(Pertama sekali mohon maaf kerana bahasa dalam rencana ini kasar sedikit. Tetapi saya lihat mesej dalam rencana ini menarik. Sebab itu saya petik rencana ini dari
http://www.malaysia-instinct.com/english/)
Oleh Lebah Kota
Ya...tajuk di atas tidak silap. Sama sekali tidak silap. Penulis memetik sumber yang sangat kuat untuk menulis rencana ini. Raja Petra adalah lelaki jenis kaki main bontot.
Perangai itu dipercayai diwarisi dan bermula sejak di bangku sekolah menengah lagi kerana beliau hanya bersekolah di sekolah budak-budak lelaki. Dari Victoria Institution hingga ke MCKK.
Di kala usia di mana keinginan seksual lelaki sedang memuncak untuk berasmara dengan perempuan, Raja Petra hanya berdepan dengan rakan-rakan lelaki yang kacak dan menawan.
Menurut sumber, nafsu yang membuak-buak diikuti dengan hanya lelaki yang ada sebagai pilihan, Raja Petra pun tergelincir.
Dalam erti kata lain menurut sumber penulis itu, disebabkan asyik dihurung lelaki sahaja, Raja Petra terjerumus ke kancah gay.
Sumber penulis sanggup bersumpah dengan nyawanya untuk mempertahankan kenyataannya itu.
Walaupun Raja Petra sudah berkahwin tetapi itu hanyalah untuk cover line semata-mata. Mengaburi mata. Sumber penulis adalah amat kuat sekali dalam hal ini.
Hari ini pun ciri-ciri gaya menyerlah dalam penampilan Raja Petra.
Suka berbaju ketat dan berkepala botak sepanjang masa. Memang betul ada lelaki normal pun macam itu, tetapi lebih kerap gay yang memiliki gaya seumpama itu.
Raja Petra sememangnya suka berbaju ketat dan botak kepala.
Raja Petra ini pula, kalau bercakap dengan lelaki yang dia kenal, dia suka pegang bahu atau peluk. Cakap lembut sahaja pulak tu.
Ini beberapa ciri luaran gay yang memang tidak boleh ditolak.
Salah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang penyelidikan seksualiti manusia ialah Sigmund Freud ada membicarakan mengenai ciri-ciri lelaki gay dan kajian penulis memperlihatkan ia banyak persamaan dengan perwatakan Raja Petra.
Kawan yang sangat rapat dengan Raja Petra, walaupun keberatan pada awalnya, telah juga sudi berkongsi dan mengesahkan cerita mengenai sifat gay Raja Petra itu kepada penulis akhirnya.
Pengakuan rakan Raja Petra itu menghilangkan segala kesangsian Lebah Kota pada awalnya iaitu betulkah Raja Petra ini gay.
Memang sah...itulah yang penulis boleh cakap.
Disebabkan perangai gaynya itu, Raja Petra melalui satu MMS yang sedang tersebar secara meluas dikatakan suka membawa kembali rakan lelakinya ke rumah, dan suka menonton isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
Dah gay, apa dia nak pedulik. Janji kawan dia happy, dia pun tumpang syok.
Opsssss.... stop, stop. Oklah.... sebenarnya 18 perenggan di atas ini hanyalah rekaan penulis. Hasil imiginasi liar yang digarap dalam masa hanya 15 minit pertama rencana ini ditulis.
Kalau betul Raja Petra memang gay tak tahulah kan....Dan bahagian suka "kendurikan" bini sendiri itu pun katanya betul...tak tahulah.
Semasa para pembaca membaca 18 perenggan pertama rencana ini, maka mesti ramai yang terperanjat dan terus membaca mengharapkan ada bukti yang kukuh diberikan penulis untuk menyokong kenyataan Raja Petra adalah gay.
Rasanya belum sampai penghujung 18 perenggan itu ramai yang sudah rasa ia adalah penipuan semata-mata.
"Pandai aje mamat ni menulis, mana buktinya?". Mungkin itulah yang terlintas di fikiran agaknya.
Memanglah, kalau sekali lalu aje Lebah Kota menulis, memanglah sukar untuk ia diterima akal kan?
Namun, bayangkan senario ini. Jika penulis mengambil masa yang lebih lama, rancang lebih teliti, bangunkan sebuah blog sepenuh masa, upah beberapa penulis untuk sentiasa menulis mengenai perkara di atas, wujudkan gambar palsu, menggunakan ayat-ayat yang boleh membakar sentimen pembaca, ditambah kalau ada rakan pemberita di luar negara yang menulis kembali apa yang Lebah Kota tulis itu, kemudian ada pula portal berita berpengaruh yang memetik semula apa yang akhbar luar negara itu tulis.
Lagi hebat kalau ada wartawan mat salleh dari Eropah yang menyiarkan kembali penulisan Lebah Kota bahawa Raja Petra adalah gay.
