Gendang perang telah berbunyi di permatang pauh.. Walaupun ramai yang meramalkan DSAI akan menang mudah di kubu kuatnya itu tetapi kita mesti ingat bahawa kita mampu membuat kejutan sekiranya kita semua bersatu menggembeleng tenaga serta mengenepikan sentimen pemilihan parti yang bakal menjelang.
Saya harap ikrar para pemimpin tempatan seperti Dato Jalil, Datuk Pirdaus dan YB Arif Shah seperti yang kita baca diakhbar hari ini untuk bersatu menentang PKR bukanlah hanya sandiwara.Kita tidak boleh sama sekali memandang enteng pilihanraya kecil permatang pauh. Pengkhianat bangsa seperti DSAI tidak boleh dibenarkan mengetuai pembangkang di Parlimen. Kalau hari ini PKR melalui MB Selangor sanggup memperjudikan hak istimewa orang melayu dalam isu UITM,dapatlah kita bayangkan jika mahagurunya pula diberi peluang bersuara di Parlimen.
Simpati sungguh saya dengan Cik Wan Azizah yang dipergunakan oleh lelaki atas nama sebuah cinta..Bagi saya,jika Cik Wan benar-benar berpegang kepada perjuangannya,beliau tidak perlu memberi laluan kepada DSAI.Jelas,tindakan dibuat lebih bersifat peribadi.
Kepada rakan-rakan seperjuangan,marilah kita semua pastikan BN menang besar di Permatang Pauh!!!!
1 ulasan:
welcome back yb....
Catat Ulasan