26 Ogos 2008

Rebah tetapi tidak menyerah...

Kekalahan Barisan Nasional di Permatang Pauh bukan lah bermakna rakyat Malaysia menolak BN.

Kita hormat keputusan yang dibuat oleh pengundi Permatang Pauh, walaupun kita kalah, kita akan teruskan agenda membela rakyat di seluruh negara.

Dendam atau sikap tidak ambil peduli - itu bukan sifat kita.

Saya menyeru kepada semua terutama adik-adik Puteri agar kita meneruskan kerja keras dan kerja yang baik serta ikhlas selama ini.

Janganlah kita mengalah dan jangan kita berkecik hati.

Yang baik akan dibalas dengan baik juga akhirnya.

Niat kita dalam hati perlu murni iaitu kita mahu membantu mereka yang memerlukan walaupun jika kita ditolak atau kedatangan kita tidak dialu-alukan.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah utk semua jentera BN terutama jentera PU3....tetap berdiri teguh walau pelbagai cubaan dan dugaan dr pembangkang.....mungkin blm tiba masanya pengundi di permatang pauh membuka mata dan mungkin mereka perlukan sedikit lagi masa untuk sedar siapa sebenar AI dan perjuangannya.....

Mohd Harris bin Haji Ahmad Jaal berkata...

Salam ...
apa la BN ni .. dah kalah tu .. buat la cara kalah ... Sudahlah bilangan undi merosot .. itu maknanya BN dah tak relevan.
Rakyat dah matang, tahu membezakan yang baik dan buruk. Kalau zaman tok kadok boleh la tipu rakyat ... sekarang zaman IT ... maklumat di mana-mana.
Bersedialah kalian untuk menjadi pembangkang pula ... dah dekat dah ... berlatih la dari sekarang.

ALLAHUAKHBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

en. haris, waht do u mean 'buat la cara kalah'? setahu saya BN menerima keputusan dgn profesional.. tidak pula kedengaran BN membantah keputusan tersebut. tidak pula terdengar protes dari BN? BN menerimanya dgn hati yg redha.. kenaikan bilangan undi majoriti juga BN terima dan mengambil ikhtibar darinya. tapi, kalaulah PKR yg kalah hari tu, saya conrim dah tunggang terbalik dah permatang pauh tu! mesti protes jalanan diadakan dgn tuduhan SPR barua kerajan. sekarang kiranya SPR tu adil lah kan? sebab PKR menang kan? mmg hampeih!!!
adakah 'buat la cara kalah' en haris tu bermaksud BN kena menangis sampai 7 tempayan? atau mengistiharkan darurat? atau buat perarakan hitam satu negara? c'mon la.. life goes on.. the world does not stop because fo anwar!

tak paham saya apa yg en haris nak? tak paham saya apa yg PKR nak?

Pink Ants berkata...

en haris,apa yang dikatakan dindingoreng tu walaupun pedas tapi ada kebenarannya. walaupun kami kalah di permatang pauh tetapi kami mengangap ia bukan noktah penamat kepada perjuangan yang telah selama ini terbukti membela nasib bukan sahaja orang Melayu malah semua kaum di negara ini.Cuba kaji sirah Rasulullah saw,Baginda juga pernah tewas dalam Perang Uhud tetapi akhirnya berjaya mengislamkan semua umat arab yang sebelumnya berhati batu terhadap perjuangan Baginda. Yang benar tetap benar dan perjuangan ini akan kami teruskan.Kepada kawan-kawan dalam PKR,moga Ramadhan yang bakal menjelang akan membawa keinsafan kepada kalian.

Tanpa Nama berkata...

siapa kata BN terima dengan cara profesional..sepatutnya BN patut sedar diri dari sekarang...kenapa org2 BN masih ego??TDM pun dh bagi byk warning..sepatutnya penyokong BN sedar yang semua org dh x sukakan paklah..akuilah kelemahan pemerintahan paklah..bukannya dengan terus mengampu...

siapa BN untuk bercakap soalprofesionalisme...dah laa masa penamaan calon mcm2 aksi lucah yg ditujukkan..yg x tahan Putri pun join sekaki..saya cabar YB siarkan gambar2 x senonoh penyokong BN!!

satu lagi yg saya nak persoalkan slogan banner yg dibawa oleh UMNO KOTA RAJA kononnya MELAYU ditindas...dh ada ketuanan masih lagi bercakap soal ditindas..tak malu ke??

dan YB..kalau yb datang masa pilihanraya..apa kata YB datang ke pejabat umno sungai semambu di waktu ni...tgklah apa yg jadi akibat keganasan penyokong UMNO sendiri...yg x puas hati sebab ada pemimpin yg songlap duit kempen..

last words..UMNO is completely paralysed...