Justeru, dengan taktik seperti ini, tidakkah lama-kelamaan berita berunsur fitnah dan rekaan ini akan mula masuk ke sanubari umum?
Proses penyebaran idea rekaan secara berterusan itu akan menyebabkan ramai mulalah percaya apa yang penulis tulis itu adalah satu kebenaran, iaitu Raja Petra adalah gay.
Orang akan mula yakin. Nafikanlah macam mana pun, tetapi orang akan tetap percaya dengan penulis yang sanggup bertahun-tahun mempertahankan idea yang sama iaitu Raja Petra adalah gay.
Namun, bila tiba ke peringkat di mana idea Raja Petra adalah gay sudah boleh diterima umum, maka persoalan yang pertama sekali tadi, iaitu "mana buktinya" masih belum terjawab sebenarnya.
Tetapi disebabkan kesungguhan penulis untuk mempertahankan idea rekaan penulis itu, contohnya sehingga sanggup ditahan di bawah ISA, maka ramailah yang akan percaya.
Namun, mana buktinya Raja Petra Kamaruddin adalah gay?
Jadi sekarang, penulis hendak bertanya, sudah berapa tahun Raja Petra menulis dengan penuh keyakinan mengatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak terbabit dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu, tidakkah sampai kini idea rekaan itu pasti sudah meresap dalam jiwa sesetengah kita.
Najib cakaplah apa pun, nafilah bagaimana sekali pun, siap bersumpah dalam masjid menggunakan nama Allah SWT pun masih ramai tidak percaya.
Yang mereka percaya adalah apa yang Raja Petra tulis.
Kenapa ramai yang percaya?
Ini kerana seperti apa yang Lebah Kota nyatakan di atas, Raja Petra mempertahankan idea rekaannya melalui "rancang lebih teliti, bangunkan sebuah blog sepenuh masa, upah beberapa penulis untuk sentiasa menulis mengenai perkara yang sama, wujudkan gambar palsu, menggunakan ayat-ayat yang boleh membakar sentimen pembaca, ada rakan pemberita di luar negara yang menulis kembali apa yang ditulis Raja Petra, kemudian ada portal berita berpengaruh yang memetik semula apa yang akhbar luar negara itu tulis,".
Kena pulak ada wartawan luar negara iaitu dari Perancis...orang Eropah menulis, lagilah kita rasa nak percaya. Walaupun wartawan Perancis itu wartawan bodoh yang cuma menyalin balik tuduhan-tuduhan yang sama dengan apa disebut Raja Petra. Takda apa yang baru pun dan semua tuduhan itu sudah beratus kali diperjelaskan di negara ini, tetapi pasal dia mat salleh, orang kita dengan mentaliti terjajah pun lagilah bertambah kepercayaan mereka.
Maka fakta rekaan menjadi fakta yang kononnya kukuh.
Namun di sini, Lebah Kota hendak mengulang kembali persoalan terpenting, "Mana Buktinya"?.... Ok, "Mana Buktinya".
Berbalik kepada soalan asas ini, cuba kita fikir kembali. Jangan kita dipengaruhi dengan hal ini semata-mata kerana ia disebarkan secara teliti dan selama bertahun-tahun.
Sehingga ke saat ini, Raja Petra hanya menulis berasaskan "sumber cakap", "kawan cakap dan sebagainya", sebagaimana 18 perenggang pertama rencana ini tadi.
Jadi, mana buktinya wahai Raja Petra?
Penulis pun boleh bercakap Raja Petra kaki main bontot, Raja Petra gay. Kawan penulis cakap, sumber penulis cakap.
So apa bezanya? Raja Petra aje betul, penulis cakap tak betul pulak? Kenapa?
Raja Petra pun takda bukti, penulis pun takda bukti. Raja Petra menulis mengikut senario (Razak Baginda penasihat Najib, so Najib terbabit), penulis pun menulis ikut senario (zaman remaja Raja Petra dikelilingi jantan-jantan kacak, so Raja Petra gay).
Adil la sikit, percayalah juga bila Lebah Kota kata Raja Petra adalah gay. Jangan percaya pada Raja Petra sahaja semata-mata.
Cakap lawan cakap. His words against mine. Dua-dua orang takda bukti. Kalau Raja Petra betul, maka Lebah Kota pun betul lah jugak kan?
Kawan Raja Petra, Tian Chua gila siap boleh mereka gambar Najib sedang duduk satu meja makan dengan Altantuya bersama Razak Baginda. Dah terdesak takda bukti punya pasal.
Besok jugak penulis akan minta mana-mana rakan penulis mereka gambar Raja Petra tengah main bontot, nak bagi real siap bagi pakai kondom dengan gel pelincir sebelah katil.
Lagilah nampak real rekaan penulis. Apa penulis reka dan apa yang Raja Petra reka akan berada di satu tahap yang sama nanti.
So macam mana nak nafi bila penulis kata Raja Petra adalah gay? Cerita rekaan sama-sama kukuh.
