd tidak lama lagi. Saya diberi penghormatan oleh penerbit untuk meneliti manuskrip dan seterusnya memberikan testimoni keatas karya tersebut. Menarik,ringkas dan padat.Perlu dibaca oleh mereka yang was-was tentag peranan yang boleh dimainkan oleh kaum wanita dalam bidang politik.
Yang paling menarik perhatian saya ialah pendedahan Penulis tentang tokoh-tokoh Muslimah dalam sejarah yang melibatkan diri dalam bidang politik.Nama seperti AlKhairazaan yang merupakan ibu kepada Khalifah Harun AlRashid,isterinya Zubaidah,Arwa Permaisuri Yaman,Siti AlMalik al Fatimi,Ummu Anusywaran,Tarakan Khatun Aljaliyah dan ramai lagi yang tidak pernah didengar namanya,telah diceritakan tentang perjuangan mereka dalam Buku ini.Terkilan juga saya kerana Penulis tidak pula mengulas tentang tokoh politik wanita tempatan seperti Ibu Zain,Tun Hajjah Fatimah dan sebagainya.Mungkin dalam edisi kedua agaknya nanti,InsyaAllah.
Buku ini jelas menyatakan bahawa tiada halangan dalam Islam untuk wanita berpolitik. Dr Yusof AlQardhawi mengulas bahawa ayat Qur'an menyatakan kelebihan lelaki mengatasi perempuan sebenarnya hanya dalam kehidupan suami isteri.Lelaki adalah ketua Keluarga,dia bertanggungjawab atas mereka.Dan suami yang membenarkan isteri berpolitik demi kebaikan masyarakat dan Negara,maka suami juga seolah-olah memberi sumbangan bakti terhadap kebaikan tersebut.
Hayatilah Ayat AlQur'an dalam surah AnNahlu ayat 7 yang bermaksud " Barangsiapa yang melakukan amal baik,samada lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman,maka setengahnya kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka lakukan"
Pendekata,buku ini kelak bakal merungkai banyak persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang berfikiran sempit tentang peranan wanita dalam bidang politik.Tunggulah kemunculannya di pasaran,dan jangan lupa beli dan hadiahkan kepada sesiapa yang difikirkan 'memerlukannya'.
24 ulasan:
Kalau yang dah berkeluarga, jangan sampai berpolitik kedudukan anak-anak terabai.
Salam....
Ramai wanita berkeluarga yg berjaya, anak2 turut berjaya....krn mereka ini menjadi contoh kpd anak2....
Ada juga yang anak-anak berjaya kerana kududukan ibu mereka di dalam politik.
Ada juga, suami pun tumpang tui dari kedudukan isteri mereka di dalam politik.
Assalamualaikum semua,
Nampaknya ada cubaan nak angkat wanita ke pangkat PM Malaysia ( atau mungkin saya tersilap ).
Tapi OK juga tuu yaa....
salam, apabila adanya wakil wanita didalam barisan kepimpinan politik setidak-tidaknya ada pihak yang benar-benar memahami dan akan turut bertanggungjawab tentang permasalahan dan keperluan kaum wanita serta dapat "mengangkasakan" wanita agar turut berada didalam ruang globalisasi yang semakin mencabar kita untuk survive!..
tkasih atas komen rakan2 diatas,
tiada niat artikel ini ditulis sebagai agenda mengangkat wanita jadi PM seperti kata Sinar Lena.Saya hanya mengulas manuskrip yang diberi kepada saya.Apapun,bagi saya dalam berpolitik,keharmonian rumahtangga juga perlu dijaga..restu suami sangat penting demi kejayaan didunia dn akhirat..
Salam YB Dato',
Saya belum membaca buku tersebut. Namun begitu, saya yakin penulisnya akan mengupas dari sudut ilmiah, bukan dari sudut hakikat politik semasa.
Pandangan saya secara peribadi, tiada masalah wanita berpolitik. Cuma, suasana politik pada masa sekarang, yang memerlukan beberapa 'pengorbanan' tertentu, amatlah tidak sesuai bagi seorang wanita, apatah lagi yang sudah berumahtangga, melibatkan diri secara aktif dalam politik.
