09 Ogos 2008

Ini soal hak...

Bantahan menentang forum Peluk Islam hari ini cuba dibelitkan sesetengah pihak sebagai perbuatan tidak bertamadun, sedangkan hakikatnya, ia adalah soal menjaga hak dan maruah.

Orang Islam yang berkumpul di hadapan bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar sebenarnya mempertahankan hak diri. Bukannya bertindak ganas atau tidak bertamadun seperti mana mereka dilabel sesetengah blog pro pembangkang.

Yang bukan Islam mungkin mahu melabel perkara itu sebagai tidak bertamadun...tetapi sebelum itu sila fikir dahulu, seperti yang saya nyatakan tadi, yang berkumpul itu mahu mempertahankan hak mereka.

Kalau bukan Islam tengok itu tidak betul, tidak bertamadun dan sebagainya, maka yang Islam pula melihatnya sebagai satu tindakan berani dan amat perlu dilakukan.

Ini soal di pihak mana kita berdiri sebenarnya. Dan apakah seseorang itu perlu berdiam diri jika haknya terus diperalatkan.

Apa yang betul di mata kita, kita akan pertahankan. Apa yang menjadi hak kita akan kekalkan...

Dalam hal ini, peringatan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ser Dr Zahid Hamidi terhadap Majlis Peguam amat menarik perhatian;

"Jangan ajar anak harimau makan daging, jangan jolok sarang tebuan, jangan main api"

Kepada semua pihak, fahamilah satu perkara iaitu hak dan maruah akan dipertahankan...tetap dipertahankan....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB Sha, saya turut merasa geram dan marah dgn tindakan majlis peguam itu! kita sedia maklum kebanyakan yg bergelar lawyer di negara kita berkulit hitam berkilat! kita melayu islam tidak pernah melarang mereka menjalankan adat istiadat mereka yg acap kali mengganggu trafik, tidak juga kita melarang mereka memeluk mana2 agama apalagi meminta mereka meninggalkan agama mereka. apabila bangsa ini sudah mula mempersoalkan islam dan mula memberi pandangan serong terhadap islam, kita tak bleh berdiam diri. forum mereka dimulakn dengn kes 2 individu yg mendakwa tidak mendapat keadilan apabila pasangan masing2 memeluk islam. Islam itu adil, cuma manusia yg bersikap tidak adil. dikala kemelut ini melanda umat islam malaysia, saya tertanya2 di makah PAS yg kononnya lantang memperjuangkan islam? mana nik aziz? mana hadi? mana nasharuddin? mana semuanya? mulut terkunci, perjuangan agama ditolak ketepi. semuanya kerana kuasa menguasai diri! benci!!!

emy berkata...

WELKAM BACK!!!N GO BLOG!!! uhhuhuhhuh

TPJ berkata...

Salam YB.

Sememangnya seorang pejuang Agama dan Bangsa akan keluar dari sepinya untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang ancaman kepada Islam. Kebetulan, saya juga terpanggil untuk menghidupkan kembali blog saya kerana ini setelah hampir sebulan akur dengan kod etika yang terang2 dilacuri oleh pemimpin2 atasan kita.

Yang kami sedih, tiada seorangpun EXCO Pemuda UMNO yang telah keluar untuk mempertahankan article 121(1A)itu. Yang ada hanya rehtoric dari Ketua Pemuda dan Pengerusi Biro Agama Pemuda iaitu "jangan bermain dengan api"...heh!...Rumah dah nak kena bakar hangus, dia masih berretorik lagi.

Saya sanjungi pemuda PAS yang benar2 memperjuangkan Islam dengan tindakan mereka dan bukan dengan lip service sahaja.

Welcome Back YB.

Tanpa Nama berkata...

Tulisan saya ini adalah semata-mata kerana islam bkn atas pengaruh politik. jendelakaca harus pelbetulkan statement yg dibuat kerana sewaktu bantahan dibuat YB2 dari PAS dan PKR yg berusaha keras menentang forum tersebut terutama YB Zulkifli Nordin. YB Zulkifli Nordin mmg terkenal dlm membela islam terutamanya isu berkaitan IFC dan Lina Joy. Saya begitu terkilan mengapa kerajaan yg mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan permit@kebenaran mengadakan forum tersebut tetapi hanya memberi kata dua yg agak lemah tanpa sebarang tindakan. Saya menyeru UMNO, PKR, PAS dapat bersatu terhadap perkara2 yg berkaitan dengan islam walaupun berlainan fahaman politik. Jgn jadikan peristiwa di parlimen pada 23/8/2008 dimana ketika ahli parlimen Bukit Mertajam menyoal tentang penentangan forum tersebut hanya YB Zulkifli berseorangan sj mempertahankannya walhal ahli2 DAP yg lain membantu Bukit Mertajam. Lihatla betapa kerdilnya kita ketika mahu mempertahankan agama kita sendiri dimana jika campur ahli umno,pas dan pkr yg muslim kitalah majoriti.. selamat berpuasa..

Pink Ants berkata...

saya sangat bersetuju dalam hal yang menyentuh kesucian Islam,ideologi politik perlu diketepikan..kita boleh berhujah dan berbeza pendapat tetapi perlu juga berkompromi untuk pastikan hak-hak umat Islam di negara ini terus terpelihara.