Jadi fikirlah satu perkara, apakah kita yang berakal ini hanya mahu percaya "rakan cakap", "sumber cakap" atau kita mahu melihat bukti yang kukuh dalam hal ini?
Kalau setakat hendak percaya tanpa bukti, maka tidak adilah kita sebagai manusia yang berakal fikiran dan berperasaan kepada Najib.
9 ulasan:
bangangg....yg polis 2 ekor 2 ckp diorg di kambing hitamkan 2 aper benda nyer....mahkhamah x nk paggil ketua polis pengiring 2 aper citer nyer...rekod altantuya dtg msia di padamkan ..apasal...makcik2 kat felda boleh la korang nk tipu....tp yg jd masalahnyer bkn stakat kes bunuh jer...sebab yg utama x nk di bincangkan kat makhamah....sebab kenapa altantuya dtg malaysia? sebab dia nk kan bahagian dia...duit komisen yg beratus juta 2...ini la punca dia....komisen 2 nAJISS yg uruskan....org camni pun kau nk bela ker...jgn sampai sedara mara sendiri dh kena bru nk tersedar....
YB Dato,
Provokasi melampau seperti ini semakin meluas berlaku. Malah, kebanyakan penulis blog sering membuat provokasi seperti ini. Jika termakan umpan, maka terjeratlah mangsa.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah. Jangan terperangkap dengan jerat mereka ini.
rentaka.blogspot.com
ahhh tak payah meREKA REKA pun dah memang raja petra tu GAY.aku pernah jumpa dia di BLUE BOY>>DAN mirrage club CLUBBING CARI ANAK IKAN..SPESIS ANWAR JUGA SUKA ANAK IKAN....
Tak pasal2 si raja petra tu ngetop yek? Aku jumpa dia kat bandar K.Terengganu dengan seluar pendeknye pakai pulak baju ‘singlet’ ketat …. malam tu dia jadi penceramah jemputan PAS. Kalau jumpa dan tengok sendiri orangnya kita terus boleh nilai dia ni jenis yang macammana. Kalau ada yang kata dia gay dan satu geng dengan DSAI susah nak di nafikan . sekali pandang nampak dia bukan keturunan orang melayu.2 kali pandang macam pernah jumpa kat bt 55. Hehe jangan marah…….
woi..jangn dok kait VI dan MCKK dengan perlakuan gay. Najib pun sekolah di VI,ramai lagi yg dalam parlimen tu sekolah di MCKK: Nazri Aziz, Hatta Ramli,Anwar Ibrahim,et al.Raja Petra dan Anwar Ibrahim dua-dua budak koleg. Bab gay tu tak tahulah..kalau bisexual mungkin juga betul. AC-DC.Istilah biar betul.
By the way good luck tanding ketua puteri.
Fitnah tu lebih besar dari membunuh, dan orang yang tolong mnyebarkannya juga akan di pertanggongjawabkan dunia & akhirat. Pandangan saya, kita tak payah terikut-ikut cara pembangkang yang suka menyebarkan cerita-cerita karut dan mereka-reka fitnah yang tak sudah-sudah tu.. Klau tidak kita pun sama macam mereka.
Perkara `hear say' ni, patut diberhentikan setakat ni saja. Kita patut gunakan hujah-hujah yang berkualiti dan diyakini untuk menarik hati rakyat kepada kita. Rakyat cukup bijak dan matang, ramai yang lebih berpendidikan dan bijaksana dari pak menteri serta yb-yb kita. Hentikan penyebaran cerita-cerita jijik ini.
Sungguh menarik mengenai analisis Raja Petra dan pembohongannya...jika ada masa sila lawat blog yang menarik di http//paneh.blogspot.com
YB,
Mula-mula saya boleh juga percaya dengan cerita ini memandangkan dia beriya2 sangat hendak dibicarakan berbanding masuk ISA. Kalau dibicarakan dan di penjarakan, dia akan berkongsi bilik dengan inmates lain. Pucuk dicita ulam mendatangkalah kalau dia gay.
Tetapi saya mula mushkil apabila masuk cerita yang dia bawa lelaki luar untuk merewangkan isterinya sambil dia menonton. Jika di lihat rupa isterinya itu, lelaki yang sedang mabuk todi pun tak akan sudi untuk menyentuhnya, jangankan lelaki biasa yang waras!
Aslm YB,
Bubuhlah cerita lain yg lbh berfaedah utk pembangunan umah. Kenapa cerita yang sebegini yang jelas tidak sedikit pun memberi input ilmiah, menambahkan aktiviti grey matter dan white matter yang YB ketengahkan? Kisah-kisah yang tidak membawa manusia kembali kepada Allah Taala tidak payahlah diutarakan w/pun sekadar pautan, copy paste, komen di atas komen. Inikah pemikiran seorang bekas pelajar KIK? Perkara yang tiada nilai yang tidak memberi nilai iman adalah sia-sia dan lagho. Sekian. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang2 yang beriman!
Catat Ulasan