Pandangan Sdri Anis boleh diterima. Tetapi, sebenarnya tidaklah menjadi satu ketetapan peraturan yang mana ruang pembelaan golongan wanita hanya boleh diisi melalui kaedah berpolitik sahaja.
Secara hakikinya, 'politik di dalam konteks sekarang' merupakan satu bidang yang sepatutnya dijauhi golongan wanita.
Saya tidak berniat serong di atas kemampuan wanita. Malahan, saya biasa memuji wanita lebih daripada golongan saya sendiri dari sudut pencapaian kejayaan.
Cuma, saya tahu keadaan dunia politik sekarang sepertimana yang lain juga tahu. Maka, demi menyelamatkan seorang wanita, khususnya yang telah berumahtangga, politik bukanlah satu bidang yang sesuai untuk diceburi.
Pendapat saya terbuka untuk dikritik mana-mana pihak secara ilmiah.
Assalamualaikum semua ,
'pencinta wanita' kata :
suasana politik pada masa sekarang, yang memerlukan beberapa 'pengorbanan' tertentu, amatlah tidak sesuai bagi seorang wanita, apatah lagi yang sudah berumahtangga, melibatkan diri secara aktif dalam politik.
Saya tanya :
apakah 'pengorbanan'tertentu itu' ?
dan bilakah masa yang sesuai ? kalau ada contohnya ,bila? siapa ?
SINAR LENA PENCINTA LELAKI
(YG BERKENAAN AJELAH )!!! ;-)
Assalamualaikum Sinar Lena,
Saya hampir2 tidak mahu membalas komen Sdri.
Bukan krn tidak mahu, cuma bila saya menilai gaya bahasa dan corak penulisan Sdri, saya agak sukar untuk melihat Sdri sebagai seorang yang mampu bertukar pandangan secara ilmiah.
Sdri, tajuk yang ditulis oleh YB Dato' bukanlah satu tajuk yang remeh. Untuk rekod, tahniah kpd YB Dato' atas pemilihan tajuk menepati masa semasa.
Utk itu, saya memberanikan diri untuk turut serta memberi dan membaca pandangan, walaupun pada mulanya saya tiada 'selera ilmiah' langsung tatkala membaca kecelaruan, kerakusan dan kemunafikan pentas komen-komen pembaca blog YB Dato'. Ia cukup memualkan saya.
Saya pernah ingin menulis di dalam blog saya satu ketika dulu tentang tajuk ini oleh kerana ia amat penting dek melibatkan ramai wanita Islam ketika ini yang sedang mahupun yang ingin menceburi politik. (nota : apa blog saya, pada masa sesuai nanti saya akan maklumkan)
Bagi saya, penulis buku melihat dengan fakta bertulis. Tetapi bagi pemegang watak utama iaitu wanita yang terlibat dengan bidang politik itu sendiri, pengalaman sebenarlah yang akan menjadi sandaran perbahasan. Justru itu, tajuk ini memang cukup menarik untuk dibahaskan dari dua sudut berbeza.
Cuma, saya tetap berpegang dengan kemahuan saya iaitu hendaklah kita berbahas secara ilmiah.
Jika sekadar ingin bercakap kosong sahaja, anda tidak perlu berteknologi pun.
Sekian dulu.
p/s : Salam saya kpd YB Dato'
Saudara Pencinta Wanita.
Saudara tidak menjawab soalan Pencinta Lelaki itu. Saya juga musykil dan ingin tahu. Ianya boleh saya buat sebagai suatu bahan rujukan apabila persoalan ini timbul lagi di warong2 teh UMNO kelak.
Penerangan Tuan agak panjang tetapi tidak menjawab persoalan yang diajukan-ala penerangan panjang-lebar dari Pak Lah.