Pink Ants berkata...

kepada melayudap...setiap apa yang berlaku itu memang ada pengajaran disebaliknya.sebagai salah seorang pemimpin parti,saya yakin kami sentiasa mengambil iktibar dan mengutamakan perjuangan agama dan bangsa..UMNO telah terbukti membela nasib rakyat sejak sebelum merdeka,dan saya akan pastikan apa yg dikatakan saudara tidak benar.Kita tidak hanya berkata tetapi mengotakan tiap bicara.Apapun,sama-samalah kita berdoa agar Ramadhan yang mulia ini akan membawa perpaduan dan kerahmatan kepada umat Melayu dan Islam diseluruh dunia..Ameen...

Tanpa Nama berkata...

Soal menerima dengan profesional itu merujuk kepada kekalahan BN di Permatang Pauh, yang melayuDAP emosional sangat ni apasal....fahamlah konteks ayat tu dulu

Tanpa Nama berkata...

hehehe..kelakar la plak baca komen2 kat sni.. ketua pu3 saya selalu menyebut nama YB masa YB nk jadi calon pru 12 baru2 nih..dia panggil YB "kak sha".. sebenarnya apa yg saya nk cerita kat sni fahaman saya setelah join UMNO.. background famili saya iaitu my mum n dad adalah orang PAS.. tp diaorg jenis open minded..x kisah saya nk berpolitik n apa pilihan saya..kami share sama2 cerita politik yg kami ikuti...but after 5yr saya join UMNO n berjaya menempatkan diri sbg exco di daerah saya,byk perkara yg saya nmpk..byk perkara x betul yg UMNO buat..x perlu cite byk..org dlm UMNO semua tahu n perasan sgt..tp masing2 buat2 x kisah..paling ketara kebanyakan pemimpin UMNO sendiri x sukakan Pak Lah(itu kenyataan kan YB!)..tp depan Pak Lah semua duk kipas..jd fikir2 lah sendiri..mmg UMNO layak dikatakan hipokrik..

Tanpa Nama berkata...

artikel sblm ni dgn tajuk "tiba masa tunjuk kebijaksanaan"

bila dh kalah... cmni plak gayanye...

nape xwt tajuk "rakyat dh tunjuk kebijaksanaan dgn menolak bn"??

Tanpa Nama berkata...

adakah kerana pemimpin2 umno berjuang cara lembut UMNO dikatakan membela nasib melayu masa sebelum merdeka??Mat Kilau tu UMNo??adakah Datuk Bahaman tu UMNO??PKMM dan UMNO mana dulu yg lebih awal ditubuhkan??kenapa pemimpin2 PKMM banyak ditangkap??UMNO sendiri berbunyi United malays national organization..kenapa x guna PERKEMBAR je??malu sgt ke dengan Bahasa Melayu??saya bukan nak emo..tapi kejadian aksi2 putri2 dan putra2 tu saya pun ada...makanya amatlah mealukan saya sebagai seorang islam melihat aksi2 sebegitu dari saudara seagama...

Tanpa Nama berkata...

cakap pasal aksi puteri dan putra umno je.. aksi samseng pkr yang pakat pukul wartawan sampai masuk spital tu tak mau plak komen? darah pahlawan ke tu? bangga ke jadi kaki pukul? perjuangkan apa masa pukul wartawan tu? pertahankan apa? saya laaaagi malu dgn aksi samseng tu!!!

UMNO ditubuhkan masa zaman penjajahan british, sebab tu namanya omputih.. sama gak MIC dan MCA.. nama2 omputih digunapakai sebab masa tu nak g minta kemerdekaan! tak bleh nak pikir logik ke? penat la kalu benda2 kecik macam ni nak dipertikaikan.. Nama bukan jadi ukuran, sepatutnya kena kaji dan hargai apa yg UMNO dah buat untuk melayu di malaysia ni! dapatkan kemerdekaan, menjana ekonomi, memupuk perpaduan, memperjuangkan survival melayu and the list goes on and on and on...
pikir sendiri la kawan!

Tanpa Nama berkata...

betol ke cik dindingoren...
yg sy tahu umno skrg bkn umno yg dulu..jgn nk cedok jasa2 umno dlu..setahu sy umno skrg ni adlh umno baru..yg lama tu dh diharamkan kn?diharam kn pn sbb org2 umno yg xbtol..samala mcm skrg

Tanpa Nama berkata...