Mohon maklum. Terima kasih.
salam..Yg dihormati Pencinta Wanita,..terimakasih kerana bersetuju dgn pandangan sya tetapi saya pun turut berminat nak tau apa yang Pencinta Wanita maksudkan dengan "pengorbanan tertentu" kerana almaklumlah orang seperti saya yang nak baru bertatih di dalam arena politik ni ingin kan penjelasan paling tidak nasihat dari pencinta wanita yang sya kira memang menyintai semua wanita di muka bumi ini.ditambah lagi dengan pandangan serta harapan pencinta wanita terhadap penglibatan kaum wanita di dalam arus politik perdana...awaiting for ur respond "pencinta wanita"...
salam,
secara pribadi aku jua menyokong wanita berpolitik samada yang masih bujang, sudah berkeluarga ataupun yang sudah single semula..
sekurang2nyer wanita juga mempunyai peranan tersendiri dan teristimewa dalam arus politik tanah air walaupun adakalanya sepak terajang politik tidak mengenal sesiapa..
dan aku juga yakin masih ramai wanita di luar sana ingin berpolitik...
kepada anis ahmad selamat datang ke dunia politik..antara tips untuk politik ni la..hati kena cekal..telinga kena tebal..mungkin kot? sekadar pandangan pribadi..
Salam kepada anis ahmad,
Benar, saya menyintai semua wanita di atas muka bumi ini atas rasa kekaguman terhadap pengamatan saya 'di sebalik keanggunan seri citra kewanitaan terselit kukuh keanjalan lahar perjuangan yang tak tercemar kesucian kesetiaannya'.
Hanya itu sebabnya. Tanpa itu, wanita tidak sebegitu, atas pengamatan saya.
Maka, atas melakukan beberapa 'pengorbanan tertentu',beberapa isipati kekaguman saya hilang daripada wanita yang berpolitik.
Bukan salah wanita, tapi begitulah bila politik terkini jadi bahan bicara.
Yang dihormati Anis ahmad, kita bisa sambung bicara...cuma, atas minat ingin tahu Sdri, saya ucapkan tqvm. Semoga success dalam politik.
Kepada qalamberbisa,
Assalamualaikum sahabat...
Sekadar kenangan peribadi.
Salam da real deal,
Tanpa mengetahui gender anda, saya dapat merasakan bahawa kita ini berlainan pengamatan dan aliran.
Untuk itu, saya hormati pengamatan anda. Saya juga mengharapkan yang serupa.
Saya cuba ringkaskan komen agar bukan ala-Pak Lah.
Assalamualaikum semua ,
Wahai 'Pencinta Wanita' ,
Setahu saya asas teknoloji komputer @ internet ini dari segi pernomborannya ringkas sahaja iaitu nombor 1 dan 0 @ nombor binari) dan asas persoalan hidup ini juga ringkas
, iaitu apa ? siapa ? di mana ? dan lain-lain , kesimpulannya ...
kalau soal yang asas pun saudara mengelak dari menjawabnya , tak tau lah bagaimana pula yang saudara maksudkan 'ilmiah' . Setinggi - tinggi Mufti Perlis masih juga menjawab soalan yang asas. (sila lawati lmn web beliau - http://drmaza.com) Saya tak kisah saudara nak jawab bagaimana pun , sbb saya mungkin bersetuju dengan pendapat itu atau sebaliknya ...
tapi saya harap saudara jangan jemu melawati blog ini . :-)
Kepada saudara -saudari yang lain
tingkatkan lagi ikhtiar hidup dan usaha anda... semoga kita sesama berjaya dan terus berjaya.
Wkmslm sinar lena,
Antara prinsip asas kepada definisi ilmiah ialah tidak terburu-buru di dalam penghujahan mahupun perbahasan.
Kaedah 'mendengartekun' adalah dituntut, 'mendesakpikuk' perlulah dielak.
Malangnya, ini tidak ada pada sinar lena, walaupun saya kira dia antara yang rajin melawati laman Mufti Perlis ( idola saya ).
Maka, di samping saya menghormati komennya, saya memilih untuk membiarkan dia terus berkomen sendiri.
Setidak-tidaknya, itu lebih baik kepadanya. Wassalam.
Saya mohon undur diri.
Sebenarnya berpolitik ni ada dimana2..dalam keluarga, pejabat dan bahkan dalam hubungan seharian..tanpa mengenal gender.
Begitu juga dalam konteks berpolitik di dalam parti..Sepak terajang adalah lumrah. Jika sudah melangkah ke arena berkenaan maka perisai dan ketahanan diri menjadi satu faktor kekuatan individu itu sendiri." Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.."
Saya percaya penglibatan seseorang wanita di dalam politik tanah air amat diperlukan. Permasalahan yang menghimpit kaum wanita adalah lebih difahami oleh kaum wanita itu sendiri..malah suara , kekuatan, kelembutan dan buah fikiran wanita turut diperlukan agar negara kita Malaysia dibentuk mengikut acuan yang saksama.
Jangan lupa "Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia..!'
I Agreed..Faziehana_mn
Assalamualaikum semua ,
Pantun sikit buat Pencinta Wanita :
Apa dikejar padi seberang ,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Entah disambar punai melayang,
Kenapa merajuk wahai Cik Abang ,
Sikit tersinggung sudah tersentak,
Membawa diri pergi menghilang .
Dalam kilat ada kilau ,
Andai tersilap sakitlah badan,
Salah dan silap dalam bergurau,
Harap Cik Abang dapat maafkan.
Janganlah jemu untuk ke sini lagi.
Sekian untuk tajuk ini.
Terimakasih YB Dato' .
nampaknya cinta seorang pencinta wanita sudah pudar dek kerana kehausan dan kedambaan kepada jawapan kepada pelbagai persoalan wanita-wanita di blog YB ni..relek aar x best la x de penyengat!!!!
SALAM....
TERTARIK JUGK SAYA DENGAN TAJUK PERBAHASAN KALI INI.....IA KERANA MELIBATKAN WANITA....
DARI PENGAMATAN SAYA YG TIDAK BERSEKOLAH TINGGI INI PENGLIBATAN WANITA DALAM POLITIK SANGAT PENTING DAN SANGAT DIPERLUKAN....
HANYA WANITA SAJA YG MEMAHAMI PERMASALAH KAUM WANITA DI MALAYSIA INI...JADI DIDALAM POLITIK IA AMAT DIPERLUKAN SEBAGAI WAKIL UNTUK MENYUARAKAN SEGALA MASALAH WANITA DI MALAYSIA INI....
DIMALAYSIA WANITA BEBAS BERPOLITIK DAN SAYA TIDAK NAMPAK IA MENJADI SATU MASALAH KEPADA SESIAPAPUN...
KEPADA "PENCINTA WANITA " TERUS LAH MENYINTAI WANITA.....
assalamualaikum semua.
best jga tajuk kali ni....
pada pandangan saya yang tak bersekolah tinggi ni..tidak ada salahnya wanita bepolitik atau menceburi dunia politik asalkan batasannya dan yang paling penting mendapat restu suami bagi yang dah berkahwin dan mendapat restu keluarga bagi yang single..niat dan tujuan itu yang penting...
Bagusnya wanita menceburi dunia politik kerana hanya wanita yang benar - benar memahami permasalahan wanita dan wanita juga mempunyai wawasan, kerajinan serta ketekunan yang tinggi dalam melakukan sesuatu pekerjaan.....
Politik bukan hak mutlak mana-mana jantina ...tetapi politik adalah medan perjuangan buat mereka yang cekal dan sanggup menghadapi cabaran dan dugaan....kpd YB Dato'...semoga berjaya menjadi pemimpin politik yang telus dalam perjuangan...All the best!
apa kata islam bila wanita xtutup aurat?? << tajuk ni xnk kuar ke?sy rase bagus tajuk ni..
ataupun apa kata islam wanita melalak ats pentas ..melompat2 ats pentas..menggelek2 badan dlm pst hiburan??
come on la...jgn lemahkan minda rakyat...come on puteri..jgn kerana berbeza ideologi politik..sume yg islam haram or halal sume nk menentang sbb berbeza ideologi..apa salahnye terima idea PAS..jgn sombong..
Catat Ulasan