Dengar cita exco PKR Perak kena tahan pasal rasuah...baru lima bulan dah camtu ke? Duit campur pompuan lagi...kelas gitu....oklah oklah.....aku tahu, BPR balaci kerajaan...orang PKR tak buat camtu...kerajaan paksa BPR buat camtu....inilah alasan kau orang penyokong kuat PKR kan.....

Tanpa Nama berkata...

cik anonimos kt ats ni...ape nk peliknye...

50 thn memerintah umno ngan bn dh bejuta2 kes rasuah pn ko sokong lg..xpelikla kn?

siap tkr istilah lg tu..politik wang la ape la..mcm2 la ko..tkr rasuah xpe lg..ni dgn islam hadhari yg ntah pape

Tanpa Nama berkata...

Ni lah masalahnya.....kalau kata BN dah berpuluh tahun memerintah dan songlapkan berjuta-juta (dakwaan...seperti biasa tanpa bukti)...key word dia dah berpuluh tahun memerintah.....PKR baru lima bulan...lagipun bukan itu yang nak disampaikan...yang nak disampaikan ialah kononnya orang2 PKR ni terlalu suci bila dengar ceramah pemimpuin kau orang tu.....kesucian tiada tandingan la katanya...mengutuk orang BN rasuah tak ingat2...tapi PKR baru lima bulan berada di kedudukan yang berkuasa dah merapu buat benda bukan2....siap ada melibatkan seks lagi tu......pengajarannya: Janganlah nak mengata orang...ingatlah perangai pun jugak dan tolonglah jangan bagi alasan BPR balaci kerajaan dan dua exco PKR yang terbabit dalam tuduhan tu memang tak buat....tolonglah....5 bulan dah terbarai apa cita beb.....nilah masalah orang PKR...tak berapa bijak nak faham mesej yang disampaikan

Tanpa Nama berkata...

sy bknlah penyokong pkr...kpd anonimos kt ats ni...

kes rasuah exco perak tu blum lg didapati bersalah..kamu dh bising..kamu dh hukum..ape cite?

bukti?kamu carila kt akhbar2 utusan sblm ni..dh bape ramai org2 umno yg kene gantung sbb politik wang?bkn rasuah ke tu?

xpayah pergi jauh..skrg pemimpin2 umno sndri yg ngaku n hebahkan kt media bhw pemilihan umno byk main wang..ape kes?

sy tegaskan sekali lg..sy bknla penyokong PKR..sy penyokong PAS..alhamdulillah stkt ni xde lg tuduhan atau dakwaan rasuah melibatkan exco2 PAS..amin

buat empunya blog..saudari tau x penyata kewangan projek putrajaya dulu?klu saudari tau..tlg hebahkan...klu xtau xpela..

Tanpa Nama berkata...

kepada penyokong pas kat atas ni... dah tengokkan yg orang PKR pun takbleh dipercayai.. diorang pun kaki rasuah.. paling teruk, kaki 'makan luar'.. tunggu apa lagi? keluar ajelah dari pakatan rapuh tu!

Tanpa Nama berkata...

anonimos ats ni...skali lg kamu mendahului keputusan mahkamah...dorg blum didapati bersalah pn lg..dan sy sentiasa terbuka jika mahkamah memutuskan mereka bersalah..

sy lebih suka jika pas bergerak sendirian tanpa join pakatan rakyat..tp dlm berjuang..kita perlukan strategi..xleh nk masuk n kuar sesuka hati..kami org2 pas amat memahami ape yg diputuskan oleh kepimpinan..xkn sbb dua kes rasuah yg blum diputuskan bersalah pn dh nk kuar..awk tu..dh byk kn kes rasuah dr umno..kamu still sokong lg kn?so normal la...

sy juga akui org melayu sbnr nye silap memberi lebih undi kpd pkr berbanding pas..tp apakan daya..rakyat blum boleh menerima dasar islam yg diperjuangkan pas(semoga suatu masa mereka boleh menrima...

presiden pas sendiri memberi jaminan jika pakatan rakyat tidak boleh membela isla..pas tidak teragak2 utk kuar dr pakatan..

Tanpa Nama berkata...

sambungan dr yg diatas..jika pas keluar pakatan..adakah kamu nk join pas?(menjemput)

Tanpa Nama berkata...

alahai pas...pas x de makna tanpa pakatan rakyat...pas mungkin berkuasa di negeri melayu...dap di negeri kebanyakan cina...pas dan dap x de makna tanpa pkr..wpun pas isteri no 1 pkr..kasih syg pas terhadap dap ttp ada wpun masing2 selalu bertengkar..huhu